1.1.1 Persetiaan Pandu Puteri Tunas [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Persetiaan Pandu Puteri Tunas Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan Menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia Menolong orang setiap hari terutama mereka di rumah, dan Mematuhi Undang-undang Pandu Puteri Tunas



Dengan sesungguhnya saya berjanji Ketika seorang pandu puteri tunas berjanji “dengan sesungguhnya”, ini bererti dia akan menunaikan janji itu, walaupun tugas itu merupakan kerja yang sangat rumit baginya. Jadi setelah anda berjanji anda haruslah menunaikannya.



Menjalankan tugas saya kepada tuhan Segala benda yang wujud di dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Setiap kali kita memandang atau menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling kita, ini menunjukkan kita telah menikmati segala ciptaan Tuhan. Oleh sebab adanya segala ciptaan Tuhan itulah kita boleh hidup senang. Jadi, janganlah lupakan Tuhan dan sentiasalah bersyukur kepada-Nya. Kita mengingati Tuhan dengan mengamalkan ajaran agama.



Menjalankan kewajipan saya kepada Raja dan negara saya Malaysia. Dalam pasukan Pandu puteri Tunas kita mematuhi peminpin dan undangundang pandu puteri tunas. Jika pandu puteri tunas tidak mematuhi arahan dan undang-undang, apa akan berlaku dalam pasukan? Dalam negara pula, kita mestilah mematuhi dan menyokong para peminpin dan undang-undang negara kita. Jika rakyat tidak mematuhi undang-undang negara, tentulah negara akan manjadi huru-hara. Kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam semua kegiatan untuk memajukan negara, iaitu dengan cara turut serta dalam usaha meningkatkan keselesaan hidup rakyat. Negara Malaysia mempunyai raja. Sebagai pandu puteri tunas, kita harus taat dan setia kepada raja dan negara kita.



Menolong orang setiap hari Dengan memberi pertolongan kepada orang lain, kita meringankan beban mereka dan menjadikan mereka lebih gembira. Di rumah, ibu sentiasa sibuk dengan kerja-kerja memasak, membasuh, menyapu dan membersihkan kawasan rumah serta menjaga adik-adik. Menolong ibu, misalnya menmbasuh pinggan-mangkuk selepas makan atau menyapu lantai, tentu sekali akan menggembirakannya. Bolehkah anda menolong bapa, datuk, nenek, kakak, abang dan adik anda?