5 Tahap Dalam Pemikiran Kreatif [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif; Peringkat Rangsangan – beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu Peringkat Penerokaan – pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik. Peringkat Perancangan – melalui perancangan secara verbal & visual Peringkat aktiviti – lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut Kajian Semula – membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan untuk tujuan penambahbaikan.



Posted by Tn. Farez at 1:25 PM 0 comments Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti 1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti). Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”. 2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.



E Paul Torrance (Father of Creativity)



Posted by Tn. Farez at 1:04 PM 0 comments Wednesday, September 2, 2009 Kemahiran Menjana Idea Secara Kreatif dan Inovasi Bagi Penghasilan Rekaan dan Binaan Set Teater Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, asli, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif. Kecergasan kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah karya seni. Berhubung perkara ini, maka penyelidik dan juga sebagai pensyarah, telah melakukan penelitian terhadap pelajar-pelajar di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang telah mengambil kursus-kursus dalam Rekaan Set dan Prop, Seni Visual Dalam Teater dan Komunikasi Visual.



Objektif penelitian kualitatif ini untuk mengenalpasti perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri bagi menghasilkan sesuatu rekaan dan binaan set dalam sesebuah pementasan teater. Kegiatan mereka dan membina set ini merangkumi penerokaan terhadap unsur seni dan prinsip rekaan serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya untuk menghasil model-model yang terbaik untuk sesebuah produksi teater. Latihan dalam studio yang melibatkan rekaan dan binaan set turut memperkenalkan pelbagai teknik dan kemahiran membina model set yang kreatif serta menarik bila dipersembahkannya. Kesedaran melalui pemerhatian alam dan persekitaran menjadi fokus kegiatan menghasilkan rekaan dan binaan set yang kreatif. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas senireka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan pelajar menyelaras apa yang dilihat dan dialami seterusnya digunakan dalam proses rekaan dan binaan model set untuk pementasan teater. Kesimpulan hasil dari penelitian, penyelidik mendapati kemahiran menjana idea secara kreatif dan inovasi bagi penghasilan rekaan dan binaan set teater mempunyai pertalian yang penting dengan teknik dan sumber bahan yang digunakan. Perkaitan ini dapat dibahagikan kepada empat disiplin utama. Empat disiplin tersebut harus dijadikan teras bagi kemahiran menjana idea secara kreatif dan inovasi. Empat disiplin tersebut termasuklah pemahaman visual, latihan yang berkaitan unsur seni dan prinsip rekaan, kefahaman dalam organisasi rekaan, kajian teori dan analisis yang berkaitan dengan aspek visual set pementasan dan seni persembahan teater secara keseluruhan. Strategi Merangsang Kreativiti Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming) ¬ Guru PSV boleh mengunakan kaedah ini bagi mengalakkan/merangsang pemikiran kreatif ¬ John Baer (1997) mengariskan 4 panduan semasa aktiviti sumbangsaran; 1. Elakkan membuat penilaian terutama semasa proses awal – terima semua cadangan/pandangan 2. Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu tertentu – hanya beberapa orang dalam kumpulan mendominasi perbincangan 3. Menjelaskan kepada pelajar bahawa idea sedia ada boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan 4. Galakan memberi idea-idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance ¬ Beliau mencadangkan 7 cara meransang/penjanaan kreativiti seseorang individu; 1. Penyoalan – merangsang daya berfikir/ingin tahu 2. Penemuan – menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian 3. Pemerhatian – menggunakan pelbagai deria bagi mengetahui sesuatu 4. Percubaan – menggalakkan bereksperimentasi sehingga mendapat hasil yang terbaik 5. Penerokaan – eksplorasi/persekitaran 6. Memanipulasi – bagaimana pelbagai bahan/barangan/alat yang terdapat di sekeliling boleh dijadikan karya seni 7. Aktiviti Bermain – bermain untuk tujuan pembelajaran Meningkatkan Motivasi ¬ Strategi/Saranan untuk guru PSV bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam menyuburkan proses kreativiti; 1. Memilih Bahan dan Alat – beri kebebasan kepada pelajar menggunakan alatan/bahan yang digemari 2. Masa – jangan terlalu memaksa/berikan masa untuk berfikir/bereksperimentasi/meneroka



3. Rangsangan – pamerkan karya-karya terbaik dari masa ke semasa 4. P&P Fleksibel – terima pandangan/cadangan pelajar 5. Hormat Menghormati – hargai sumbangan/komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar 6. Memberikan Galakan dan Motivasi – berikan semangat/ elakan kritikan yang keterlaluan 7. Penghargaan – Berikan penghargaan/markah yang setimpal



Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti. Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.” Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.” “To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”



“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the results.” (Torrance, 1974) Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut: 1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik. 2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern of sameness. 3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box. 4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru. 5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru. 6. Membuka minda dengan idea-idea baru. 7. Mencabar andaian. 8. Mencipta sesuatu yang baru. 9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan. 10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil. 11. Berfikir secara fleksibel. 12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel). 13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”



Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif (Lowenfeld, 1975) Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual/minda mempunyai 5 bentuk : i. Kognitif/cognition – menerima & memproses maklumat ii. Memori/memory – menyimpan/mengigat maklumat iii. Pemikiran korvergen – keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus iv. Pemikiran divergen – kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai/bercapah – selari dengan pemikiran kreatif v. Penilaian – pertimbangan bagi sesuatu tindakan Pengertian Kreatif: 1. Bahasa Latin – “creare” bermaksud “membuat” 2. Bahasa Greek – “creare” bermaksud “memenuhi” 3. Kamus Dewan – kemampuan/kebolehan mencipta/menghasilkan & mengembangkan sesuatu idea baru/asli



Bagaimanakah lima cara untuk melihat kreativiti seseorang? 1. Boleh menghasilkan/idea yang baru & unik/asli 2. Boleh memberikan alternatif di dalam menyelesaikan masalah 3. Boleh memikirkan kemungkinan-kemungkinan daripada sesuatu tindakan 4. Boleh menyesuaikan diri/sanggup menghadapi cabaran dengan positif 5. Bersikap anih/kelakar/gila-gila 6. Berfikir di luar kotak