Akhlak Rasulullah SBG Pendidik [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENULISAN ESEI : AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI PENDIDIK 1.0



PENDAHULUAN



Tanpa kita sedari, sudah lebih 1400 tahun kekasih kita, yang disebut sebagai Habibullah itu telah pergi meninggalkan kita. Dialah insan kamil dan mulia yang diberi nama Muhammad bin Abdullah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bercakap mengenai akhlak baginda, baginda sememangnya mempunyai akhlak yang cukup indah dan sempurna walaupun berhadapan dengan orang yang memusuhi baginda. Dalam Al-Quran juga ada menyebut dalam surah Al-Ahzab ayat ke-21 :



‫َّللاَ َو ْاليَ ْو َم ْاْل ِخ َر َوذَ َك َر ه‬ ‫سنَةٌ ِل َم ْن َكانَ يَ ْر ُجو ه‬ ‫سو ِل ه‬ ُ ‫لَقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم فِي َر‬ َ‫َّللا‬ َ ‫َّللاِ أ ُ ْس َوة ٌ َح‬ ‫يرا‬ ً ِ‫َكث‬ Yang bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. Dalam hadith juga ada disebutkan mengenai betapa hebatnya akhlak Rasulullah untuk dicontohi di mana Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah tentang akhlak Rasulullah s.a.w, lalu Aisyah menjawab : “Akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim). Daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith di atas, dapat kita simpulkan bahawa betapa sempurna dan luar biasanya akhlak Nabi. Cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan ilmu dan Islam itu sangat indah dan sebagai umat Islam khususnya para pendidik di luar sana perlu mencontohi dan mengagumi akhlak baginda tersebut untuk menjadikan lapangan pendidikan dan profesion keguruan lebih mantap. Dalam dunia pendidikan ini, sememangnya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Menurut Ahmad (2011), perubahan sentiasa berlaku dalam sistem pendidikan negara selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Justeru, kita perlu mencontohi akhlak Rasulullah bagi menghadapi perkaraperkara sebegini.



[3]



2.0



AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI PENDIDIK



2.1



Didikan Mengikut Umur (Memupuk Disiplin Dan Tanggungjawab)



Sebut sahaja mengenai mendidik, tidak kiralah mendidik anak sendiri atau mendidik anak orang lain, kita perlu mengetahui tahap keperluan pada peringkat umur mereka. Menurut Muhd Nasruddin (2015), dalam mendidik anak-anak, Rasulullah s.a.w memperkenalkan empat



Didikan Rasulullah Mengikut Umur



peringkat pendidikan seperti dalam Rajah 1.



0-6 tahun (Berikan kasih sayang sepenuhnya)



7-14 tahun (Disiplin & tanggungjawab)



15-21 tahun (Jadikan mereka kawan)



21 tahun ke atas (Berikan kepercayaan & kebebasan)



Rajah 1: Didikan Rasulullah Mengikut Umur



Rasulullah telah memberikan panduan kepada kita untuk mendidik mengikut umur anak-anak. Jika keperluan mereka tidak dipenuhi pada satu-satu peringkat, hal ini akan menjadi masalah dan membuatkan mereka memberontak. Contohnya, jika kanak-kanak berusia 0-6 tahun tidak diberikan kasih-sayang yang mereka perlukan, hal ini akan menjejaskan proses mental dan peribadi mereka. Disebabkan itulah jika kita lihat kanak-kanak dan remaja yang bermasalah, lazimnya datang daripada keluarga yang bermasalah. Hal ini bertepatan melalui laporan yang ditulis oleh Nurul Husna (2017) dalam Utusan Online, menyatakan bahawa sesetengah keluarga



[4]



Islam dilihat cenderung menerapkan unsur-unsur Barat dalam kehidupan seharian dan pergaulan bebas adalah perkara biasa bagi mereka. Selain itu, dalam konteks guru sekolah rendah, perkara ini berkaitan dengan peringkat kedua iaitu anak murid yang berumur tujuh tahun sehingga baligh. Pada peringkat ini, Rasulullah menyarankan kita supaya menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak. Hal ini boleh dilakukan dengan memastikan mereka mengetahui dan mendidik mereka untuk mendirikan solat. Kenapa dengan solat dapat memupuk nilai disiplin dan rasa tanggungjawab? Hal ini kerana solat itu sendiri mempunyai rukun dan waktu-waktu tertentu untuk dipatuhi. Menurut Afifi (2012), keseimbangan hidup akan dapat dicapai apabila urusan kerohanian dapat diurus dengan berkesan iaitu dengan menjaga solat. Jika kita lihat perbezaan antara cara hidup orang yang tidak solat dengan orang yang solat, dan antara orang yang solat pada awal waktu dengan orang yang solat di akhir waktu. Pastinya orang yang solat dan solat di awal waktu itu, hidupnya lebih teratur. Menurut kajian yang dilakukan oleh Napisah et.al. (2004) dalam Jadual 1, menunjukkan bahawa faktor pendidikan agama amat mempengaruhi pelaksanaan solat fardhu.



Jadual 1 : Faktor yang Mempengaruhi Pelaksanan Solat Fardhu Disebabkan itu semenjak di sekolah rendah lagi perlu ditekankan mengenai bab solat ini. Sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah, menjadi tugas dan tenggungjawab kita untuk memastikan



[5]



murid-murid dapat mendirikan solat. Sepertimana dalam hadith riwayat Abu Daud, Rasulullah bersabda : “perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat pada umur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah sangat menekankan solat di peringkat sekolah rendah supaya mereka akan lebih bertanggungjawab pada setiap tugasan terutamanya dalam mendirikan solat. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’.



2.2



Penyayang



Sesungguhnya sifat penyayang ini wajib ada dalam setiap insan yang bergelar pendidik. Hal ini kerana untuk memanusiakan manusia memerlukan kasih sayang yang begitu luas. Kekerasan dengan kekerasan tidak akan menimbulkan hasil, malah kelembutan juga yang akan menewaskan kekerasan. Perlu diingat pelajar yang diajar berasal dari daerah dan budaya yang berbeza satu dengan yang lain dan berbeza dengan kebiasaan kita (Wan dan Amina, 2016). Sebagaimana Rasulullah dalam menyampaikan dakwah dan ilmu Islam, baginda tidak menggunakan kekerasan untuk memaksa orang lain menerima dakwah Islam. Malah, ramai orang ketika itu masuk Islam dek kerana peribadi Nabi yang begitu penyayang dan berlemahlembut. Dalam buku susunan Junaid Al-Baghdadi (1997) juga ada menyatakan bahawa kita perlu mencontohi peribadi baginda Rasullah s.a.w kerana bagindalah yang paling mahir dalam mendidik sebagaimana yang disebutkan oleh Anas bin Malik r.a : Bermaksud : “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling berkasih-sayang dalam memenuhi segala keperluan keluarganya daripada Rasulullah.” (HR. Muslim). Melalui hadith ini kita dapat tahu bahawa Rasulullah sangat penyayang orangnya. Junaid AlBaghdadi dalam buku susunannya juga ada menceritakan bahawa baginda juga memanggil kanak-kanak dengan nama-nama yang baik yang mana mereka suka mendengarnya. Baginda juga memberikan kepada mereka nama-nama gelaran yang manis dan selalu bergurau dengan tujuan berkasih sayang. Begitu juga sebagai pendidik, seboleh-bolehnya kita jangan menggunakan perkataan kesat dan kasar kepada anak murid kita. Perkara ini sebenarnya akan membantutkan perkembangan emosi dan kognitif mereka. Hal ini menurut Kolhberg (dalam Abdulah Zhidi et.al. (2014), pada peringkat umur murid sekolah rendah ini, mereka mahu [6]



dihormati dan dihargai serta diterima semua. Oleh itu, kita sebagai pendidik jangan lunturkan keinginan dan semangat mereka untuk belajar dengan mengherdik dan menghina mereka kerana hal tersebut akan membantutkan semangat mereka untuk belajar. Sebaliknya, gunakanlah dan sebarkanlah kasih sayang seperti yang diajarkan Rasulullah dalam mendidik.



2.3



Kesabaran yang Tinggi



Dalam meneroka dunia pendidikan ini, sememangnya banyak cabaran yang perlu ditempuh. Terkadang kerenah dan perangai murid serta sistem pengurusan yang sentiasa berubah-ubah menguji daya tahan emosi dan kesabaran kita. Jadi, sebagai pendidik kita perlu mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi. Sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab Al-Rahiq AlMakhtum karangan Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri (2016), Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islam, baginda diuji dengan ujian yang sangat hebat. Sehinggakan baginda pernah diperlakukan oleh kaum Quraisy dengan dibaling batu, najis dan dijerut leher baginda. Namun baginda tidak pernah putus asa, malah semakin gigih dan sabar dalam menegakkan kalimah tauhid. Begitulah kita sebagai pendidik, walaupun diduga dengan kedegilan anak murid atau dikhianati dan menjadi mangsa hasad dengki rakan guru yang lain, sabar. Nabi mendidik kita supaya bersabar kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jika ingin dibandingkan dugaan Nabi dan dugaan yang kita alami, dugaan yang dilalui Nabi itu lebih berkali ganda hebatnya. Ketika menjadi seorang guru juga, banyak perkara yang perlu dikorbankan demi melihat anak didik berjaya. Sebagaimana yang diceritakan ‘Aidh Abdullah (2006) dalam bukunya, dalam proses menyampaikan dakwah, ketika hari yang amat panas, baginda tidur di atas tanah kerana tidak punya kain yang dapat dijadikan alas tidur. Biarpun begitu, baginda tetap manusia yang paling penyabar, kerana Allah telah berfirman dalam surah Al-Ma`arij ayat 5 yang bermaksud :



ً ‫صب ًْرا َج ِميال‬ ْ ‫فَا‬ َ ‫ص ِب ْر‬ “Maka bersabarlah kamu dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.” (Al-Ma`arij :5) Jika Rasulullah boleh berkorban dan bersabar sehingga ke tahap itu, sewajarnya kita sebagai pendidik perlu bersabar dengan cabaran yang hanya sedikit sahaja dalam menyampaikan ilmu. Bersabar itu indah sebenarnya. Kita hanya perlu yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama



[7]



orang-orang yang sabar dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Jadi, contohilah akhlak Rasulullah dengan bersabar dan mintalah pertolongan daripadaNya. 2.4



Ketegasan dalam Kelembutan



Dalam dunia pendidikan, ilmu yang disampaikan kepada anak-anak murid itu perlu disampaikan dengan sebetul-betulnya. Hal ini kerana ilmu yang disampaikan itu adalah ilmu Allah dan ajaran serta sunnah Rasulullah s.a.w. Selain itu, ilmu yang disampaikan itu akan menjadi amalan anak didik kita seterusnya menjadi bekal atau saham kita di akhirat kelak. Jadi, bagi menjamin ilmu itu sampai ke dalam hati dan jiwa anak-anak didik, kadang kala kita perlu bertegas dalam melakukan sesuatu. Namun, ketegasan itu perlu adanya kelembutan. Atau dengan kata lain, kita mendidik secara berhikmah. Perkara ini penting untuk dilakukan terutamanya dalam soal akidah dan akhlak. Sebagaimana yang Rasulullah terapkan dalam diri cucunya iaitu Saidina Hasan mengenai sifat benar. Hal ini ada diriwayatkan dalam hadith di mana Saidina Hasan r.a pernah berkata : Maksudnya : “Aku pelihara benar-benar akan apa yang aku ambil dari Rasulullah s.a.w iaitu: “Tinggalkanlah segala apa yang membimbangkan kamu dan pergilah kepada apa yang tidak membimbangkan kamu. Maka sesungguhnya sifat benar itu merupakan ketenangan dan berdusta itu merupakan kebimbangan.” (HR. Tarmizi). Melalui hadith ini, sesungguhnya Rasulullah s.a.w amat mengambil berat dan bertegas dalam menanamkan sifat benar dan jangan berdusta dalam diri anak-anak. Walaupun Nabi bertegas dalam hal ini, namun cara penyampaiannya cukup lembut dan berhikmah sehinggakan Saidina Hasan tidak melupakan hal tersebut. Begitu juga dalam konteks kita sebagai pendidik, dalam memastikan akidah dan akhlak anak murid kita terjaga, dan dalam pada masa yang sama kita perlu menjaga sensitiviti di mana anak-anak sekarang yang tidak boleh dicubit sedikit pun, kaedah ini sangat perlu untuk digunakan. Setegas mana pun kita , jangan gunakan kekerasan Menurut Mazidah (2011), pendidikan nilai dalam Islam berkait rapat dengan konsep akhlak iaitu nilai baik dan buruk, bersifat mutlak serta ditentukan oleh Allah. Oleh itu, pembangunan dan penanaman nilai memerlukan ketegasan dalam kelembutan, kesabaran dengan kefahaman serta kebijaksanaan yang tinggi.



[8]



3.0



PENUTUP



Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w merupakan pendidik terulung yang perlu kita contohi sebagai pendidik pada masa akan datang khususnya dalam dunia Pendidikan Islam. Jika dikaji, Rasulullah sebenarnya telah lama menunjukkan cara yang terbaik dalam mendidik anak-anak bangsa. Konsep yang sama, cuma caranya agak sedikit berbeza disebabkan perubahan zaman yang berlaku. Tuntasnya, kita sebagai guru perlu menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model kita yang pertama. Sebagai mana yang telah diterangkan, kita perlu lagi membaca dan mengkaji bagaimana Rasulullah meletakkan dirinya sebagai pendidik. Kita perlu melihat corak kerja baginda, bagaimana baginda mendidik anak-anak, yang mana didikan Nabi tidak sama untuk setiap orang. Semoga kita semua dapat menjadi pendidik seperti Rasulullah s.a.w. yang disegani serta dihormati.



[9]



Rujukan



Abdullah Zhidi Omar [et.al..] (2014). Pengantar Pendidikan Moral IPTA, IPTS, IPG dan Kolej. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Afifi Ahmad (2012). Meraih Cinta Al-Khaliq. Shah Alam : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni; diterjemah oleh Rasyidah Basyir (2006). Nabi Muhammad S.A.W : AlQuran Berjalan Rahmat Bagi Seluruh Alam. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Ahmad Mohd Salleh (2011). Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam : KPLI Pengajian Islam & j-QAF. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Junaid Al-Baghdadi (1997). Proses Awal Sistem Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Mazidah Muhammad (2011). Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam. Kuala Lumpur : PTS Media Group Sdn. Bhd. Muhd Nasruddin Dasuki (2015). 100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita. Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Napisah Humni, Salehudin Sabar, Mahadi Khalid dan Mohamed Razi Mohd. Suradi (2004). Pelaksanaan Ibadah Solat Fardhu di Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Pendidikan MPBL, 5,107. Nurul Husna Rosidi (2017, Mei 8). Akhlak Remaja Melayu Semakin Meruncing. Utusan Oline. Diakses daripada laman web : http://www.utusan.com.my/rencana/forum/akhlak-remajamelayu-semakin-meruncing-1.478633 Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri; diterjemah oleh Muhammad Ramzi Omar (2016). Al-Rahiq Al-Makhtum. Sirah Nabawiyyah S.A.W. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Wan Kamalsha dan Amina Noor (2016). Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Rawang: Pustaka Ilmuwan.



[10]