ALOMORF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up

ALOMORF [PDF]

ALOMORF Dalam Tatabahasa Dewan oleh Karim et al. (2011)awalan meN- mempunyai 4 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, dan meng

6 0 105 KB

Report DMCA / Copyright

DOWNLOAD FILE


File loading please wait...
Citation preview

ALOMORF Dalam Tatabahasa Dewan oleh Karim et al. (2011)awalan meN- mempunyai 4 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, dan meng-. Manakala dalam Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar dan Morfologi oleh Abdullah Hasan, awalan meN- mengandungi 6 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, meng-,



meny- dan menge-. Keadaan ini berlaku kerana Awalan meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh dan h (bunyi konsonan) dan semua huruf vokal. Menurut Nik Safiah, perkataan pinjaman yang huruf pertamanya huruf k, tidak akan mengalami pengguguran demi mempertahankan etimologi kata asalnya seperti kabul menjadi mengkabul(kan). Beliau telah mengklasifikasikan menge- dalam penjelasan imbuhan meng-. Imbuhan meng- akan bertukar menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman seperti cat menjadi mengecat. Berdasarkan penerangan Nik Safiah Karim, terdapat pengecualian pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan iaitu meng- tidak berubah menjadi menge- seperti stor menjadi mengstor Seperti Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar juga berpendapat bahawa morfem awalan meng-dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan huruf k, g, h, kh, gh dan semua vokal. Hanya hurufk yang akan gugur dalam proses penambahan seperti dalam perkataan-perkataan berikut. Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir (2009, hlm 9), awalan meny- dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan s dan c. Dalam proses penambahan, hanya huruf s yang akan gugur seperti sesuai menjadi menyesuai. Tiada pula kata dasar yang bermula dengan huruf c yang menerima imbuhan meny- dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tiada penjelasan yang diberikan oleh Nik Safiah Karim mengenai imbuhan awalan meny-.



Alomorf 15 Dec, 2011 Cemerlang Bahasa admin Permalink



Oleh Kho Thong Eng Menurut Asmah Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir, edisi kelima, alomorf ialah varian morfem. Bagi morfem bebas, morfem dengan alomorfnya sama. Namun begitu, bagi sesetengah morfem terikat, alomorfnya terbahagi kepada beberapa jenis. Jika alomorf sama dengan morfem, alomorf tersebut disebut sebagai alomorf dasar. Contohnya, alomorf jalan dengan morfem jalan sama. Oleh itu, bentuk jalan mewakili morfem dan juga alomorfnya. Bagi morfem terikat pula, alomorf di- sama dengan morfem di-. Oleh itu, bentuk di- boleh mewakili morfem dan alomorfnya. Jika sesuatu morfem mempunyai banyak alomorf, satu daripada alomorf akan dipilih untuk melambangkan morfem tersebut. Alomorf yang terpilih sebagai lambang morfem disebut sebagai alomorf dasar. Alomorf yang pelbagai terdapat pada sesetengah morfem terikat. Alomorf tersebut terbahagi kepada tiga jenis, iaitu alomorf lingkungan fonologi, alomorf lingkungan tatabahasa dan alomorf lingkungan leksikal. Jika bentuk alomorf berkaitan dengan ciri bunyi awal pada kata dasar yang ditambah morfem terikat, alomorf yang terhasil disebut sebagai alomorf lingkungan fonologi. Contohnya, morfem meN- mempunyai empat alomorf lingkungan fonologi, iaitu me-, men-, mem- dan meng-. Alomorf lingkungan fonologi mungkin ditambah pada kata dasar dengan atau tanpa peleburan fonem atau pengguguran bunyi pada awal kata dasar. Jadual yang berikut memaparkan kata dasar contoh yang ditambah alomorf lingkungan fonologi me-