Anatomi Dan Fisiologi Ginjal [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Anatomi dan fisiologi Ginjal ( Buah Pinggang) Sistem urinary manusia terdiri daripada dua biji ginjal, dua saluran urin yang dipanggil ureter,satu pundi kencing dan satu saluran urethra. Ginjal berbentuk seperti biji kacang panjang dan berwarna merah tua. Saiznya kira-kira 10 cm panjang dan 6.4 cm lebar,tetapi ia juga dipengaruhi oleh saiz badan dan umur seseorang individu itu sendiri. Setiap ginjal terletak dibelakang dinding abdomen (retroperitoneal) di bahagian kiri dan kanan. Ginjal di sebelah kanan terletak ke bawah sedikit dari sebelah kiri kerana hati menggunakan bahagian yang luas di sebelah kanan abdomen.



Setiap ginjal mempunyai satu juta unit yang dipanggil nephron dan berfungsi untuk menghasilkan urin. Urin ini akan disalurkan di ureter dan disimpan di dalam pundi kencing. Kemudian urin ini akan disalurkan ke urethra untuk dikeluarkan dari badan. Ginjal merupakan vital organ yang memainkan peranan penting dalam mengimbangkan kepekatan dan bahan yang terkandung didalam darah. Fungsi ginjal adalah seperti;  Menyingkirkan air yang berlebihan di dalam badan.  Menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan seperti urea dan kreatinin.  Mengawal keseimbangan elektrolit di dalam badan seperti sodium, potassium, kalsium dan fosfat.  Mengawal keseimbangan pH (keasidan dan kealkalian) di dalam badan dengan meyerap bicarbonate apabila darah berada didalam keadaan yang berasid.  Menghasilkan hormon Erythropoietin untuk merangsang sumsum tulang menghasilkan sel darah merah.  Menghasilkan hormon Renin untuk mengawal tekanan darah.  Menghasilkan aktif Vitamin D untuk meyerap kalsium dari makanan melalui usus kecil untuk mengekalkan pembentukan tulang yang sihat dan kuat..



Penyakit Buah Pinggang (Ginjal) yang kronik Penyakit ginjal yang kronik adalah penyakit yang dihidapi kepada pada semua orang tidak mengira peringkat umur, jantina dan bangsa. Penyakit ini berlaku secara berperingkat ke arah yang teruk dengan perlahan-lahan tanpa disedari. Ia merupakan penyakit yang tidak boleh disembuhkan tetapi dapat dikawal dengan mengenalpasti apakah punca yang meyumbang kepada penyakit buah pinggang yang kronik seperti Diabetis dan Hypertensi. Pesakit yang menghidapi penyakit ginjal yang kronik dapat dikenalpasti berdasarkan tahaap fungsi buah pinggang iaitu Glomerular Filtration Rate ( GFR ). Fungsi ginjal normal manusia ialah 120 ml/min/1.73m2. Penyakit ini berlaku apabila proses kerosakan pada stuktur GFR kurang daripada 60 ml/min/1.73m2 dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Jadual 1: Peringkat Penyakit Ginjal Yang Kronik Peringkat 1



GFR ml/min/m2 ≥90



Ringkasan



Tanda-tanda



GFR masih berada di paras normal Fungsi ginjal merosot sedikit



Pesakit masih dalam keadaan yang sihat



2



60-89



3



30-59



Kemerosotan GFR yang sederhana



4



15-29



GFR yang teruk



Berlaku perubahan pada kalsium dan fosfat tetapi pesakitbelum merasa sebarang gejala Pesakit mengalami anamia, hypokalsemia, hyperfosfatemia dan hypertensi Pesakit mengalami gejala



5



\