Apresiasi Karya 2D (Yong Mun Sen) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

2.0



APRESIASI KARYA 2D (YONG MUN SEN)



Rajah 1.0



Karya pertama yang akan dilakukan proses apresiasi menggunakan teknik Fieldman (1967) dan Smith (1967) ialah karya Seaside Village. Karya ini dihasilkan oleh tokoh tempatan yang terkenal iaitu Yong Mun Sen pada tahun 1950 dan menggunakan media cat air dalam penghasilannya. Karya Seaside Villlage menggambarkan suasana penduduk atau golongan masyarakat yang tinggal di kawan tepian pantai. Pastinya masyarakat yang tinggal di kawasan itu rata-rata bukanlah dari golongan yang senang serta mencari hasil laut sebagai sumber utama mereka. Setelah dilakukan penelitian terhadap karya, dapat dikenalpasti bahawa karya Seaside Village ini telah mengaplikasikan pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan seperti penggunaan garisan, warna, rupa, ruang dan bentuk. Stail atau aliran yang tertentu juga digunakan oleh tokoh Yong Mun Sen dalam menghasilkan karya seni beliau ini. Setiap unsur seni, prinsip rekaan dan stail yang digunakan mempunyai asbab yang tersendiri sehinggakan ia mampu menjadikan sesebuah karya itu kelihatan menarik dan estetik. Unsur seni garisan yang digunakan pada karya Seaside Village adalah dianggap sempurna kerana telah berjaya mewujudkan rupa, bentuk dan jalinan pada karya. Subject matter juga dapat ditunjukkan pada karya dengan jelas sehingga menimbulkan penegasan. Garisan merupakan satu deretan titik yang bersambung-sambung sehingga membentuk suatu lakaran. Rupa yang digunakan pada karya adalah pelbagai kerana mempunya dua jenis rupa iaitu rupa geometri seperti pondok dan sampan serta rupa organik seperti awan, daun pokok kelapa dan lukisan bukit pada latar belakang. Selain itu, unsur bentuk juga dapat diperhatikan pada karya iaitu bentuk pondok yang digambarkan seakan-akan bentuk 3D. Dahan pokok kelapa dan bumbung pondok pula terdapat unsur jalinan tampak padanya. Jika dilihat pada karya Seaside Village ini, karya ini menggunakan warna yang terang dan lembut persis suasana pada waktu pagi. hal ini secara tidak langsung telah menunjukkan



mood yang ceria dan tenang pada karya. Stail yang digunakan oleh Yong Mun Sen dalam menghasilkan karya ini ialah seni catan air cina serta aliran impressionisme. Seni catan cina adalah seni yang menggunakan warna yang tenang dan aliran impressionisme ialah aliran yang menggunakan warna-warna cerah, subjek lukisannya tidak terlalu menonjol serta sapuan yang dilakukan adalah secara spontan dan cepat. Setiap unsur seni, prinsip rekaan dan stail lukisnyang diterapkan adalah bagi mewakilkan pelbagai makna dan maksud sesuatu subjek pada karya. Misalnya, warna yang pelbagai akan menunjukkan subjek di dalam karya adalah analogi kepada subjek dari dunia realiti. Warna biru keungguan menunjukkan bahawa itu aldah pantai dan warna jingga kekuningan pula menunjukkan kawasan di tepi pantai. Jalinan pula digunakan sebagai sifat permukaan sesuatu objek misalnya yang terdapat pada batang pokok kelapa kelihatan yang bergaris-garis dan bumbung yang diperbuat daripada daun nipah. Kelihatan seorang lelaki pada karya tersebut sedang memegang batang yang panjang seakan-akan rod pancing. Pastinya lelaki tersebut merupakan seorang nelayan yang baru pulang pada waktu siang setelah mencari hasil di laut pada waktu malam. Justeru, setelah menghasilkan kajian terhadap karya Seaside Village oleh Yong Mun Sen, dapat disimpulkan bahawa karya beliau adalah karya yang unik, sempurna, estetik dan mempunyai maksud yang tersendiri kerana telah menerapkan pelbagai unsur seni, prinsip rekaan dan stail lukisan yang pelbagai dengan jayanya. Karya tersebut juga telah dihasilkan sebelum kemerdekaan dan secara tidak langsung telah menggambarkan gaya hidup masyarakat pada waktu dahulu yang hidup serba kekurangan dan bekerja keras setiap hari demi mencari sesuap nasi. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masyarakat yang hidup di kawasan persisiran pantai pada zaman sebelum kemerdekaan kebanyakannya ialah masyarakat dari kaum Melayu. Mereka boleh dikategorikan sebagai masyarakat pengasas terhadap semua perkara tradisional yang kita masih amalkan sehingga kini seperti dari segi pakaian dan pembuatan rumah. Oleh hal yang demikian, kita sewajarnya memperkasakan setiap perkara tradisional yang boleh kita dilakukan pada masa kini. Kita perlulah menghargai perit jerih masyarakat dahulu yang banyak berkorban untuk generasi akan datang dan jangan pernah dilupakan asal usul kita.