Asignmt Kegiatan Ekonomi Zaman Kesultanan Melaka [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Bincangkan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu dalam zaman kesultanan Melaka. 01 Pendahuluan Pada abad ke -15 Tanah Melayu diperintah oleh



kerajaan sendiri, iaitu



Kesultanan Melayu Melaka yang menguasai sebahagian besar wilayahwilayah di tanah Melayu. Pada zaman kegemilangannya, Kerajaan Melaka menjalin hubungan dengan beberapa buah kuasa asing seperti China yang merupakan kuasa besar di Asia ketika itu. Sejarah tamadun Melayu yang tercatat bermula diawal



abad keempat Masihi di mana catatan paling



awal adalah di dalam bentuk batu surat yang dijumpai di Sungai Siak Sumatera.



Politik feudal Melayu semenjak zaman itu hingga ke zaman



Melaka yang berakhir pada tahun 1511 adalah semata-mata ditunjangi suatu



sistem



ekonomi



yang



berkisar



di



sekeliling



perdagangan



antarabangsa. Perkembangan ekonomi dan keagunang kerajaan Melaka bergantung pada perdagangan dan perkapalannya. Melaka yang strategik di bahagian Selat Melaka telah menjadikannya pusat perdagangan yang penting. Tome Pires menyatakan bahawa pelabuhan Melaka begitu baik kerana kapal-kapal boleh berlabuh dalam semua musim dan perdagangan boleh dijadikan dalam keadaan semua musim dan dijalankan dalam keadaan yang selesa.1 Kedudukan Melaka yang strategik dari segi lokasi, geografi dan kedudukannya di tengah-tengah Kepulauan Melayu yang kaya dengan rempah ratus telah menjadikan sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Kegiatan perdagangan ini bukan sahaja telah berjaya menjana ekonomi Melaka, malah menjadi pusat perdagangan dan kebudayaan Islam terkenal di rantau ini. Proses pembangunan ekonomi Melaka selama 700 tahun itu bersemarak di muara-muara sungai di kawasan-kawasan persisir sahaja. Pusat-pusat pertumbuhan Melayu bertabur di kiri kanan Tasek Melayu 1



Ahmad Jelani Halimi, 2006, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Penerbit Dewan Bahasa & Pustaka, hlm.22



1



(yang sekarang dipanggil Selat Melaka), di kawasan persisir Selatan Siam dan Pantai Timor Semenangjung Tanah Melayu, di kawasan pasisir kepulauan Philipines, Borneo dan di seluruh pasisir kepulauan Jawa dan Sulawesi.



Pusat-pusat ini dihubungi dengan jaringan perdagangan maritim di antara mereka, yang mana pusat besar di zaman Srivijaya adalah Palembang dan Bandar Melaka pula menjadi pusat utama di zaman Kesultanan Melaka. Dari Palembang dan Bandar Melaka pertukaran barang secara entropot dibuat dengan pedagang-pedagang luar, khususnya daripada China, India dan dunia Islam Timor Tengah.



02.



Kesultanan Melayu Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan Agraria



dan Maritim Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu terdiri daripada kerajaan agraria (kerajaan ini terletak di kawasan pedalaman dan sungai-sungai utama yang ekonominya berasaskan pertanian) seperti tanah jajahanya Perak , Pasai dan beberapa kawasan lain. Manakala kerajaan maritim ( kerajaan yang terletak di pesisiran pantai yang memberi tumpuan kepada perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut) seperti di Melaka sendiri. Kebanyakkannya Orang Melayu dahulu adalah petani dan pelaut. Penemuan tinggalan arkeologi di Kuala Selinsing Perak menunjukkan orang Melayu juga adalah ahli pertukangan dan pedagang melalui jalan laut. Mereka hidup dalam kampung tradisi-menanam padi, kelapa dan buah-buahan dan mengamalkan ekonomi sara diri. Oleh itu, kegiatan ekonomi masyarakat dalam zaman kesultanan Melayu dibagaikan kepada dua iaitu kerajaan agraria dan maritim .



2.1 2.1.1



Ekonomi Agraria Pertanian dan penternakan



2



Kegiatan ekonomi



masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu



Melaka berteraskan sistem ekonomi sara diri. Keperluan ekonomi petani ini ialah berbentuk secukup hidup bagi menyara keperluan keluarga sendiri dengan menekankan kepada keperluan asas. Oleh itu, tumpuan utama kegiatan ekonominya ialah kepada usaha-usaha untuk mendapatkan sumber-sumber makanan.2 ( Amarjit Kaur. 1991; Ishak Shaari. 1991). Sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan sistem kekeluargaan. Ia tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini sebuah keluarga mengusahakan pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan orang lain. Dengan kata lain mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah tuan mereka dengan keluarga mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini mereka tidak perlu memikirkan untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui cara ini mereka sekadar memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Oleh itu, konsep lebihan untuk mencari untung tidak pernah difikirkan. Dalam Kesultanan Melaka, apabila Melaka menjadi bandar entreport orang Melayu telah mewujudkan satu sistem ekonomi perdagangan yang teratur dengan terbentuknya sistem cukai, sistem pasar dan gudang. Sistem sosial bersifat "feudal" iaitu Raja/Sultan menguasai sumber ekonomi (tanah, tenaga buruh, modal pelaburan, perdagangan dan memungut cukai). Mereka tergolong dalam kelas atasan dan menengahmenjadi pedagang, ahli pelayaran dan pengusaha lombong bijih timah. Monopoli ekonomi menjadi teras mengekalkan kuasa raja terhadap rakyat. Mereka menguasai jalan perdagangan di sungai-sungai dan menguasai perdagangan import/eksport. Aktiviti pertanian dan penternakan juga dilakukan antaranya menananm buah-buahna seperti durian, lagsat, duku, manggis, pisang, sayur-sayuran dan padi. Namun begitu Melaka banyak mengmport makanan-makanan utama iaitu beras daripada Pulau-pulau Jawa dan burma. Kegiatan ini hanya dilakukan untuk memenuhi keperluan harian sahaja 3.



2



Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 96



3



Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm 70



3



Kegiatan Pertanian Padi merupakan kegiatan utama yang di usahakan oleh masyarakat Melayu tradisional , yang tinggal di kawasan pendalaman. Padi ditanam hanya untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual. Kadang-kala lebihannya ditukarkan dengan barangan keperluan yang lain. Teras pertanian ialah tanaman padi, disamping pelbagai tananam lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Bukti adanya tanaman-tanaman ini dalam masyarakat Melayu pada masa tersebut ada disebut dalam sejarah Melayu. edisi Shellabear iaitu: Semasa di zaman puteri Gunung Ledang, dikatakan dapat melihat pelbagai jenis buah sebelum sampai ke pondok puteri tersebut. malah menurut Tome Pires juga, parameswara (Raja Iskandar) dan 1000 orang pengikutnya telah menabas untuk ditanam pokok dan dibuat dusun. tradisi ini seterusnya telah dipraktikkan di Melaka. Malah tanggapan ini diperkuatkan dengan adanya hukuman ke atas orang yang hasil tanaman sepert sirih, pisang, tebu, pinang dan buah-buahan seperti yang disebut dalam fasal 11.2 dalam undang-undang Melaka. secara tidak langsung undang-undang ini telah menunjukkan kepada kita betapa banyaknya dusun-dusun berkaitan



buah-buahna



dengannya4.



sehingga



Penternakan



adanya juga



undang-undang



telah



dijalankan



yang



dimana



masyarakat rantau melayu membela binatang ternakan seperti Lembu kambing dan ayam itik. Kawasan rumah meraka telah dipagar agar binatang ternakan tersebut tidak memasuki kawasan rumah orang lain.



2.1.2 Hasil Hutan Selain pertanian, zaman kesultanan Melayu Melaka juga dikenali sebagia pusat pengeluaran sumber hutan seperti rempah ratus sejak dahulu lagi. Selain itu, masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu melaka juga menanam pokok buah-buahan dan tanaman semapingan lain di dusun mereka untuk menambahkan pengeluaran



makanan. Antara



tanaman yang ditanam ilaha jagung, ubi kayu, sayur-sayuran, pinang dan kelapa. Mengikut catatan orang Cina, pada tahun 1416 telah ada orang



4



Harun Daud, Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1989, hlm 189



4



Melayu menanam tebu, cempedak, pisang, nangka, labu, bawang, halia dan tembikai.5 Alam Melayu juga merupakan alam yang mewah dengan sumber semulajadinya. Suber-sumber hutannya telah menjadi sumber untuk dijadikan salah satu barang eksport ke dunia luar. Alam Melayu yang meliputi dengan hutan rimba dan kayu kayan ini telah mengeluarkan barang eksport seperti kayu wangi, damar dan rotan. biasanya pencaripencari sumber ini terdiri daripada orang melayu yang berada di kawasan pedalaman dan mereka ini dikenali sebagai Melayu Proto iaitu seperti Suku Semang dan Temuan. Golongan ini sudah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan kehidupan hutan. setiap kelompok yang tinggal di dalam



kawasan



ini



mengetahui



secara



terperinci



tantang



alam



sekelilingnya. Malah melalui kajian-kajian yang dibuat ke atas orang-orang asli ini seperti suku Temuan, ssetelah baligh ia akan mengenali beberapa ratus jenis tumbuhan disekelilingnya. jika mereka berpindah, mereka terpaksa membebankan diri dengan belajar jenis tumbuhan yang belum dibiasakan kerana kebanyakan kayu hutan ini hanya dijumpai ditempattempat tertentu dalam jumlah yang terhad.6 2.1.3 Penternakan dan Berburu Selain itu, kegiatan menternak dan memburu binatang, mengumpulkan hasil-hasil hutan dan sebahagian kecilnya mengusahakan kerja-kerja kemahiran pertukangan dan kraftangan.



Pada umumnya, masyarakat



Melyu tradisional mendirikan kawasan yang sesuai untuk kegiatan bercuck tanam dan mengkap ikan, di samping mendapatkan sumber air. Kawasan penempatan



seperti



ini



juga



berhubung dengan dunia luar. 2.1.4



penting



bagi



memudahkan



mereka



7



Perlombongan



Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bijih timah telah dijadikan eksport utama Melaka dengan dicairkan dan dijadikabn kepingan jingkong. Melaka juga dikatakan telah mengumpulkan emas dari tanah jajahan takluk 5



Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 99 Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y , Sejarah Malaysia, Macmillan Press, London, 1982, hlm 11-12 7 Ibid, hlm 97 6



5



seperti Kelang, Selangor, Bernam, Manjung, Beruas dan kedah. hasil dari sini



telah



membawa



kepada



perkembangan



masyarakat



kerana



masyarakatnya telah terdedah dengan aktiviti perdagangan dan telah diperkenalkan dengan dunia luar. 2.2



Kegiatan Maratim



Sebahagian



besar



penduduk



Melaka



kecuali



yang



dibawa



oleh



Parameswara dari Palembang ialah Orang Laut yang dipanggil oleh Tome Pires sebagai Celates ( orang Laut) yang bergantung hidup mereka pada kegiatan lanun dan perompakan8. Melaka tidak berkembang sebagai sebuah Negara agrarian, sebaliknya Melaka berkembang sebagai sebuah Negara perdagangan lautan9.Penerokaan tanah untuk pembangunan agrarian tidak berlaku secara besar-besaran kerana kos melepas di bidang perniagaan



maritime



adalah



lebih



tinggi



daripada



bertani.



Berkemungkinan besar orang-orang Melayu tidak mempunyai minat di bidang pertanian, walaupun kelompok-kelompok masyarakat Melayu seperti di Acheh, di Kepulauan Jawa dan Sulawesi pada zaman-zaman itu sudah mempunyai kemahiran di dalam bidang pertanian rempah-ratus dan juga padi. Justeru itu, penduduknya lebih bergiat dalam bidang perdagangan dan



bukan



pertanian.



Malah



penduduk



yang



tidak



bergiat dalam



perdagangan pun tidak ramai yang bergiat dalam pertanian. Mereka lebih menumpukan



perhatian



ke



laut



(nelayan) 10.



Kawasan-kawasan



pendalaman di daratan hanya merupakan kawasan-kawasan sumber alam tanpa didiami oleh banyak penduduk. kependudukannya



adalah



bertaburan,



Jika ada penduduk pun, sistem (bukan



berkelompok



perbandaran atau perkampungan) di tepi-tepi sungai.



secara



Khazanah dari



pendalaman seperti gading gajah, kayu-kayuan, lilin-lebah, rotan, kayu cendana, emas, bijih timah dan rempah ratus diangkut ke pusat-pusat pertumbuhan di muara sungai.



8



Ahmad Jelani Halimi, 2006, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Penerbit Dewan Bahasa & Pustaka, hlm.17 9 Ibid., hlm.17 10 Ibid.,hlm. 17



6



2.2.1



Menangkap Ikan



Dalam catatan



Ma Huan, mengatakan menangkap ikan



(nelayan)



merupakan pekerjaan utama orang Melaka. Sebagai contoh, sungguhpun beras merupakan bahan utama makanan kepada penduduk Nustantara, akan tetapi bukanlah dagangan yang penting sebelum abad ke-15. Pelabuhan dan kota-kota awal di Nusantara terletak di



kawasan tanah



pamah yang boleh menghasilkan beras mencukupi. Namun pada abag ke -15, kemunculan Melaka telah membawa permintaan terhadap beras meningkat. Bandar Melaka telah dibina di sebuah kawasan yang memang sesuai



untuk



menghasilkan



padi



akan



tetapi



Melaka



tidak



dapat



menghasilkan makanan itu secukupnya untuk penduduk yang bertambah dengan pesat. Kekurangan bekalan makanan utama ini bukan



kerana



tiada kawasan tanaman yang sesuai di sekitar Melaka, tetapi keranan tiada orang yang hendak mengusahakannya 11. Pada



zaman kesultanan Melayu Melaka, beradasarkan sumber Portugis,



export tunggal hasl laut dari Melaka



pada akhir abad ke-15 ialah ikan



kering. Kegiatan lain yang dilakukan ialah pemungutan hasil laut menjadi antara kegiatan ekonomi yang penting. Hasil laut ini sangat digemari oleh pedangan China yang dating berdagang ke kepulauan Melayu. Mereka menggunakannya sebagai bahan-bahan istemewa dan ubat-ubatan 12.



3.



Sistem Ekonomi Perdagangan dan Perkapalan



Selain sistem sara diri, ekonomi komersial juga turut mempengaruhi kegiatan masyarakat Melayu di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kegiatan perdagangan di Gugusan Tanah Melayu telah berkembang pesat sebelum



awal



abad



ke-15



M.



Perkembangan



perdagangan



telah



menyebabkan kemunculan beberapa politi perdagangan di Alam Melayu. Sebagai contoh, Tun-Sun, Tou-Chu-Li, Tan-Tan, Pan-Pan, Lang-Ya-Hsiu, ChihTu, Lo-Yueh, Ko-Lo dan sebagainya. Mengikut sumber-sumber negeri China seperti Liang-shu, Chui-chu dan sebagainya, politi perdagangan ini mempunyai hubungan pedagangan yang formal dengan China. Sebagai 11



Ahmad Jelani Halimi, 2006, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Penerbit Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 17 12 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 103



7



contoh, Lang-Ya-Hsiu menukar barangan mereka yang terdiri daripada gading gajah, tanduk badak sumbu, kayu gaharu dan kapur barus dengan pedagang China yang mempunyai barang seperti beras, sutera dan porselin. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan Melaka terus menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Pedagang dari seluruh dunia telah datang ke sini dan bertemu dengan pedagang tempatan atau pedagang lain. Lebih dua kurun yang lalu, beberapa empayar telah menegakkan pusat dan wilayah pemerintahan mereka di sepanjang Selat Melaka – satu petanda kepentingan strategik selat tersebut sejak zaman berzaman.



‘Laluan



Rempah’



yang



merentasi



Selat



Melaka



telah



memainkan peranan penting dalam melahirkan Kesultanan Melaka yang dikenali sebagai empayar yang terulung di Asia Tenggara dalam kurun ke 15. Menjelang kurun ke 16, kuasa-kuasa besar Eropah terlibat di dalam perebutan kuasa bagi mengawal Selat Melaka dengan meningkatnya kesedaran terhadap kepentingan selat itu sebagai laluan maritim yang strategik. Portugis dan Belanda terlibat di dalam peperangan sepanjang kurun ke 17 bagi menguasai selat tersebut dan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang perairannya13. Kedudukan geografi merupakan faktor penting yang membawa kepada perkembangan dalam masyarakat dalam alam Melayu ini. Ia terletak dipersimpangan dua jalan laut yang penting iaitu barat dan timur. Rantau ini telah disambungkan dengan benua china dan india oleh dua angin monsun utama iaitu angin Monsun Barat Daya dan angin Monsun Timur Laut. Sejak Melaka didirikan pada 1400, gagasan kepulauan Melayu merupakan sebahagian daripada jaringan perdagangan yang kompleks yang merentang daripada benua Afrika ke benua China sejak beratusratus tahun14. Selat Melaka pula telah diumpamakan sebagai "kerongkong yang harus ditempuhi oleh semua lalulintas asing sama ada darat atau laut ke mana-mana



gugusan"



selat



ini



juga



berpotensi



menjadi



tempat



13



Fakta di dalam perenggan ini dipetik dari kertaskerja bertajuk An Integrated Management Regime for the Straits of Malacca? yang dibentangkan oleh Kapt (B) Mat Taib Yasin, Fellow Kanan, MIMA di Persidangan Mengenai Selat Melaka : Membina Satu Persekitaran Keselamatan Komprehensif di Kuala Lumpur, 11 Oktober 2004. 14 Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y , Sejarah Malaysia, Macmillan Press, London, 1982, hlm 11



8



pengumpulan Disinilah



dan



Melaka



pemunggahan



menampakkan



barang-barang peranannya



dari



sebagai



kapal-kapal 15. sebuah



pusat



entrepot. Barang-barang yang dibawa ke Melaka untuk didagangkan akan ditinggalkan dan diniagakan diMelaka oleh penduduk tempatan keserata pelusuk kawasan perdagangan. Manakala barang-barang dagangan dari kawasan pedalaman dikumpulkan melalui jalan sungai yang banyak dikedua-dua selat Melaka membawa kepada pantai selat Melaka. Jaluran-jaluran sungai ini menjadi alat komunikasi antara kawasan pedalaman dengan laut. Kapal-kapal dapat berlindung daripada angin lautan yang luas di selat Melaka serta merupakan tempat teduh berbanding



diperlabuhan



Sumatera



iaitu



Pasai.



Keadaan



selat



ini



disamakan dengan tasik ditengah lautan. Kadangkala terdapat angin ribut kencang yang disebut 'ribut Sumatera' oleh pelaut-pelaut Eropah namun ianya hanya terbatas kepada kawasan antara Selangor dan singapura. Malah ianya bermusim dan boleh diramalkan bila ianya berlaku. Selat ini berkeadaan tenang dimana ianya memudahkan aktivitiperdaganggan dijalankan pada masa tersebut. Aktiviti perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kegiatan ekonomi peribumi yang telah berjalan sejak kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya iaitu dari abad ke 7 hingga ke 13. Kegiatan perdagangan antara penduduk peribumi dengan pedagang asing yang menetap dan berdagang di Melaka telah melahirkan masyarakat bercorak kosmopolitan. Perkembangan ini dipengaruhi juga oleh banyaknya bahan-bahan mentah tempatan yang diperlukan oleh pedagang-pedagang asing. Kemakmuran Melaka hanyalah semata-mata berasaskan perdagangan antarabangsa di mana kumpulan politik itu sendiri menjadi pedagang utama.



Undang-undang maritime yang mengawal perjalanan



perkapalan



perdagangan



serta



entrepot



dan



perdagangan



persisir



merupakan sistem undang-undang utama di dalam empayar-empayar Melayu ini. Disebaliknya, tiada langsung undan-undang mengenai bidang pertanian yang tercatit.



Pertanian hanya merupakan sector sekunder



sahaju. Malah bahan-bahan makanan banyak diimport dari Negara-negara luar seperti Siam dan Burma. 15



Ibid, hlm 20-21



9



Teras ekonomi Melayu yang berbentuk perdagangan antarabangsa ini menyusuri teknologi perkapalan dan pengetahuan pelayaran yang meluas dan mendalam.



Tome Pires yang menulis di abad 16, mencatatkan



bahawa perahu-perahu layar Melayu yang membawa barangan niaga adalah lebih effisien dari segi ruang dan kelajuannya daripada kapal-kapal perdagangan Eropah pada masa itu. dengan tanah. Melayu



Lautan menjadi sama penting



Dan pentingnya lautan didalam kehidupan ekonomi



diabadikan



di



dalam



istilah



“tanahair”



untuk



memanggil



negaranya. Orientasi ekonomi orang-orang Melau pada masa itu adalah menjurus kepada perkumpulan (group oriented) kerana pengumpulan modal yang banyak diperlui, yang tidak dapat ditangani oleh individu. Lagi pula perjalanan kapal yang jauh dan berbahaya, mengenakan tahap risiko yang tinggi baik keatas modal maupun nyawa. Dengan berkongsi scara pengumpulan modal dan tenaga, risiko ini diratakan, dan juga keselamatan diri lebih senang dipertahankan. Gejala organisasi sosial ini merupakan putik-putik koperatisasi didalam ekonomi perdagangan bangsa Melayu. Di dalam pada itu orientasi kumpulan-kumpulan perdagangan ini ialah sifat memandang keluar dan dengan semangat kembara yang membakar sekaligus menyemarakkan perdagangannya.



Hasil daripada



penyemarakan perdagangan ini bahasa suku Melayu dan agama Islam disebarkan ke seluruh persisir Nusantara. Keupayaan penyemarakan ini digandingkan dengan keupayaan saudagar-saudagar Melayu menguasai bahasa suku-suku lain di kawasan pasisir Nusantara dan juga kawasankawasan pasisir benua China dan India. Kekuatan ekonomi Melaka bukti kepada hakikat ini. Ahli sejarah Cina, I-Cing, yang bermastutin di Palembang pada abad 7, selama 25 tahun, mengabadikan catitan kekayaan ini dengan menggelarkan bumi Melayu sebagai ‘tanah emas’.



Maharaja-Maharaja Cina menghadiahkan



payung kuning kepada maharaja-maharaja Melayu baik di Palembang



10



maupun di Melaka sebagai melambangkan pengakuan kekuatan ekonomi Melayu pada masa itu. Kemakmuran Melaka yang berhasil daripada perdagangan antarabangsa itu, tidak dapat ditandingi oleh mana-mana empayar di zaman-zaman mereka. Palembang dan Bandar Melaka dicatitkan sebagai Bandar-bandar yang mengandungi lebih 100,000 penduduk dan Kerajaankerajaannya pada masa itu menyara tidak kurang daripada 20,000 bala tentera tetap (standing army) masing-masing.



Piawaian pertukaran



dagangan di masa itu adalah disandarkan kepada emas. Ini adalah lebih konkrit daripada keadaan sekarang yang bersandarkan kepada keyakingan umum ke atas nilai wang masing-masing Negara.



11



04.



Rumusan



Masyarakat Alam-Melayu telah didedahkan dengan budaya luar yang dibawa masuk ke rantau ini dengan pelbagai cara.Yang jelasnya unsur yang diserap masuk ke dalam masyarakat telah membawa kepada perkembangan sejarah masyarakat alam Melayu. Kemewahan,kekayaan dan kedudukan geografinya telah banyak mempengaruhi perkembangan ini dan saling berkaitan antara satu sama lain. Jika kedudukan geografi strategik tetapi tidak diikuti dengan kekayaan sumber alam dan bahan mentah mustahil perkembangan sejarah masyarakat Alam Melayu ketika itu dapat berlaku.Ia mestilah berjalan serentak terutamanya dalam melahirkan satu rantau yang unggul. Justeru, di zaman-zaman kegemilangannya adalah merupakan bangsa pedagang antarabangsa, bukan bangsa tani. Dari skima evolusi masyarakat kearah tahap kemajuan, boleh dikatakan bahawa bangsa Melayu telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi semenjak 1500 tahun dulu lagi. Catatan sejarah Melayu tidak pernah memasuki kegemilangan agrarian, selain daripada huma Wan Empuk dan Wan Malini di Bukit Seguntang.



Tetapi sebaliknya catatan mengenai kesemarakan industri



tenunan Melayu, peleburan besi (bangsa Melayulah bangsa pertama mencipta teknologi melebur bijih besi) untuk pengeluaran barangan, pengeluaran barangan kayu yang termasuk pembinaan kapal dan pengeluaran barang-barang emas dan perak banyak terdapat di dalam buku-buku merupakan



sejarah bidang



dan



riwayat-riyawat



pengeluaran



Melayu.



non-tradables



Pertanian untuk



hanya



penggunaan



domestik.



12



Bibliograf



Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y , Sejarah Malaysia, Macmillan Press, London, 1982. Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Penerbit Dewan Bahasa & Pustaka, 2006. Harun Daud, Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1989. Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991. Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989.



Norazit Selat, Penaung di dalam Masyarakat Melayu : Tradisi dan Moden dalam Mohd Taib Osman et.al, Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987. Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti, 2003. W.G Shellabear, Sejarah Melayu, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1975.



Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996.



13



ISI KANDUNGAN



PERKARA



MUKA SURAT



01



Pendahuluan



1



02



Kesultanan Melayu Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan Agraria dan Maritim 2.1



2.2



2



Ekonomi Agraria 2.1.1



Pertanian dan penternakan



2



2.1.2



Hasil Hutan



4



2.1.3



Penternakan dan Berburu



5



2.1.4



Perlombongan



5



Ekonomi Maritim



5



2.2.1 Menangkap Ikan



6



03.



Sistem Ekonomi Perdagangan dan Perkapalan



04.



Rumusan



7 11



Bibliografi



14