Bahas Ala Parlimen [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BAHAS ALA PARLIMEN. TEKS PERDANA MENTERI. (Beri salam) Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya, selaku Perdana Menteri akan membuka arena perbahasan. Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan buat Tuan Yang DiPertua , barisan kerajaan yang disegani, perwakilan pembangkang, ahli ahli kehormat serta sidang parlimen yang saya muliakan sekalian. Selamat bersua dan selamat bersidang di arena perbahasan pada pagi yang mulia ini. Tuan Yang DiPertua dan sidang dewan yang dimuliakan, Saya, selaku Perdana Menteri ingin mengemukakan usul yang berbunyi Peranan Ibu Bapa Lebih Penting Dalam Pembentukan Sahsiah Anak-Anak. Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu, Yang DiPertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang khususnya tidak terkial kial untuk mencari asas perjuangan kami. Peranan ibu bapa;bermaksud tugas atau bahagian pekerjaan orang tua, yakni emak dan ayah, Lebih Penting;bermaksud amat perlu dan mustahak, Dalam Pembentukan Sahsiah Anak-Anak; bermaksud dalam usaha membentuk keperibadian dan akhlak yang mulia dalam diri anak anak. Secara analoginya, definisi usul ini bolehlah dikaitkan dengan seekor anak singa. Seekor anak singa akan kelihatan hebat jika Berjaya menangkap binatang buruan. Namun, kehebatan itu hanya dapat diperoleh jika anak singa tersebut diajar cara berburu dengan betul oleh ibunya. Jika tidak, anak singa tersebut akan kehilangan taringnya. Oleh itu, ibu singa memainkan peranan yang penting bagi memastikan anaknya menjadi Raja Rimba. Begitu jugalah. Manusia. Tidak mungkin seorang anak kecil dapat



hidup sebagai seorang yang budiman jika tidak dididik oleh ibu bapa mereka terlibih dahulu.



Saya, selaku Perdana Menteri, telahpun menjelaskan definisi konsep usul persidangan sebentar tadi. Pihak kerajaan akan tampil dengan hujah hujah sekukuh Gunung Everest yang teramat sukar digugat oleh pihak pembangkang. Strategi kerajaan yang pertama bakal dimulai dengan hujah utama Perdana Menteri yakni Ibu Bapa Merupakan Sumber Kasih Sayang AnakAnak. Menteri Kedua, Yang Berhormat Christina Jane akan meneguhkan kes kerajaan dengan menolak definisi Yang Berhornat Ketua Pembangkang yang hujahnya pasti akan tertumpu kepada sisi gelap sesuatu kebaikan, sebaliknya mengukuhkan definisi usul kerajaan. Beliau seterusnya akan membidas hujah Ketua Pembangkang, dan kemudian menampilkan dua hujah bagi memperteguh kes kerajaan iaitu Ibu Bapa Berperanan Sebagai ‘role model’ atau Teladan Kepada Anak-Anak dan Ibu Bapa Berperanan Sebagai Universiti Pertama Kepada Anak-Anak. Saya tidak menafikan bahawa pembangkang kedua bakal menolak hujah dan menyembunyikan kebenaran kes kerajaan, namun hujah yang pastinya bersifat gelas separuh kosong itu bakal mudah diruntuhkan. Kes pembangkang pastinya berantakkan serta punah bagaikan debu dibawa taufan oleh Yang Berhormat Menteri Ketiga. Dalam sesi penggulungan, kerajaan akan memastikan hujah pembangkang hancur luluh sama sekali, manakala kebenaran usul kerajaan mendapat sokongan padu sidang dewan yang mulia. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin 100% dengan hujah-hujah yang bakal dibentangkan sebentar lagi. Saya juga yakin bahawa segala usul kami akan diterima dengan konsensus tanpa sebarang pertikaian.



Ayah ibu dari situlah lahirnya,



Jasad dan ruh amanah diKurnia, Dijaga dididik setiap masa, Menjadi tanggungan akhirat dan dunia.



Yang DiPertua, dan sidang dewan yang dimuliakan, kita semua sedar bahawa ibu bapa merupakan khalifah yang bertanggungjawab menyalurkan dan mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak anak bagai menatang minyak yang penuh; tidak kiralah dengan cara yang tegas, atau cara yang lembut. Kasih sayang yang ikhlas dan sejati akan melahirkan anak anak yang berperasaan selamat, sentiasa merasai diri mereka dipunyai dan disayangi , serta tidak bersifat pengritik. Anak anak yang perkembangan dan pertumbuhannya diiringi dengan sulama kasih sayang ibu bapa, pasti dapat memasuki tahap remaja dengan baik dan stabil. Anak yang dikasihi dan disayangi, pasti akan tertanam dalam jiwa mereka perasaan kasih sayang, lantas membuatkan mereka menjadi seorang yang pengasih. Sewaktu kita kecil; tiada seekor nyamuk pun dibiarkan menggigit kita. Kita dibelai, diasuh dan dididik dengan seluruh kelembutan seorang ibu dan sepenuhnya keprihatinan seorang bapa. Sejak dalam kandungan lagi, seorang ibu sudah mulai berdoa, memohon, hingga berjujuran air mata agar anak yang bakal dilahirkan nanti;sihat wal afiat tubuh badannya, cantik dan sempurna paras rupanya, cemrlang pembangunan mindanya, fasih pertuturannya, serta yang paling penting; baik budi pekertinya. Sebelum hari kelahiran menjelang, dihimpunkan 1001 nama-nama yang indah-indah belaka untuk anak-anak mereka. Lihatlah betapa kasih dan sayangnya ibu bapa kepada kita. Lantaran itu, tidak wajar bagi anak-anak untuk bersangka buruk, menyalah tafsir dan menyalah anggap akan tindakan segelintir ibu bapa mereka yang serigkali memarahi dan menegur mereka. Bahkan, isu memukul anak pun menjadi perkara yang kerap kali dikontroversikan segelintir pihak. Seharusnya, kita faham bahawa orang yang berbeza mempunyai pendapat, cara berfikir dan yang paling penting; cara mengekspresikan kasih sayang yang



berbeza. Sesungguhnya, kasih sayang merupakan sesuatu yang bersifat abstrak dan sukar untuk diukur. Tidak semua ibu bapa memberikan kasih sayang kepada anak anak dengan cara yang sama. Jika ibu bapa itu keras orangnya, maka tegaslah cara mereka mendidik anak. Dan jika ibu bapa itu lembut orangnya, maka lembutlah cara mereka mendidik anak. Oleh itu, janganlah kita bersedih dan mengeluh terhadap sikap tegas ibu bapa. Sebaliknya, kita harus sentiasa ingat bahawa selagi mana seorang ayah itu masih menegur segala salah silap, selagi mana seorang ibu itu masih cekal memberikan nasihat, selagi itulah kasih sayang mereka buat anak-anak; mekar di dalam jiwa. Secara logiknya, saya juga yakin dan pasti bahawa tiada seorang pun ibu bapa yang tidak menyayangi dan mengasihi anak anak mereka.



Tuan Yang DiPertua dan sidang dewan yang dimuliakan, Kasih sayang merupakan tunjang utama dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Oleh sebab itu, saya ingin menegaskan buat kesekian kalinya bahawa ibu bapa merupakan sumber kasih sayang anak anak. Saya juga ingin menekankan bhawa melalui kasih sayang daripada ibu bapa, sahsiah yang baik dapat dibentuk dalam diri anak-anak. Sebelum saya kembali ke tempat duduk saya, izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun buat barisan pembangkang yang saya kasihi. Kepada Ibubapa senantiasa di doakan, Semoga ditempatkan dengan orang beriman, Semoga doa kita hari ini Allah balaskan, Anak-anak kita nanti soleh dan budiman,



Sekian sahaja hujah saya selaku Perdana Menteri, mohon usul terus diterima.