Bahasa Kiasan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BAHASA KIASAN



DEFINISI - Bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kpd. perkara lain,sama ada dengan menyebut atau tanpa menyebut bandingan. - Abdullah Hassan(1997) menyatakan, ada 4 jenis bah. kiasan dlm. BM. i. ii. iii. iv.



Kiasan asal(simile) Perorangan(personifikasi) Kiasan terus(metafora) Hiperbola(ungkapan melebih-lebihkan/membesar-besarkan makna yg. hendak disampaikan): contoh: Lautan api, lautan dalam akan aku selami.



- Mengikut ZA’BA pula; A. Kiasan asal -menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan.  Kiasan ini menggunakan kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, bagai, macam, bak, laksana Contoh: Matanya merah bagai biji saga.



B. Kiasan berpindah: kiasan tidak menyebutkan bandingan sebaliknya berpindah kpd. benda bandingan itu sendiri.  Menutur ZA’BA,kiasan ini terbahagi tujuh;



terus



a. Kiasan sandar: kiasan yang dikaitkan dengan benda lain: contoh; tidur ayam, pekak badak,telinga kuali



b. Kiasan bersajak/berangkap: menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yg. diperkatakan dengan benda yang dikiaskan: contoh; sudah geharu cenda pula, sudah tahu bertanya pula, c. Kiasan berbunga: menggunakan perkataan yg. berbunga-bunga /indah. Contoh: Rajin dan berusaha menelurkan kejayaan, hancur lebur harapannya, tak bersisa,selimut kemalasan menyelimuti tubuhnya. d. Kiasan terus : menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain. Contoh: kutu embun, harimau berantai,pisau cukur. e. Kiasan pemanis: kiasan untuk melindungi seseorang drp. mengatakan sesuatu yg. kurang elok atau kurang manis jika disebut secara terus terang. Contoh; datang bulan, orang rumah, membuang air besar,meninggal dunia. f. Kiasan melompat: kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih drp. perkara yang sebenarnya. Contohnya: menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju.



g. Kiasan melarat: kiasan yang perkataannya sudah menyimpang jauh drp. maksud asal perkataan tersebut: sudah berisi, badannya melidi, demamnya mula ringan.



C. Kiasan pemanusiaan/Personifikasi: kiasan menggunakan objek tertentu yang tidak bernyawa tetapi diberi sifat/kelakuan manusia: Contoh: air dan batu bercumbu, angin menampar pipiku. D. Kiasan berkacau kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta bertentangan antara satu sama lain, tidak memperlihatkan kesesuaian antara bhgnya,kurang logik. Cth: semacam mahu ditelannya org itu, diam seribu bahasa,akan kukejar hingga ke lubang cacing,terasa ingin masuk balik ke dalam perut ibu. E. Tamsil: memberi misalan yang berkias,mengandungi pengajaran dan teladan. Cth: ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Seperti ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung. Bagai lalang ditiup angin.