Bencana Alam [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BENCANA ALAM Setiap tahun penduduk dunia akan berhadapan dengan pelbagai jenis bencana alam. Bencana alam yang terjadi ini telah membawa pelbagai kesan yang buruk kepada penduduk dunia. Oleh itu terdapat pelbagai faktor berlakunya bencana alam dan langkah mengatasinya. Antara punca berlakunya bencana alam ini ialah berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat? Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah keupayaan bencana alam mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja. Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma akan mengalami masalah pernafasan dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Seterusnya, sikap masyarakat dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai. . Hal ini demikian kerana sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, perkara ini jelas membuktikan bahawa sikap angota masyarakat yang tidak bertanggungjawab menjadi punca becana alam berlaku. Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku ialah oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Oleh itu pihak pemaju mestilah mengambil langkah yang baik untuk membina pembangunan ini. Akhir sekali ,bencana alam juga berlaku disebabkan oleh aktiviti pembalakan haram .Tidak dapt dinafikan bahawa aktiviti pembalakan adalah salah satu penyumbang ekonomi negara yang memberikan masyarakat pendapatan yang tinggi namun pembalakan yang melampau dan tidak menanam semula pokok boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanah , tanah runtuh dan seterusnya banjir lumpur.Malah kejadian



yang membahayakan ini dapat meragut nyawa manusia yang tidak bersalah dan haiwan kehilangan habitatnya lalu pupus.Oleh itu,pihak berkuasa patut menguatkuasakan undang-undang yang tegas terhadap pembalakan haram yang berlaku di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilai nyawa manusia sama seperti alam?