Candlestick & Divergence Print Version 1.1 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

THE POWER OF



CANDLESTICK & DIVERGENCE



Oleh NOOR SHUFAAD BIN MD NORANI



1



Buku ini adalah dedikasi khas saya kepada TheDamias (Aisyah, Amni, Anis) Semoga mereka menjadi trader yang jauh lebih bagus dari saya.



2



PRAKATA Nothing fancy about this book. Melainkan ianya adalah satu usaha dari saya, seorang trader, untuk menjadikan subjek teknikal analisis sebagai sesuatu yang seronok untuk di baca dan di pelajari. Menjadi impian saya juga untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia menjadi trader. Tak kesahlah anda nak trade di Bursa ke, di US Stock market ke, Forex atau pun pasaran komoditi. Yang penting, anda seorang trader. Part time or full time trader? Never an issue. Anda masih boleh mengekalkan kerjaya anda sekarang dan pada masa yang sama menjadi seorang trader. Sedikit adjustment dari segi masa perlu di buat, tetapi dari segi teknikal dan lain-lain nya, sama sahaja. Tetapi jika anda memang dah tak suka dengan kerja anda sekarang atau anda ingin menjadikan trading sebagai satu kerjaya selepas pencen atau VSS, maka layan lah trading ini sebagai satu kerjaya professional. Anda harus focus, mengorbankan masa yang bukan sedikit dan mengekalkan displin pada tahap tertinggi.



KENAPA CANDLESTICK DAN DIVERGENCE?



Bagi trader yang sudah biasa dengan candlestick, mereka pasti mengetahui hakikat bahawa candlestick jika di gabungkan dengan ilmu teknikal yang lain, akan memberikan signal yang lebih baik. Berdasarkan pengalaman saya, candlestick dan divergence boleh di gunakan untuk mengesan kebarangkalian berlaku reversal dengan lebih cepat. Peluang seperti ini jika di gunakan dengan sebaiknya akan pasti memberikan profit yang lebih tinggi kepada anda sebagai seorang trader. Di dalam buku ini juga, saya mulakan dengan sedikit intro tentang perkara-perkara basic teknikal yang perlu ada pada seorang trader. Just to refresh some ideas sahaja. Akhir kata, saya harap anda semua terhibur dengan buku ini. Ini gaya Bahasa saya. Yang lain dan yang confirm terlangkup kalau ambik SPM Bahasa Melayu



Shufaad Professional Trader/Coach/Writer/Business Owner/Traveller



3



ISI KANDUNGAN BAHAGIAN 1: BASIC TECHNICAL ANALYSIS YANG PERLU ANDA KUASAI · · ·



Trend Support and Resistance Reversal



BAHAGIAN 2: CANDLESTICK · · · · ·



Anatomi candle Single Pattern Candle (SPC) High Probability Pattern (HPP) 2nd Level Reversal Candle Trade setup: Entry (E), Stop Loss (SL) dan Take Profit (TP)



BAHAGIAN 3: DIVERGENCE · · ·



Normal and Hidden Divergence Elder’s Divergence Divergence Indicators o Moving Average Convergence Divergence (MACD) o Moving Average of Oscillator (OsMA) o Relative Strength Index (RSI)



BAHAGIAN 4: APLIKASI PADA CHART · ·



Candlestick + Divergence Contoh-contoh chart



BAHAGIAN 5: RUJUKAN



4



Sebelum anda membaca buku ini: 1. Sila pastikan anda telah pun memuat turun perisian MT4 atau apa sahaja platform yang mempunyai candlestick sebagai chart nya. Jika tidak, sila muat turun di www.fxprimuspartners.com/shufaadmelakafx. 2. Jika anda ingin membuka real account dan mendapatkan servis Signal On the Go (SOTG) secara PERCUMA, sila gunakan link yang sama seperti di atas.



3. Selain dari buku ini, saya juga telah menulis buku Analisis Teknikal Harga Emas, Analisis Fundamental Harga Emas, Saya Trader dan 5 Price Action Strategies. Jika anda ingin mendapatkan buku-buku ini, sila hubungi saya terus. 4. Bagi yang minat di dalam pelaburan / simpanan emas fizikal, anda boleh mulakan dengan mendapatkan buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas yang di tulis oleh sahabat saya, Syukor Hashim.



5. Selain itu, anda juga boleh mendapat kan servis video mentoring untuk forex, index, gold, silver dan CFD dari saya dengan harga yang super jimat.



6. Dan terakhir. Jika anda betul-betul berminat untuk menjadi seorang trader dan seterusnya mengubah masa depan anda, saya menjemput anda untuk hadir ke kelas Personal Coaching anjuran saya. Terima kasih dan selamat menimba ilmu!



5



BAHAGIAN 1: BASIC TECHNICAL ANALYSIS YANG PERLU ANDA KUASAI



6



ASAS TECHNICAL ANALYSIS Sebelum anda mempelajari dengan lebih detail tentang candlestick dan divergence, adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui essence ataupun intipati teknikal analisis dahulu. Untuk permulaan, terdapat 2 perkara basic yang perlu anda kuasai: 1. Trend 2. Support and Resistance Kedua-dua perkara ini merupakan asas atau tapak yang sangat,sangat penting di dalam teknikal analisis. Saya boleh jamin,kebanyakan strategi yang ada adalah berdasarkan kepada kedua-dua perkara basic ini. Jika anda berjaya menguasai kedua-dua perkara basic ini, you’re on the right path to success. Faham kan dan hadamkan keduanya. Baik. Kita mulakan perjalanan ini bersama-sama.



1. Trend. Dalam bahasa yang paling mudah, trend ialah arah pasaran. Ungkapan yang paling sinonim dengan trend ialah ‘trend is your friend’. Saya pun tak pernah ada kawan nama trend ni tapi semenjak jadi trader terpaksa berkawan dengan trend. Di dalam dunia trend trading, tader akan mengambil position berdasarkan kepada arah trend semasa. Maksudnya, jika trend menaik, kita akan open buy position sahaja. Jika trend menurun, kita akan ambil sell position sahaja. Lebih selamat. Lebih tenang. Sebab kita tak lawan trend. Kita tak lawan arus.Bagi trend trader, itu adalah prinsip yang mesti mereka pegang. Apakah jenis-jenis trend yang ada? Bullish – maksudnya trend menaik Bearish – maksudnya trend menurun. Sideways adalah satu keadaan bila mana tiada trend berlaku. Tak naik, tak turun. Ia juga disebut sebagai consolidation. Kebanyakan trend trader akan avoid untuk trade semasa sideways. Mereka akan lebih berperanan sebagai penonton sahaja.



7



Bullish trend. Bagaimana anda hendak mengetahui sesuatu market itu berada di dalam trend bullish? Apakah ciri-ciri utama yang perlu ada pada satu bullish trend? Cuba perhatikan diagram di bawah:



Pullback



HIGHER LOW



1. Price mencatatkan 2 harga – low dan high 2. Selepas satu pullback, price mencatatkan harga low yang lebih tinggi dari low sebelumnya – di sebut sebagai higher low. 3. Low – Higher low ialah minimum syarat untuk satu trend menaik. 4. Untuk meng confirmkan lagi dan untuk mengelakkan jiwa kacau, tunggu price high yang lebih tinggi dari high sebelumnya – di sebut sebagai higher high. 5. Selepas satu pullback, perhatikan kembali price low. Adakah ianya lebih tinggi dari price sebelumnya? 6. Jika ye, trend masih menaik. Jika tidak, trend di dalam fasa deep pullback dan mungkin boleh berlaku reversal. 7. Anda juga boleh menggunakan tools yang di panggil sebagai trendline untuk melukiskan trend ini. 8. Caranya ambil 2 harga low yang bersebelahan dan kemudian sambungkan menggunakan trendline tersebut.



Antara soalan yang selalu saya terima adalah bagaimana untuk mengetahui sama ada satu-satu trend itu sudah berakhir atau pun belum. Kadang-kadang bila kita buy dalam satu uptrend, rupa-rupanya ianya sudah berada di penghujung trend. 8



Apa tanda-tanda awal yang perlu di perhatikan? Cuba anda lihat diagram di bawah ini:



Apa yang berlaku? Di dalam diagram di atas, anda dapat lihat bagaimana price telah mencatatkan paras low yang lebih rendah dari yang sebelumnya.Kalau nak di ikutkan rules, sepatutnya price perlu mencatatkan harga higher low untuk mengekal kan bullish trendnya. Tetapi lain pula yang jadi. Ini menunjukkan yang bullish trend ini sudah menghampiri ke penghujungnya.Belum beerti trend ini sudah habis ye, cuma bakal menghampiri penghujungnya. So, apa yang perlu anda lakukan? ·



·



Bagi anda yang trade di MT4 atau di mana-mana platform yang membenarkan anda trade 2–way market, maka anda boleh close buy position yang ada dan sedia untuk mendapat profit. Bagi mereka yang trade di Bursa Malaysia dan Singapore, ini adalah tanda awal untuk anda sell share yang anda sudah beli.



Senang kan?



9



Bagaimana pula dengan bearish trend? Apa yang membezakan bearish trend dengan bullish trend? Ciri-ciri bearish trend yang perlu ada adalah seperti berikut:



Pullback



LOWER HIGH



1. Price mencatatkan 2 harga – High dan Low 2. Selepas mencatatkan satu pullback, harga mencatatkan harga high yang lebih rendah dari high yang sebelumnya – di sebut sebagai lower high. 3. Ini adalah syarat minima untuk satu bearish trend. 4. Bagi meng confirmkan trend ini, harga perlu mencatatkan harga low yang lebih rendah dari low yang sebelumnya; di sebut sebagai lower low. 5. Selepas satu pullback, perhatikan kembali paras high nya. Adakah harga high terkini lebih rendah dari high sebelumnya? Jika Ya, maka bearish trend ini masih lagi wujud. 6. Jika tidak, maka trend menurun ini di dalam masalah. 7. Seperti juga di dalam bullish trend, anda boleh melukis garisan trendline dengan cara menyambungkan dua harga high yang bersebelahan.



Sedikit pesanan. Pullback yang berlaku dalam mana-mana trend, sama ada menaik atau menurun adalah sesuatu yang sihat. Kalau market menjunam laju atau menaik macam roket, yang tu tak berapa sihat.



10



Ok sekarang cuba anda perhatikan diagram seterusnya. Tengok sama ada market ini masih ada bearish trendnya lagi atau pun tidak.



Hmmmm….macam mana? Bearish lagi ke? Nampak macam ada trouble je. Haaa cuba perhatikan bagaimana paras lower high market ini telah di pecahkan – maksudnya price telah mencatatkan harga high yang lebih tinggi dari high yang sebelumnya. Jadi ini adalah tanda-tanda awal trend bearish ini bakal berakhir. Anda nak masuk buy position? Silakan. Cuma pastikan yang market sudah berada di dalam trend bullish.



Mantra Trend. Ok. Yang ni tajuk dia agak scary skit. Mantra yang selalu saya gunakan untuk trend ialah:



BUY ON UPTREND (BULLISH) SELL ON DOWNTREND (BEARISH)



Hadam kan dulu mantra ni. Nanti saya tambah mantra lain pulak.



11



2. Support and Resistance Satu lagi essence yang perlu di kuasai oleh semua trader ialah support and resistance. Bagaimana kita boleh define suatu paras support atau resistance? Di bawah ini ada contoh mudah untuk anda faham.



Paras support – berada di bawah harga semasa. Ianya merupakan satu area di mana buyer mula membeli secara dominan. Paras resistance – berada di atas harga semasa. Ianya merupakan satu area di mana seller mula menjual secara dominan. Perlu di ingatkan, pasaran forex sebagai contoh merupakan satu pasaran yang sangat liquid; maksudnya aktiviti bid and ask (beli dan jual) berlaku hampir setiap saat. Jadi, kita boleh expect ada trader yang akan beli pada harga yang rendah, dan ada juga yang akan beli (atau terbeli) pada harga yang tinggi. Same goes kalau sell. Ada yang akan sell pada harga yang tinggi. Ada juga yang akan sell pada harga yang rendah. Aktiviti bid dan ask inilah yang akan membuat pergerakan harga di area support dan resistance menjadi begitu signifikan.



12



Apa yang di maksudkan dengan strong support atau strong resistance? Strong support atau strong resistance membawa erti paras harga yang di tandakan tersebut telah di uji atau telah bounce berulang kali. Minimum nya 2 kali. Ada sesetengah paras support atau resistance yang mana kita boleh lihat harga bounce berulang-ulang kali; kadang-kadang boleh lebih dari 4 kali! Yang ni memang gaban punya strong. Cuba perhatikan contoh seterusnya.



Buyer membeli di paras support



Seller menjual di paras resistance



13



Seperkara lagi. Paras support dan resistance sebenarnya ialah soft target areas. Ia bukanlah exact number. Maksudnya, kalau support tu di price 1.1245, tak semestinya bile price semasa kene je paras tu mesti bounce. Oooo tak semestinya. Kadang-kadang terlebih sampai 1.1240 atau kadang-kadang cuma sampai 1.1250 je. No problem. Paras support itu masih valid. Tak payah lukis banyak-banyak garisan. Ni bukan pertandingan melukis. Adakah paras support atau resistance tu dapat bertahan like for ever and ever? Mestilah tak. Akan sampai masanya, paras support atau resistance akan break atau di pecahkan juga. Apa yang berlaku selepas itu ialah apa yang di panggil sebagai change of polarity – di mana paras support dan resistance bertukar fungsi. Cuba anda perhatikan diagram di bawah:



Support – Breakout – Resistance (SBR): Satu scenario apabila paras support di pecahkan dan menjadi paras resistance. Mungkin berlaku tekanan jualan atau panic selling sehingga paras support ini berjaya di pecahkan.



Bagaimana pula jika paras resistance pula yang di pecahkan?



14



Resistance- breakout – support (RBS): Ini pula adalah scenario di mana paras resistance yang di pecahkan menjadi paras support. Ini mungkin di sebabkan oleh tekanan pembelian ataupun panic buying dari buyer.



Kedua-dua scenario ini adalah sesuatu yang sangat lazim berlaku di dalam manamana pasaran. Di dalam satu trend bullish yang kuat sebagai contoh, kita akan dapat melihat bagaimana paras resistance akan sentiasa di pecahkan.



Maknanya akan ada buyer yang membeli pada harga yang lebih tinggi.



Begitu juga bagi yang market berada di dalam satu trend bearish. Sentiasa ada breakout dari paras support dan price akan mencatatkan harga yang lebih rendah.



15



Mengusai ilmu untuk mengenalpasti paras support dan resistance merupakan sesuatu yang amat penting semua trader. Seperti yang saya katakan tadi, aktiviti pergerakan harga yang berlaku di area paras support dan resistance ini akan menjadi penunjuk kepada pergerakan seterusnya. Di sini lah gabungan antara support dan resistance dengan ilmu candlestick memainkan peranan yang sangat penting. Any bounce atau any breakout dari parasparas ini harus ada kaitan dengan candlestick. Yang ini, saya akan bincangkan dengan panjang lebar di dalam topic seterusnya. Satu perkara yang perlu saya ingatkan.Ini adalah takrifan mudah dan ringkas dari saya. Sudah tentu ada takrifan lebih jelas dan panjang lebar lagi. Anda boleh dapatkan banyak bahan bacaan berkaitan subjek teknikal analisis ini di kedai buku atau pun secara online. Atau anda juga boleh dapatkan buku Analisis Teknikal Harga Emas yang saya tulis. Ianya terdapat asas setup MT4 dan juga tajuk ini, support dan resistance. Mantra Support and Resistance



BUY AT SUPPORT SELL AT RESISTANCE Sila hadam.



16



3. Reversal Pattern Di dalam buku Japanese Candlestick Charting Techniques karya Steve Nison, beliau ada mengatakan bahawa beliau sebenarnya prefer menggunakan terma “trend change pattern” instead of terma “reversal pattern”. Akan tetapi, oleh kerana beliau ingin mengekalkan konsistensi di dalam bidang analisis teknikal supaya tidak berbeza dengan literasi yang lain, maka beliau bercadang untuk terus mengekalkan terma tersebut. Saya juga ingin menekankan perkara yang sama. Sepanjang 10 tahun saya menggunakan candlestick sebagai tools utama trading strategi saya, tidak semuanya akan memberikan makna reversal yang tepat. Ada reversal yang fail, ke longkang dan juga ke parit. Ada yang untung sikit dan ada yang untung banyak. Ada jugak yang boleh membuatkan saya mencarut sepanjang hari. Nasib baik saya letak stop loss. Eh..tau tak apa maksud stop loss? Maksudnya Stop the Loss. Faham?. Untuk nak bagi anda lebih faham, cuba perhatikan 3 senario di bawah:



1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.



Market berada di dalam trend menaik a.k.a bullish trend. Tup tup kita nampak satu bearish reversal pattern. Ni cantik…ni peluang terbaik untuk kita sell. Kita masuk entry sell. Stop loss kita letak di atas pattern. Price turun. Cantik, lemah lembut, comel dan menggiurkan. Price hit Take Profit level. Anda g makan kentaki. 17



Tu dia…scenario paling cantik idaman setiap trader budiman seperti saya. Untuk scenario macam ni, saya bagi peratus kebarangkalian sebanyak 33% sahaja. Ok. Sebelum anda bertanya lebih lanjut kenapa rendah sangat % tu, jom tengok scenario kedua:



1. 2. 3. 4. 5. 6.



Kita mula semula. Market dalam trend menaik. Kita happy. Then after some time, kita nampak ada bearish reversal pattern. Terus trigger dalam otak kita yang kita pernah untung haritu. Kita happy lagi. Ni peluang buat duit ni. Kita masuk entry Sell. Yes! Price turun sambil memberikan harapan. Kita senyum lebar. G minum sirap kejap. 7. Eh..price naik balik. Kita cool. 8. Terbabom! Price hit Stop Loss. 9. Kalau hit SL tu tak cukup pedih, lepas hit SL terus dia turun balik. 10. Anda telefon saya – hawau. Ha…amacam? Pedih berbisa? Senario kambing macam ni saya bagi 33% kebarangkalian berlaku. Eh 33% jugak? Yezzzaaaa.!!!.



18



Jom tengok scenario lagi hawau dari ni. Di persilakan scenario ke 3!



1. OK. Kita start balik. Trend yang sama. Bullish trend. 2. Kita nampak bearish reversal pattern. Kita recall balik. 3. Yang first kita untung. Good. Yang kedua kita loss. Dia hit Sl tapi pastu price turun balik. 4. Idea jahat datang. Jeng. 5. Tak yah letak stop loss lah. Ngarut je SL ni. Supaat tipu. 6. Ok fine. Ko ngate aku ek? 7. Price turun bagi kita harapan. Kita happy. Last time minum sirap. Kali ni kita pekena latte. 8. Boom! Price shoot naik!. Cool der. Bukannya ada SL pun. 9. Eh, ada bearish reversal pattern lagi? Bagus ni. Kita entry Sell. 10. Wow! Strategi hebat. Kita boleh untung 2 kali ni. Stop loss? Apa tu? Brand stoking ke? 11. Price terus turun lepas kita open sell. Steady! You are the champion! Dah dah, g makan spaghetti lak. 12. Sambil makan, price naik balik. Naik lagi. Naik lagi. Nak close ke tak? Tak yah lah. Jap lagi turun la tu. 13. Price terus naik macam tak reti nak turun. Anda rasa nak nangis. 14. MC. 15. Anda telefon saya. Saya cakap padan muka. Hahaha! Amacam? Senario kejam macam ni pun saya bagi 33% kebarangkalian. 19



OK. Sekarang jom kita buat kira-kira. Senario 1 = 33% Senario 2 = 33% Senario 3 = 33% Total



= 99%



Kat mana hilang yang 1% lagi? OK yang ni penting. Serius penting. 1% yang dapat membezakan antara a losing and a winning trade sebenarnya terletak pada tahap kefahaman dan penguasaan kita terhadap trend dan juga support and resistance area. Sebagai contoh. Kebarangkalian win dalam satu-satu trade boleh di tingkatkan sekiranya kita sell pada resistance area dalam satu trend menurun dengan entry nya satu bearish reversal pattern.



Kalau dapat setup macam ni tuan-tuan, berjurai air mata tanda syukur!!!



20



Sama juga kalau kita nak buy. Setup yang paling win sekiranya; 1. Trend menaik 2. Buy at support dan 3. Entry nya bullish reversal pattern. Sila perhatikan diagram di bawah dengan senyuman:



Nasib baik setup yang win macam ni dia datang bukan macam hari raya. Kalau raya setahun sekali, mau berjanggut tunggu nak pofit! Ada banyak peluang sebenarnya. Cuma kita kena alert lebih la. Kadang-kadang kena tengok time frame besar, kadang-kadang tukar ke intraday. Kadang-kadang ada di forex market, kadang-kadang kat Bursa. Kita pun tak tau. That’s why kita kena alert. Tapi kalau setup dah ada depan mata, tak masuk juga position, tu sengal namanye.



21



BAHAGIAN 2: CANDLESTICK



22



1. Anatomy Candlestick. Bagi anda yang baru pertama kali hendak berjinak-jinak dengan candlestick, perkara yang perlu anda tahu ialah berkenaan dengan struktur atau di sebut sebagai anatomi sesuatu candlestick. Cuba perhatikan gambarajah di bawah



Bull candle – terjadi apabila harga close candle berada lebih tinggi dari berbanding harga open candle tersebut. Biasanya mempunyai body candle yang berwarna putih. Bear candle – terjadi apabila harga close candle berada lebih rendah berbanding harga open candle tersebut. Biasanya mempunyai body candle yang berwarna hitam. Warna hitam dan putih body candle ini sebenarnya adalah warna standard candle dalam buku teks. Kalau dah sampai kat trader-trader yang lebih berpengalaman, apa warna pun boleh tukar. Tetapi untuk tujuan penulisan dan standardization, saya gunakan lah warna putih dan hitam.



23



2. SINGLE PATTERN CANDLE (SPC). Sebelum saya memperkenalkan anda kepada lebih banyak reversal pattern yang hardcore, apa kata saya perkenalkan dulu single candle pattern atau Bahasa mudahnya SPC. Melalui single candle ini lah, semua reversal pattern (dan juga continuation pattern) terbentuk. Berikut adalah beberapa jenis SPC yang ada: 1. 2. 3. 4. 5.



White and Black Marubozu candle Long white and black candle Doji Spinning top dan Umbrella pattern



1. White and Black Marubozu



Apakah ciri-ciri penting yang perlu ada pada pattern ini? ·



Ia mempunyai body yang besar dan panjang.



·



Ianya tidak mempunyai upper dan lower shadow. Ini adalah Marubozu yang paling perfect.



·



White Marubozu bermaksud buyer menguasai pasaran sejak dari opening bell (market open) lagi. Kesungguhan buyer di lihat dari segi saiz real body candle tersebut yang panjang. Faktor fundamental mungkin menjadi 24



penggerak utama kepada aktiviti buyer di dalam pasaran dan seterusnya di gambarkan melalui candle White Marubozu. ·



Black Marubozu bermaksud seller menguasai pasaran sejak dari opening bell (market open) lagi. Bila anda lihat real body Marubozu yang panjang ini, maka anda tahu yang seller bersungguh – sungguh menjual di dalam pasaran tersebut. Seperti juga di White Marubozu, factor fundamental akan menjadi penggerak utama kepada candle Black Marubozu ini.



White Marubozu = Very Strong Buying Black Marubozu = Very Strong Selling Variasi Marubozu Candle. Bagaimana pula jika terdapat upper atau lower shadow pada candle Marubozu tersebut? Ini adalah variasi kepada pattern Marubozu dan jangan terkejut jika ini adalah pattern yang paling selalu ada di dalam pasaran berbanding Marubozu yang perfect.



25



2. Long White/Black candle Apa akan jadi sekiranya Marubozu mempunyai upper dan lower shadow? Confirm bukan Marubazu lagi. Sekiranya ini berlaku, maka kita akan melihat satu candle pattern yang di kenali sebagai Long white/black candle.



Jika Marubozu melambangkan very strong buying dan very strong selling, maka untuk kedua-dua candle ini saya klasifikasikan sebagai;



Long White Candle = Strong Buying Long Black Candle = Strong Selling Tak banyak beza sangat ni tuan/puan. Saya cuma buang perkataan VERY je. Hehe. But still, Long White dan Long Black menunjukkan kekuatan dan kesungguhan dari buyer dan seller untuk menguasai pasaran. Mungkin ada sedikit tentangan (di tunjukkan oleh kehadiran shadow), tetapi ia masih lagi di consider sebagai kuat dan gagah perkasa. Long white dan long black candle juga merupakan antara candle yang sering muncul di dalam pasaran. Ia juga menjadi tulang belakang kepada kebanyakan reversal pattern yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi (high probability pattern).



26



Di sini, saya listkan 4 cara membaca candle ini dengan lebih berkesan: 1. Long white (long black) yang berada di harga low (high) merupakan tanda pertama price sudah sampai ke bottom (top).



2. Long white (Long black) candles boleh mengconfirmkan paras support (resistance) apabila ianya bounce dari satu trendline, moving average atau mungkin fibo retracement levels.



27



3. Breakout dari paras resistance (support) oleh Long White (Long Black) candle adalah valid.



4. Harga low (high) long white (Long Black) boleh di gunakan sebagai paras support (resistance). Selain itu juga, separuh dari body long white (long black) boleh di gunakan sebagai paras support (resistance) juga.



28



3. Doji Doji membawa maksud indecision atau uncertainty. Bahasa mudahnya, buyer dan seller tak sure sama ada price boleh naik lagi ke, boleh turun lagi ke, tak tau. Mungkin juga mereka sedang tunggu satu major news dari market. Antara ciri terpenting doji ialah ianya mempunyai harga open dan close yang sama. Atau hampir sama. Senang nak cam doji ni. Rupe dia macam tanda tambah.



Yang sebelah kiri tu ialah contoh doji yang paling perfect atau kita panggil contoh dalam buku teks. Dua lagii candle sebelah tu kita panggil doji jugak, Cuma ada tambah sikit, kita panggil dia near doji atau dekat-dekat nak doji. Warna tak penting. Hitam ke putih ke no prob.



29



Variasi doji. Selain dari doji yang comel seperti di atas, ada beberapa variasi doji yang tidak kurang comelnya. Kita ada doji kaki panjang (Long Legged Doji), doji pepatung (dragonfly doji), doji batu nisan (gravestone doji) dan juga doji empat (four).



Di dalam buku Japanese Candlestick Charting Techniques oleh Steve Nison, beliau telah meng dedicate kan satu chapter khas untuk doji. Ini menunjukkan betapa penting nya candle pattern ini di dalam trading. Bagaimana doji boleh menjadi signifikan atau sangat penting? 1. Doji yang berada di atas (top) lebih kuat impaknya berbanding doji yang berada di bawah (bottom) 2. Doji yang berada selepas satu extended trend juga memberi impak yang kuat berbanding doji yang berlaku di permulaan trend. 3. Di dalam satu trend yang kurang berlakunya doji 4. Doji yang muncul selepas satu long white candle 5. Doji yang berada di paras stong resistance atau support Berdasarkan kepada pengalaman saya, doji yang berada di atas (doji at the top) mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melakukan reversal berbanding doji yang berada di bawah.



30



So sekarang saya nak tunjukkan scenario apabila doji berada di atas. Untuk scenario ini, saya namakan nya Doji At the Top atau simply DAT.



Ini adalah scenario pertama. · · ·



·



Di dalam satu extended trend, doji muncul selepas satu long white candle. Bila anda tengok sebelah kiri chart, ada pulak resistance. Oleh kerana doji itu bererti uncertainty dan ia menunjukkan buyer tak tau nak push price lagi tinggi atau tidak, apabila ada resistance, ini adalah bukti yang price sudah pun memasuki seller’s area. Dan ia bukanlah sesuatu yang bijak untuk membeli di situ. Kesemua ini menambahkan lagi kebarangkalian yang price akan turun.



Sedikit info tambahan. Kadang-kadang anda akan lihat doji tu ngam-ngam parking kat area resistance. Kadang-kadang dia akan close bawah atau atas sikit. Yang ni anda kene be fleksible sikit. Cuma jangan terlampau jauh sangat jarak doji dengan paras resistance. Seperkara lagi, resistance yang recently wujud atau yang di hasilkan oleh High Probability Pattern (HPP) mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk bertahan dari sebarang breakout dari price.



31



Sekarang kita lihat pula scenario kedua. Kali ini, tiada resistance. Apa yang perlu anda lakukan?



Jika tiada resistance, adalah lebih baik sekiranya kita menunggu satu bear candle selepas doji tersebut. Lebih tepat lagi, bear candle itu mempunyai harga close yang lebih rendah dari harga close doji tersebut. Jika di bandingkan di antara kedua-dua scenario, · ·



Senario yang pertama mempunyai kelebihan dari segi risk yang kecil manakala Senario kedua mempunyai kelebihan dari segi price confirmation.



Boleh? Oh ya, sudah tentulah kebarangkalian untuk berlaku reversal lebih tinggi sekiranya ada resistance di sebelah kiri dan di tambah pula dengan bear candle selepas doji. Untuk yang lebih konservatif dan selamat, gunakan pendekatan ini.



32



4. Spinning top



Candle ini mempunyai body yang besar sedikit dari doji, mempunyai upper dan lower shadow yang tidak begitu panjang. Ia boleh berada di atas (top) dan juga di bawah (bottom). Candle ini juga adalah sebahagian dari star pattern; morning dan evening star. Warna body tak penting. Hitam boleh, putih boleh. Seperti doji, candle ini melambangkan uncertainty dari buyer ataupun seller. Trading candle ini memerlukan price confirmation di dalam bentuk third candle.



5. Umbrella pattern SPC yang seterusnya ini adalah yang paling common dan paling mudah untuk di trade. Ia boleh dilihat dengan sangat kerap di mana-mana market dan di mana-mana time frame. Oleh kerana simplicity yang di tawarkan oleh pattern ini, banyak trading strategi yang di hasilkan dari nya. Saya namakan nya sebagai umbrella pattern. Keluarga umbrella pattern terdiri dari 4 jenis candle · · · ·



Hammer Inverted hammer Shooting star dan Hanging man



Generally, umbrella pattern akan kelihatan seperti ini: Ciri-ciri: 1. Lower shadow mestilah 2 kali ganda lebih besar dari saiz body. 2. Warna body, sama ada hitam (bear) atau putih (bull) tidak penting. 3. Kalau takde upper shadow, lagi bagus. Kalau ada, sikit sahaja.



33



Ciri-ciri: 1. Upper shadow mestilah 2 kali ganda lebih besar dari saiz body. 2. Warna body tidak penting. Boleh jadi putih (bull) atau hitam (bear). 3. Kalau takde lower shadow lagi bagus. Kalau ada, sikit sahaja.



Jadi bagaimana anda hendak membezakan antara hammer dengan shooting star? Atau antara hanging man dengan inverted hammer? Jawapannya – perhatikan trend. ·



Di dalam satu trend menaik, candle hanging man dan shooting star akan muncul.



·



Di dalam satu trend menurun, kita akan dapat lihat candle hammer dan inverted hammer



34



Berdasarkan pengalaman saya, candle Hammer dan Shooting star mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melakukan reversal berbanding Inverted hammer dan Hanging man. Mengapa? Ini kerana ciri-ciri Hammer yang mempunyai lower shadow yang panjang menunjukkan adanya buying pressure pada market bottom. Lagi panjang lower shadow lagi bagus.Lagi kecik body candle lagi bagus. Ianya juga akan menjadi lebih kuat sekiranya candle ini berada pada satu paras support. Shooting star yang mempunyai upper shadow yang panjang dan berada pada market top menunjukkan kesungguhan seller untuk menjual. Price naik, kemudian at the end of the trading session, seller push price. Ianya di gambarkan dengan upper shadow yang panjang. Ia juga menunjukkan adanya selling pressure. Jika ianya mempunya body candle yang kecik, bagus. Dan of coz kalau candle tu duduk di resistance area lagi bagus. Oleh kerana itulah saya meletakkan kedua-dua candle ini di dalam kategori High Probability Pattern.



35



3. HIGH PROBABILITY PATTERN (HPP) Berdasarkan pengalaman saya, terdapat 10 jenis pattern yang saya kategorikan sebagai HPP yang mana mempunyai kebarangkalian reversal yang tinggi. High Probability Pattern Bullish



1. 2. 3. 4. 5.



Bullish Engulfing Piercing Line Long Dawn Line Morning Star Hammer



Bearish



Bearish Engulfing Dark Cloud Cover Short Dusk Line Evening Star Shooting Star



Dan satu lagi. Dalam banyak-banyak reversal pattern, yang paling kuat dan reliable ialah engulfing, both bullish dan bearish engulfing. OK. Kita mulakan pengajian candle reversal kita. Bullish Engulfing



Support



36



Ciri-ciri nya adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4.



Berlaku selepas satu trend menurun (bearish) atau selepas satu pullback. Candle pertama adalah bear manakala candle kedua ialah bull. Body candle yang kedua memeluk (engulf) body candle yang pertama. Harga low pattern ini boleh di gunakan sebagai paras support.



Variasi Bullish Engulfing. Bullish engulfing yang anda tengok dalam buku ni memang nampak cantik, perfect. Tapi hakikatnya bile anda trade, bila anda tengok market, payah nak jumpa yang perfect macam tu. Sini saya kongsikan beberapa variasi pattern ini yang boleh menggangu jiwa kalau tak kenal;



Ok. Jangan gaduh. Kat pattern ni yang penting body candle yang kedua memeluk body candle yang pertama. Atau body candle yang pertama berada di dalam body candle yang kedua.



37



Bearish Engulfing Resistance



Ciri-ciri pattern ini ialah 1. 2. 3. 4.



Berlaku selepas satu trend menaik (bullish) atau selepas satu pullback. Candle pertama ialah candle bull manakala candle kedua ialah candle bear. Body candle yang kedua memeluk (engulf) body candle yang pertama. Harga high pattern ini boleh di gunakan sebagai paras resistance.



Variasi bear engulfing pattern. Di bawah ini pula adalah variasi pattern ini:



38



Piercing line



Support



Ciri-ciri pattern ini ialah: 1. Berlaku selepas satu trend menurun (bearish) atau selepas satu pullback. 2. Candle pertama adalah bear manakala candle kedua ialah bull. 3. Candle kedua open di bawah harga close candle pertama dan close lebih separuh dari body candle yang pertama (upper half of the body). 4. Harga low pattern ini boleh di gunakan sebagai paras support. Variasi pattern ini pula ialah seperti di bawah:



Apa yang membezakan pattern ini? Harga open candle kedua sama dengan harga close candle pertama. Pun boleh. No proble. Janji close lebih separuh.



39



Dark cloud cover Resistance



Ciri-ciri pattern ini ialah: 1. Berlaku selepas satu trend menaik (bullish) atau selepas satu pullback. 2. Candle pertama ialah candle bull manakala candle kedua ialah candle bear. 3. Candle kedua open di atas harga close candle yang pertama dan close lebih separuh dari body candle yang pertama (lower half of the body). 4. Harga high pattern ini boleh di gunakan sebagai paras resistance. Bagaimana pula variasi pattern ini?



Sekali lagi, kunci kepada kesuksesan pattern ini terletak pada harga close candle kedua yang terletak lebih separuh dari body candle yang pertama. OK?



40



Long Dawn Line.



Ciri-ciri pattern ini ialah: 1. Berlaku selepas satu bearish trend atau selepas pullback. 2. Candle pertama ialah candle bear manakala candle kedua ialah candle bull. 3. Candle kedua open di dalam body candle yang pertama dan close di atas harga open candle yang pertama. 4. Harga low pattern ini boleh di jadikan sebagai paras support. 5. Di kenali juga sebagai bullish sash pattern.



Setakat ini saya belum pernah lagi jumpa variasi pattern ini. Yang ada pun candle yang kedua close di atas price high candle yang pertama. Tapi itu lebih kepada kesungguhan buyer untuk menguasai pasaran.



41



Short Dusk Line



Ciri-ciri pattern ini ialah: 1. Berlaku selepas satu bulish trend atau selepas satu pullback. 2. Candle pertama ialah candle bull manakala candle kedua ialah candle bear. 3. Candle kedua open di dalam body candle yang pertama dan close di bawah harga open candle pertama. 4. Harga high pattern ini boleh di gunakan sebagai paras resistance. 5. Di kenali juga sebagai bearish sash pattern.



Seperti juga long dawn line pattern, saya belum pernah jumpa variasi untuk pattern ini. Kalau ada , saya bagitau ye.



42



Morning star



Ciri-ciri pattern ini ialah: 1. Berlaku selepas satu bearish trend atau selepas satu pullback. 2. Terdapat 3 candle. Candle yang pertama ialah bear candle, candle yang kedua ialah satu spinning top (bull atau bear) dan candle yang ketiga ialah satu bull candle. 3. Candle yang ketiga mestilah close sekurang-kurangnya lebih separuh dari body candle yang pertama (upper half of the body). 4. Jika candle kedua ialah doji, maka namanya bertukar menjadi morning doji star. 5. Harga low pattern ini boleh di jadikan sebagai paras support. 6. Morning star yang paling perfect ialah sekiranya ada gap di antara candle pertama dengan candle yang kedua. 7. Nak tambah lagi best sekiranya candle yang ketiga close lebih tinggi dari harga open candle yang pertama.



Morning Doji Star



43



Evening star



Ciri-ciri pattern ini ialah: 1. Berlaku selepas satu bullish trend atau selepas pullback. 2. Terdapat 3 candle. Candle yang pertama ialah bull candle. Candle yang kedua di kenali sebagai spinning top (bull atau bear) dan yang ketiga ialah satu bear candle. 3. Candle yang ketiga mesti lah close lebih separuh dari body candle yang pertama (lower half of the body). 4. Jika candle yang kedua ialah satu doji, ia akan di kenali sebagai evening doji star. 5. Harga high pattern ini boleh di jadikan paras resistance. 6. Evening star yang paling perfect ialah sekiranya ada gap di antara candle pertama dengan candle yang kedua. 7. Nak tambah lagi best sekiranya candle yang ketiga close lebih rendah dari harga open candle yang pertama.



Evening Doji Star



44



Untuk hammer dan shooting star pattern, anda telah pun jumpa di tajuk sebelum ini.



Resistance



Support



Ciri-ciri utama pattern ini ialah: · · ·



Body yang kecil, lower shadow (hammer) dan upper shadow (shooting star) yang panjang ialah ciri utama candle ini. Bull atau bear, putih atau hitam, no problem.



Selain itu, price low hammer boleh juga di jadikan sebagai paras support.Manakala price high shooting star boleh di jadikan sebagai paras resistance. Kedua-dua pattern ini saya kategori kan sebagai pin bar. Additional HPP High Probability Pattern atau HPP yang saya senaraikan ini adalah yang kerap saya jumpa di pasaran forex, komoditi dan juga di index. Ada juga beberapa pattern lain yang mempunyai probability yang tinggi tetapi jarang-jarang kita jumpa. Contohnya adalah seperti;



Bullish Counterattack a.k.a Bullish Meeting Lines



Bearish Counterattack a.k.a Bearish Meeting Line



45



Bullish Kicker



Bearish Kicker



Bullish tristar



Bearish tristar



Saya senaraikan juga pattern-pattern ni untuk pengetahuan anda. Mana tau satu hari nanti kerap pulak dia keluar.



46



4. 2nd LEVEL REVERSAL PATTERN Untuk kategori candle reversal seterusnya, ianya memerlukan price confirmation di dalam bentuk yang ketiga sebelum kita boleh membuat entry di dalam market. Even di dalam buku-buku tulisan Steve Nison, beliau banyak memperkatakan tentang keperluan untuk mempunyai price confirmation ini. 2nd Level Reversal Pattern Bullish



1. Bullish Harami 2. Inverted Hammer



Bearish



Bearish Harami Hanging Man



Bullish Harami



47



Ciri-ciri pattern ini ialah: 1. Berlaku selepas satu bearish trend atau selepas satu pullback. 2. Bullish harami terdiri dari 2 candle; yang pertama ialah candle bear manakala yang kedua boleh sama ada bull atau bear candle,walaupun sebenarnya agak jarang kita jumpa candle kedua ialah candle bear. 3. Candle yang kedua mempunyai harga open dan close di dalam body candle yang pertama. 4. Untuk menambahkan kebarangkalian berlaku reversal, satu price confirmation candle di perlukan. Candle ini mestilah satu bull candle yang close lebih tinggi dari harga high pattern bullish harami. 5. Jika ianya berlaku, pattern harami ini akan di kenali sebagai three inside up.



Bearish Harami



48



Ciri-ciri pattern ini ialah: 1. Berlaku selepas satu bullish trend atau selepas satu pullback. 2. Bearish harami terdiri dari 2 candle; yang pertama ialah candle bull manakala yang kedua boleh sama ada bull atau bear candle,walaupun sebenarnya agak jarang kita jumpa candle kedua ialah candle bull. 3. Candle yang kedua mempunyai harga open dan close di dalam body candle yang pertama. 4. Untuk menambahkan kebarangkalian berlaku reversal, satu price confirmation candle di perlukan. Candle ini mestilah satu bear candle yang close lebih rendah dari harga low pattern bullish harami. 5. Jika ianya berlaku, pattern harami ini akan di kenali sebagai three inside down.



Sebelum ini anda telah pun mengenali pattern inverted hammer dan hanging man ini di dalam tajuk SPC. Tapi sekarang saya adjust sikit pattern tersebut dengan meletakkan price confirmation nya sekali.



Inverted Hammer



49



Ciri-ciri pattern ini ialah; 1. Berlaku selepas satu bearish trend atau selepas satu pullback. 2. Candle yang pertama ialah satu inverted hammer, tanpa mengira sama ada ianya adalah bull atau bear candle (putih atau hitam). 3. Candle yang ketiga di kenali sebagai confirmation candle. Ianya hendaklah satu bull candle yang mempunyai harga close yang lebih tinggi dari harga high inverted hammer.



Hanging man



Ciri-ciri pattern ini ialah: 1. Berlaku selepas satu bullish trend atau selepas satu pullback. 2. Candle yang pertama ialah satu hanging man, tanpa mengira sama ada ianya adalah bull atau bear candle (putih atau hitam). 3. Candle yang ketiga di kenali sebagai confirmation candle. Ianya hendaklah satu bear candle yang mempunyai harga close yang lebih rendah dari harga low inverted hammer.



50



5. TRADE SETUP : ENTRY, STOP LOSS DAN TAKE PROFIT Saya sangat-sangat mengharapkan agar anda dapat menghafal pattern-pattern yang saya tuliskan di dalam buku ini. Tak banyak pun. Saya rasa tak sampai 20. Anda print, laminate pastu tampal kat dinding. Confirm boleh hafal. Mengapa saya beriya-iya mintak anda hafal? Ini kerana pattern-pattern yang saya senaraikan ini adalah pattern yang common di pasaran forex, komoditi, index dan juga di stock market; sama ada US atau pun Bursa Malaysia. Kalau dah nampak tapi tak kenal tak syok lah kan! So that’s why saya urge anda untuk hafal pattern –pattern tersebut. Setelah anda mengenali pattern-pattern ini, anda harus tahu bagaimana untuk membuat basic trade setup. Secara ringkas, setup terdiri dari: Entry – bullish atau bearish reversal? Stop Loss (SL) – paras exit dengan loss sekiranya anda salah atau pattern fail. Take profit (TP) – paras exit dengan profit. Berapa risk dan reward? – basicnya reward > risk. Penggunaan reward to risk ratio yang betul Berapa lot size? – gunakan lot size kalkulator untuk mengira lot size yang boleh anda gunakan. Jangan hentam keromo, jangan gunakan lot gajah! Kang kene pijak dengan gajah!



Ini adalah contoh lot size kalkulator yang telah kirakan lot size. Kalau anda rugi, hanya $13.39 sahaja. Kalau untung, $17.82. Mudah kan?



51



Buy setup



1. 2. 3. 4. 5.



Entry: Bullish Reversal Pattern SL: di bawah harga low pattern Risk = Entry – SL Reward > Risk TP = Entry + Reward



1. 2. 3. 4. 5.



Entry: Bearish Reversal Pattern SL: di atas harga high pattern Risk = SL-Entry Reward > Risk TP=Entry - Reward



Sell setup



Ini adalah setup typical untuk position buy dan juga sell. Jika anda nak gunakan candle reversal sebagai entry strategi anda, sila pastikan anda dah hafal patternpattern yang saya senaraikan tadi. Stop loss juga adalah elemen terpenting di dalam setup ini. Sebarang pattern, walaupun ianya adalah HPP, ada kebarangkalian yang ianya akan fail. Oleh yang demikian,penggunaan stop loss adalah di MESTIKAN di dalam setup ini. Saya ulang balik, MESTI LETAK STOP LOSS!



52



Selain itu, sebagai seorang trader yang bertanggungjawab, anda juga perlu tahu berapa risk yang anda ambil setiap kali anda trade. Cadangan saya, sila pastikan risk per trade anda hanya 2%-3% dari modal anda. Sebagai contoh. Anda gunakan 2% risk per trade. Anda ambil 5 position pada masa yang sama di market yang berbeza. So risk anda sekarang ialah 10% (5 position x 2%). Kalau untung semua, horeyyyy!! Kalau rugi semua, haruuuuu!! Faham? That’s why nak bukak position tu kene berhati-hati. Kena tanya soalan macam ni; “kalau aku rugi, berapa ni ek?” haaa tu kalau orang Johor la…ada ek kat belakang. Yang ni kita namakan defensive trading. Ada dalam buku ‘Winning Psychology of Defensive Trader’ tulisan Conrad Alvin Lim. Anda perlu bersedia untuk menghadapi loss berdasarkan kepada risk yang anda ambil. Kegagalan berbuat demikian akan definitely mencalarkan mental anda. Nak loss ni senang, nak recover balik…fuhh! Menangis! Ada banyak cara untuk mendapatkan take profit level. Salah satu nya ialah dengan menggunakan formula yang saya tuliskan di atas. Tetapi sebenarnya kaedah yang paling power adalah dengan sentiasa mencari di mana paras support atau resistance terdekat. Selepas itu, ukur jarak tersebut dan kemudian bandingkan dengan risk yang anda ambil. Jika risk > reward, something wrong. Mungkin anda kena adjust stop loss, atau take profit level atau jangan ambil terus trade tersebut.



Tips meningkatkan kebarangkalian kejayaan candlestick. Oleh kerana tiada yang pasti di dalam dunia trading ini, kita kalau boleh hendak meningkatkan kebarangkalian kejayaan semaksima yang mungkin.



53



Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang perlu di ambil kira sebelum anda membuka position. 1. Trade with trend. 2. Jika perlu, gunakan half lot atau half risk. 3. Gabungkan candlestick dengan support and resistance dan beberapa indicator lain pilihan anda sebagai confirmation.



Cuba perhatikan diagram seterusnya sebagai contoh:



Di dalam satu trend menaik, the best position adalah buy. Anda mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk untung. Oleh itu, cari lah satu bullish reversal pattern selepas satu pullback dan pastikan harga low nya lebih tinggi dari low yang sebelumnya. Buy on uptrend Entry = Bullish reversal pattern selepas satu pullback



Dari segi lot size, gunalah full lot berdasarkan kepada risk yang anda ambil. Ful lot di sini tidak bermaksud lot gajah. Tetapi based on capital dan risk % yang kita ambil. SIla gunakan lot size kalkulator untuk kira. Bagaimana jika anda anda lihat ada bearish reversal pattern? Boleh kah anda buka position sell? Jawapan nya; 54



1. Jika anda seorang yang ingin playsafe dan hanya ingin trade ikut trend, jangan ambil sell position. Ambil buy, buy dan buy sahaja. 2. Anda boleh ambil sell postion setelah anda pastikan a. buy position anda sudah close, b. ada bearish reversal pattern yang valid c. menggunakan half lot atau risk yang lebih kecil. Perkara yang sama juga berlaku apabila di dalam bearish trend. The best position adalah sell.



Sell on downtrend Entry = Bearish reversal pattern selepas satu pullback Di dalam contoh di atas, position paling selamat ialah sell selepas anda nampak salah satu dari bearish reversal pattern yang telah anda pelajari sebelum ini. Gunakan full lot dan pastikan risk per trade anda di kekal kan antara 2%-3%. Nak masuk entry buy? Boleh kalau ada bullish reversal pattern. Make sure gunakan half lot. Tapi jika anda pilih untuk tidak trade pattern bullish ini pon ok. Yang penting capital anda selamat dan anda happy. Ingat ye, sometimes the best position is not to take any position.



55



BAHAGIAN 3: DIVERGENCE



56



DIVERGENCE Divergence di dalam bahasa layman nya ialah bertentangan atau berlawanan. Di dalam keadaan market yang normal, sekiranya price semakin meningkat, momentum juga akan turut meningkat. Kalau price menurun,kebiasaannya momentum juga akan menurun. Yang divergence ni berlaku bila price tak sekepala dengan momentum.



Price meningkat, momentum menurun. Price menurun, momentum meningkat.



Pening jugak kepala kalau macam tu kan? Yang tu la kita panggil divergence. Kenapa divergence? Divergence adalah satu signal awal kemungkinan price akan melakukan retracement (pullback) atau pun reversal. Divergence bukan signal untuk entry. Ia hanya amaran awal kemungkinan price akan turn atau mungkin trend akan reverse. Secara ringkasnya, divergence terbahagi kepada 2 jenis: Normal divergence dan hidden divergence.



Apa perbezaan utama Normal Divergence berbanding Hidden Divergence? Normal Divergence = melawan trend Hidden Divergence = mengikut trend



57



Price, Momentum dan Divergence. Berdasarkan kepada family tree yang anda tengok di page awal tadi, ada 4 kategori divergence: 1. 2. 3. 4.



Bullish Normal Divergence (di sebut sebagai bullish divergence sahaja) Bearish Normal Divergence (nama pendek bearish divergence) Bullish Hidden Divergence (panggil saje bullish hidden) Bearish Hidden Divergence (hi. Saya bearish hidden)



Bullish Divergence.



Ciri-ciri signal ini: 1. Market berada di dalam trend menurun. 2. Price mencatatkan harga low. Begitu juga dengan momentum. 3. Seterusnya, price mencatatkan harga low yang lebih rendah dari low yang sebelumnya atau pun di panggil lower low. 4. Momentum pun bergerak tetapi tidak bersetuju dengan price. Ia mencatatkan harga low yang lebih tinggi dari low sebelumnya atau higher low. 5. Bullish divergence pun terbentuk. 6. Ingat. Divergence bukanlah signal entry kita. Ia Cuma amaran awal dari momentum yang mungkin akan berlaku perubahan arah dalam pergerakan price. 7. Entry kita terletak pada bullish reversal pattern. 58



Bearish Divergence



Ciri-ciri signal ini ialah: 1. Market berada di dalam trend menaik. 2. Price mencatatkan harga high. Begitu juga dengan momentum. 3. Seterusnya, price mencatatkan harga high yang lebih tinggi dari high yang sebelumnya atau pun di panggil higher high. 4. Momentum pun bergerak tetapi tidak bersetuju dengan price. Ia mencatatkan harga high yang lebih rendah dari high sebelumnya atau lower high. 5. Maka terhasil lah bearish divergence. 6. Ingat. Divergence bukanlah signal entry kita. Ia Cuma amaran awal dari momentum yang mungkin akan berlaku perubahan arah dalam pergerakan price. 7. Entry kita terletak pada bearish reversal pattern.



59



Bullish Hidden.



Ciri-ciri signal ini ialah: 1. Market berada di dalam trend menaik. 2. Price mencatatkan harga low. Begitu juga dengan momentum. 3. Seterusnya, price mencatatkan harga low yang lebih tinggi dari low yang sebelumnya atau pun di panggil higher low. 4. Momentum pun bergerak tetapi tidak bersetuju dengan price. Ia mencatatkan harga low yang lebih rendah dari low sebelumnya atau lower low. 5. Maka terhasil lah bullish hidden divergence. 6. Ingat. Divergence bukanlah signal entry kita. Ia Cuma amaran awal dari momentum yang mungkin akan berlaku perubahan arah dalam pergerakan price. 7. Entry kita terletak pada bullish reversal pattern.



60



Bearish Hidden.



Ciri-ciri signal ini ialah: 1. Market berada di dalam trend menurun. 2. Price mencatatkan harga high. Begitu juga dengan momentum. 3. Seterusnya, price mencatatkan harga high yang lebih rendah dari high yang sebelumnya atau pun di panggil lower high. 4. Momentum pun bergerak tetapi tidak bersetuju dengan price. Ia mencatatkan harga high yang lebih tinggi dari high sebelumnya atau di panggil higher high. 5. Maka terhasil lah bearish hidden divergence. 6. Ingat. Divergence bukanlah signal entry kita. Ia cuma amaran awal dari momentum yang mungkin akan berlaku perubahan arah dalam pergerakan price. 7. Entry kita terletak pada bearish reversal pattern.



Pesanan penaja. Oleh kerana namanya pun dah hidden divergence, memang le rajin menyorok divergence ni. Payah nak jumpa. Yang selalu jumpa yang normal tu. Tapi kalau jumpa yang hidden, memang champion laaaa.



61



Baik. Sehingga sekarang anda telah pun mengetahui bahawa divergence melibatkan price (harga) dan juga momentum atau pun di sebut juga sebagai oscillator. Seterusnya, kita akan melihat kepada beberapa indicator yang akan mewakili momentum – yang mana fungsi nya adalah untuk menunjukkan divergence. Personally, saya prefer gunakan 3 indicator ini: 1. Moving Average Convergence Divergence (MACD) 2. Moving Average of Oscillator (OsMA) 3. Relative Strength Index (RSI)



MACD Indicator ini terdiri dari 3 komponen utama; 1. MACD Line 2. Signal 3. MACD Histogram MACD Line



Signal



MACD Histogram



Details mengenai indicator MACD ini anda boleh dapati dari buku Technical Analysis: Power Tools for Active Investors yang di tulis oleh pencipta MACD sendiri, Gerald Appel. Turn to chapter 8, muka surat 165 sehingga 198, Mr Appel menceritakan dengan panjang lebar bagaimana untuk memaksimakan kuasa MACD. Dan ya, MACD memang powerful. Tetapi untuk skop buku ini, kita hanya akan melihat kepada divergence sahaja.



62



Mengesan divergence menggunakan MACD Sebenarnya terdapat 2 cara untuk mengesan divergence menggunakan MACD. 1. MACD Line divergence 2. MACD Historgram – Elder’s Divergence Di dalam kebanyakan buku atau sumber yang saya baca, kaedah yang pertama iaitu yang menggunakan MACD line ialah yang paling popular. Tetapi, Dr Alexander Elder melalui ebook nya ‘Two Roads Diverged: Trading Divergences’ telah menunjukkan bagaimana MACD Histogram di gunakan untuk mengesan divergence. So, saya mulakan dengan yang pertama dulu ye. MACD Line Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu melihat kepada price dan garisan MACD line yang berwarna biru (garisan yang bersambung).



Bullish Divergence



Bearish divergence



63



Bullish Hidden



Bearish Hidden



Untuk hidden divergence pun sama. Perhatikan MACD line yang berwarna biru. Perhatikan high dan lownya. Kemudian banding kan dengan price yang di bahagian atas. Untuk entry, sila pastikan ada bullish atau bearish reversal pattern. Jika tiada? Tunggu sampai ada. Satu soalan popular yang sering saya terima ialah, nak guna di time frame mana? Time frame pilihan saya ialah di daily. Paling kecik pun di H4. Kalau lagi kecik dari tu, saya akan guna indicator lain. Tapi dalam buku ni, kita eksperimen la dengan pelbagai time frame. Paling kecik M5. Kot-kot signal divergence dari MACD cun kat situ. Untuk setting MACD, saya cuma gunakan yang standard: 12,26.9. Anda boleh tukar setting ini untuk dapatkan keserasian sama ada based on time frame ataupun market. Dalam buku Mr Appel pun dia ada cadangkan untuk kita bereksperimen dengan beberapa setting yang berbeza. Selain itu, saya juga dapati MACD boleh di gunakan sebagai satu confirmation tools sekiranya saya telah mengambil position buy atau pun sell melalui kaedah MACD crossover. Ini adalah salah satu cara membacanya yang paling klasik.



64



MACD HISTOGRAM – Elder’s Divergence Ebook ‘Two Roads Diverged: Trading Divergence’ di mulakan dengan satu quote;



Two roads diverged in a wood, and I – I took the one less traveled by, And that has made all the difference. Robert Frost (1874 – 1963)



Sungguh deep maksudnya, terutama bagi saya yang sudah 10 tahun terlibat di dalam dunia trading ini. Divergence tidak di sukai oleh trend trader. Itu satu fact. Kerana ianya di gunakan untuk melawan trend atau mengesan reversal yang bakal berlaku. Oleh itu,jalan divergence biasanya agak sunyi. Tak ramai yang berani trade menggunakan divergence. Harapan saya, selepas anda membaca buku ini, dapat lah mempraktiskan ilmu di dalam nya dan seterusnya menjadikan divergence sebagai salah satu dari trading strategi anda. Di dalam ebook ini, Dr Alexander ada menulis; “A divergence is a disagreement between the patterns of indicators and prices. We find bullish divergences near market bottoms and bearish divergence near market tops”. Di dalam ayat ringkas ini terdapat satu clue yang sangat penting iaitu divergence berlaku near market tops dan bottoms. Dan to be honest dengan anda semua, signal divergence boleh muncul 2 atau 3 kali di tops dan bottom sebelum ia benar-benar reverse atau melakukan pullback. Dan jika anda seorang yang cepat berputus asa, tentu anda akan frust dengan divergence. Advise saya, keep your risk small dan percaya pada divergence, Signal pertama mungkin fail, yang kedua mungkin ke laut, yang ketiga anda tapau semua. Just keep on believing.



65



Untuk menggunakan strategi ini, kita akan memperhatikan price dan MACD Histogram. Saya dah bagitau anda belum? Untuk gunakan divergence, first perhatikan indicator momentum kemudian baru tengok price. Ingat. Tengok MACD dulu, baru tengok price.



MACD-H Bullish Divergence



Di area A, MACD-Histogram (MACD-H) mencatatkan harga low bersama-sama dengan price. So takde masalah kat sini. Takde disagreement. Kemudian, price dan MACD-H sama-sama meningkat. Area B yang di tandakan oleh MACD-H di namakan sebagai ‘breaking the back of the bear’. Sebagai syarat, B mestilah naik di atas paras 0.00 atau centerline MACD indicator. Tidak lama selepas itu, MACD-H turun ke area C bersama-sama dengan price. Nampak tak something wrong di situ? MACD-H di area C agak shallow berbanding dengan yang di area A. Di situ kita dah tahu yang ada nya bullish divergence signal. Jika anda perhatikan MACD Line, anda dapati ianya tidak menandakan kewujudan divergence. That’s why pertimbangan dari sudut lain perlu di ambil kira. Jika tidak anda akan terlepas satu kenaikan yang besar.



66



MACD-H Bearish Divergence



Price dan MACD-H sama-sama naik dan masing-masing mencatatkan harga High dan area A untuk MACD-H. Semua ok. Memberi harapan. Price jatuh, begitu juga dengan MACD-H. Area B yang di catatkan oleh MACD-H berada di bawah centerline atau paras 0.00. Senario ini di gelar sebagai ‘breaking the back of the bull’. Kemudian, price naik kembali dan mencatatkan harga high yang lebih tinggi dari high yang sebelumnya. Bagaimana pula dengan MACD-H di area C? Shallow, cetek, kecik dan langsung tidak menunjukkan yang ia bersetuju dengan price. Itulah signal yang di tunggu-tunggu; bearish divergence. Kali ini situasi agak menarik. MACD line juga mencatatkan bearish divergence signal; high dan lower high. Jika anda nampak kedua-kedua komponen ini bersetuju antara satu sama lain, ni macam Warren Buffett telefon anda ajak jadik share partner!



67



Ada beberapa perkara tambahan yang perlu anda tahu berkaitan dengan Elder’s Divergence: 1. Dr Elder kurang bersetuju dengan mencari divergence menggunakan MACD Line dan RSI – dua kaedah yang sering saya gunakan. Beliau mempunyai hujah beliau sendiri. 2. Beliau juga tidak ada memberikan sebarang contoh tentang Hidden Divergence di dalam ebook tersebut. 3. Selain dari menggunakan MACD-H, beliau juga menggunakan Force Index dan New High New Low (NHNL) indicator untuk mengesan divergence. 4. Entry, Stop Loss dan Take profit yang di gunakan oleh Dr Elder juga agak berbeza. a. Entry – MACD-H ticks up (ticks down) dari second bottom (top) untuk bullish (bearish) divergence b. Stop loss – swing low (swing high) untuk bullish (bearish) divergence. c. Take profit – Beliau menggunakan indicator Autoenvelope – upper (lower) channel untuk bullish (bearish) divergence. 5. Sebagai founder kepada Triple Screen, beliau banyak menggabungkan trading style itu dengan divergence untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Saya sangat, sangat menggalakkan anda untuk mendapatkan ebook ini terus dari Dr Alexander Elder. Banyak perkara baru yang saya pelajari beliau. Walaupun ada beberapa perkara yang mungkin tidak sama, tetapi saya anggap perbezaan itu sebagai satu batu loncatan untuk saya mempertajamkan lagi skill divergence saya. Seperti kata guru saya, “There’s no right or wrong in trading. It’s only losses and profits. Winners and losers”



68



Moving Average of Oscillator (OsMA). Saya yakin indicator ini merupakan satu indicator yang jarang-jarang di gunakan oleh trader. Unless jika anda memang sudah menggunakan divergence, maka OsMA bukanlah sesuatu yang selalu kita nampak pada chart trader. Secara asasnya terdapat 3 kaedah untuk membaca OsMA: 1. Mengesan overbought dan oversold 2. Mengesan bullish dan bearish turning point. 3. Mengesan divergence.



Point 1: Apabila OsMA berada di puncak yang tertinggi , ia menandakan bahawa market atau asset mungkin sedang berada di dalam overbought condition. Point2: Apabila OsMA berada di puncak yang terendah, ia menandakan bahawa market atau asset mungkin sedang berada di dalam oversold condition. Point 3: Apabila OsMA bergerak dari positive kepada negative territory, ia menunjukkan bahawa downtrend baru hendak bermula. Point 4: Apabila OsMA bergerak dari negative kepada positive territory, ia menunjukkan bawah uptrend baru hendak bermula.



69



Lihat bagaimana saya membandingkan OsMA dengan MACD. Cuba perhatikan perbezaan atau persamaan antara keduanya.



MACD vs OsMA



Hampir sama? Dekat-dekat sama? Atau memang sama? Kedua-dua indicator ini mempunyai historgram, infact di OsMA ia hanya punyai histogram sahaja tanpa sebarang line lain. Cuma nya di OsMA, bar histogram nampak lebih besar dan meyakin kan berbanding dengan yang anda lihat di MACD. Nampak lebih sharp kan? Perhatikan di sebelah kiri atas. Setting untuk OsMA dan MACD juga sama iaitu 12,26,9. Sebab itu lah kita panggil OsMA sebagai smooth MACD.. Oleh kerana persamaan antara OsMA dengan MACD-H, maka kita akan menggunakan Elder’s divergence untuk mencari bullish dan bearish divergence di dalam chart kita.



70



Menggunakan OsMA untuk mengesan divergence



Bullish divergence 1. Di OsMA saya akan menggunakan konsep yang sama seperti Elder’s bullish divergence iatu dengan menggunakan point A-B dan C. 2. Ketika OsMA berada di point A,price juga telah mencatatkan satu low. 3. Kemudian di point B , price melakukan retrace atau pullback manakala OsMA berada di atas centerline atau di sebut sebagai ‘breaking the back of the bear’. 4. Ketika price turun ke paras low yang lebih rendah (lower low), point C pula mencatatkan higher low berbanding point A. 5. Ini lah signal bullish divergence oleh OsMA.



71



Bearish divergence 1. Di OsMA saya akan menggunakan konsep yang sama seperti Elder’s bearish divergence iatu dengan menggunakan point A-B dan C. 2. Ketika OsMA berada di point A,price juga telah mencatatkan satu high. 3. Kemudian di point B , price melakukan retrace atau pullback manakala OsMA berada di bawah centerline atau di sebut sebagai ‘breaking the back of the bull’. 4. Ketika price naik ke paras high yang lebih tinggi (higher high), point C pula mencatatkan lower high berbanding point A. 5. Ini lah signal bearish divergence oleh OsMA.



Boleh tak kita nak letakkan MACD dan OsMA dalam chart yang sama? Maksudnya untuk carik divergence? Boleh. Should be no problem. Kalau kedua-dua chart tunjukkan divergence pada masa yang sama, dah betul la tu…jangan teragak-agak lagi.



72



Relative Strength Index (RSI) Indikator ini di cipta oleh Mr Wells Wilder dan merupakan salah satu indicator popular di kalangan trader seluruh dunia. Berdasarkan buku tulisan Martin J Prings bertajuk ‘ Introduction to Technical Analysis’ terdapat 6 cara asas untuk membaca RSI: 1. Tops and bottom atau lebih di kenali sebagai overbought dan oversold. 2. Chart formation atau chart pattern seperti head and shoulder, double top dan lain-lain boleh wujud pada RSI 3. Failure swing – rising trend 4. Failure swing – falling trend 5. Divergence dan 6. Trendlines Untuk tujuan buku ini, kita akan concentrate kepada divergence sahaja. Jika anda berminat untuk explore dengan lebih lanjut, anda boleh dapatkan buku Mr Prings atau terus mendapat buku tulisan Mr Wilder iaitu ‘New Concepts in Technical Trading System’. Confirm berbaloi.



Default setup untuk RSI adalah seperti di atas: 1. 2. 3. 4. 5.



Mempunyai 3 level standard iaitu 30, 50 dan 70 Level 50 di kenali sebagai equilibrium level Jika RSI berada di atas 70, kita kata market sudah overbought. Jika RSI berada di bawah 30, kita kata market sudah oversold. Overbought tak bermaksud kita boleh sell. Begitu juga dengan oversold. Ia tidaj bermakna kita boleh buy. 6. Setting standard nya ialah pada period 14. 7. Both setting period dan level boleh di tukar berdasarkan kepada strategi masing-masing. Typically another setting adalah seperti: Period – 7, Level 20, 50 dan 80.



73



Menggunakan RSI untuk mengesan divergence. Secara asasnya anda sudah pun mengetahui maksud divergence. Anda dah tengok contoh di MACD dan OsMA. Di dalam kes RSI, ada beberapa rules tambahan yang perlu anda ketahui.



Untuk bullish divergence 1. RSI sudah berada di oversold zone (di bawah 30) ketika price berada di low yang pertama. 2. RSI keluar dari oversold dan price membuat satu pullback. 3. RSI menuju ke area 30 tetapi tidak sampai ke oversold zone manakala price mencatatkan lower low. 4. Entry masih lagi bullish reversal pattern di price.



74



Untuk bearish divergence: 1. RSI sudah berada di overbought zone (di atas 70) ketika price berada di high yang pertama. 2. RSI keluar dari overbought zone dan price membuat satu pullback. 3. RSI menuju ke area 70 tetapi tidak sampai ke overbought zone manakala price mencatatkan lower high. 4. Entry masih lagi bullish reversal pattern di price.



Perlu di ingatkan bahawa di dalam mengesan divergence menggunakan RSI kadang-kadang harga low dan high nya mempunyai puncak yang lebih dari 2 kali. Satu tips penting yang anda perlu ingat: · ·



Di dalam bullish divergence, RSI akan mencatatkan low yang semakin meningkat (higher lows) Di dalam bearish divergence, RSI akan mencatatkan harga high yang semakin rendah (lower highs)



OK? Senang je kan.



75



Indikator lain yang boleh mengesan divergence. Sebenarnya semua indicator yang berada di dalam keluarga Oscillator boleh di gunakan untuk mencari divergence.



Ia hanya the matter of preference sahaja. Kebetulan saya memang telah menggunakan MACD sejak dari awal zaman trading lagi, jadi saya rasa saya MACD sudah serasi dengan saya. Jika anda sudah biasa menggunakan Stochastic sebelum ini, carilah divergence menggunakan stochastic. Jika anda sudah biasa menggunakan Force Index sebelum ini, then carilah divergence menggunakannya. Yang penting anda serasi dan faham dengan indicator yang anda gunakan. Tak perlu banyak-banyak dan tak begitu complicated. Keep it simple. Yang penting anda faham.



76



BAHAGIAN 4: APLIKASI PADA CHART



77



CANDLESTICK & DIVERGENCE OK. Enough with all the theories. Jika anda seorang observer, anda tentu sudah melihat ada sedikit kelainan yang cuba saya sampai kan dalam buku ini. Dari Bahagian 1 sehingga Bahagian 3, tidak ada satu pun contoh chart yang saya masukkan. Perasan tak? Idea saya macam ni. Saya nak sampaikan teori dahulu kepada anda, apa yang dok main, dok ada dalam kepala hotak saya dulu. So saya tulis, tulis, tulis dan tulis. Dengan gaya Bahasa saya, dengan grammer yang kelaut. Dan juga dengan contohcontoh the best case scenario yang boleh berlaku. Tujuannya supaya anda faham betul-betul apa yang ingin saya sampaikan dahulu. Apa yang akan berlaku di dalam bahagian ini ialah anda akan lihat lebih dari 50 chart dari pelbagai platform dan market yang berkaitan dengan candlestick dan juga divergence, dua topic teknikal yang kita cover untuk buku ini. Ada yang perfect, ada yang less perferct. Dan saya akan punyai banyak masa untuk menghuraikan setiap satu kes chart ini untuk anda, rather then saya limitkan dengan topic-topik tertentu sahaja. Kelebihan kaedah ini ialah the next time anda hendak baca buku ini, anda boleh buka terus ke bahagian ini, bahagian 4, dan terus lihat contoh-contoh yang ada dan kemudian bandingkan dengan scenario yang berlaku sekarang. Saya harap anda akan menghargai usaha saya yang kecil ini. Bukan senang nak menulis,nak menyampaikan idea, nak bagi orang faham apa yang kita faham. Kalau senang, semua orang dah tulis buku! Yok! Kite teruskan perjalanan kita! Lebih 50 chart, pelbagai platform, pelbagai market.



78



Chart #1. Dow/ DJIA Weekly. Platform: MT4 Broker: FXPro Resistance



Ini adalah antara contoh divergence yang paling glamour sekali di dunia. Ianya berlaku di market DJIA. Divergence yang pertama di tandakan dengan 1 berlaku sekitar Julai 2007. Anda dapat lihat normal bearish divergence dan elder’s bearish divergence berlaku serentak. Ni memang rare. Entry signal di tandakan dengan bearish engulfing. Price jatuh sehingga 12692. Bearish divergence yang kedua (di tandakan dengan 2),berlaku awal bulan Oktober 2007. Perhatikan bagaimana price mencatatkan harga high yang lebih tinggi dari high yang sebelumnya (higher high). Bagaimana dengan MACD line? Ianya tidak bersetuju dengan price. Signal entry nya ialah bearish engulfing pattern yang mana candle nya close di bawah resistance sebelumnya. Kali ini price jatuh lebih horror. Dalam chart ni anda dapat lihat ia jatuh sehingga 11595. Yang sebenarnya price jatuh ke paras terendah sekitar 6470 mata, 2 tahun kemudian.



79



Chart #2 Dow atau DJIA Weekly Platform: MT4 Broker: FXPro



Setelah kejatuhan teruk DJIA, sekitar Mac 2009 kita dapat lihat ada nya bullish divergence pattern terbentuk dengan entry signal nya ialah morning star pattern. Morning star pattern nampak sungguh meyakinkan. Apa maksud saya meyakinkan? Perhatikan candle ke 3,iaitu bull candle yang terbentuk. Ianya adalah hampir kepada satu white open marubozu kalau tak kerana upper shadow yang kecik molek di atas nya. Nonetheless, tengok di mana bull candle itu close? Ya, candle tu close lebih tinggi dari harga open candle yang pertama. Even lebih tinggi dari harga high candle yang pertama. Ini menunjukkan kesungguhan buyer untuk menguasai pasaran kembali. Apa kesannya kepada market ini? Sila perhatikan chart seterusnya



80



Cun?



Yes. Satu rally yang sangat luar biasa dari Dow. Ambil buy position, tutup mata, bukak balik mata tahun 2016, dah untung gile. Senang trade macam tu. Oh ya. Biasanya kalau Dow naik, S&P juga akan naik. Reason nya ialah kedua-dua indeks ini mewakili Wall Street. Turun atau naik kedua-dua indeks ini akan menjadi petunjuk kepada kesihatan Wall Street. Anda ada tengok cerita Wall Street kan? Ha macam tu la scenario dia. Di US, its all about stock, stock and stock. Even kebanyakan forex trader dari US pun bermula dengan stock. Dan indexs kepada stock-stock ini ialah Dow dan S&P ( dan Nasdaq)



81



Chart #3: Oil Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus.



Dengan bearish divergence sebagai signal, entry trade ini terletak pada satu shooting star candle. Candle ini sangat cantik. Kenapa? Ia mempunyai long upper shadow – yang menunjukkan selling pressure dan juga body yang sangat kecil. Jika anda mengambil position sell selepas candle ini, anda boleh letakkan stop loss di atas harga high candle tersebut. Oh ya. Jika anda terlepas, ada satu bear candle yang meng elgulf shooting star tersebut. So kita boleh panggil dia sebagai bearish engulfing. Another peluang untuk kita melakukan entry. Cuma mungkin risk nya agak besar berbanding entry yang sebelum ini. Walaupun berlaku pullback – perhatikan hammer – namun price gagal untuk menaik lebih tinggi. Bearish harami yang muncul selepas itu menunjukkan kesungguhan seller untuk menguasai pasaran ini semula.



82



Chart #4 AUDUSD daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus iii ii



i



i ii



iii



Yang ini agak tricky. Biasanya kalau trade divergence, kita akan tengok dua highs. Tapi dalam contoh ini anda dapati berlaku juga keadaan di mana boleh 3 highs. Yang mana untuk ketiga-tiga price highs tersebut, high untuk MACD semakin menurun (lower highs). Tidak salah untuk anda mengambil entry di puncak ke dua (ii). Asalkan take profit anda terletak pada the nearest support area, it should be ok. Tetapi jika tidak, mungkin ia akan hit stop loss anda dahulu. But no worries. As long as anda yakin dengan divergence. Peluang untuk entry seterusnya terletak pada high yang ke tiga dengan three inside down pattern sebagai signal. Perhatikan juga ketiga-tiga candle di dalam pattern ini mempunyai high yang hampir sama. Ia boleh juga di kenali sebagai tweezer top. Stop loss di letakkan di atas pattern tersebut. Bagi take profit pula, saya melihat paras support terdekat merupakan pilihan yang baik. Eh..dekat je? Aah. Yang tu pun dah dapat lebih 240 pip dalam 8 hari. Cukup?



83



Chart#5 AirAsia Platform: itrade Broker: CIMB



Sekarang apa kata kita go local pula. Semua orang pernah naik AirAsia kan? Now Everyone Can Fly…Now everyone can buy its share! Based on chart yang kita lihat di atas, harga share syarikat ini jatuh teruk sehingga ke paras 0.75 (75 sen) sekitar penghujung Ogos 2015. Reason? Most of the time adalah fundamental. Pelik jugak. Tak untung ke AirAsia ni? Apsal share die turun? Ha…tu adalah contohcontoh soalah yang biasa orang tanya saya. Tu cerita fundamental lah ye. Yang ni kita nak layan teknikal dulu. Ok? Next, signal bullish divergence kelihatan dengan entry signalnya ialah long dawn line pada harga 0.86 (86 sen). Take profit di setkan pada resistance terhampir iaitu di RM1.40. Dan nak tambah lagi cerita sedih, saya terlepas yang ni…huhu. Bakau darah betul.



84



Chart#6 Armada Platform: TradeSmart Broker: RHB



Ini adalah yang paling latest. Semasa saya menulis buku ini, saya lihat ada bullish divergence pattern dengan signal entry nya ialah three inside up. Seperti yang anda ketahui, pattern ini adalah variasi dari pattern bullish harami. Perhatikan candle yang ketiga dari pattern ini. Ianya sebenarnya adalah satu bullish belt hold candle yang menyerupai candle white opening marubozu. Dengan signal entry secantik ini, amat tidak musasabah kalau saya tak beli share ni. Harga buy terletak pada harga close pattern tersebut iaitu di 0.68 (68 sen) dengan target profit saya letakkan pada 0.77. 6 hari lepas tu, boom! TP hit, jual semua. Bagi anda yang pernah trade Bursa, anda sudah tentu masak dengan pergerakan slow and steady dari Bursa. Ye, di sebabkan slow and steady itu biasanya saya akan trade di time frame daily atau weekly sahaja. Alang-alang slow, biar tunggu lama-lama. So kalau setakat 6 hari tu,pejam mata je la ye.



85



Chart #7: EURJPY Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Selain dari market gold atau XAUUSD, oil adalah komoditi yang sering menjadi mangsa saya (atau sebaliknya!). Di dalam chart daily di atas, ada satu elder’s bearish divergence kelihatan. Area A menunjukkan MACD-H yang meningkat seiring dengan price. Kemudian price retrace sedikit di sertai dengan MACD-H turun di bawah centerline atau 0.00; seperti yang di tandakan di area B. Senario ini di kenali sebagai ‘breaking the back of the bull’. Apabila price meningkat semula, perhatikan MACD-H di area C. Ternyata ianya lebih rendah dari area A walaupun price meningkat lebih tinggi dan mencatatkan higher high. Jika anda lihat pada price pula, anda akan nampak satu shooting star, di sertai dengan satu bearish rickshawman pattern (variasi dari long legged doji) dan kemudian satu evening star pattern. Perhatikan bagaimana candle ke tiga pattern ini, iaitu satu long black candle, mempunyai harga close lebih rendah dari harga low candle yang pertama. Bukan itu sahaja, ia juga close lebih rendah dari candle shooting star dan rickshawman. Sungguh-sungguh nak turun ni.



86



Chart #8 Volkswagen Daily Platform: MT4 Broker: FXPro



Ini adalah chart Volkswagen, salah satu pembuat basikal terkenal dunia. Keh keh. Saya tipu la. Takkan la tak tau…. OK. Serius, serius. Point i adalah satu bearish reversal pattern yang di kenali sebagai short dusk line. Price retrace sehingga ke point ii yang kebetulan berada pada satu garisan trendline menaik. Garisan trendline ini bertindak sebagai paras support kepada harga. Selain itu, pattern bullish engulfing yang terbentuk di atas garisan trendline juga menunjukkan wujudnya paras support di situ (low price pada pattern sebagai support). Perhatikan juga candle kedua di dalam pattern ini. Long white candle di atas garisan trendline mengconfirmkan lagi kewujudan dan kekuatan support ini. Point iii ialah satu lagi bearish reversal pattern yang di panggil bearish engulfing. Cuba lihat candle kedua pada pattern ini. Walaupun ia secara teknikal nya ialah satu bearish engulfing, tetapi lower shadow yang panjang menunjukkan adanya buying pressure. Berdasarkan pengalaman saya, saya akan ambil sell position di situ. Sebab? Bearish engulfing dengan risk yang rendah. Tetapi oleh kerana adanya buying pressure dan berada pada trend menaik, ianya akan menimbulkan sedikit syak wasangka kepada kita. 87



Boleh ke nak sell ni? Namun, selang beberapa hari kemudian, ada satu long black candle break trendline tersebut. Garisan trendline yang sebelum ini ialah satu support kini telah bertukat fungsi menjadi paras resistance. Di point iv, selepas satu minor pullback dari price, ada satu short dusk line muncul kembali dan price kembali menurun. Harga low di point ii merupakan paras support terdekat dan ianya merupakan take profit target saya. Nak tengok lagi apa yang ada?



Nampak tak? Ada A – B – C. Ada elder’s bearish divergence. Dah betul la sell tu…



88



Chart #9 AUDJPY H4 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Ada beberapa perkara menarik di chart AUDJPY di atas. Yang pertama, ada zone support terbentuk dari satu piercing line dan harga low long white candle. Pada masa yang sama, RSI berada di oversold zone. Price kemudian naik sehingga ke area 81.80, di mana anda dapat lihat satu shooting star pattern terbentuk di bawah paras resistance yang terbentuk dari satu bearish trendline. Price turun semula, retest zone support tetapi gagal untuk close di bawah zone support tersebut. Satu hammer terbentuk di area i dengan long lower shadow yang menandakan adanya buying pressure di zone support tersebut. Pada masa yang sama, RSI sudah pun keluar dari oversold zone menandakan adanya bullish divergence. Selang beberapa candle, price kembali naik tetapi masih gagal untuk memecah kan trendline. Satu bearish engulfing terhasil dan price turun semula. Namun kesungguhan buyer untuk memecahkan trendline di tunjukkan dengan long white candle di area ii.



89



Chart #10 Nikkei daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Notice that ada paras support yang telah di break, ada pullback dan kemudian menjadi paras resistance. Paras ini kita jadikan take profit target kerana kita dapati price menghormati area tersebut. Pada masa yang sama, di area A, MACD-H mencatatkan satu low di ikuti dengan price. Berlaku sedikit retracement, MACD-H kembali di atas centerline (0.00). Ini di kenali sebagai breaking the back of the bear‘. Di area C, MACD-H kelihatan sangat shallow,kecil dan hampir tidak kelihatan. Namun, price telah berjaya mencatatkan harga low yang lebih rendah tetapi gagal untuk close di bawah paras support. Malahan, satu hammer pula terbentuk. Selepas hammer, muncul satu bull candle. Dan jika kita perhatikan dengan teliti, ianya menyerupai pattern long dawn line. So, jika anda terlepas untuk buy di hammer, anda boleh buy selepas pattern long dawn line ini dengan stop loss di letakkan di bawah low pattern hammer. Take profit target di sasarkan pada paras resistance 19200.



90



Chart #11 MBSB Weekly Platform: itrade Broker: CIMB



Di area i, ii dan iii, kelas ianya adalah satu resistance area di paras RM1.90 Walaupun price yang terletak di paras resistance adalah hampir sama, cuba perhatikan apa yang berlaku di MACD line. MACD line sudah kehilangan momentum dan memberikan signal bearish divergence. Jika anda sudah beli share ini (by the way, ini ialah share MBSB), kegagalan harga untuk memecah kan paras resistance sebanyak 3 kali adalah tanda-tanda jelas yang anda perlu sell share tersebut. Di area iii sebagai contoh ada boleh lihat adanya doji yang close di bawah paras resistance. Ini menunjukkan yang buyer semakin ragu-ragu dan tak sure boleh naik lagi atau pun tidak. Di point iv, terdapat satu long black candle yang telah meng engulf sekurangkurangnya 3 bull candle. Kesungguhan seller ini memang dah nampak jelas. Dan akhirnya paras support RM1.50 berjaya di pecahkan selang 2 hari selepas itu. Price melakukan pullback ke arah paras support yang telah menjadi resistance seperti yang di tandakan di point v. Akhirnya satu pattern evening star telah telah muncul. Candle kedua evening star ini ialah satu hanging man. Yang menjadi perhatian di sini ialah candle ketiga yang mempunyai harga close lebih rendah dari harga open candle pertama dan harga low candle kedua iaitu hanging man. Sekali lagi, kesungguhan seller jelas terpancar di wajah nya yang jernih. Cewah! 91



Chart #12 USDJPY M15 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Three inside down



Untuk chart ini, saya akan gunakan MACD di time frame M15. Kebiasaannya saya akan gunakan MACD di time frame yang besar. Sekarang kita tengok, boleh ke tak boleh kita pakai kat time frame yang kecik. Pada point i, berlaku satu bullish divergence menandakan berakhirnya penguasaan seller di dalam market. Entry nya ialah pada satu bullish engulfing pattern.Kemudian, di point ii, kita lihat ada signal bearish divergence; both di MACD line dan juga MACD-H. Entry nya ialah satu bearish engulfing pattern – satu small black body candle yang meng engulf satu white spinning top. Macam tak konfiden je kan? But price still turun cuma mungkin tidak sampai ke nearest support. Di sini anda kena buat keputusan sama ada nak stay in trade atau nak close position. Ingat ye, chart ni di time frame M15. So every decision kena buat dengan pantas. Jika anda stay dalam trade, means stop loss anda akan di hit tak lama lagi. Relaks. Jangan sedih sangat. Adat trading. Perhatikan pula di point iii. Satu lagi bearish divergence signal di tunjukkan di MACD line. Price semakin meningkat ke higher high. Tetapi MACD line menunjukkan lower high. Entry nya ialah satu three inside down pattern dengan stop loss di letakkan di atas pattern tersebut. Take profit di letakkan pula di nearest support area iaitu sekitar 104.37.



92



Chart #13 EURUSD Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Di area i, bullish trend sudah mula terbentuk dengan price mencatatkan harga low yang lebih tinggi dari low yang sebelumnya (higher low). MACD line juga menunjukkan yang ia bersetuju dengan price. So tak de masalah. Di area ii, price telah melakukan satu pullback atau retracement yang agak beasr tetapi low nya masih lagi lebih tinggi dari low yang sebelumnya (higher low). Tetapi bagaimana dengan MACD line? Adakah ia bersetuju? Nampaknya MACD line telah mencatatkan low yang lebih rendah dari low yang sebelumnya. Ini menandakan adanya signal bullish hidden divergene di situ. It’s a way untuk momentum memberitahu kepada price yang trend bullish ini masih lagi attach dan boleh di teruskan.



93



Chart #14 DE (DAX) H1 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Pada contoh di atas, anda dengan mudah dapat mengenalpasti signal bullish divergence yang di tandakan oleh RSI. Jika anda lihat pada price, di lower low, terdapat satu hammer pattern. Bagi aggressive trader, mereka akan mengambil buy position selepas dari pattern hammer tersebut. Why not? HPP dan juga low risk. Tapi yang agak konservatif, mereka melihat bahawa candle hammer tersebut masih lagi berada di bawah paras support harga low yang pertama. Jadi bagi yang memilih untuk playsafe, anda boleh melakukan entry selepas candle bull yang muncul selepas hammer pattern tersebut. Agak konfiden juga sebab ia telah close di atas paras support. Risk besar sikit berbanding yang sebelumnya tetapi lebih selamat. Ini lah yang di namakan sebagai price confirmation candle. Bagaimana pula dengan take profit? Ianya di letakkan pada resistance yang terdekat. Dan kalau anda perhatikan di chart ini, terdapat gap. Maksudnya trade ini di buka pada hari Jumaat dan di biarkan open sehingga hari Isnin minggu depan. Nasib baik gap ke atas. Profit juga. Kalau ke bawah? Ke laut lah kita.Cadangan saya, untuk intraday trade seperti ini, better close position sebelum anda tidur. Tak perlu lah carry trade ni sampai next week. Ok?



94



Chart #15 SKPetro Weekly Platform: TradeSmart Broker: RHB



SKPetro stands for Sapura Kencana Petroleum – incase kalau ada yang bertanya. Seperti yang anda sedia maklum, industry oil & gas tidak begitu memberangsangkan tahun lepas. Kerana kejatuhan harga minyak dunia, kebanyakan company yang terlibat di dalam sektor ini juga mendapat tempias. Terdapat satu bullish divergence di kesan pada chart ini somewhere in end of August. Entry signal nya pula ialah satu hammer pattern. Peluang seperti ini, di dalam market yang mana sektornya di hit dengan begitu teruk, adalah sangat rare dan harus di tackle dengan berhati-hati. Jika anda optimis dengan syarikat ini, anda boleh membeli sharenya selepas pattern hammer tersebut. Ingat ye, ini weekly chart. Maksudnya anda kena tunggu hari Isnin minggu depan baru boleh beli. Perhatikan garisan support RM2.25 yang kini telah menjadi paras resistance. Itu adalah take profit level anda. Ianya telah di test sebanyak 3 kali oleh harga. Kalau anda tak sell di sini, memang anda hati kering. Hehe. Tutup mata, bukak balik, tengok harga dah jatuh sehingga ke paras terendah RM1.35. Menangis lah..



95



Chart #16 Caterpillar Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Satu lagi contoh elder’s bearish divergence. Point A merupakan puncak tertinggi OsMA, di ikuti dengan point B yang berada di bawah centerline atau pun di panggil sebagai ‘breaking the back of the bull’. Point C, OsMA kembali di atas centerline tetapi lebih rendah dari Point A dan agak shallow. Perhatikan juga bagaimana price yang semakin meningkat dalam tempoh yang sama. Akhirnya di terdapat satu bearish engulfing pattern yang di tandakan selari dengan point C. Itu adalah entry kita. Stop loss di letakkan di atas pattern ini manakala untuk take profit pula saya akan letakkan pada harga low/support yang berasal dari satu long white candle yang membentuk satu bullish engulfing pattern.



96



Chart #17 EURUSD Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Market sedang berada di dalam trend menurun. Perhatikan bagaimana price masih lagi mencatatkan harga high dan kemudian satu lagi lower high. MACD line pula menunjukkan sebaliknya.High dan kemudian higher high. Ini adalah signal bearish hidden divergence. Ia membawa maksud trend menurun ini bakal di teruskan lagi. Entry terletak pada evening star pattern; yang mana ianya mempunyai candle ketiga yang sangat besar. Risiko pada entry ini ialah stop loss yang agak besar. Bear in mind, ini adalah chart daily. Untuk mengatasi masalah ini, anda sebenarnya boleh mengambil trade di time frame yang lebih kecil seperti di H1 atau pun M15. Pada masa yang sama masih lagi mengekalkan bias untuk sell. Take profit saya tandakan pada paras support yang di bentuk dari satu bullish engulfing pattern atau low long white candle.



97



Chart #18 USDCAD M15 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Berdasarkan kepada chart di atas, terdapat satu ignal bearish divergence yang di tunjukkan oleh OsMA dengan entry nya terletak pada satu bearish shooting star. Sebelum bearish shooting star itu sendiri, terdapat 2 candle yang menyerupai shooting star pattern. Yang pertama tu cantik, body kecik, upper shadow panjang. Yang kedua tu ok, cuma body dia agak besar sedikit. So entry #1 ni anda perlu perhatikan histogram OsMA yang lebih rendah dari yang sebelumnya (tick down) sebagai confirmation kepada entry anda. Peluang untuk re-entry; sama ada anda ingin open new position atau add to winning position hadir beberapa ketika selepas itu.Entry #2 hadir selepas price break low/support yang saya tandakan menggunkan low long white candle. Ini juga merupakan satu peluang untuk sell. Perhatikan bagaimana OsMA sudah berada di bawah centerline yang menunjukkan yang ianya sudah bearish.



98



Chart #19 Chevron H1 Platform: MT4 Broker: FXPro



Take Profit



Kelihatan satu evening star pattern di point i yang mana pada masa yang sama, RSI masih lagi berada di overbought zone. So, jika RSI di ambil kira, ini bukanlah satu entry yang baik. Pada point ii, satu bearish engulfing pula muncul. Tapi kini, RSI sudah berada di bawah level 70, atau sudah keluar dari overbought zone. Ini boleh jadi entry yang baik. Cumanya, dari segi reward to risk ratio ada sikit masalah. Paras support yang bertindak sebagai take profit level terletak begitu dekat dengan entry. Entry di point iii, di tandakan dengan satu shooting star pattern. Ini sudah merupakan entry yang sangat baik kerana shooting star ialah satu HPP, ia mempunyai risk yang kecil dan reward yang besar. Jika anda terlepas peluang untuk entry di shooting star pattern, tunggu price confirmation seterusnya di dalam bentuk bear candle. Risk lebih besar tetapi hati ada senang.



99



Chart #20 Tesco M15 Platform: MT4 Broker: FXPro



Berdasarkan kepada chart di atas, saya telah melukis satu paras support yang berasal dari satu bullish engulfing pattern. Selepas pattern tersebut muncul, price telah meningkat. Namun begitu, ianya turun kembali ke paras support yang saya lukiskan sebelum ini. Price cuba untuk break support ini tetapi gagal. Akhirnya satu bullish engulfing pattern telah terhasil betul-betul di atas paras support ini. Tengok candle bull dia, bear gile. Di MACD pula, ianya memberikan signal bullish divergence. Cerah masa depan. Untuk stop loss, saya akan letakkan di bawah pattern bullish engulfing ini dan untuk take profit, ianya di letakkan pada paras resistance terhampir. Paras resistance ini juga merupakan satu tweezer top pattern – satu pattern yang mana candle di dalam nya mempunyai price high yang sama atau hampir sama.



100



Chart #21 Adidas H1 Platform: MT4 Broker: FXPro



Single pattern candle seperti long white candle juga boleh menjadi reliable entry point. Saya secara peribadi menggunakannya di dalam breakout strategi saya. Kita tengok chart Adidas ini sebagai contoh. First, market berada di dalam trend menurun. Kemudian saya nampak ada satu bullish divergence signal yang di tunjukkan oleh OsMA. Price kemudian telah consolidate di dalam satu trading range yang kecil. Akhirnya, price breakout dan di tandakan dengan satu long white candle yang memecahkan paras resistance di dalam range tersebut. Berlaku sedikit pullback tetapi selepas itu price terus meningkat tidak sedar diri. Haha. Jika anda lihat dengan teliti di trading range yang kecil ini, sebenarnya ia adalah satu double bottom pattern, yang mana sebahagian dari chart pattern analisis. Paras resistance itu sebenarnya ialah neckline yang perlu di break kan sebelum pattern ini boleh di panggil double bottom. Jangan risau, lepas ni saya tulis buku chart pattern pulak ye. Yang penting di sini, anda nampak ada bullish divergence dan ada satu long white candle sebagai entry.



101



Chart #22 USDCHF Daily Platform: MT4 Broker: FXPro



Bearish engulfing



Piercing line



Ada A-B-C. Apa yang terlintas di fikiran anda? Ya, Elder’s bullish divergence. Gunakan MACD-H instead of MACD line untuk mencari signal divergence. Dengan point C yang agak shallow berbanding point A, cuba lihat aktiviti price yang berlaku di situ. Ada satu piercing line, kemudian satu bear candle (jika anda membaca versi ebook, ia berwarna merah), kemudian ada satu long white candle (jika anda membaca versi ebook, ia berwarna hijau) yang meng engulf atau memeluk ketiga-tiga candle sebelumnya.



Anda boleh gunakan low pattern piercing line sebagai support atau low long white candle sebagai support. No problem. Even saya nampak ada pattern tweezer bottom di situ – harga low candle pada paras yang sama atau hampir sama. Kenaikan ini di akhiri dengan satu bearish engulfing.



102



Chart #23 EURUSD Weekly Platform: MT4 Broker: FXPro



TP



Satu lagi contoh Elder’s Bullish Divergence. Ada A, ada B yang ‘breaking the back of the bear ‘ dan C yang kembali di atas centerline. Di point C, terdapat satu pattern hammer terbentuk. Anda boleh buat entry di situ. Cantik dah tu. Apa? Tak konfiden? Trend menurun takkan nak buy? Betul-betul…saya setuju. Ok takpe. Kita tunggu price confirmation. Maksudnya satu candle bull selepas pattern hammer. Ada kan? Ok. Buy kat situ. Selepas bull candle tu.Take profit saya letakkan di paras resistance. Belum sampai paras resistance dah ada bearish engulfing pattern. Nak stay? Saya cadangkan cabut!!! Heheh. Ada tak cara lain kalau tak nak cabut? Ada. Kita guna partial close teknik. Yang ni anda kena dapatkan ebook saya 5 price action strategi. Saya ada ajarkan teknik tu di sana. Ok? Untuk buku ini, pendekatan nya simple – cabut. ;)



103



Chart #24 EURJPY Daily Platform: MT4 Broker: FXPro



Market telah berada di dalam satu extended bullish trend. Di point A, anda dapat lihat bagaimana price meningkat seiring dengan MACD-H. Walaupun kita nampak MACD-H semakin mengecil, tetapi itu bukan tandanya yang ia akan reverse. MACD-H kemudian memasuki point B, di mana ianya berada di bawah centerline atau di kenali sebagai ‘breaking the back of the bull’. Price retrace sedikit. Kemudian, apa yang berlaku ialah price terus melonjak ke area 145.60 dengan satu long white candle. Tetapi, cuba perhati candle itu. Nampak kan long upper shadow dia? Maksud nya, ada selling pressure tu. Dah ada seller yang standy kat resistance 145.60. Next candle ialah satu spinning top, satu hanging man dan boom! Satu long black candle. Bila long black candle ni close di bawah harga low hanging man, situ lah entry kita. Tengok price jatuh sampai mana? Tu..kat area 136.76. Lebih dari 800 pip dari resistance. Dasyat..



104



Chart #25 GBPJPY Daily Platform: MT4 Broker: FXPro



Signal seperti contoh di atas adalah sesuatu yang susah nak lepas. Tak payah fikir 2 kali. Kenapa saya kata macam tu? Signal bearish divergence di tandakan oleh MACD-H dan juga MACD line. Entry pulak oleh satu bearish engulfing pattern. Dan tahukah anda? Bearish engulfing pattern ialah pattern reversal yang paling kuat antara pattern dalam HPP? Ye, dia dan kembarnya bullish engulfing pattern. So kalau saya nampak setup chart macam ni, saya ambik sell position selepas pattern, letak stop loss di atas pattern dan take profit di letakkan pada paras support terdekat. Lepas tu, bukak website AirAsia, beli tiket pergi Bali, terus pack barang, chow! Heheh! Indah dunia ni kan? Saya doakan anda jumpa setup macam ni selalu. Amin!



105



Chart #26 GBPNZD Daily Platform: MT4 Broker: FXPro



Kita mulakan dari sebelah kiri (ye lah, takkan sebelah kanan pulak! ;p) Kelihatan satu bearish engulfing pattern selepas satu bearish rickshawman doji. Price turun dan boom! Ada gap ke bawah. Then kita nampak ada bullih engulfing. Nak ambil position? Boleh. No prob. Price retrace semula. Satu evening star pattern muncul di ikuti dengan satu bearish engulfing pattern. Price terus menjunam ke bawah. Then kita nampak satu hammer #1. Kita ambil buy position. Adus! Price turn back, hit stop loss kita. Takde hal. At least kita letak stop loss. Just 2% je loss dari capital. Price terus turun lagi. Then muncul hammer #2. Cantik ni. Long lower shadow dan body yang kecil. Kita masuk entry buy. Best bile tengok price naik. After some time, ada satu bullish engulfing pattern. Pattern ni dia engulf satu bearish hammer. Cantik tu. Dan dari situ price terus naik lagi tinggi. Sampai di area resistance,kita nampak shooting star pattern. Teringat mantra kita – sell at resistance. Terlepas? Takpe. Lepas shooting star ada satu bear candle. Owh, bearish engulfing pattern sebenarnya. Sell lagi sampai lebam. Kan best kalau trading macam ni?



106



Chart #27 S&P 500 M15 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Kadang-kadang as a trader, kita ni suka complicated kan chart kita. Letak indicator macam-macam. Berdasarkan pengalaman saya, tak perlu banyak-banyak. Lagi simple lagi ok. Yang penting, kita tahu apa setup yang kita nak carik. Contoh macam chart di atas.Dekat price ada high – higher high. Then saya tengok kat bawah, RSI ada signal divergence. So saya tahu yang saya nak kene carik sell position. Cuma sekarang nak kena kenalpasti candle sahaja. Ada satu bearish hanging man, kemudian satu shooting star di sertai dengan satu harami pattern. Saya tau untuk trade hanging man, saya perlu pastikan low hanging man di break terlebih dahulu.Kalau shooting star sepatutnya saya dah boleh entry. Tapi kalau terlepas? So apa saya buat, saya tunggu satu long black candle untuk confirmkan harami saya. Now sekarang pattern harami kita dah jadi three inside down. Lebih cantik lagi, price close below harga low candle hanging man. Tu lah entry saya. Stop loss saya letak di atas pattern three inside down manakala take profit saya letakkan pada paras support yang terdekat dan paling obvious, satu morning star pattern. Setel. Tak susah kan trade ni?



107



Chart #28 EURUSD Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Seterusnya adalah satu contoh bullish divergence pada chart EURUSD. Entry signal terletak pada piercing line pattern sekitar price 1.2138. Price kemudian naik tetapi tidak lama kemudian ia turun balik ke paras entry kita. Di sini hadir peluang kedua untuk kita entry. Iaitu pada pattern bullish engulfing. Perhatikan candle bull ini bagaimana ia memeluk habis 5 candle sebelumnya. Hanya harga high je yang tak di tapau. Yang body semua kena. Akhirnya, price naik sehingga paras resistance 1.2700 yang saya jadikan sebagai take profit level. Kalau anda perhatikan pada paras resistance tu, sepatutnya boleh naik lagi kan? Kenapa saya pilih 1.2700? Ini kerana salah satu kaedah untuk meletak kan take profit level ini ialah dengan membulatkan atau meng round kan number yang ada. Sebab naturally manusia akan tertarik dengan nombor bulat seperti ini. Boleh? Tengok apa candle yang break resistance kita? Marubozu pulak…macam nak naik lagi…eh dah dapat profit kan? Rilek…Enjoy your profit.



108



Chart #29 Nasdaq M15 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Ada tak signal bullish divergence yang fail? Mestilah ada..Takde signal yang perfect ok. Cuba anda tengok contoh di atas. Signal nya Elder’s bullish divergence. Entry nya bullish engulfing. Lawa dah tu. Boom kita masuk buy position. Kita order pizza hut. Makan besar ni. Bisik hati suci kita. Belum pun budak pizza ni sampai, stop loss kita di hit. Adus! Realiti macam ni sangat memedihkan. Nak menangis? Dah besar panjang. Huduh beno rupenya. Nampak tak candle yang hit stop loss kita tu? Ye, satu black opening marubozu. Makna nya memang sungguh-sungguh la nak break tu. Eh boleh tak kita sell? Sebenarnya boleh. Saya panggil dia sebagai momentum trading. Tengok pulak dekat OsMA tu. Kan dah turn bearish tu? Cantik la. Mungkin tak dapat banyak tapi cukup la untuk cover loss. And be carefull. Anda kena exit position ni selepas nampak satu bullish engulfing pattern di bahagian bottom chart ni.



109



Chart #30 EURGBP M5 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Salah satu latihan yang anda mesti buat setiap hari sebagai seorang trader ialah, anda mesti rajin lukis kan atau tandakan paras support dan juga resistance. Bila anda selalu buat latihan ni, anda akan nampak dekat area mana price selalu bounce, respect atau mungkin break dengan ganas atau false break. Perhatikan support zone yang saya lukiskan di atas. Terdapat satu long dawn line pattern terbentuk di atas zone support ini. Di bawah nya pula, RSI menunjukkan adanya signal bullish divergence. Ini merupakan satu entry yang bagus Cuma mungkin ianya tidak bertahan lama. Price kembali menurun sehingga hit stop loss kita. No prob. Risk kita hanya 2% dari capital. Peluang kedua muncul di dalam bentuk morning star pattern. Candle ketiga nya, iaitu satu long white candle telah close di atas zone support dan di atas harga open candle yang pertama. Yang ni memang champion. Tengok lepas tu macam mana price terus hit take profit level. Confirm dah cover loss yang kita buat tadi. Betul tak?



110



Chart #31 AUDNZD M5 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Untuk contoh kali ini, saya menggunakan 2 indicator di dalam chart yang sama. Yang pertama, MACD dan yang kedua RSI. Kedua-dua indicator menunjukkan signal yang sama, iaitu signal bearish divergence. Bagaimana pula dengan price? Di puncak price yang pertama terdapat satu doji. Saya lukiskan paras resistance di situ. Ok. Kemudian price turun dan ada satu bullish harami pattern muncul. Candle kedua nya pula ialah satu doji. So kita dah boleh buat paras support untuk kita jadikan take profit target. Lepas dari pattern harami ni, price naik semula. Nampak tak bagaimana price gagal untuk break resistance area yang di cipta oleh doji yang pertama? Apa entry signal yang ada di situ? Ye, ada satu bearish shooting star yang walaupun tidak sehensem mana, bila di gabungkan dengan bearish divergence signal, maka sangat best lah entry ni. Tak percaya? Tengok price dah hit take profit kita. Inilah yang di panggil sebagai confluence of indicators.



111



Chart #32 GBPUSD Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Close



+1000 pip X



Entry



Ini adalah salah satu scenario indah yang boleh berlaku jika anda: 1. Seorang swinger 2. Seorang yang sabar 3. Seorang yang trade divergence Di sebelah kiri chart anda dapat lihat satu bullish divergence yang di tandakan oleh MACD line dan MACD-H. Pada price pula, entry nya terletak pada hammer pattern. Jika anda ingin kan confirmation, sila tunggu candle seterusnya iaitu satu long white candle. Tak konfiden jugak? Ha dah. Pergi main congkak! Dari pattern hammer yang saya sebutkan tadi sehingga lah ke tanda ‘close’ yang saya letakkan di bearish engulfing pattern, ada lebih kurang 1000 pip. Plus minus 1000 pips. Banyak tu… Apa lagi yang jadi selepas itu? Satu bearish divergence yang mana entry nya ialah satu evening star pattern. Setakat tanda X yang saya buat tu, baru dalam 450 pip lebih. Urrrp!



112



Chart #33 AUDJPY M15 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Untuk chart di atas, kita mulakan dengan satu signal bullish divergence yang di tunjukkan oleh RSI. Entry nya pula ialah satu hammer pattern yang mempunyai long lower shadow dan body yang kecil. Untuk lebih yakin, anda boleh tunggu satu bull candle selepas hammer pattern tersebut. Stop loss saya letakkan di bawah hammer pattern dan take profit saya letakkan di paras resistance yang saya tandakan menggunakan candle doji. Keesokannya, ada satu signal bearish divergence di tunjukkan oleh RSI. Kali ini, entry nya adalah satu bearish engulfing. Sekali lagi, stop loss saya letakkan di atas pattern bearish engulfing manakala target saya letakkan di harga low satu long white candle. Area yang sama juga adalah area di mana kita mengambil profit hasil dari signal bullish divergence sebelum ini. Oleh yang demikian, ianya kita boleh anggapkan nya sebagai satu support zone.



113



Chart #34 EURCAD M5 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Berdasarkan kepada chart di atas, ada satu bullish divergence signal yang di tunjukkan oleh MACD line. Entry saya ialah di piercing line pattern. Untuk take profit target, saya mencari paras resistance di sebelah kiri chart. Saya nampak ada satu bearish engulfing pattern da nada satu rejection of price yang di tunjukkan oleh long upper shadow. Ini merupakan satu paras resistance yang valid. Selepas paras take profit saya di hit, saya lihat ada satu lagi signal divergence. Kali ini ianya dari Elder’s bearish divergence. First, saya tengok ada paras resistance yang terhasil dari satu bearish engulfing pattern. Resistance ini juga di confirm kan apabila ada satu long upper shadow yang gagal untuk break paras tersebut. Untuk entry, saya perlu memastikan harga low hanging man telah di break.Jika terlepas, ada satu pullback berlaku ke arah paras support yang di pecahkan. Sell at resistance. Bukan kah itu mantra kita?



114



Chart #35 GBPAUD Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Di atas adalah satu contoh bullish hidden divergence. Perkara pertama yang perlu kita lihat ialah sama ada market itu sudah berada di dalam trend menaik atau tidak. Perhatikan bagaimana saya telah tandakan harga low dan high kemudian ada satu lagi higher low dan higher high. Ini menunjukkan bahawa market sedang berada di dalam trend menaik. Apabila price mengalami satu pullback, MACD line juga di lihat turun malah lebih rendah dari level MACD line yang sebelumnya. Ini adalah signal bullish hidden divergence. Entry kepada trade ini ialah satu piercing line pattern. Kehadiran reversal pattern ini juga turut menandakan harga low yang lebih tinggi dari low yang sebelumnya dan seterusnya menjadi paras support kepada harga. Paras stop loss di letakkan pada harga low pattern ini. Untuk take profit level, anda boleh letakkan di paras resistance yang merupakan price higher high sebelum ini. Lama sikit kene tunggu nak hit take profit ni. Tapi berbaloi.



115



Chart #36 PohKong Daily Platform: itrade Broker: CIMB



Mungkin ada di antara anda yang membaca buku ini pernah trade di Bursa Malaysia. Tahniah. Anda juga sudah pasti maklum bahawa di Bursa, ia adalah one way market. Maksudnya, kita beli rendah dan kita jual bila tinggi. Betul? Salah satu kegunaan divergence, to be precise, bearish divergence, adalah untuk mengelakkan anda dari membeli pada harga yang tinggi. Atau level yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk jatuh. Perhatikan contoh di atas. Ini adalah chart Poh Kong. Puncak high pertama di catatkan penghujung tahun 2015. Kemudian price melakukan pullback. Price berada di dalam keadaan sideways di penghujung bulan Januari sehingga awal Februari 2016 sebelum naik lebih tinggi. Price kemudian mencatatkan higher high pada harga 0.58 sen pada awal bulan Mac 2016. Bagaimana dengan MACD? Ia mencatatkan lower high berbanding high nya yang pertama. Maka signal untuk bearish divergence pun di keluarkan. Jika anda sempat membeli ketika harga nya rendah, maka ini lah peluang terbaik untuk jual. Tetapi jika anda baru hendak membeli, maka ini bukan lah masa yang sesuai. Sekurang-kurang nya divergence boleh memberitahu anda yang ini bukan harga yang sesuai untuk membeli share syarikat ini.



116



Chart #37 EURJPY M15 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Contoh seterusnya agak berbeza. Perhatikan price dan MACD di dalam chart di atas. Soalan saya, adakah ini bearish divergence? Ya? Tak? Tak tau? Betul. Jawapannya, ia bukan bearish divergence. Tapi kalau bukan kenapa dia turun? Kalau price nak turun ni, bukan sebab kena ada bearish divergence sahaja, banyak sebab lain. Cuba perhatikan price. Point i ialah satu bearish engulfing pattern. Oleh itu, high pattern ini saya boleh jadikan sebagai satu resistance level. Then price retrace skit. Naik balik. Apa pattern yang kita nampak? Satu shooting star yang tak berapa cantik, sebab body dia agak besar dan satu black candle yang meng engulf candle shooting star tersebut. So nama dia jadik bearish engulfing. Price turun sikit, then naik balik. Lagi sekali…pattern apa? Bearish engulfing lagi. Kedua-dua pattern engulfing ini gagal untuk memecahkan paras resistance yang saya lukiskan based on pattern engulfing yang pertama. Apa maksudnya?



117



Maksudnya, ada seller yang dah standby nak jual di area situ. Sekarang, perhatikan pula MACD. Walapun tiada signal bearish divergence yang di berikan, tetapi MACD menunjukkan adanya kelemahan dari segi momentum. Bagaimana kita tahu? 1. Apabila histogram sudah flip atau turn di bawah centerline atau garisan 0.00. Ini menunjukkan yang trend minor sudah bertukar menjadi bearish. 2. Apabila MACD line sudah melakukan cross over ke bawah dengan signal line. Selain itu juga, kehadiran satu long black candle yang memecahkan paras support membuktikan yang seller benar-benar nak take over market.



Chart #38 Bonia Daily Platform: itrade Broker: CIMB



Elder’s bearish divergence di chart Bonia. Ada A-B-C pattern di MACD histogram. Puncak pertama price di area A, then price retrace (area B) dan kemudian naik balik mencatatkan higher high (area C). Long white candle yang last tu memang nampak sungguh mengkonfidenkan sesiapa saja yang tengok. Nak-nak kalau dapat tips dari kawan-kawan. Syahdu… Nasib baik anda tak beli. Tengok macam mana price dia jatuh dari RM1.475 sehingga sekarang tinggal 56 sen sahaja. Di puncak kedua price tu ada incomplete dark cloud, confirm by long black candle, dan depan-depan sikit ada satu shooting star. Lepas tu babai. 118



Chart #39 Genting Weekly Platform: itrade Broker: CIMB Shooting star dan bearish engulfing



Hammer



Ini adalah chart Genting. Saya nak bagitau ni. Walau setinggi mana pun ilmu di dada, tidak akan saya beli share in! Hahahha. Hilang hakal? Nak kena panah petir? Tapi for education purpose, kita study sikit ye. Berdasarkan kepada chart di atas, secara teknikalnya share ini berada di dalam downtrend atau bearish.Jika anda perhatikan dari tahun 2014 sehingga September 2015, chart ini mencatatkan lower highs atau high yang lebih rendah dari high yang sebelumnya. Then sekitar September 2015 , kelihatan satu hammer pattern muncul memberi harapan. Jeng,jeng..lepas tu price naik, happy, happy then satu shooting star muncul dengan upper shadow yang sangat panjang. Yang menambahkan best lagi ialah selepas shooting star tu ialah satu bearish engulfing pattern. Gabungan pattern ni memang champion. Time tu harga share dia dalam RM10. Sekarang? Tinggal RM7.88 sahaja. Murah? Nak beli? Saya nampak macam boleh turun lagi. Support berada di area RM7.00. Cantik kalau dapat kat situ. à kepada yang muslim, tengok je. Jangan beli!



119



Chart #40 Disney daily Platform: MT4 Broker: FXprimus



Tahukah anda franchise filem Star Wars sekarang sudah di miliki oleh Disney? Yup. Sekarang Dark Vader dah boleh satu geng dengan Elsa. Berdasrkan chart di atas, di sebelah kiri chart ini, anda dapat lihat ada signal Elder’s bearish divergence muncul. Harga share ini yang ketika itu di trade sekitar $120 jatuh teruk sehingga $86. Price membentuk satu long legged doji di area low tersebut. Selepas itu satu bullish engulfing pattern terbentuk apabila satu long white candle memeluk doji tersebut. Dan MACD juga bersetuju apabila menunjukkan adanya signal bullish divergence. By the way, tak lama lagi Star Wars nak keluar cerita baru. If sales ticket naik, investor optimist, ada harapan stock ni pun naik jugak. Anda tak de rasa nak beli?



120



Chart #41 IJM Weekly Platform: itrade Broker: CIMB



Berdasarkan kepada chart di atas, anda dapat lihat adanya satu bearish divergence signal yang di tunjukkan oleh MACD line sekitar bulan May 2015. Pada price pula, ada signal Doji at the Top (DAT). Kalau di US market, kita dah boleh initiate sell position ni. Tapi di sebabkan di Bursa, kita tengok je la. Bagi yang dah beli, ini masa paling cantik untuk jual. Price kemudian jatuh sehingga paras support RM2.9. Kelihatan satu hammer, kemudian menjadi satu bullish engulfing pattern di support area. Selang 2 candle, muncul pula satu long legged doji di area yang sama. Ini menunjukkan buyer yang sungguh hendak membeli di area support tersebut. Dari situ price meningkat kembali kepada RM3.44 dalam tempoh 8 bulan. Ok la tu… Sedikit tips untuk Bursa: oleh kerana kita hanya boleh membeli sebelum menjual, adalah lebih baik untuk kita mencari dulu market yang sedang melakukan pullback atau retrace dari high price. Kemudian, baru kita cari bullish reversal pattern di penghujung pullback tersebut.



121



Chart #42 AUDUSD M5 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Boleh tak berlaku conflict antara 2 indikator? Mesti lah boleh. Dia ni macam adik beradik jugak. Ada hari baik, ada hari kasut masuk mulut. Sama je. Cuba perhatikan chart AUDUSD ni. Price mencatatkan high dan higher high. Ok, kawtim. Bila kita pakai OsMA, histogram dia pun sama jugak, high dan higher high. So takde divergence la kan? Ok sekarang kita gatal tangan kita guna RSI pulak. Alamak ada divergence lah! Macam mana??? Baik. Sebenarnya ini masalah dari segi preference sahaja. Kalau letak 10 indicator kat situ pun, belum tentu semua agree. Macam tu kita tengok je le, tak yah trade. So sekarang anda prefer yang mana? Nak guna RSI? Silakan…nak pakai OsMA, silakan… Yang lebih penting kat sini ialah pergerakan harga atau price action. Cuba tengok price tu.Ada long white candle yang mempunyai upper shadow. Kemudian ada hanging man, black candle yang engulf hanging man, kemudian satu bull candle dan yang terakhir sekali ialah satu black candle yang break support. Saya akan entry sell selepas candle yang break support tu close. Stop loss saya letak atas price high long white candle and take profit at nearest support. Anda boleh tengok indicator lama-lama… 122



Chart #43 GBPUSD Monthly Platform: MT4 Broker: FXPro



Selain dari time frame daily dan intraday yang biasa kita jengok, divergence juga boleh berlaku di time yang sangat besar seperti di Monthly. Walaupun ianya jarangjarang berlaku, tetapi bila jadik, memang kaw-kaw punye. Ini adalah contoh chart GBPUSD di time frame Monthly. Maksudnya, setiap satu batang candle adalah sebulan. Berdasarkan kepada chart di atas, anda dapat lihat bagaimana satu signal bearish divergence di tunjukkan oleh MACD line. Entry di puncak higher high adalah seperti satu dark cloud cover, open candle yang kedua sama dengan close candle yang pertama tetapi punyai harga close yang lebih separuh dari body candle pertama. Tetapi jika anda tak pasti, anda tahu apa nak buat. Tunggu price confirmation dalam bentuk long black candle. Setel…. Selepas price mula turun, nampak nya ia memasuki satu sideways period yang agak lama. Sekurang-kurangnya 7 bulan. Area low sideways ini boleh juga di jadikan sebagai paras support. Akhirnya price break support tersebut dan boom! Lebih dari 6000 pip dalam tempoh 8 bulan.



123



Chart #44 CADCHF H4 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Situasi kali ni agak unik sedikit. Kenapa? Sebab anda lihat ada banyak B dan C yang saya tandakan. Realiti satu divergence macam ni lah. Kadang-kadang kita tengok dah cantik nak turun. Ada A-B-C. Tapi lepas tu price naik lagi. Harus hit stop kita tu. Kemudian bila ada lagi signal divergence kita pun masuk lagi. Tup-tup dia naik lagi…ni yang bakau darah ni. Tapi rilek. Hero kalah dulu. Jika anda perhatikan pada OsMA, kesemua C (C1, C2, C3) mempunyai bar yang shallow. Ini menunjukkan yang price dah tak berapa nak ada momentum ke atas. Nak abih dah ni. Tinggal belen-belen je ni. Dan bila anda tengok di price, starting dari area C2 hingga C3, price macam dah langgar satu resistance. Tak boleh nak naik lagi dah. Muncul pulak dark cloud dan beberapa doji yang mengiyakan buyer punye kebimbangan. Anda sebenarnya boleh entry di pattern dark cloud cover atau tunggu sehingga paras support range ini di pecahkan (breakout). Setiap satu mempunyai risiko yang berbeza. Yang pentinh, anda tahu yang OsMA dah bagitau in advance yang price akan turun. Kita kena sabar dan yakin. Dan sabar lagi.



124



Chart #45 SGDJPY Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Classic downtrend dan bearish reversal pattern. Lihat bagaimana SGD di tapau oleh Yen – sehingga sekarang. Nak trade pair ni? Di persilakan.



Chart #46 Westport daily Platform: TradeSmart Broker: RHB



Saya kenal beberapa orang kawan yang bekerja di Westport. Sayang lah, kalau dah keja kat sana tapi tak beli share. Sebab mereka ni macam insider. What ever happen to the company, depa tau dulu. So kalau company bagus, tapi depa buat derk, tak mau beli share, sayang lah. 125



Peluang untuk beli share ini hadir se awal bulan Januari 2016. Saya nampak ada signal bullish divergence; both di MACD line dan juga di MACD-H.Entry nya pula adalah satu hammer – walaupun bukan hammer yang sangat cantik, tetapi long lower shadow menunjukkan kesungguhan buyer membeli. Kehadiran satu lagi candle bull selepas hammer itu, meng double confirm kan buying pressure dari buyer. Take profit di letakkan pada resistance terdekat iaitu di bearish engulfing pattern; satu black marubozu memeluk satu hanging man pattern.Akhirnya di penghujung bulan Mac, target saya di hit.



Chart #47 SPSetia Daily Platform: TradeSmart Broker: RHB



Bullish engulfing Hammer+bullish harami



SPSetia merupakan antara developer yang terkenal semenjak akhir-akhir ni. Saya tengok banyak advertisement yang mereka buat, sama ada di tepi highway, dalam paper, mahupun di TV. Bagaimana dengan stock mereka? Boleh beli ke? Nampak macam company bagus ni. Jika anda perhatikan chart di atas, di price low yang pertama, terdapat bullish engulfing pattern manakala di lower low, terdapat hammer di ikuti dengan bullish harami. Oleh kerana terdapat third candle; iaitu satu bull candle, maka pattern harami kita di kenali sebagai three inside up. Di sinilah area kita akan mula membeli. 126



Pada masa yang sama, di MACD line ada menunjukkan signal bullish divergence. Stop loss saya letakkan di bawah pattern dan take profit saya letakkan di area resistance yang berdekatan. Dan jika mengambil kira situasi keadaan chart sekarang, MACD menghala ke bawah 0.00 and market berada di dalam bearish trend, ternyata ini bukan pilihan saya.



Chart #48 CADJPY M30 Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Ini adalah satu time frame yang jarang-jarang saya gunakan, iaitu M30. Tetapi tidak bermakna tiada divergence. And to make things more interesting, saya gunakan RSI dan OsMA untuk mengesan divergence. Signal bullish divergence yang di keluarkan oleh kedua-dua indicator berlaku pada waktu yang hampir sama. Perhatikan price. Ada satu satu small bearish hammer dan di sebelah nya ada satu bull candle.



127



Di sebabkan candle bull ini memeluk candle hammer, so kita namakan dia bullish engulfing. Apa lagi yang anda nampak? Ye. Harga low kedua-dua candle ini sama. So kita nampak satu lagi pattern yang di gelar sebagai tweezer bottom. Cukup la tu. Takkan tak nak buy?



Chart #49 GBPUSD Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Tp Entry #2 Tp Entry #1



Di dalam satu trend yang kuat, memang akan ada divergence. Cuma kita berani tak berani je nak open position. Ini ialah 2 position yang saya masih ingat sampai sekarang. Sebab? Yang pertama saya loss, yang kedua saya untung, dan lepas tu terus tak bukak chart ni lagi dah! Di point i, saya nampak memang cantik dah bearish divergence dari MACD line dan MACD-H. Entry pulak satu bearish engulfing pattern. Punya besar candle bear tu. Dan sebelum pattern tu ada satu pattern shooting star yang tak begitu comel sebab body dia besar, tetapi mempunyai long upper shadow. Dengan konfiden nya saya sell. TP seperti dalam chart.



128



Price reverse. Bull terlampau kuat. Boom hit stop loss saya. Rugi la dalam 1K lebih. Takpe. Saya gigih. Second entry. Bearish divergence, bearish engulfing, sell. Kali ni take profit saya letak di lower swing. Dan kali ni saya win. Cukup untuk cover loss. Dan cukup untuk meyakinkan saya yang berbaloi trade divergence.



Chart #50 NZDCAD Weekly Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Ingat perkara basic; support dan resistance mesti lukis dulu. Refer contoh chart di atas ni. RSI dan both MACD line dan MACD-H menunjukkan adanya bullish divergence. Di area support, terdapat morning star dan hammer pattern. Perhatikan bagaimana sebelum kedua-dua pattern ini muncul, ada satu bear candle yang mempunyai lower shadow yang panjang. Ini menunjukkan bagaimana buyer bersungguh-sungguh mahu mempertahankan area tersebut.



129



Kenaikan ini akhirya berakhir apabila muncul satu shooting star pattern yang berada di bawah resistance area. Dan jika anda terlepas pattern ini, don’t’worry. Ada bear candle selepas nya yang berfungsi sebagai price confirmation.



Chart #51 Silver Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Tak ramai orang yang saya kenal trade silver. Yang saya pernah kenal pun rugi $5K dalam tempoh 4 jam trade silver. Jadi, jika anda ingin trade market ini, make sure anda faham betul-betul pergerakan price nya. Back to our chart. Ada satu bullish divergence signal dan entry nya ialah morning star pattern. Anda juga boleh memanggilnya sebagai morning doji star sekiranya candle kedua itu anda lihat menyerupai satu gravestone doji. Yang penting, candle ketiga ialah satu long white candle yang mempunyai harga close hampir sama dengan harga open candle yang pertama. So, kita akan buka buy position selepas pattern ini. Stop loss di letakkan di bawah pattern manakala take profit level di letakkan di area resistance. Nampak tak ada satu shooting star pattern tu? Itu tandanya dah dah la ambik profit tu. Heheh. 130



Chart #52 GBPJPY M30 Plaform: MT4 Broker: FXPrimus



GBPJPY juga di kenali sebagai The Dragon, the Beast dan macam-macam lagi nama yang ganas. Pair ini sangat volatile dan boleh bergerak lebih 200 pip sehari. Based on chart di atas, kita nampak ada satu bearish divergence signal yang mana entry nya ialah satu bearish engulfing pattern. Walaupun candle pertama (bull) ini besar, tapi candle kedua (bear) ternyata benar-benar ingin tapau candle bull tersebut. Stop loss di letakkan di atas pattern manakala take profit di letakkan di support terdekat (TP #1). Kemudian,satu pullback dari price dan satu lagi bearish engulfing muncul. Another sell, stop loss di atas pattern dan take profit di letakkan di low hammer (TP #2). 2 kali sell, 2 kali untung. Hidup ini indah.



131



Chart #53 S&P 500 Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Selain dari Dow, S&P500 adalah indeks US stock yang selalu saya trade. Bezanya, Dow akan track hanya 30 top companies di US manakala S&P mempunyai sampel yang lebih besar iaitu 500 companies. Tak kesah tu. Yang penting ada candle,apa barang pun kita boleh trade. Berdasarkan kepada chart di atas, satu piercing line pattern telah appear di atas support area. Ini menunjukkan adanya buying activity di area support tersebut. Apabila kita melihat kepada MACD, yes ada signal bullish divergence di situ. So triple confirm. 1. Ada piercing line 2. Bounce dari support 3. Ada bullish divergence Stop loss di letakkan di bawah pattern manakala target di letakkan pada paras resistance yang berdekatan.



132



Chart #54 DXA (DXY) Daily Platform: MT4 Broker: FXPrimus



Chart di atas ialah chart dollar index, satu-satunya chart yang tak pernah saya delete dari MT4 saya. Kenapa? Kerana dari sinilah saya mengetahui kekuatan atau kelemahan US Dollar as a currency. So apa yang kita nampak pada chart di atas? Ada tak divergence? Emmm…rasa macam takde. Sebab? Puncak yang kedua adalah lebih rendah dari yang pertama. So kat situ ada lower high. Tetapi apa yang menariknya ialah ini adalah setup yang terbaik untk kita gunakan strategi DAT atau doji at the top. Disebabkan ada resistance di sebelah kiri, anda boleh terus entry sell selepas doji appear. Bagaimana dengan OsMA dan MACD? Kedua-duanya menunjukkan loss of momentum, bukan divergence. Tetapi still ianya menunjukkan yang price mahu turun ke bawah. And so it did. Take profit saya letakkan pada support terhampir manakala stop di letakkan diatas resistance area. Biasanya 10 pip di atas resistance.



133



Chart #55 AUDNZD Daily Platform: MT4 Broker: FXPro



Selain dari menunjukkan signal divergence, MACD juga mampu menunjukkan kepada kita tentang kekuatan atau kelemahan momentum sesuatu market. Perhatikan contoh chart AUDNZD di atas. First, kita nampak ada 3 puncak harga yang di tandakan dengan satu paras resistance. Puncak yang pertama (sebelah kiri sekali) mempunyai candle shooting star dan satu bear candle. Gabungan kedua candle ini di kenali sebagai bearish engulfing. Boleh tak kalau anda nak sell selepas shooting star? Mestilah boleh. Tapi kalau sell selepas bear candle tu pun cantik jugak sebab ada price comfirmation. Tengok MACD kita. Ia turut meningkat naik seperti price. So far so good, so far takde divergence. Entry yang kedua hadir dalam bentuk piercing line pattern manakala yang ketiga memerlukan satu bear candle untuk close di bawah harga low hanging man pattern sebagai price confirmation. Perhatikan MACD semula. Walaupun price di ketiga-tiga puncak hampir sama, tetapi MACD line di puncak kedua dan ketiga semakin menurun. Ini menunjukkan yang market ini sedang loss momentum. Inilah salah satu kelebihan MACD.



134



Chart #56 EURNZD M15 Platform: MT4 Broker: FXPro



Contoh kali ni memang best. First, di RSI ada signal bearish divergence. Kat price pulak ada bearish engulfing. Dah cantik dah tu.Tapi kita tak perasan…kita g makan cendol kat kedai kak kiah..mana kan sempat nak tengok chart! Takpe, takpe…terlepas kan..no prob. Yang penting, dalam kepala hotak kita, kita tau yang market tengah turun. Cuma tadi kita terlepas signal aje. So apa yang kita nak buat? Kita tunggu next signal. Next signal datang dalam bentuk bearish engulfing pattern jugak. Ini sudah cantik. Entry lepas candle kedua close, stop loss letak atas pattern. Tak berapa lama lepas tu, ada lagi satu bearish engulfing pattern. Ini cantik. Dua kali ni. Kalau anda nak open lagi position sell, boleh. Ni nama dia add to winning position. Syaratnya, kena make sure position yang first tu dah untung dulu (walaupun tak close lagi) baru boleh bukak satu lagi position. Ok? Dah, g sambung makan cendol. 135



Chart #57 GBPNOK Weekly Platform: MT4 Broker: FXPro



Apa pair tu? Nok tu currency ape? Haaaa buat pengetahuan anda, NOK tu ialah Krone, currency untuk Norway. Krone ni kita jarang trade sebab spread dia besar. Tapi krone ni one of major currency jugak. Sebab tu dia ada dalam USD Index basket of currencies. Ok. Kita tengok chart. Ada bullish divergence betul? MACD line ada, MACD-H pon ada. Cun. Entry apa tu? Morning doji star. Boom price naik. Ni chart weekly tau. So banyak minggu dia naik tu dan banyak pips tu. After some time, price turun balik and cuba untuk break support kita. Gagal dan gagal. Kemuncak kepada kegagalan itu ialah…nah kau! Dia bagi sebatang long white candle yang tapau berapa banyak candle tu. Maksudnya buyer memang sungguh-sungguh nak defend area support tu. Price naik mencanak dan selang berapa minggu hit kita punya resistance area. Katakan lah kita tak letak take profit…nak biar profit run kan? Ok,ok. Sekali hit, kita buat keras. 2 kali hit kite buat keras lagi. Dah kali ketiga price hit resistance kita, kita pun close position. Lepas kita close, price melayang lagi tinggi! Hahah. Dah jangan tamak. 136



Chart #58 Gold Daily Platform: MT4 Broker: FXPro



Ini adalah chart divergence feveret saya. Di dalam kebanyakan contoh divergence yang saya buat, ini yang paling saya ingat. Sebab? Ini adalah kali pertama saya mengambil sell position untuk gold. Sebelum tu, semua saya buy, buy dan buy. Gold di dalam uptrend, so takde reason untuk saya sell. Kecuali yang ini. 1. 2. 3. 4.



Bearish engulfing yang pertama Bearish engulfing yang kedua Round number $1900 Bearish divergence di MACD line.



Low of the hammer ialah support saya dan area di mana saya meletakkan take profit saya. Dapat je profit terus tutup computer. Ngeri!



137



KESIMPULAN Terdapat banyak peluang di dalam market untuk anda aplikasi kan skil candlestick dan divergence ini. Anda kena berlatih, tajam kan mata, tenangkan jiwa, then everything should be ok. Ada beberapa indicator di internet yang boleh anda gunakan untuk mengesan candlestick dan divergence secara automatic. Anda boleh download, dan try guna. Saya tak pasti dari segi ketepatannya tapi tak salah kan kalau nak cuba? Jika anda telah pun mempunyai trading strategi yang memberi pulangan yang baik kepada anda, anggap kan lah ilmu baru ini sebagai tambahan kepada ilmu yang sudah anda miliki. Namun jika anda masih lagi tercari-cari trading strategi yang terbaik dan proven over the years, maka look no further. Saya cadangkan anda hadamkan betul-betul ilmu candlestick dan divergence ini dan jadikan ianya sebagai main trading strategi anda. No kidding. Anda boleh jadi trader yang konsisten dan untung dengan ilmu ini PROVIDED anda mengekalkan displin dan focus di dalam setiap analisis yang anda buat. Most of the time, kelemahan sesuatu strategi atau system bukan terletak pada system itu, tetapi lebih kepada human error. So, mulai dari sekarang, minimize the errors. Saya yakin anda akan jadi trader yang berjaya. Insya Allah – God Wills



138



BAHAGIAN 5: RUJUKAN



139



RUJUKAN. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.



Japanese Candlestick Charting Techniques, Steve Nison Beyond Candlestick, Steve Nison Introduction to technical Analysis, Martin J Prings Two roads diverged: Trading Divergences, Dr Alexander Elder The power of Japanese Candlestick, Fred Tham Momentum, Direction and Divergence, William Blau Techinical Analysis: Power tools for active investor, Gerald Appel



140