Cerpen Bahasa Melayu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Fatimah termenung panjang memandang ke luar jendela melihat daun-daun dibasahi hujan rintik-rintik. Air matanya sudah kering. Jiwanya kosong. Hatinya seakan sudah lumpuh. Tidak tahu apa perasaannya ketika ini. Betapa kecewanya dia apabila Piyan memutuskan pertunangan mereka tanpa alasan munasabah. “Abang, apa salah Fatimah?" Fatimah bertanya sendiri. Buat kesekian kalinya hatinya merintih pilu. Serabut fikirannya mengenangkan majlis pernikahan mereka yang tinggal hanya tiga minggu sahaja lagi. Kad jemputan perkahwinannya juga telah diedarkan. “Maafkan Fatimah, ayah, ibu” dia menyapu air matanya. “Beratnya dugaanmu ya Allah,” hatinya meraung pilu. Remuk hatinya mengenangkan kedua orang tuanya yang terpaksa menanggung dugaan yang berat itu. “Fatimah, Fatimah..” tersedar dia dari lamunan. “Fatimah, buka pintu ni sayang,” kedengaran perlahan bunyi ketukan di pintu. Suara Puan Ain kedengaran di balik pintu itu. Segera dia mengelap air mata. “Ya, ibu," Sengaja Fatimah menceriakan riak mukanya kerana tidak mahu ibunya itu risau. “Bagaimana keadaan Fatimah sekarang? Ibu risau. Dari semalam Fatimah tak makan.” Hanya senyuman nipis yang mampu dibalas. “Ibu, Fatimah mintak maaf," perlahan suara Fatimah meminta maaf kepada ibunya itu. Tanpa semenamena sebak hatinya melihat wajah tua itu. “Kenapa Fatimah mintak maaf, bukan salah Fatimah pun sayang. Ni semua dugaan, kita terima dengan redha. Banyakkan berdoa supaya Allah tenangkan hati Fatimah untuk redha dengan dugaan Dia,” lembut sahaja suara Puan Ain menenangkan anak gadisnya itu. “Turun makan ya, ibu dah masak lauk kegemaran Fatimah,” katanya lagi. Malam itu lama Fatimah memanjatkan doa ke hadrat Allah. “Mungkin ini kifarah atas dosadosa aku. Insy-Allah aku yakin dan percaya pasti ada hikmah atas semua ini,” hatinya terasa sedikit tenang. Deringan telefon mematikan lamunannya. “Assalamualaikum Fatimah,” kedengaran suara Fauzi. Sedikit gembira hatinya mendengar suara kawan baiknya itu yang sentiasa ada disisi waktu susah dan senang. Lama mereka berbual. Sesekali Fatimah akan tertawa dengan lawak jenaka Fauzi. “Fatimah.." nada suara Fauzi berubah menjadi serius. Lambat-lambat Fauzi menyambung, "Saya sanggup nikah dengan awak kalau awak sudi terima saya.” Terdiam Fatimah dengan pengakuan mengejut Fauzi itu. “ Sebenarnya saya dah lama cintakan awak, sayangkan awak. Sejak kali pertama kita jumpa, saya tau awak adalah jodoh saya. Tapi saya yang bodoh, saya lambat dan biarkan Piyan rampas awak dari saya.” Lembut suara itu menuturkan kata-kata. Ada sedikit sebak dari nada suara Fauzi. “Saya….” susah Fatimah mahu menjawab pengakuan Fauzi yang tidak disangka itu. “Saya terima apa sahaja keputusan awak,” sambung Fauzi seakan memahami gelodak di hatinya. Fatimah hanya mampu mendiamkan diri kerana masih bingung dengan apa yang berlaku.



1



Malam itu Fatimah tidak dapat melelapkan mata. Terngiang-ngiang kata-kata Fauzi dalam fikirannya. Hatinya serba salah antara maruah keluarga dan perasaannya. “Adakah aku mampu terima Fauzi? Selama ni aku anggap dia sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Adakah mungkin aku yang buta kerana tidak nampak orang yang betul-betul sayangkan aku selama ini?" Hatinya berbolak-balik. Piyan, lelaki yang sudah dikenalinya selama hampir setahun, telah melukakan hatinya dengan begitu teruk sekali melalui perkenalan singkat yang beranjak kepada hubungan yang serius. Ketika itu dia merasakan dia sudah berjumpa dengan lelaki impian yang diidamkan selama ni. Romantik, ada rupa dan berharta. Tetapi entah mengapa, Piyan terlalu memaksa. Ada sahaja yang tidak berkenan di matanya. Semuanya mahu diubah mengikut cita rasanya. Jarang sekali mementingkan perasaan Fatimah. Sampaikan cara pemakaian, bidang kerja Fatimah pun dia mahu masuk campur. Bila difikirkan balik, Fatimah telahh melalui fasa percintaan yang tidak bahagia. Mungkin selama ini dia terlalu obses dengan ciri-ciri lelaki idaman ciptaannya sendiri sehinggakan dia boleh lupa erti kebahagiaan sebenar. "Terima seseorang itu seadanya, " Fatimah berkata sendiri. Akhirnya Fatimah tekad dengan keputusannya. Setelah seminggu melakukan solat istikharah, dia redha jika ini takdir untuk dirinya. Sudah juga dikhabarkan keputusannya itu terlebih dahulu kepada Fauzi. Kelihatan Encik Mirza dan Puan Ain sedang leka menonton televisyen. Dibulatkan hatinya dengan keputusan ini demi maruah keluarga. “Ayah, ibu, Fatimah ada benda nak bagitahu ni,” lantas Puan Ain memperlahankan tahap suara televisyen. “Ya sayang, apa dia?” Fatimah menceritakan satu persatu tentang Fauzi dan juga keputusannya untuk bernikah dengan Fauzi. Melihat riak gembira di wajah Encik Mirza dan Puan Ain, Fatimah semakin yakin yang dia sudah membuat keputusan yang betul. Esok adalah hari yang akan mengubah hidupnya, saat dia akan bergelar isteri kepada Fauzi. Tersenyum sendiri Fatimah melihat baju nikahnya yang tergantung di dinding. Terbayang wajah Fauzi, lelaki yang telah membuat hatinya kuat disaat-saat dia sedang terluka. Sepanjang tempoh dua minggu ini, terasa seperti hatinya kembali berbunga-bunga. Baru dia sedar Fauzi adalah seorang yang sangat penyayang..Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat menyenangkan hati. Mungkin sudah berputik cintanya kepada Fauzi dia pun tidak tahu, yang pastinya dia yakin lelaki itu adalah sebaik-baik jodoh yang telah ditentukan untuknya. Tersenyum Fatimah melihat nama yang tertera di skrin telefon pintarnya. Segera dia menjawab panggilan telefon itu. Senyumannya semakin lebar mendengar suara yang telah berjaya menawan kembali hatinya yang hampir tertutup untuk menerima cinta.



2



“Assalamualaikum sayang,” Fauzi memulakan bicara. Terdiam Fatimah dengan panggilan ‘sayang’ itu.



Pertama



kali



Fauzi



memanggilnya



begitu.



Terasa



gementar



dihati.



“Waalaikumussalam,” Fatimah menjawab salam tersebut dengan tenang meskipun hatinya melonjak keriangan. “Sayang, boleh saya beritahu awak sesuatu?” Begitu romantis kedengaran bisikan suara Fauzi malam ni. “Apa dia?” Bergetar suara Fatimah menjawab. “Awak tau, sejak hari awak bagitahu yang awak terima saya, saya merasakan seperti sayalah orang paling bahagia di dunia. Saya seakan-akan tidak percaya kerana semua ini ibarat sebuah mimpi yang indah menjadi kenyataan. Esok adalah hari yang saya dah tunggu sejak sekian lama. Mungkin saya bukanlah lelaki idaman yang awak tunggu-tunggu selama ni tetapi saya berjanji saya akan sentiasa menerima awak seadanya. Hanya awaklah satusatunya wanita yang bertakhta di hati saya,” Fauzi tersenyum ikhlas. Terasa sebak hati Fatimah mendengar pengakuan ikhlas dari Fauzi. “Aku bersyukur ya Allah dengan takdirMu ini,” hatinya berbisik. “Aku terima nikahnnya Fatimah Nabilah binti Mirza dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai…” Menitis ais mata Fatimah mendengar ucapan akad itu. Maka, sahlah dia menjadi isteri kepada Mohammad Fauzi. Sesungguhnya dia terhutang budi dengan lelaki ini yang telah menyelamatkan maruah keluarganya dan ikhlas mencintainya. “Suamiku yang tercinta, aku berjanji akan mencintai dan menyayangimu dengan sepenuh hati kerana kaulah jodoh yang terbaik untukk,” Fatimah bermonolog sendirian. Dia bertekad untuk mencampak jauhjauh kenangan lama, kerana hanya bahagia yang diharapkan bersama lelaki yang akan menjadi pelindung dan pendamping dirinya hingga ke akhir hayat.



3