Ciri-Ciri Agama Islam [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CIRI-CIRI KHUSUS AGAMA ISLAM 1. RABBANIYYAH (KETUHANAN) Rabbaniyyah membawa maksud ketuhanan iaitu segala konsep, hukum, peraturan dan prinsip yang terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT dan sumber hadis. Agama Islam merupakan agama yang diwahyukan oleh Allah dan disebarkan kepada seluruh umat manusia melalui Nabi Muhammad S.A.W. Agama Islam berbeza dengan agama-agama lain yang mana agama dan hukumnya diasaskan sendiri oleh manusia. Apabila seseoarang manusia menitikberatkan sifat Rabbani dalam hidup mereka, manusia akan sentiasa mentaati Allah sama ada dalam terang ataupun berseorangan. Tujuan manusia diciptakan oleh Allah untuk beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di atas muka bumi. Allah berfirman;



Mafhumnya: Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat sertapangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi(sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembahAllah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allahitu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Berdasarkan ayat tersebut, dapat dilihat bahawa Allah tujuan penciptaan manusia di atas muka bumi adalah untuk mendapatkan keredaan Allah dan beriman dengan menyembah Allah yang Esa. 2. SYUMULIYYAH (MENYELURUH) Syumulliyah bermaksud agama Islam adalah agama yang sempurna dan berdifat menyeluruh mencakupi seluruh aspek manusia. Dalam agama Islam, telah tersedia peraturan hidup yang lengkap untuk manusia. Peraturan yang bermula dari sekecilkecil perkara sehinggalah perkara yang besar. Contohnya, pemotongan kuku dalam Islam ada acara dan susunannya. Peraturan bagi manusia terkandung dalam alQuran dan Hadis sebagai panduan untuk umat manusia. Al-Quran dan hadis merupakan panduan yang lengkap dan mencakupi semua ilmu pengetahuan untuk



memudahkan urusan kehidupan manusia. Peraturan yang terdapat di dlam Al-Quran juga adalah bersesuaian dengan fitrah manusia. Segala apa yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis adalah sesuai untuk kegunaan seluruh umat manusia bukan semata-mata untuk bangsa Arab. 3. TAWAZUN (SEIMBANG) Tawazun



bermaksud



seimbang



dari



segala



aspek.



Dalam



ajaran



Islam,



keseimbangan kehidupan di dunia dan akhirat dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Seseoarang individu tidak boleh terlampau mementingkan dunia sehingga meninggalkan akhirat dan sebaliknya. Keseimbangan antara dunia dan akhirat akan membawa



keoada



kejayaan



dalam



kehidupan.



Dalam



konteks



kehidupan



bermasyarakat, Islam melarang umatnya daripada bersikap pentingkan diri sehingga mengabaikan masyarakat di sekitarnya. Keseimbangan setiap segi iaitu jasmani, emosi, rohani amatlah dituntut di dalam islam. 4. WAQI’IYYAH (REALITI) Agama Islam merupakan sebuah agama yang praktikal dan sesuai diamalkan untuk semua umat manusia. Permasalahan yang timbul berkenaan agama akan diselesaikan mengikut kaedah Islam bergantung kepada keadaan dan kesesuaian yang sebenar. Sumber hukum Islam yang utama adalah Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan dalam menyelesaikan masalah yang timbul dan diikuti dengan Ijmak, dan qias ulama.Ajaran islam sebtiasa praktikal dengan cara hidup manusia. Contohnya, sekiranya masyarakat di sesuatu tempat mengamalkan adat budaya mereka, tetapi tidak bercanggah dengan ajaran Islam, maka adat tersebut masih boleh diamalkan dan diterima oleh Islam. Hukum yang terkadung dalam Islam juga tidak akan membebankan umatnya sehingga manusia tidak mampu melakukannya. 5. INQILABIYYAH (MERUBAH) Di antara ciri-ciri khusus Islam ialah Inqilabiyah yakni tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah. Hal ini memberi kita maksud bahawa maaruf yang perlu dilaksanakan selari dengan mungkar yang mesti dihapuskan, bukan sekadar kita mengajak orang kepada kebaikan dan pada masa yang sama tidak cuba menghapuskan kemungkaran yang semakin bermaharajalela. Konsep amar maaruf nahi mungkar perlu diparaktikkan oleh setiap umat Islam untuk mengelakkan daripada agama island dipermainkan. Islam merupakan agama yang mulia bukanlah agama yang mampu bertolerasi dengan amalan jahiliyyah. Sebagai contoh, apabila melihat sesuatu kemungkaran yang berlaku, seseorang individu perlu mencegahnya



dengan serta merta bagi mengelakkan perlakuan tersebut dibuat secra berleluasa sehingga menjatuhkan maruah agama Islam. 6. ALAMIYYAH (SEJAGAT) Alamiyyah bermaksud Islam adalah agama yang universal dan sejagat. Ajaran Islam tidak terikat dengan masa, tempat dan ruang. Agama Islam merupakan agama yang sesuai untuk diamalkan oleh semua umat manusia. Dalam ajaran Islam, setiap manusia adalah sama dan tidak dibezakan melalui warna kulit, bangsa, dan kedudukan. Tiada bangsa yang mulia atau yang hina kerana di sisi Allah semua manusia adalah sama. Namun, kedukan setiap hamba akan dibezakan dengan nilai ketaqwaan mereka kepada Allah. Ajaran Islam bukan semata-mata untuk masyarakat Arab malah untuk seluruh umat sekalian manusia yang berpegang kepada konsep yang sama iaitu menyembah Allah yang satu. 7. AL-THABAT WAL MURUNAH (TETAP DAN ANJAL) Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Sesetengah hokum dan ajaran islam tidak berubah dan bersifat tetap dari dahulu sehingga sekarang. Antara yang terkandung dalam konsep Thabat ialah aspek akidah. Konsep aqidah yang tidak akan berubah adalah dari segi kepercayaan kepada Allah dan tiada yang lain selain Allah. Dalam aspek ibadah, solat. Puasa haji dan zakat telah pun ditetapkan cara pelaksanaan dan waktu pelaksanaan ibadah tersebut. Sama seperti konsep hukum hudud dan qisas di mana cara pelaksanaannya tidak boleh diubah-ubah. Al murunah pula bermaksud anjal. Agama Islam merupakan agama yang mudah untuk diamalkan dan tidak akan membebankan umatnya. Sebagai contoh, hukum solat adalah wajib tapi cara pelaksanaanya adalah berbeza mengikut kemampuan seseorang individu. Keadaaan ini menunjukkan bahawa islam amat mementingkan kemudahan untuk umatnya sentiasa beribadat kepada Allah.