Contoh Skrip Mesyuarat Agung  [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MESYUARAT AGUNG PIBG 2016



BIL 1



AGENDA



SKRIP



Ketibaan



Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Tn Hj Khiyarurrahman



tetamu



bin Abdullah, Pegawai Khas kepada Menteri Perdagangan Dalam



kehormat



Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK RTBK Pondok Tanjong Kali ke 22 Tahun 2016.



2



Protokol



Bismillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.



Yang Dihormati, Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah, Pegawai Khas kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Yang Berusaha Encik Hassan Basri bin Ardi, Guru Besar SK RTBK Pondok Tanjong Yang Dihormati Encik Zulkafeli bin Mohd Yang Dipertua PIBG SK RTBK Pondok Tanjong Yang Berusaha Puan Rosnah binti Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran Puan Salbiah binti Mohd, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn.Wan Kamariah binti Wan Ibrahim Penolong Kanan Kokurikulum Barisan ahli jawatankuasa PIBG, Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.



TINDAKA



MESYUARAT AGUNG PIBG 2016



3



Alu-aluan



Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam mesyuarat agung pibg kali ke 22 tahun 2016. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua. Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan pemikiran membina, ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anakanak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan seterusnya menjulang nama SK RTBK Pondok Tanjong sama ada di bidang kurikulum, ko-kurikulum mahupun sahsiah pelajar



4



Bacaan doa



Sidang hadirin, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan; Doa dipohon penuh pengharapan, Agar majlis mendapat keberkatan. Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis mempersilakan Ustaz Azlan bin Che Man untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan..... - Bacaan Doa Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Azlan bin Che Man



Ustaz Azla



MESYUARAT AGUNG PIBG 2016



5



Ucapan Guru



Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,



Besar Seorang pemimpin , Menjadi suluh dalam gelita, Menjadi penawar dalam bisa, Menjadi penenang dalam duka, Menjadi penyejuk dalam derita, Menjadi penyabar dalam murka. Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Hassan Basri bin Ardi, Guru Besar SK RTBK Pondok Tanjong untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.... - Ucapan Guru Besar Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi. Warga dewan yang mulia. 6



Ucapan Alu-



Encik Zulkafeli YDP PIBG,



aluan YDP



Segak orangnya kemas bergaya;



PIBG



Dijemput ke pentas tampilkan diri, Memberi ucapan pembuka bicara. Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Cllifford untuk memberikan ucapan. Dengan sukacitanya dipersilakan....



MESYUARAT AGUNG PIBG 2016



7



Ucapan



Sidang warga dewan sekalian,



Perasmian Sirih junjung penuh bererti, Indahnya adat tidak terperi; Tibalah saat masa dinanti, Mendengar amanat ucapan perasmi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah, Pegawai Khas kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK RTBK Pondok Tanjong Kali ke 22 bagi tahun 2016. Dengan penuh takzim majlis mempersilakan..... - Ucapan Perasmian Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi; Dengan takbir llahi Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi. Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dihormati, Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah, atas ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.



8



Pelancaran



Seterusnya kita ke acara pelancaran tabung pusat sumber SK



Tabung Pusat



RTBK Pondok Tanjong.Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-



Sumber



puan tabung pusat sumber ini adalah bertujuan untuk mencara dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pusat sumber.



MESYUARAT AGUNG PIBG 2016



Diharapkan tabung pusat sumber ini mendapat sambutan yang baik dari pihak tuan demi kepentingan anak-anak didik SK RTBK Pondok Tanjong. 9



Penyampaian



Beli keladi di Pekan Lidup,



Sijil dan



Sayang rasa lemaknya kurang;



cenderahati



Taburlah budi ketika hidup, Kelak jasa dikenang orang. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2014/2015. Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati, Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah, Pegawai Khas kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diringi oleh Yang Berusaha Encik Hassan Basri bin Ardi, Guru Besar SK RTBK Pondok Tanjong untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK RTBK Pondok Tanjong sesi 2014/2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan....



Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Dijemput..............(rujuk senarai nama)



MESYUARAT AGUNG PIBG 2016



Dijemput.............. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.



11



Sesi bersama



Pihak majlis sekali lagi menjemput Tn Hj Khiyarurrahman bin



warga emas



Abdullah diiringi En Hassan Basri bin Ardi, Guru Besar SK RTBK Pondok Tanjong dan En Zulkafeli bin Mohd, YDP PIBG SK RTBK Pondok Tanjong bagi acara pulut kuning bersama warga emas RTBK Pondok Tanjong. ----- Pihak majlis seterusnya menjemput warga emas RTBK Pondok Tanjong untuk naik ke atas pentas (Baca Senarai Nama warga emas)



12



Cabutan



Majlis diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Dijemput



Bertuah



Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah untuk mencabut 5 nombor bertuah pada hari ini.



MESYUARAT AGUNG PIBG 2016



13



Pemberian



Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Encik Hassan Basri bin



Cederahati



Ardi, Guru Besar SK RTBK Pondok Tanjong untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan daripada warga PIBG SK RTBK Pondok Tanjong kepada tetamu istimewa kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.



MESYUARAT AGUNG PIBG 2016



9



Penutup



Dengan berakhirnya majlis kita tadi, maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke22 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Dari mana asalnya, usah diusul, Molek budinya menambat hati; Dua tiga bicara salah tersasul, Jangan dibawa ke dalam hati. Bintang barat terbitnya petang, Bintang timur terbitnya pagi; Jika tidak melarat panjang, Tersisa umur bertemu lagi. Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk menjamu selera juadah yang disediakan majlis akan bersambung semula pada pukul........ Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.