Contoh Surat Jemputan Juri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

‘’KEDAH SEJAHTERA’’ Rujukan Tuan : Rujukan Kami : KUIN.(KHPH)(HEM213C)(132)/2013 Tarikh : 3 Februari 2013

JURI K. . Tuan , UNDANGAN UNTUK MENJADI JURI BAGI PROGRAM ‘COOKING BATTLE’ ANJURAN PELAJAR SEMESTER 4 KULLIYYAH HOSPITALITI DAN PERKHIDMATAN HALAL, KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH .

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas . 2. Adalah dimaklumkan bahawa Pelajar Semester 4, Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) akan menganjurkan program “Cooking Battle”.Program ini melibatkan para pelajar Insaniah, IPTA, IPTS dan Sekolah Menengah Teknik dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Program ini merupakan projek wajib bagi kursus Hotel Event Management (HEM 213). Untuk makluman tuan, program ini akan diadakan : Tarikh : 30 Mac 2013(Sabtu) Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang Lokasi : Kolej Universiti Insaniah, Kampus Kuala Ketil 3. Program ini bertujuan untuk mencari jiwa kulinari yang tersemat di kalangan mahasiswa dan mahasiswi sekaligus melahirkan generasi yang kreatif, berwawasan 2020, holistik dan berfikiran minda kelas pertama. Malah, program ini dapat membuka mata, telinga dan minda mahasiswa dan mahasiswi mengenai aspek makanan halal yang kian dipandang ringan oleh sesetengah pihak. 4. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin menjemput pihak Tuan untuk menjadi juri dalam pertandingan ini. Bersama-sama ini dilampirkan borang permarkahan dan borang maklumbalas. Memohon kerjasama pihak Tuan untuk mengembalikan Borang maklumbalas tersebut sebelum 20 Februari 2013 untuk tindakan pihak kami selanjutnya. 5. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia program, saudari Mahirah Hanim Binti Omar di talian 013-4430012.

‘’KEDAH SEJAHTERA’’ Rujukan Tuan : Rujukan Kami : KUIN.(KHPH)(HEM213C)(133)/2013 Tarikh : 3 Februari 2013

JURI K. . Tuan , UNDANGAN UNTUK MENJADI KETUA JURI BAGI PROGRAM ‘COOKING BATTLE’ ANJURAN PELAJAR SEMESTER 4 KULLIYYAH HOSPITALITI DAN PERKHIDMATAN HALAL, KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH .