Contoh Teks Pidato Tentang Nabi Muhammad SAW [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Contoh Teks Pidato Tentang Nabi Muhammad SAW



‫علــيــــكــم‬ ‫الــــســـــالم‬ ‫ورحــمــــة اللــــه وبــر كا‬ ! ‫تـــــه‬ .‫الحـمـد هلل الذي ارســل رســوله بـالـهدى ودين الحـــق لـيـظهـره عـلى الــدين كــله‬ ‫ اشــهـد ان ال اله اال هللا وحــده الشــريــك لــه واشــهـد ان‬.‫وكـفى بــاهلل شــهـيـدا‬ ‫مـحـمـدا عــبــده ورســوله والصـــالة والـســـالم عــلى اشـــــــــــــرف اال نــبـيـــاء‬ .‫ امـــــا بـــعــد‬.‫والـــمـر ســـــلـين وعـــــلى الــــه وصـــحـبـه اجــــمــعــيـن‬ Segala pujian dan syukur kehadrat Allah SWT dengan limpahan Rahmat dan nikmat Allah jualah sehingga kita dapat berkumpul dihari Jumaat yang penuh barakah ini. Selawat dan salam semoga disampaikan keatas seorang manusia yang sangat mulia, pembawa syafaat penyejuk hati dan penerang jiwa iaitu Baginda Rasulullah SAW. Dengan ucapan



.‫اللــــهـم صــلى علــى سـيـد نـا محـمـد وعـلـى ال ســـيـد نــا مــحــمــد‬ yang



telah



membawa



kita



menuju



alam



yang



penuh



dengan



ilmu



pengetahuan sebagaimana yang kita rasakan sekarang ini. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian , Dalam kesempatan ini, izinkanlah saya menyampaikan tajuk pidato saya pada hari ini iaitu: " NABI MUHAMMAD IDOLAKU “



Bulan Rabiulawal adalah bulan dilahirkannya junjungan Nabi Muhammad SAW. Kelahirannya membawa rahmat, bukan hanya satu umat, tetapi seluruh umat, bahkan seluruh alam. Sebagaimana firman Allah SWT dari surah al Anbiya ayat 107 :



.‫ومـــاارســـــــــلـنـك االرحـمـة للــعـالـــــمــيـن‬ Ertinya ; Tidaklah kami utus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam. Rasulullah merupakan manusia yang sempurna untuk dijadikan contoh dan kita idolakan, yang membawa kita bahagia baik di dunia mahupun di akhirat kelak. NABI MUHAMMAD SAW adalah seorang yang tinggi ahlaknya, baik tutur katanya, kasih sayang terhadap sesame keluarganya dan terpelihara dari segala sifat negatif iaitu, iri hati, zalim, keji dan lain-lainnya. Selain itu,Rasulullah SAW juga merupakan orang yang mendapat jaminan dari Allah Taala dengan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Oleh yang demikian, kita janganlah ragu dan bimbang untuk menjadikan beliau sebagai pemimpin yang kita contohi dan teladani. Hadirin dan hadirat sekalian, Firman Allah swt dengan mengatakan Nabi Muhammad adalah sebagai Uswatun Hasanah adalah bertepatan dengan surah Al-ahzab ayat 21 yang berbunyi :



‫ــو ِم‬ ُ ‫لَـقَــ ْد َكــــانَ لَـــ ُك ْم فِــْى َر‬ ْ َ‫ســنَــة ِلـــ َم ْن َكــانَ ي‬ ْ ‫ـــر ُج ْوهللا َواْليَـ‬ ْ ‫س‬ َ ‫ْــــوة ٌ َحـــ‬ َ ‫ـــو ِل هللاِ اُس‬ .‫ْـرا‬ ِ ً ‫ــر هللاَ َكـــثِــي‬ َ ‫ــر َو َذ َك‬ َ ‫االخ‬



Etinya : Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw itu contoh tauladan yang baik bagimu dan orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut dan memuji Allah SWT. Dari ayat di atas jelas, bahwa kita mempunyai seseorang contoh tauladan yang patut kita idolakan, seorang modelvyang tiada bandingannya. Sehingga Allah SWT memuji akhlak beliau di dalam Al-Quranul Karim. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah SWT. Di zaman sekarang ini, terdapat banyak orang yang hanya memikirkan hal duniawi dan mengabaikan segala amalan akhiratnya. Bahkan mereka sudah lupa pegangannya, iaitu agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Selain itu, banyak orang yang mengakui bahawa ia cinta kepada agama Islam, cinta kepada Allah dan rasulNya



tetapi jarang sekali mereka



menjadikan Rasulullah sebagai suri tauladan untuk dirinya.



Sedangkan Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran ayat 31 yang berbunyi :



‫قــل ان كـنتـم تحبون هللا فاتـبـعونى يـحـببـكــم هللا ويغفرلكم ذنوبكم وهللا‬ ‫غــفوررحــيم‬ Ertinya; Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah ikutilah aku (Muhammad) nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu dan Allah Maha pengasih lagi penyayang. Para Hadirin yang dihormati sekalian :



Mulai sekarang kita perlu sedar dan kembali untuk berpegang teguh pada agama yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW serta menjadikan baginda sebagai



idola



dalam



kehidupan



seharian



kita



agar



kita



mendapat



kebahagiaan baik di dunia mahupun di akhirat nanti, dan mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menjalani kehidupan sebagaimana yang telah dijalani oleh Rasulullah SAW, amin….. amin Yaa rabbal aalaamin Sebagai kesimpulannya, Pertama: Rasulullah SAW adalah contoh tauladan dan idola bagi seluruh umat manusia. Kedua : Kita wajib bekerja keras untuk mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Demikianlah pidato ringkas yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Semoga kita dapat mengambil ibrah yang baik terutamanya bagi diri saya sendiri. Sekian sahaja pidato saya pada kali ini, saya akhiri dengan ucapan :



‫ والـســـالم عــلــيـكـم ورحــمـت هللا‬,‫اوســــيــكــم ونـفــسى بــاتـقــوهللا‬ .‫وبـــركــتــه‬