Definisi Strategi  [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KONSEP STRATEGI Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Strategi juga memberi erti kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Menurut Mok Soon Sang di dalam bukunya Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran (2010), dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan. Secara amnya, strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Maka, di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut : 



Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran







Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.







Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran



Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan strategi penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.