21 0 43 KB
DOA PROGRAM BIJAK BAHASA Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di Majlis Program bijak Bahasa Peringkat Sekolah Keb.Pulau Serai pada hari ini. Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan . Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru . Jadikanlah juga program ini sebagai usaha murni kami untuk memartabatkan kecermerlangan Bahasa disekolah kami . Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru ini . Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan
yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.