Elemen Dan Prinsip Asas Lukisan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Elemen dan prinsip asas lukisan 1) Kualiti Garisan Kualiti garisan sangat penting dalam menghasilkan sesebuah lukisan. Garisan dapat membentuk imej. Kualiti garisan memberi kesan ilusi, penegasan kepada objek yang dilukis dan boleh membentuk mod sesuatu karya. Unsur garisan amat penting dalam karya lukisan yang merupakan kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan, arca, ataupun mural.



2) Perspektif Perspektif dalam bahasa latin disebut perspicere bermaksud melihat terus, merupakan representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata dalam seni grafik seperti lukisan. Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna. Perspektif boleh terdapat 1 titik lenyap, 2 titik lenyap, 3 titik lenyap dan perspektif pelbagai titik lenyap dalam sesebuah karya. Perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi. Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D lebih mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi.



3) Kesan Pencahayaan Karya akan lebih menarik sekiranya pengkarya dapat memanfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Ini dapat memberi mood pada karya tersebut.



4) Jalinan Dibentuk melalui garisan & kesan warna. Dibentuk melalui garisan silang, bintik, garisan bergoris dan sebagainya. Juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton 5. Ruang Ruang perlu dibahagi dengan sempurna. 3 jenis ruang; ruang dalam, ruang cetek & ruang datar adalah bergantung kepada susun atur objek yg akan dilukis. 6. Struktur Perlu ditentukan sebelum menghasilkan sesebuah lukisan. Harus membentuk struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Lukisan terkini banyak menggunakan struktur. 7. Bentuk Kajian bentuk digabungkan antara perspektif, ton, jalinan & struktur. Bentuk-bentuk asas seperti ulat, segiempat, kun dan sebagainya 8. Corak & reka bentuk Umumnya adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya, dominasi keseluruhannya.