Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme Di Tanah Melayu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SOALAN Q1. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu. Q2. Sejauh manakah pengaruh kewartawanan telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu dari abad ke-19 hingga 20. *sejauh manakah pengaruh agama islam telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu darri abad ke-19 hingga 20. *sejauh manakah pengaruh bahasa dan kesusasteraan telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu darri abad ke-19 hingga 20. *sejauh manakah pengaruh golongan intelektual telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu darri abad ke-19 hingga 20. Q3. Bincangkan pengaruh kewartawanan dalam membangkitkan semangat nasionalisme pada abad ke-19 hingga 20. (berdiri sebagai soalan sendiri) Copy n paste kewartawanan Q4. Pengaruh kewartawanan memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme pada abad ke-19 hingga 20. Bincangkan. Copy n paste Q2. ___________________________________________________________________________



Q1. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu. Nasionalisme merujuk perasaan cinta akan bangsa dan tanah air yang dijelmakan kepada keinginan untuk berjuang membebaskan tanah air daripada penguasaan kuasa asing, menebus maruah bangsa serta menentukan nasib masa depan negara bangsa dan negara. Gerakan nasionalisme merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. Gerakan nasionalisme ini digerakkan oleh persatuan-persatuan yang lebih berorganisasi. Berikut merupakan factor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu. Antara factor kemunculan gerakan nasionalisme ialah pengaruh agama Islam. Peranan agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh dinafikan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khusunya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Setelah kembali ke tanah air, pelajar tersebut memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Mereka berusaha menerapkan idea-idea dan pandangan baharu terhadap Islam dengan meninggalkan segala amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Idea pembaharuan Kaum Muda ini desebarkan melalui Majalah Al-Imam. Dalam majalah tersebut, mereka menegaskan pentingnya umat Islam kembali kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Mereka berpendapat bahawa masyarakat Islam ketinggalan dalam perlumbaan hidup dengan kaum imigran bukan disebabkan ketidakupayaan mereka bersaing dengan mereka, tetapi



disebabkan kelalaian dan kedaifan mereka untuk meneliti serta memahami hakikat ajaran Islam. Factor seterusnya ialah peranan Bahasa dan kesusasteraan. Golongan nasionalis turut menggunakan Bahasa dan kesusasteraan sama ada dalam bentuk novel, cerpen, puisi, pantun dan syair sebagai saluran untuk membangkitkan kesedaran dan memperjuangkan nasib orang Melayu. Karya-karya sastera bukan sahaja untuk hiburan malah membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan, penulis berusaha meyedarkan orang Melayu tentang kelemahan dan kemunduran mereka dan membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri. Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan kebebasan dan hak wanita yang sama dengan lelaki. Selain itu, novel juga menjadi alat sindiran politik untuk mempamerkan sikap antipenjajah. Ishak Haji Muhammad melalui novel Putera Gunung Tahan membidas dasar penjajah British yang mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu dan menyindir kaum bangsawan Melayu kerana sanggup bekerjasama dengan pihak penjajah. Karya-karya sastera yang bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cinta akan tanah air telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu. Selain karya penulis, terdapat institusi seperti Maktab Penguruan Sultan Idris (MPSI) di Perak yang membangkitkan kesedaran kebangsaan. Pengaruh kewartawanan juga merupakan factor-faktor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu. Akhbar dan majalah berperanan sebagai penyebar maklumat dan pembuka fikiran dalam usaha membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. Akhbar tidak hanya menyiarkan berita dan laporan malah, berperanan dalam menyalurkan pandangan, menambahkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej kepada orang Melayu untuk mencapai kemajuan. Antara akhbar dan majalah yang membincangkan gerakan pollitik orang Melayu ialah Majlis, Suadara, Warta Melayu, Utusan Melayu, Warta Negara dan sebagainya. Pada tahun 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah. Sebagai contohnya, Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat aktif dalam peregrakan politik dan Warta Malaya yang sering mengemukakan kritikan yang lebih bersifat pro-Melayu. Antara faktor kemunculan gerakan nasionalisme yang seterusnya adalah peranan pendidikan (sekolah). System pendidikan memberi sumbangan yang besar dalam perjuangan menentang penjajahan di Tanah Melayu. Sumbangan ini dapat dilihat dari segi peranan yang dimainkan oleh sekolah-sekolah beraliran agama seperti Maahad Ihya Asy Syariff di Gunung Semanggol, Perak. Sekolah agama ini ditubuhkan oleh Haji Abu Bakar bin Said. Maahad Ihya Asy Syariff telah menggalakkan pelajarnya melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh membangunkan agama dan bangsa seperti bidang penulisan. Galakan itu mendorong penerbitan akhbar seperti Utusan Melayu dan Warta Negara. Pendedahan ini mendorong mereka mengikuti pergolakan politik yang berlaku seperti perjuangan rakyat Islam Indonesia dalam menentang penjajahan Belanda. Haji Abu Bakar juga menjalin hubungan rapat dengan pemimpin politik yang cenderung kepada perjuangan Islam untuk menubuhkan sebuah



pertubuhan yang berlandaskan Islam. Hasil hubungan tersebut, beberapa buah badan telah ditubuhkan di Maahad Ihya Asy Syariff seperti Hizbul Muslimin (HAMIM) dan sebagainya. Factor selanjutnya ialah peranan golongan intelektual. Perkembangan system pendidikan melahirkan golongan intelektual Melayu yang terdedah kepada pelbagai idea dan falsafah politik daripada Barat. Golongan intelektual tersebut merupakan mereka yang mendapat pendidikan secular, iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu. Terdapat golongan berpendidikan Inggeris yang turut sama berjuang kerana bimbang kerana ekonomi dikuasai oleh bangsa asing. Antara tokoh tersebut ialah Mohamad Eunos bin Abdullah dan Raja Chulan. Mereka telah menyuarakan masalah-masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka menggesa British memperbaik keadaan ekonomi dan memperbanyak peluang untuk orang Melayu menceburi perkhidmatan awam seperti melantik lebih orang Melayu sebagai pegawai dalam jabatan kerajaan. Selain itu, terdapat juga golongan berpendidikan Melayu. Di mana, kebanyakan mereka merupakan lepasan MPSI. Antara tokoh yang terlibat ialah Ibrahim Haji Yaacob. Ibrahim. Setelah meninggalkan MPSI, beliau bergiat aktif dalam bidang politik serta telah menubuhkan Belia Malaysia. Akhir sekali, factor kemunculan nasionalisme ialah peranan pengaruh luar. Antara pengaruh luar tersebut ialah Perang Rusia-Jepun (1904-1905). Perang Rusia-Jepun disifatkan sebagai satu pertelingkahan antara orang Asia dengan Eropah kerana kebanyakan negara di Asia Tenggara masih berada di bawah kuasa Eropah. Perang Rusia-Jepun menguatkan keazaman rakyat Asia termasuk Tanah Melayu untuk bangkit menentang kuasa Barat. Selain itu, pengaruh dari Indonesia turut mempengaruhi nasionalisme di Tanah Melayu. Sebagai contohnya, ahli PKI (Parti Komunis Indonesia) seperti Alimin sering berkunjung ke Tanah Melayu untuk menyebarkan fahaman komunis dan menarik sokongan daripada orang Melayu. Namun, PKI telah gagal diteruskan, maka tertubuhnya sebuah parti baru iaitu (PNI) Partai Nasional Indonesia. Pelajar-pelajar MPSI sangat terpengaruh dengan ideologi dan pelrjuangan PNI, iaitu perjuangan antipenjajahan. Terdapat pengaruh dari China dan India. Dr Sun Yat Sen berjaya menggulingkan kerajaan Manchu. Kejayaan revolusi ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British. Di India pula, Mahatma Gandhi telah memimpin Kongres Kebangsaan India. Kejayaan Parti Kongres mendapatkan kemerdekaan India daripada British telah mendorong nasionalis di Tanah Melayu untuk membebaskan negara daripada penjajahan British. Kesimpulannya, terdapat pelbagai factor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Semangat nasionalisme yang dipupuk terhadap rakyat telah melahirkan rakyat yang bersungguh-sungguh bagi membebaskan negara daripada cengkaman negara Barat. Akhirnya, ia melahirkan semangat bagi mewujudkan sebuah negara bangsa. ___________________________________________________________________________ Q2. Sejauh manakah pengaruh kewartawanan telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu dari abad ke-19 hingga 20. *sejauh manakah pengaruh agama islam telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu darri abad ke-19 hingga 20.



*sejauh manakah pengaruh bahasa dan kesusasteraan telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu darri abad ke-19 hingga 20. *sejauh manakah pengaruh golongan intelektual telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu darri abad ke-19 hingga 20. (mulakan perenggan pertama dengan menggunakan fakta yang diberikan dalam soalan) Nasionalisme merujuk perasaan cinta akan bangsa dan tanah air yang dijelmakan kepada keinginan untuk berjuang membebaskan tanah air daripada penguasaan kuasa asing, menebus maruah bangsa serta menentukan nasib masa depan negara bangsa dan negara. Gerakan nasionalisme merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. gerakan nasionalisme ini digerakkan oleh persatuan-persatuan yang lebih berorganisasi. Pengaruh kewartawanan merupakan antara salah satu factor kemunculan gerakan nasionalisme. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa factor lain yang menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dari abad ke-19 hingga 20. Pengaruh kewartawanan merupakan factor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu. Akhbar dan majalah berperanan sebagai penyebar maklumat dan pembuka fikiran dalam usaha membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. Akhbar tidak hanya menyiarkan berita dan laporan malah, berperanan dalam menyalurkan pandangan, menambahkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej kepada orang Melayu untuk mencapai kemajuan. Antara akhbar dan majalah yang membincangkan gerakan pollitik orang Melayu ialah Majlis, Suadara, Warta Melayu, Utusan Melayu, Warta Negara dan sebagainya. Pada tahun 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah. Sebagai contohnya, Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat aktif dalam peregrakan politik dan Warta Malaya yang sering mengemukakan kritikan yang lebih bersifat proMelayu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa factor lain yang menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Antaranya ialah pengaruh agama Islam. Peranan agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh dinafikan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khusunya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Setelah kembali ke tanah air, pelajar tersebut memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Mereka berusaha menerapkan idea-idea dan pandangan baharu terhadap Islam dengan meninggalkan segala amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Idea pembaharuan Kaum Muda ini desebarkan melalui Majalah Al-Imam. Dalam majalah tersebut, mereka menegaskan pentingnya umat Islam kembali kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Mereka berpendapat bahawa masyarakat Islam ketinggalan dalam perlumbaan hidup dengan kaum imigran bukan disebabkan ketidakupayaan mereka bersaing dengan mereka, tetapi disebabkan kelalaian dan kedaifan mereka untuk meneliti serta memahami hakikat ajaran Islam.



Factor seterusnya ialah peranan Bahasa dan kesusasteraan. Golongan nasionalis turut menggunakan Bahasa dan kesusasteraan sama ada dalam bentuk novel, cerpen, puisi, pantun dan syair sebagai saluran untuk membangkitkan kesedaran dan memperjuangkan nasib orang Melayu. Karya-karya sastera bukan sahaja untuk hiburan malah membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan, penulis berusaha meyedarkan orang Melayu tentang kelemahan dan kemunduran mereka dan membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri. Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan kebebasan dan hak wanita yang sama dengan lelaki. Selain itu, novel juga menjadi alat sindiran politik untuk mempamerkan sikap antipenjajah. Ishak Haji Muhammad melalui novel Putera Gunung Tahan membidas dasar penjajah British yang mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu dan menyindir kaum bangsawan Melayu kerana sanggup bekerjasama dengan pihak penjajah. Karya-karya sastera yang bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cinta akan tanah air telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu. Selain karya penulis, terdapat institusi seperti Maktab Penguruan Sultan Idris (MPSI) di Perak yang membangkitkan kesedaran kebangsaan. Antara faktor kemunculan gerakan nasionalisme yang seterusnya adalah peranan pendidikan (sekolah). System pendidikan memberi sumbangan yang besar dalam perjuangan menentang penjajahan di Tanah Melayu. Sumbangan ini dapat dilihat dari segi peranan yang dimainkan oleh sekolah-sekolah beraliran agama seperti Maahad Ihya Asy Syariff di Gunung Semanggol, Perak. Sekolah agama ini ditubuhkan oleh Haji Abu Bakar bin Said. Maahad Ihya Asy Syariff telah menggalakkan pelajarnya melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh membangunkan agama dan bangsa seperti bidang penulisan. Galakan itu mendorong penerbitan akhbar seperti Utusan Melayu dan Warta Negara. Pendedahan ini mendorong mereka mengikuti pergolakan politik yang berlaku seperti perjuangan rakyat Islam Indonesia dalam menentang penjajahan Belanda. Haji Abu Bakar juga menjalin hubungan rapat dengan pemimpin politik yang cenderung kepada perjuangan Islam untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang berlandaskan Islam. Hasil hubungan tersebut, beberapa buah badan telah ditubuhkan di Maahad Ihya Asy Syariff seperti Hizbul Muslimin (HAMIM) dan sebagainya. Factor selanjutnya ialah peranan golongan intelektual. Perkembangan system pendidikan melahirkan golongan intelektual Melayu yang terdedah kepada pelbagai idea dan falsafah politik daripada Barat. Golongan intelektual tersebut merupakan mereka yang mendapat pendidikan secular, iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu. Terdapat golongan berpendidikan Inggeris yang turut sama berjuang kerana bimbang kerana ekonomi dikuasai oleh bangsa asing. Antara tokoh tersebut ialah Mohamad Eunos bin Abdullah dan Raja Chulan. Mereka telah menyuarakan masalah-masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka menggesa British memperbaik keadaan ekonomi dan memperbanyak peluang untuk orang Melayu menceburi perkhidmatan awam seperti melantik lebih orang Melayu sebagai pegawai dalam jabatan kerajaan. Selain itu, terdapat juga golongan berpendidikan Melayu. Di mana, kebanyakan mereka merupakan lepasan MPSI. Antara tokoh yang terlibat ialah Ibrahim Haji Yaacob. Ibrahim. Setelah meninggalkan MPSI, beliau bergiat aktif dalam bidang politik serta telah menubuhkan Belia Malaysia.



Akhir sekali, factor kemunculan nasionalisme ialah peranan pengaruh luar. Antara pengaruh luar tersebut ialah Perang Rusia-Jepun (1904-1905). Perang Rusia-Jepun disifatkan sebagai satu pertelingkahan antara orang Asia dengan Eropah kerana kebanyakan negara di Asia Tenggara masih berada di bawah kuasa Eropah. Perang Rusia-Jepun menguatkan keazaman rakyat Asia termasuk Tanah Melayu untuk bangkit menentang kuasa Barat. Selain itu, pengaruh dari Indonesia turut mempengaruhi nasionalisme di Tanah Melayu. Sebagai contohnya, ahli PKI (Parti Komunis Indonesia) seperti Alimin sering berkunjung ke Tanah Melayu untuk menyebarkan fahaman komunis dan menarik sokongan daripada orang Melayu. Namun, PKI telah gagal diteruskan, maka tertubuhnya sebuah parti baru iaitu (PNI) Partai Nasional Indonesia. Pelajar-pelajar MPSI sangat terpengaruh dengan ideologi dan pelrjuangan PNI, iaitu perjuangan antipenjajahan. Terdapat pengaruh dari China dan India. Dr Sun Yat Sen berjaya menggulingkan kerajaan Manchu. Kejayaan revolusi ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British. Di India pula, Mahatma Gandhi telah memimpin Kongres Kebangsaan India. Kejayaan Parti Kongres mendapatkan kemerdekaan India daripada British telah mendorong nasionalis di Tanah Melayu untuk membebaskan negara daripada penjajahan British. Kesimpulannya, terdapat pelbagai factor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dari abad ke-19 hingga 20. Semangat nasionalisme yang dipupuk terhadap rakyat telah melahirkan rakyat yang bersungguh-sungguh bagi membebaskan negara daripada cengkaman negara Barat. Akhirnya, ia melahirkan semangat bagi mewujudkan sebuah negara bangsa. ___________________________________________________________________________



Q3. Bincangkan pengaruh kewartawanan dalam membangkitkan nasionalisme pada abad ke-19 hingga 20. (berdiri sebagai soalan sendiri)



semangat



Nasionalisme merujuk perasaan cinta akan bangsa dan tanah air yang dijelmakan kepada keinginan untuk berjuang membebaskan tanah air daripada penguasaan kuasa asing, menebus maruah bangsa serta menentukan nasib masa depan negara bangsa dan negara. Gerakan nasionalisme merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. gerakan nasionalisme ini digerakkan oleh persatuan-persatuan yang lebih berorganisasi. Pengaruh kewartawanan telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke19 hingga 20. Pengaruh kewartawanan sama ada akhbar atau majalah memainkan peranan sebagai penyebar maklumat dan pembuka fikiran dalam usaha membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. Akhbar tidak hanya menyalurkan berita dan laporan tetapi berperanan dalam menyalurkan pandangan, menambahkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej kepada orang Melayu. Antara tahun 1930an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah. Maka, kewartawanan menjadi tempat penulis meluahkan idea mereka berkaitan dengan aspek ekonomi, sosial dan politik.



Antara contoh akhbar yang membangkitkan semangat nasionalisme ialah Akhbar AlIkhwan. Akhbar ini telah diterbitkan pada tahun 1926 di Pulau Pinang oleh Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Akhbar ini memberi tumpuan untuk menyebarkan pembaharuan agama serta menimbulkan kesedaran politik dan sosial kepada oranng Melayu. Walaubagaimanapun, pembuatan akhbar ini telah diberhentikan dan digantikan dengan akhbar Suadara pada tahun 1928. Seterusnya ialah Akhbar Suadara yang diterbitkan oleh Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Akhbar ini telah diterbitkan sebanyak 2 kali dalam seminggu. Akhbar Saudara cenderung memperjuangkan isu-isu agama dan menjadi saluran dalam menyebarkan idea-idea pembaharuan Islam Kaum Muda sebagai mengantikan majalah Al-Imam. Pada tahun 1934, Akhbar Saudara memulakan satu ruangan iaitu ‘Halaman Sahabat Pena’. Ruangan ini bertujuan menimbulkan minat membaca, mengembangkan persuratan Melayu dan pertukaran pendapat dalam kalangan pembaca Melayu. Ruangan ini telah ditukar kepada ‘Persaudaraan Sahabat Pena’. Hal ini menimbulkan kebimbangan kepada pihak British sehingga mendorong mereka mengawasi kegiatan ruangan ini dan semua tokoh yang terlibat dengannya. Terdapat juga Akhbar Warta Malaya yang turut memuatkan seruan dalam membina semangat nasionalisme. Akhbar ini merupakan akhbar harian Melayu yang terbesar dan setanding dengan akhbar-akhbar bangsa asing ketika itu di Tanah Melayu. Akhbar ini banyak menyiarkan rencana mengenai keadaan sosioekonomi, pelajaran tinggi orang Melayu, dasar pemusatan kuasa British dan tindak-tanduk golongan bukan Melayu yang menuntut hak-hak yang lebih. Selain itu, Warta Malaya sering mengemukakan kritikan yang lebih bersifat proMelayu dan antipenjajah. Walaupun Warta Malaya mendesak supaya orang Melayu diberi lebih banyak jawatan dalam pentadbiran penjajah, tetapi akhbar ini sedar bahawa orang Melayu yang berpendidikan dan layak memegang jawatan seperti itu masih sedikit dari segi bilangannya. Selain itu, terdapat juga Akhbar Majlis. Akhbar ini bercorak politik seiring dengan perkembangan semangat nasionalisme Melayu. Abdul Rahman Kajai merupakan Ketua Pengarang Majlis yang pertama dan diberi gelaran sebagai ‘Bapa Kewartawanan Melayu’. Di bawah pimpinan beliau, akhbar Majlis lebih menjurus isu-isu yang berkaitan dengan politik. Akhbar Majlis juga menyediakan ruangan untuk membicarakan politik secara meluas dan membincangkan hak-hak orang Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, akhbar Majlis dipimpin oleh Abdul Samad Ahmad. Di bawah pimpinan beliau, Majlis terus memberi keutamaan kepada perkembangan politik di Tanah Melayu seperti berita tentang darurat, pilihan raya, kerakyatan dan perjuangan kemerdekaan. Kesimpulannya, pengaruh kewartawanan telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-19 hingga 20. Semangat nasionalisme yang dipupuk terhadap rakyat telah melahirkan rakyat yang bersungguh-sungguh bagi membebaskan negara daripada cengkaman negara Barat. Akhirnya, ia melahirkan semangat bagi mewujudkan sebuah negara bangsa.



Q4. Pengaruh kewartawanan memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme pada abad ke-19 hingga 20. Bincangkan. Nasionalisme merujuk perasaan cinta akan bangsa dan tanah air yang dijelmakan kepada keinginan untuk berjuang membebaskan tanah air daripada penguasaan kuasa asing, menebus maruah bangsa serta menentukan nasib masa depan negara bangsa dan negara. Gerakan nasionalisme merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. gerakan nasionalisme ini digerakkan oleh persatuan-persatuan yang lebih berorganisasi. Pengaruh kewartawanan merupakan antara salah satu factor kemunculan gerakan nasionalisme. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa factor lain yang menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dari abad ke-19 hingga 20. Pengaruh kewartawanan merupakan factor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu. Akhbar dan majalah berperanan sebagai penyebar maklumat dan pembuka fikiran dalam usaha membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. Akhbar tidak hanya menyiarkan berita dan laporan malah, berperanan dalam menyalurkan pandangan, menambahkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej kepada orang Melayu untuk mencapai kemajuan. Antara akhbar dan majalah yang membincangkan gerakan pollitik orang Melayu ialah Majlis, Suadara, Warta Melayu, Utusan Melayu, Warta Negara dan sebagainya. Pada tahun 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah. Sebagai contohnya, Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat aktif dalam peregrakan politik dan Warta Malaya yang sering mengemukakan kritikan yang lebih bersifat proMelayu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa factor lain yang menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Antaranya ialah pengaruh agama Islam. Peranan agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh dinafikan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khusunya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Setelah kembali ke tanah air, pelajar tersebut memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Mereka berusaha menerapkan idea-idea dan pandangan baharu terhadap Islam dengan meninggalkan segala amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Idea pembaharuan Kaum Muda ini desebarkan melalui Majalah Al-Imam. Dalam majalah tersebut, mereka menegaskan pentingnya umat Islam kembali kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Mereka berpendapat bahawa masyarakat Islam ketinggalan dalam perlumbaan hidup dengan kaum imigran bukan disebabkan ketidakupayaan mereka bersaing dengan mereka, tetapi disebabkan kelalaian dan kedaifan mereka untuk meneliti serta memahami hakikat ajaran Islam. Factor seterusnya ialah peranan Bahasa dan kesusasteraan. Golongan nasionalis turut menggunakan Bahasa dan kesusasteraan sama ada dalam bentuk novel, cerpen, puisi, pantun



dan syair sebagai saluran untuk membangkitkan kesedaran dan memperjuangkan nasib orang Melayu. Karya-karya sastera bukan sahaja untuk hiburan malah membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan, penulis berusaha meyedarkan orang Melayu tentang kelemahan dan kemunduran mereka dan membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri. Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan kebebasan dan hak wanita yang sama dengan lelaki. Selain itu, novel juga menjadi alat sindiran politik untuk mempamerkan sikap antipenjajah. Ishak Haji Muhammad melalui novel Putera Gunung Tahan membidas dasar penjajah British yang mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu dan menyindir kaum bangsawan Melayu kerana sanggup bekerjasama dengan pihak penjajah. Karya-karya sastera yang bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cinta akan tanah air telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu. Selain karya penulis, terdapat institusi seperti Maktab Penguruan Sultan Idris (MPSI) di Perak yang membangkitkan kesedaran kebangsaan. Antara faktor kemunculan gerakan nasionalisme yang seterusnya adalah peranan pendidikan (sekolah). System pendidikan memberi sumbangan yang besar dalam perjuangan menentang penjajahan di Tanah Melayu. Sumbangan ini dapat dilihat dari segi peranan yang dimainkan oleh sekolah-sekolah beraliran agama seperti Maahad Ihya Asy Syariff di Gunung Semanggol, Perak. Sekolah agama ini ditubuhkan oleh Haji Abu Bakar bin Said. Maahad Ihya Asy Syariff telah menggalakkan pelajarnya melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh membangunkan agama dan bangsa seperti bidang penulisan. Galakan itu mendorong penerbitan akhbar seperti Utusan Melayu dan Warta Negara. Pendedahan ini mendorong mereka mengikuti pergolakan politik yang berlaku seperti perjuangan rakyat Islam Indonesia dalam menentang penjajahan Belanda. Haji Abu Bakar juga menjalin hubungan rapat dengan pemimpin politik yang cenderung kepada perjuangan Islam untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang berlandaskan Islam. Hasil hubungan tersebut, beberapa buah badan telah ditubuhkan di Maahad Ihya Asy Syariff seperti Hizbul Muslimin (HAMIM) dan sebagainya. Factor selanjutnya ialah peranan golongan intelektual. Perkembangan system pendidikan melahirkan golongan intelektual Melayu yang terdedah kepada pelbagai idea dan falsafah politik daripada Barat. Golongan intelektual tersebut merupakan mereka yang mendapat pendidikan secular, iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu. Terdapat golongan berpendidikan Inggeris yang turut sama berjuang kerana bimbang kerana ekonomi dikuasai oleh bangsa asing. Antara tokoh tersebut ialah Mohamad Eunos bin Abdullah dan Raja Chulan. Mereka telah menyuarakan masalah-masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka menggesa British memperbaik keadaan ekonomi dan memperbanyak peluang untuk orang Melayu menceburi perkhidmatan awam seperti melantik lebih orang Melayu sebagai pegawai dalam jabatan kerajaan. Selain itu, terdapat juga golongan berpendidikan Melayu. Di mana, kebanyakan mereka merupakan lepasan MPSI. Antara tokoh yang terlibat ialah Ibrahim Haji Yaacob. Ibrahim. Setelah meninggalkan MPSI, beliau bergiat aktif dalam bidang politik serta telah menubuhkan Belia Malaysia. Akhir sekali, factor kemunculan nasionalisme ialah peranan pengaruh luar. Antara pengaruh luar tersebut ialah Perang Rusia-Jepun (1904-1905). Perang Rusia-Jepun disifatkan



sebagai satu pertelingkahan antara orang Asia dengan Eropah kerana kebanyakan negara di Asia Tenggara masih berada di bawah kuasa Eropah. Perang Rusia-Jepun menguatkan keazaman rakyat Asia termasuk Tanah Melayu untuk bangkit menentang kuasa Barat. Selain itu, pengaruh dari Indonesia turut mempengaruhi nasionalisme di Tanah Melayu. Sebagai contohnya, ahli PKI (Parti Komunis Indonesia) seperti Alimin sering berkunjung ke Tanah Melayu untuk menyebarkan fahaman komunis dan menarik sokongan daripada orang Melayu. Namun, PKI telah gagal diteruskan, maka tertubuhnya sebuah parti baru iaitu (PNI) Partai Nasional Indonesia. Pelajar-pelajar MPSI sangat terpengaruh dengan ideologi dan pelrjuangan PNI, iaitu perjuangan antipenjajahan. Terdapat pengaruh dari China dan India. Dr Sun Yat Sen berjaya menggulingkan kerajaan Manchu. Kejayaan revolusi ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British. Di India pula, Mahatma Gandhi telah memimpin Kongres Kebangsaan India. Kejayaan Parti Kongres mendapatkan kemerdekaan India daripada British telah mendorong nasionalis di Tanah Melayu untuk membebaskan negara daripada penjajahan British. Kesimpulannya, terdapat pelbagai factor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dari abad ke-19 hingga 20. Semangat nasionalisme yang dipupuk terhadap rakyat telah melahirkan rakyat yang bersungguh-sungguh bagi membebaskan negara daripada cengkaman negara Barat. Akhirnya, ia melahirkan semangat bagi mewujudkan sebuah negara bangsa.