Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Saya [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KAS6014 ANALISIS KURIKULUM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TUGASAN INDIVIDU GROUP A (M125) TAJUK FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SAYA



1



1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Menurut International Dictionary of Education, pendidikan merupakan suatu proses yang membentuk kemampuan dan sikap manusia melalui suatu proses sosial dalam mana seseorang individu tersebut memperoleh keyakinan dan pertumbuhan individu yang dijalankan melalui suatu keadaan yang dipilih dan dikawal serta diinstitusikan seperti sekolah ataupun kolej. (Sivachandralingam Sundara Raja, 2001). Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsan (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri (self well-being) serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Walaupun tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia sering berunbah mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, sosial dan politik



2



2.0



Konsep Falsafah



Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos (hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu. Selain daripada mentafsir falsafah sebagai cinta terhadap kebijaksanaan, Shofield (1977:3) turut mentakrifkan falsafah sebagai ‘suatu proses bertanyakan soalan’. Beliau merujuk kepada Socrates yang menggunakan kaedah bertanya bagi membina pengetahuan sebenar. Beliau menggunakan pertanyaan bagi menjelaskan idea untuk menghapuskan kesalahan dalam minda seseorang. Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan ‘berfikir’. berfikir sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir secara universal dan berfikir secara integral. Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik, perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.



3



3.0



Pendidikan Awal Kanak-Kanak



Kanak-kanak hari ini adalah bakal pemimpin dan juga ahli masyarakat pada masa hadapan. Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana ia memainkan peranan utama dalam usaha memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamatkan menuju sebuah negara yang seimbang dan harmoni. Menurut Jean-Jacques Rosseau, pendidikan ialah suatu proses yang berterusan dan bermula sejak seseorang individu itu masih kecil. Selain itu, pendidikan juga merupakan suatu hak asasi yang perlu diperolehi bagi setiap manusia. Pendidikan di Malaysia, berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, memberikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan seperti ini iaitu yang bersepadu, menurut Muhammad Qutb pula akan cenderung mewujudkan keseimbangan dan keharmonian didalam diri setiap manusia. Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh Islam juga bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pandangan mereka sedilkit sebanyak mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal. Antara tokoh-tokoh Islam tersebutadalah Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun. Imam Al-Ghazali merupakan ulama dan tokoh ilmuan Islam terkenal dan pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori juga mempunyai pendapat masing-masing mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Johann Heinrich Pestalozzi pula telah membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Dengan melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh Oleh yang demikian, pelbagai program telah diwujudkan hasil kepekaan negara serta masyarakat terhadap keperluan pendidikan yang perlu diberikan kepada kanak-kanak sejak usia 4



awal lagi. Program ini dirancang dan dilaksanakan agar membolehkan kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang sesuai untuk pembentukan peribadi dan perwatakan yang sempurna supaya di usia dewasa kelak dapat menjadi warganegara Malaysia yang baik.



4.0



Falsafah Saya Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak



Falsafah pendidikan ialah kepercayaan mengenai bagaimana kanak-kanak berkembang dan belajar serta bagaimana mereka seharusnya diajar. Falsafah hidup seseorang menentukan apa yang perlu diajar pada kanak-kanak. Falsafah pendidikan yang dihayati guru akan membantunya menentukan arah tuju dan matlamat pengajarannya. Keyakinan seseorang guru tentang sebaik mana kanak-kanak belajar menentukan pilihan strategi pengajarannya, sama ada untuk menggunakan kaedah berpandukan individu atau menggunakan kaedah yang sama ke atas semua pelajar. Falsafah guru itu turut menentukan sama ada guru membantu kanak-kanak dalam melaksanakan aktiviti untuk dirinya sendiri atau guru membantu kanak-kanak untuk kanakkanak tersebut Saya sebagai seorang guru prasekolah yang sudah 21 tahun berkecimpung di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak juga menmpunyai falsafah saya yang tersendiri. Pada pendapat saya kanak-kanak ini umpama kain putih berdasarkan kenyataan hadis di bawah, “Seseorang itu dilahirkan berdasarkan fitrahnya yang suci murni, maka selepas itu dia diwarnai oleh kedua-dua ibu bapanya, sama ada untuk menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi, seperti mana haiwan melahirkan haiwan.”



Hadith Riwayat Muslim39 Hadith di atas memperlihatkan betapa pentingnya proses pendidikan awal kanak-kanak dalam menentukan warna yang akan dicorak ke atas diri mereka. Bentuk, warna dan corak yang diberikan kepada mereka akan menjadi asas kepada peribadi, sifat dan tingkahlaku apabila mereka dewasa kelak. Lantaran itu, Islam amat memandang berat terhadap proses pendidikan anak-anak sejak di alam rahim lagi.



5



Falsafah pendidikan awal kanak-kanak yang ingin saya terapkan adalah



berteraskan



kepada pendekatan integratif berikut iaitu : 1. Pembinaan akhlak dan pembentukan sahsiah 2. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak 3. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain. 4. Rangsangan neurologi dan deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti.



Pendidikan awal kanak-kanak penting dan mestilah disediakan dengan sebaiknya kerana Perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa berlaku sewaktu kanakkanak menjangkaui tahun pertama usianya, dan perkembangan kognitif berlaku dengan pesat pada usia dua hingga tiga tahun. Oleh itu tahun awal genting kerana otak paling mudah dibentuk; kapasiti otak untuk berubah juga semakin menurun seiring dengan usia, terutamanya selepas tiga tahun. (Perry, 2000; Shonkoff & Phillips, 2000) di dalam Child Welfare Information Gateway. (2001) Pandangan ini selaras dengan teori Piaget di mana perkembangan kognitif berlaku dengan pesat semasa peringkat deria motor, iaitu sejak lahir sehingga dua tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan banyak deria motor seperti menghisap, menangis, dan memegang. Tambahan pula, pada peringkat ini kanak-kanak membina kemahiran dan pengetahuan asasnya yang melibatkan empat ciri berikut: (1) pengetahuan mengenai objek, (2) sebab berlakunya sesuatu, (3) ruang, dan (4) masa. Pengetahuan tersebut menjadi asas kepada perkembangan yang lebih sofistikated. Peringkat kedua perkembangan kognitif menurut Piaget ialah Peringkat Praoperasi (2-6 tahun). Pada peringkat ini kanak-kanak menggunakan simbol/nama bagi objek di sekeliling mereka. Selepas mahir berbahasa, kanak-kanak akan belajar untuk menghubungkan nama dengan objek. Pemikiran mereka kini lebih konkrit, egosentrik tetapi masih belum memahami konsep pengekalan (retention). Fokus pemerhatian pada ketika ini hanyalah kepada satu aspek sahaja, aspek- aspek lain diabaikan. Pada akhir peringkat ini, sikap egosentrik kanak-kanak berkurangan dan mereka mula membina skema yang lebih umum dan abstrak, serta semakin berupaya untuk menyelesaikan masalah. 6



Bermain adalah antara perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak. Bermain ialah keperluan yang bertindak sebagai cara kanak-kanak belajar mengenai, dan memahami dunia sekelilingnya. Ia menggalakkan penguasaan kanak- kanak dalam melatih kemahiran tertentu. Sejak Imam Al-Ghazali, ramai ahli falsafah Islam yang terkenal menekankan aspek bermain (rujuk bab lima). Froebel turut menyatakan bahawa bermain ialah kehidupan dan merupakan peringkat tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak (rujuk bab enam). Ini membuktikan lagi bahawa ibu bapa dan pihak-pihak berkaitan seperti kerajaan dan guru perlu memberi tumpuan dan penekanan dalam pendidikan awal kanak-kanak. White dan Coleman (2000) menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dihayati guru bukan sahaja membantunya dalam interaksi dengan kanak-kanak, malahan turut membantunya memahami dengan lebih mendalam mengenai amalan-amalan pengajaran.



5.0



Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran



Teori Perkembangan Kognitif (Intelek) Jean Piaget (1896-1980) dan Vygotsky (1896-1934): Mengikut Piaget perkembangan intelek kanak-kanak berlaku melalui proses pembinaan (construction) di mana ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai baru yang dipelajari ditambah kepada ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai sedia ada dalam minda kanak-kanak. Lebih banyak pengalaman pembelajaran yang dialami oleh kanak- kanak, maka lebih cepat perkembangan inteleknya berlaku. Teori ini dikenali juga sebagai Teori Konstruktivisme. Maklumat, fakta, perbendaharaan kata, bahasa dan konsep daripada pengalaman pembelajaran yang baru, sama ada diserap terus (atau diasimilasikan) atau disesuaikan (atau diakamodasikan) ke dalam minda kanak-kanak untuk membina struktur intelek yang dinamakan skemata. Skemata menyimpan semua maklumat yang dipelajari dan membolehkan minda menggunakan maklumat tersebut untuk berfikir, mena’akul dan menyelesaikan masalah. Menurut Piaget, kanak-kanak sentiasa memperbaharui dan menambah maklumat kepada skematanya yang akan menjadi semakin kompleks, semakin meningkat usianya. Apabila murid berbincang dan mengemukakan idea, mereka biasanya akan mengeluarkan pendapat mereka berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.



Menurut Lev Vygotsky dalam



dalam Noriati (2009), dalam sesi perbincangan, hubungan sosial berjaya diwujudkan seterusnya 7



individu saling membina pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada murid untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri, guru bertindak sebagai fasilitator untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk mengeluarkan idea masingmasing. Vygotsky menganggap bahasa adalah alat penting yang menghubungkan dunia sosiobudaya dengan fungsi minda seseorang dan beliau menegaskan bahawa penguasaan bahasa diperolehi melalui interaksi dengan orang lain dan orang dewasa. Seseorang kanak-kanak boleh berkembang secara sendirian dalam satu zon yang kecil, tetapi dengan adanya interaksi atau bantuan (scaffolding) daripada orang dewasa, misalnya pendidik atau guru, maka zon perkembangan proksimal kanak- kanak boleh diperbesarkan. Untuk memastikan pembentukan intelek kanak-kanak cepat berlaku, guru digalakkan sentiasa memberi pengukuhan kepada kanak-kanak. Menurut Skinner (1953, 1978), tingkah laku boleh dibentuk dan diperkasakan melalui pengukuhan positif (melalui pujian atau ganjaran) atau pengukuhan negatif (hukuman). Guru berperanan penting dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan. Beberapa peranan guru adalah seperti mencipta persekitaran dan merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak (Morison, 1995) di dalam Mariani Md Nor, & Siti Hawa Abdullah. (2009) . Menurut Isenberg dan Jalongo (2003) di dalam Mariani Md Nor, & Siti Hawa Abdullah. (2009), sebagai langkah awal untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri untuk berhadapan dengan realiti kanak-kanak yang mempunyai sikap yang pelbagai. Untuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, pembelajaran menggunakan deria adalah amat penting. Melalui deria kanak-kanak meneroka alam sekelilingnya dengan lebih bermakna. Kurikulum menekankan supaya kanak-kanak dari peringkat awal umur lagi didedahkan sepenuhnya kepada pengalaman menerokai dan mengalami alam sekitarnya. Guru hendaklah mengetahui cara merangsang perkembangan ke lima-lima deria kanak-kanak, meningkat daya tumpuan, kemahiran menghubungkait dan kemahiran berfikir, supaya kanakkanak dapat mengenali dan memahami persekitaran mereka melalui pemerhatian, penerokaan, ramalan dan pemahaman sebab-akibat.



8



Teori Psikologi Sosial Erik Erikson (1902-1994). Menurut Erikson, terdapat 8 peringkat perkembangan psikososial sepanjang hidup seseorang individu. Peringkat- peringkat perkembangan Erikson membantu kita memahami cara mendidik kanak-kanak untuk melahirkan individu yang berjati diri, yakin, mempunyai harga diri tinggi dan mempunyai kemahiran sosial untuk berfungsi dalam masyarakatnya dengan efektif.



6.0



Persekitaran Pembelajaran Di Prasekolah



Persekitaran pembelajaran di prasekolah amat penting untuk menggalakkan interaksi sosial di kalangan kanak-kanak



bagi memastikan semua aspek fizikal digunakan secara berkesan



persekitaran interaksi memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak dapat meningkatkanperkembangan pembelajaran mereka secara berkesan dan menyeluruh. interaksi sosial yang penting iaitu:   



Penglibatan pendidik sebagai fasilitator untuk membantu kanak-kanak memahami aktiviti yang dijalankan Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan merangsang perkembangan minda kanak-







kanak, Aktiviti yang meningkatkan perasaan ingin tahu, ? Kanak-kanak diberi peluang untuk







bermain secara bebas untuk merangsang minat untuk meneroka dan mencari maklumat Kanak-kanak bebas mencuba perkara baharu dan berfikir secara kreatif. ? Aktiviti secara berkumpulan digalakkan supaya kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan sebaya Persekitaran interaksi sosial prasekolah yang diwujudkan dengan prinsip amalan



bersesuaian perkembangan (ABP) kanak-kanak di mana susun atur, peralatan, hiasan, alat perabot dan semua kemudahan pembelajaran mengambil kira tahap perkembangan kanak- kanak, minat, budaya, latar belakang dan perbezaan individu. Aspek psikologi juga diberi perhatian dengan mengambil kira supaya kanak-kanak berasa selamat berada di prasekolah dan berasa seronok serta teruja melakukan aktiviti yang pelbagai, mencabar dan memantapkan konsep kendiri mereka. Perhubungan dan interaksi yang penuh dengan kemesraan antara kanak-kanak dengan rakan, kanak-kanak dengan pendidik dan antara pendidik dengan ibu bapa amat digalakkan. 9



Ruang-ruang lain. Ruang-ruang lain yang ada di bahagian dalam prasekolah merangkumi : 



Dapur : Ruang dapur digunakan untuk penyediaan makanan, minuman dan susu untuk bayi dan kanak-kanak. Ruang dapur perlu dilengkapi dengan kabinet untuk menyimpan bahan makanan kering, pinggan-mangkuk dan kain lap secara berasingan. Ruang dapur juga perlu mempunyai pengudaraan yang mencukupi dan digalakkan mempunyai







penyedut asap (hood). Ruang Makan: Ruang makan disediakan bersebelahan dengan dapur dan dilengkapi dengan meja yang sesuai serta sinki untuk kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan







selepas makan. Bilik Air/Tandas Kanak-Kanak: Bilik air kanak-kanak terdiri daripada tandas, sinki dan tempat mandi yang dilengkapi pancur air mandi dan mengikut saiz kanak-kanak. Bilik air perlu disediakan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak







perempuan. Ruang Menunggu: Ruang menunggu disediakan berhampiran pintu masuk hadapan sebagai kawasan penerimaan kanak-kanak dan daftar keluar masuk kanak-kanak setiap







hari. Ruang Pejabat: Ruang pejabat perlu untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan prasekolah . Selain daripada itu, ruang pejabat juga perlu dilengkapi kabinet







yang sesuai untuk menyimpan rekod dan dokumen berkaitan kanak-kanak. Stor: Stor disediakan untuk menyimpan peralatan untuk pembelajaran dan alat cucian







secara berasingan. Ruang Atau Bilik Rundingan Ruang untuk tujuan rundingan,digunakan untuk perbincangan dan konsultansi antara pendidik dengan ibu bapa atau dengan pakar-pakar yang terlibat dalam perkembangan, pengesanan awal dan intervensi awal kanak-kanak.



7.0



Kesimpulan



Pembangunan insan adalah satu proses membentuk dan mendidik manusia secara seimbang dan holistik. Ia merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, fizikal, intelektual dan sosial untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi. Proses membangunkan manusia ini memerlukan satu usaha 10



yang konsisten dan berterusan agar tidak berlaku kepincangan dalam mana–mana peringkat pelaksanaannya. Usaha pembangunan insan ini merupakan satu usaha pendidikan yang paling utama. Ia bertujuan untuk melahirkan manusia yang berkeupayaan membangunkan seluruh potensi diri dan setiap bakat serta kebolehan yang tersembunyi di dalam diri seseorang. Keupayaan untuk melakukan penyelongkaran dan pembangunan serta pembinaan insan yang seumpama ini akan membantu melahirkan sekali gus menzahirkan diri insan itu seutuhnya atau insan yang paling sempurna. Dengan itu tujuan dan matlamat pendidikan adalah bagi melahirkan insan sempurna (Ahmad Mohd. Salleh, 2008; Ghazali Darusalam, 2004; Hassan Langgulung,1991; Tajul Ariffin Noordin, 1993) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran surah al-Tin: 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.” Manusia adalah makhluk paling istimewa yang dicipta oleh Allah s.w.t. Menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor ‘Aini Dan (2002) manusia sebagai insan disempurnakan sifatnya dengan anugerah akal, potensi pembelajaran dan kemahiran untuk memahami dan menguasai ilmu.



Rujukan Noriati A. Rashid,Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah .(2009). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.



11



Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Sivachandralingam Sundara Raja (2001). Tamadun dunia. Shah Alam : Fajar Bakti Fallis, A. . (2013). No Title No Title. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689–1699. http://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004 Fatimah Saleh, Khadijah Zon, & Zurida Ismail. (1993). Kurikulum pendidikan awal : Ke arah pendidikan holistik. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 12, 33–46. Eva L. Essa, Chapter 5: Introduction to Early Childhood Education (Delmar Publisher, 6th Edition., 2010) Morrison. G., Early Children Education Today (Merill Prentice Hall., 2001) 4. Azizah Lebai Nordin, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Teori dan Amali (Universiti Malaya., 2002) Child Welfare Information Gateway. (2001). Understanding the effects of maltreatment on early brain development, (October). Retrieved from https://childwelfarestage.icfwebservices.com/edtoolkit/pdfs/earlybrain.pdf Mariani Md Nor, & Siti Hawa Abdullah. (2009). Pendidikan Awal Kanak-kanak. Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 72–79. Permata. (2013). Kurikulum Permata Negara. Retrieved from http://www.jpnin.gov.my/documents/10124/949313/KURIKULUM+PERMATA+NEGARA .pdf Universiti, K., & Melaka, I. (2015). PEMBANGUNAN INSAN DALAM FALSAFAH, 8(2), 83– 100. MZ Zainudin at el . (2015) . Pendidikan awal kanak-kanak menjana modal insan cemerlang (Januari 20) Retrieved from http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/01/pendidikan-awalkanak-kanak-menjana.html



12