Futuhul Ghaib [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

‫ﻴﺐ‬ ‫ﻐ‬ ‫ﻟ‬ ‫ا‬ ‫ﻮح‬ ‫ﺘ‬ ‫ـ‬ ‫ﻓ‬ ُ ْ َ ٌ ُ ُ FUTUHUL GHAIB Judul Terjemahan:



PEMBUKAAN KEPADA YANG GHAIB Penyusun: SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI Pengalihan Tulisan Jawi Ke Roman: MKA Kreatif Enterprise ISBN: 983-170-946-2



Hakcipta Terpelihara © PERNIAGAAN JAHABERSA © Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, illustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Penerbit.



Penterjemah Abdul Majid Haji Khatib Ipoh Perak Malaysia Disempurnakan Adebenmahmod ibnu Mahmod Pekanbaru Riau Indonesia Cetakan Pertama: 2006 Diterbitkon oleh:



PERNIAGAAN JAHABERSA 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim Malaysia



Dicetak oleh:



BIN HALABI PRESS Pattani, Thailand



PENDAHULUAN



Futuhul Ghaib Syeikh Abdul Qadir Jailani Buku ini adalah terjemahan dari kitab Futuhul Ghaib karangan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Futuhul Ghaib bermakna “pembukaan kepada yang ghaib”. Moga-moga pembaca dapat membuka pintu hatinya dengan membaca buku karangan Syeikh Abdul Qadir ini. Syeikh Abdul Qadir ialah seorang sufi dan wali Allah yang besar. Tentu sekali karangan beliau ini berunsur mistik atau kebaktian. Orang-orang sufi lebih mementingkan soal-soal rohani, jiwa, hati, kebatinan dan yang ghaib dan semua ini adalah perkara ghaib iaitu tidak ternampak dengan mata kasar dan tidak dapat diraba dengan tangan. Tetapi yang ghaib itu tetap ada. Untuk mengetahuinya perlulah menyuci hati hingga bersinar dengan cahaya keTuhanan Yang Maha Tinggi. Ini dapat dilakukan dengan bimbingan guru yang mursyid dan berlatih dengan bersungguh-sungguh. Oleh kerana karangan ini berunsur mistik dan dikarang oleh seorang sufi yang agung, maka pembaca hendaklah memandang dari kaca mata orangorang sufi. Orang-orang sufi adalah orang-orang yang cenderung kepada kebatinan dan kerohanian. Istilah yang mereka gunakan pun adalah membawa pengertian yang berbeza dari biasa. Misalnya perkataan“mati”. “Mati” dalam pandangan orang-orang sufi bukan bererti “bercerai nyawa dengan badan”. Menurut pandangan mereka mati yang bermaksud “bercerai nyawa dengan badan” itu pada hakikatnya bukanlah mati. Kerana ruh atau jiwa keluar dari sangkarnya iaitu badan dan masuk ke alam yang lain, ibarat burung yang keluar dari sangkarnya. Badan itu tinggal dan lama kelamaan reput dan busuk, tetapi ruh itu tetap hidup. Oleh itu, ini bukan mati. Dalam buku ini ada dikatakan “matikan diri kamu”. Di sini bukanlah bererti kita bunuh diri kita dengan menggantung diri atau menyembelih leher atau menembak kepala kita. “Matikan diri” atau “bunuhkan diri” di sini adalah menurut pandangan orang-orang sufi. Yang dimaksudkan ialah membunuh, 2   



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 



mematikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan yang ada pada kita itu. Buangkan nafsu ini kerana ia menghijabkan hati dengan Allah. “Diri” di sini maksudnya ego atau nafsu amarah yang dipergodakan oleh syaitan. Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada “diri”nya ialah ia ada sifat-sifat takbur, sombong, hasad dengki, tamak haloba, suka mementingkan diri sendiri (self-oriented atau selfcentered), ujub, riya', kasihnya kepada yang lain dari Allah atau melebihi dari kasihnya kepada Allah, takutnya kepada yang lain dari Allah melebihi dari takutnya kepada Allah, dan sebagainya yang ada diterangkan dalam buku ini. “Diri” inilah yang mesti “dibunuh” agar sebagai gantinya timbullah Allah. Berdiri Allah dalam hati dan perasaan seorang itu. Setelah “diri” itu mati, maka teguhlah berdirinya Allah dalam hati sanubarinya, dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dengan Allah Yang Maha Mulia dan Agung. Tiada lain yang dinampakkannya kecuali Allah sahaja. Terdirilah Allah padanya dan dinafinya yang lain. Inilah apa yang mereka katakan “menafikan yang lain ini dan mengitsbatkan Allah” bersesuaian dengan tauhid ‫ﻻَ ِاﻟَﮫَ ا َ َﻻ ﷲ‬ Ilmu Tasawuf adalah ilmu rasa atau ilmu zuq. Siapa yang merasainya akan mengetahuinya. Untuk merasai itu perlulah memasuki dan mengembara dalam jalan kerohanian itu dengan bimbingan guru yang betul-betul mengerti. Jalan-jalan ini digelar Thariqah Sufiah atau jalan orang-orang sufi. Akhir perjalanan ialah "bersatu dengan Allah" sehingga timbullah rasa bahawa yang pasti ada itu adalah Allah jua. Mengertilah ia maksud tauhid yang hakiki. Orang yang sampai ke taraf ini sahaja yang merasai maksud "bersatu dengan Allah" itu. Bukan hanya khayalan atau fikiran sahaja tetapi sudah dirasai dan dibenarkan oleh mata hati. Orang yang sampai ke hujung perjalanannya akan merasai fana’ dirinya dengan seterusnya baqa’ (kekal) dengan Allah yang meliputi segala-galanya. Sedarlah bahawa dirinya itu kosong dan yang sebenarnya diri adalah Allah jua. Sebab itulah ada mereka yang berkata "barangsiapa yang kenal dirinya, kenAllah Tuhannya". Barang siapa yang ada mengalami dan menempuh mana-mana Thariqah Sufiah akan memahami maksud dan syarahan-syarahan dalam buku ini. Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani  



3



Tetapi buku ini bukanlah terlalu kesufian (kemistikkan). Ia dapat difaham dengan berfikir dan merenungi secara mendalam. Semoga buku ini memberi guna kepada pencinta-pencinta tasawuf Islam khususnya dan orang-orangberagama Islam umumnya. Lagi sekali ditegaskan bahawa buku ini adalah karangan dan menurut pandangan seorang jaguh sufi dan wali Allah yang terkenal dalam dunia Islam. Janganlah dipandang dari segi kaca mata orangorang yang berjiwa kebendaan dan keduniaan semata-mata. Pandanglah dari segi kerohanian dan kebatinan dan istilah yang mereka gunakan adalah istilah menurut pandangan mereka. Sekian, Wassalam. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala melimpahi taufiq dan hidayah kepada kita sekalian yang beriman. Amin! Salam ukhuwah dari penterjemah. Abdul Majid Haji Khatib, Ipoh, Perak, Malaysia.



4   



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 



SEJARAH HIDUP SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI Ibu bapa beliau Sayid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jailan di negeri Farsi. Beliau lahir dalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan 1077 Masihi lebih kurang. Nama bapanya ialah Abu Soleh, seorang yang taat kepada Allah dan keturunan Imam Hasan iaitu anak yang tertua bagi Saiyidina Ali, saudara sepupu Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, dan bagi Fatimah anak perempuan Nabi. Ibu beliau ialah seorang anak perempuan kepada orang yang taat kepada Allah, Abdullah Shumaiya keturunan Imam Hussin, anak kepada Ali dan Fatimah. Oleh yang demikian, Sayid Abdul Qadir Jailani ialah keturunan Hasan dan juga Hussin. Permulaan hayatnya Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang yang pendiam dan bersopan santun. Beliau suka bermenung sambil berfikir dan sangat cenderung kepada mistik (pengalaman kerohanian). Setelah umur beliau meningkat 18 tahun, beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orangorang soleh. Ini membara beliau ingin pergi ke Baghdad, yang pada masa itu menjadi pusat pengajian dari berbagai-bagai jenis. Beliau telah diberi gelaran ‘Ghutsul A’zham, (wali Allah yang paling agung). Menurut istilah orangorang sufi ghuts itu di bawah peringkat NabiNabi dalam pangkat kerohanian dan dalam menyampaikan rahmat Allah dan kurniaNya kepada manusia. Ada Juga orang zaman sekarang ini yang mengatakan beliau itu adalah dalam peringkat “shodiqun” sebagaimana yang diperkatakan oleh Al- Qur’an bagi orang-orang seperti itu. Adalah dikatakan bahawa semasa beliau hendak pergi ke Baghdad, ibunya telah memasukkan 80 keping wang emas dalam bajunya dan dijahit di bawah ketiaknya. Sebelum berangkat pergi ibunya yang warak itu telah menasihati beliau supaya jangan berbohong walau dalam keadaan apa sekalipun. Beliau berjanji tidak akan berbohong. Beliau pun pergilah menurut satu qafilah yang hendak pergi ke Baghdad. Di tengah jalan iaitu di tempat bernama Hamdan qafilah itu telah diserang oleh sekumpulan penyamun. Penyamun itu tidak mengendahkan Abdul Qadir kerana rupanya yang seperti orang miskin sahaja. Tetapi datang seorang penyamun bertanya kepada beliau sama ada beliau ada wang. Abdul Qadir teringat pesanan ibunya supaya jangan berbohong. Lantas beliau berkata: “Ya! aku ada 80 keping wang emas yang dijahit dalam bajuku oleh Ibuku.” Penyamun itupun Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani  



5



terkejut melihat Abdul Qadir bercakap dengan terus terang. Mereka terkejut melihat ada orang yang berterus terang dan tidak mahu berbohong. Mereka bawa Abdul Qadir berjumpa dengan ketua mereka dan beliau disoal begitu juga. Abdul Qadir menjawab seperti tadi jua. Ketua penyamun itu memerintahkan baju beliau dibuka. Apabila baju itu dibuka, maka benarlah ada 80 keping wang emas dalam baju itu. Sangatlah hairan ketua penyamun itu. Iapun bertanya kenapa beliau sangat bercakap benar. Abdul Qadir pun menceritakan perkara beliau dengan ibunya itu dan pesanan ibunya itu supaya jangan bercakap bohong. Kata beliau lagi sekiranya dalam permulaan jalan menuntut ilmu agama itu beliau bercakap bohong, maka ada kemungkinan ilmu agama yang sebenarnya dicarinya itu tidak akan didapati dengan memuaskan hati. Apabila mendengar yang demikian itu, ketua penyamun itupun bercucuran air matanya menangis lalu rebah terduduk dan ia terus bertaubat dari segala dosanya yang terdahulu. Adalah dilaporkan bahawa ketua penyamun itulah murid beliau yang pertama. Pendapat kita kejadian ini menunjukkan shodiq (benar) yang sedang dalam pembentukkan. Jika tidaklah kerana sifatnya yang benar itu, maka tentu sekali beliau tidak akan bercakap benar dalam keadaan merbahaya yang sedemikian itu. Penuntut di Baghdad Beliau mengalami kesusahan dan kepayahan masa belajar di Baghdad itu tetapi oleh kerana kecenderungan dan kemahuannya belajar, maka dapatlah beliau menguasai segala pelajaran beliau. Beliau menjadi pelajar yang paling baik di masa itu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah mufti yang paling besar di zamannya. Tetapi hatinya yang cenderung kepada kerohanian itu makin memberontak hendak keluar. Beliau selalu bermujahadah untuk menguasai nafsu amarah yang ada pada beliau itu. Beliau selalu berpuasa dan tidak mahu meminta makanan dari sesiapa pun walaupun tidak makan beberapa hari lamanya. Beliau mencari orang-orang sufi di Baghdad dan bergaul dengan mereka. Dalam mencari-cari itu bertemulah beliau dengan seorang sufi bernama Hamad, seorang penjual syarabah (minuman) tetapi adalah seorang wali Allah yang besar di zamannnya. Beransuransurlah wali ini membimbing Abdul Qadir dalam Thariqah Sufiah. Hamad ialah seorang yang garang dan kasar dan layanan beliau terhadap Abdul Qadir ini sangatlah teruk. Tetapi Abdul Qadir memandang semua itu sebagai cara membetulkan kerosakkan-kerosakkan yang ada pada dirinya. 6   



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 



Latihan kerohanian Setelah habis pengajiannya, beliau pun terus berlatih menurut latihan orangorang dalam Thariqah Sufiah. Beliau menghindarkan dirinya dari segala keperluan dan keseronokkan hidup kecuali yang paling perlu untuk kehidupan. Beliau gunakan masa dan tenaganya untuk bersembahyang dan membaca Al-Qur'an. Beliau sembahyang Subuh kadang-kadang dengan wuduk sembahyang 'Isyak. Kadangkadang beliau tamat membaca seluruh Al-Qur'an itu dalam masa satu malam sahaja. Dalam tempoh latihan ini beliau menghindarkan dirinya dari manusia dan tidak mahu bertemu dan bercakap dengan sesiapa pun. Jika ia bersiar-siar keluar, ia pergi ke padang pasir seorang diri. Akhirnya beliau meninggalkan Baghdad dan tinggal di Shustar satu tempat yang jauhnya 12 hari perjalanan dari Baghdad. Selama 11 tahun itu, maka latihan kerohanian beliau pun tamatlah. Beliaupun menerima apa yang dikatakan “nur”. Nafsu kebinatangan atau nafsu amarahnya pun kosong dari jiwanya dan beliau naik ke peringkat yang lebih tinggi dalam segi kerohanian. Beliaupun hampir dengan Allah. Digoda oleh syaitan Satu kejadian kerohanian berlaku apabila mencapai peranan yang baru ini yang diceritakan berupa satu cerita. Cerita-cerita seperti ini pernah juga berlaku kepada orang-orang besar dalam agama dan terkenal dalam sejarah. laitu adalah satu cerita godaan, nampaknya semua cerita-cerita seperti ini menyatakan kejadian dalam kehidupan dengan menggunakan bahasa perumpamaan atau ibarat. Misalnya kita baca godaan terhadap Nabi Isa, iaitu bagaimana beliau dibawa ke atas bukit oleh iblis dan dari sana ditunjukkan kepada beliau kerajaankerajaan dunia dan menyuruh Nabi Isa menyembah dia (iblis) jika beliau hendak menjadi raja bagi segala kerajaan-kerajaan itu. Kita tentu tahu apa jawapan Nabi lsa kepada Iblis. Seperti yang kita tahu, itu adalah satu kejadian perjuangan batin semasa detik-detik kehidupan yang rumit. Kejadian ini juga berlaku kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam apabila baginda terus berdakwah tentang agama Islam, dan menentang kemusyrikan dan berhala kaumnya, pantang beliau iaitu Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani  



7



pemimpin-pemimpin Quraisy yang cuba menggoda beliau dengan kecantikkan, kekayaan dan kekuasaan. Tiap-tiap Muslim tentu sedar apa jawapan Nabi. Kata beliau: "Aku tidak mahu kekayaan harta benda atau kekuasaan, saya diutuskan oleh Allah untuk menjadi pemberitahu kepada manusia. Aku sampaikan risalatNya kepada kamu sekalian. Sekiranya kamu terima, maka terselamatlah kamu di dunia dan di akhirat kelak, sekiranya kamu ingkar, maka Allah akan membuat keputusan antara kamu dan aku." Ini bukanlah pandangan batin tetapi adalah satu faktor konkrit dari dunia yang wujud ini. Ini juga berlaku kepada Syeikh Abul Qadir Jailani. Ada dua riwayat tentang ini. Pertama, satu hari iblis datang menemui beliau yang menyatakan dirinya ialah malaikat Jibril dan berkata ia ada membawa Buraq (kenderaan yang ditunggang oleh Nabi tatkala Mi’raj) untuk membawa beliau pergi ke hadrat Allah. Mendengarkan itu, Syeikh Abdul Qadir pun tahu bahawa yang ada di hadapan beliau itu ialah iblis atau syaitan kerana Jibril dan Buraq datang ke dunia hanya kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sahaja. Iblis itu gagal menggoda beliau, lalu mencuba yang lain pula, kata iblis: “Baiklah Abdul Qadir, kamu telah menyelamatkan dirimu dengan adanya ilmumu itu.” “Nyahlah kamu dari sini” kata Syeikh Abdul Qadir kepada iblis itu: “Jangan menggodaku lagi, bukanlah ilmuku yang menyelamatkan aku tetapi sebenarnya aku terselamat dari perangkapmu dengan rahmat dan pertolongan Allah jua.” Kedua, satu masa Syeikh Abdul Qadir berada dalam hutan belantara tanpa makanan dan minuman beberapa lama. Tiba-tiba datang awan, lalu turun hujan. Dapatlah Syeikh itu Menghilangkan dahaganya. Dengan tidak semena-mena datang satu lembaga yang bersinar tidak jauh dari situ dan lembaga itu berkata: "Aku ini Tuhan kamu, sekarang aku halalkan segala yang haram untuk kamu. "Mendengar itu Syeikh itu pun membaca:



ِ ِ ُ‫أَﻋﻮذ‬ ِ َ‫ﻪﻠﻟ ِﻣﻦ اﻟﺸﱠﻴﻄ‬ ‫ﺎن اﻟﱠﺮِﺟْﻴ ِﻢ‬ ُ ْ َ



"Aku berlindung dengan Allah dari ganguan syaitan yang direjam." 8   



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 



Setelah membaca itu, lembaga itupun bertukar jadi awan lalu berkata: "Dengan ilmumu dan rahmat Allah kamu telah terselamat dari tipu helahku." Kemudian syaitan itu bertanya kepada Syeikh Abdul Qadir bagaimana dia boleh mengenal syaitan itu dengan segera. Jawab Syeikh itu bahawa apabila syaitan itu mengatakan yang ia menghalalkan segala yang haram, maka dengan serta merta ia tahu bahawa itu bukan datang dari Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak menghalalkan segala yang haram. Cerita ini ada bersamaan dengan apa yang berlaku kepada (Peter). Tetapi apa yang berlaku kepada Peter, pengikut Nabi Isa yang agung, ini ialah beliau terpengaruh kepada syaitan itu, lalu menghalalkan yang haram dan terus membuang pengajaran Allah dan RasulNya. Sebaliknya Syeikh Abul Qadir Jailani tidak terpengaruh oleh syaitan walau sedikitpun. Saya berpendapat kedua-dua cerita itu mungkin benar yang menunjukkan dua kejadian yang berbeza dalam bahsa ibarat atau perumpamaan. Satu kejadian berkenaan perjuangan beliau (Syeikh Abdul Qadir) dengan kesombongan ilmunya. Yang satu lagi berkenaan perjuangan dengan kesusahan ekonomi yang mungkin menghalang seseorang dalam pengembaraan kerohanian menuju Allah. Keinginan untuk berkuasa dan keinginan untuk kesenangan adalah kelemahan kelemahan terakhir yang akan meninggalkan hati dan fikiran pengembara pengembara kerohanian ini. Hanya setelah seseorang itu dapat mengatasi kedua kedua musuh kerohanian ini sahaja, maka barulah ia dapat layak menjadi pemimpin insan yang sejati. Guru kepada orang ramai Syeikh Abdul Qadir telah lulus ujian-ujian kerohanian itu, selepas itu jika beliau bercakap atau menasihati seseorang, maka beliau berbuat demikian bukan dari bidang kebijaksanaan akal sahaja lagi tetapi adalah dari bidang kerohanian, bidang kesedaran dan perwujudan diri. Pada masa itu keadaan umat Islam dalam mematuhi agama mereka telah merosot sekali, umat Islam tidak mempedulikan agama mereka lagi. Memandangkan hal inilah timbul satu pandangan pada beliau. Pada satu hari Jumaat dalam tahun 511 Hijriah, Syeikh Abdul Qadir memandang dalam batinnya bahawa ia seolah-olah sedang berjalan di satu lorong di Baghdad. Sedang berjalan itu beliau nampak seorang yang kurus dan sakit berada di tepi jalan dan orang itu mengucapkan salam kepada beliau.



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani  



9



Beliau jawab salam orang itu. Orang yang kurus dan sakit itu tidak pun meminta beliau tolongkan ia hendak berdiri. Lalu Syeikh itupun menolongnya berdiri. Setelah ia tegak, orang itu dengan tidak semena-mena menjadi bertambah besar dan gagah rupanya. Syeikh itupun berasa takut dengan keadaan itu tetapi orang itupun mententeramkannya sambil berkata: "Aku ini ialah agama nenek moyangmu. Aku telah jadi sakit dan tidak berdaya, tetapi Allah telah menguatkan aku kembali melalui pertolonganmu." Ini berlaku pada petang beliau menemui orang ramai di masjid. Setelah lama kemudian orang ramai pun memberi beliau gelaran Mahyuddin (bererti penghidup agama). Sungguhpun beliau telah mengeluarkan dirinya dari pengasingannya tetapi tidaklah beliau bersyarah di hadapan khalayak ramai lagi. Selama 11 tahun lagi beliau tinggal di penjuru bandar itu dan terus melakukan ibadatnya dan berlatih untuk mendapatkan nur kebatinan dalam hatinya. Kira-kira dalam tahun 521 Hijriah barulah beliau mengajar orang ramai. Dia diberi satu madrasah untuk mengajar. Ilmu batinnya telah cukup untuk melengkapi dirinya. Pada mulanya sedikit sahaja murid beliau. Lamakelamaan masyhurlah beliau sebagai seorang yang bijak, alim, wara’, soleh, mempunyai ilmu yang dalam dan tinggi dan kuat berpegang kepada syariat. Ramailah orang yang datang mengunjungi beliau untuk memetik ilmu-ilmu yang berharga dan bernilai tinggi daripadanya. Lama-kelamaan madrasah itupun tidak mencukupi untuk menampung orang ramai itu. Dalam tahun 528 Hijriah rumah-rumah yang berjiran itupun diambil untuk menampung murid-murid beliau. Inipun tidak cukup. Pada tiap-tiap pagi Rabu beliau bersyarah di atas pentas untuk bersyarah kepada orang ramai. Inipun telah jadi sempit. Maka diadakan pula tempat di luar bandar itu dan di situ dibina satu bangunan untuk beliau dan ini digelar Musafir Khanah. Biasanya beliau memberi syarahan tiga kali seminggu. Di Idghah pada pagi Jumaat. Di madrasah pada malam Selasa, dan di Musafir Khanah (rumah tamu) pada pagi Rabu. Berbagai-bagai manusia datang belajar kepada beliau tentang berbagai-bagai ilmu. Kaum sufi dan kaum fuqaha, orang kaya dan miskin datang menuntut. Bahkan orang-orang bukan Islam pun ada yang mendengar pengajarannya dan banyak yang masuk Islam di tangan beliau. Orang yang membuat dosa bertaubat setelah mendengar syarahan beliau, 10   



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 



demikianlah betapa kuatnya kekuatan kerohanian di sebalik syarah-syarahan beliau itu. Dengan kebesaran jiwanya itu beliau ditakuti dan dihormati oleh orang-orang besar di masa itu. Orang yang berjiwa besar demikian ini bukanlah dengan kehendak mereka sendiri berbuat demikian, tetapi adalah kehendak Allah jua. Mereka menyerahkan diri mereka seluruhnya kepada Allah. Mereka tidak menuju sesuatu melainkan dengan gerak dari Allah jua. Syarahan mereka itu bukan lakuan mereka sendiri tetapi adalah lakuan Allah jua dan mereka tidak perlu bersedia terlebih dahulu. Persediaan untuk bersyarah itu disediakan oleh Allah sendiri dan ilham untuk bersyarah itu datang langsung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala apabila mereka bercakap, mereka bercakap dengan kehendak Allah. Itulah sebabnya syarahan mereka itu penuh dengan kekuatan dan kekeramatan. Keluarga dan rumahtangga beliau Sebelum tahun 521 Hijriah iaitu umur beliau 51 tahun tidaklah beliau menunjukkan dirinya kepada orang ramai dan tidak pernah berfikir hendak kahwin kerana sangkanya kahwin itu akan menghalang seseorang dalam perjalanan menuju Allah. Setelah beliau berumur 51 tahun, hasil dari bercampur dengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wasallam beliau pun berkahwin dan mempunyai 4 orang isteri. Semua isteri beliau ini menjadi isteri yang baik dan taat kepada beliau. Beliau mempunyai 49 orang anak. Lelaki seramai 27 orang dan yang lain itu perempuan. Empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana pelajaran dan ilmunya. 1. Syeikh Abdul Wahab, anak yang sulung, menguasai ilmu yang luas dan dalam. Beliau diberi kuasa menjaga madrasah bapanya dalam tahun 543 Hijriah. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau pula memberi syarahan dan memberi fatwa tentang syariat Islam. Beliau memegang jawatan dalam negeri dan seorang yang sangat popular. 2. Syeikh Isa, guru hadith dan fuqaha agung. Beliau juga mengarang puisi. Beliau juga seorang pensyarah yang baik dan juga menulis kitab-kitab kesufian (sufism). Beliau tinggal dan meninggal dunia di Mesir. 3. Syeikh Abdul Razak, seorang 'ulama dan hafaz hadith. Seperti bapanya beliau juga termasyhur dengan lurus dan benarnya. Beliau juga seperti bapanya tentang kesufiannya dan popular di Baghdad. 4. Syeikh Musa, 'ulama yang ulung. Pindah ke Damsyik di mana ia meninggal dunia. Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani  



11



Melalui Syeikh Isa iaitu nombor (2) di atas, 78 syarahan bapanya dalam buku ini sampai kepada kita. Abdul Wahab iaitu nombor (1) di atas, adalah sumber dua syarahan yang terakhir. Beliau ada hadir tatkala bapanya terbaring sebelum kembali ke rahmatullah. Nombor (4) Syeikh Musa ada dinyatakan di akhir buku ini dalam syarahan ke 79 dan ke 80. Dalam dua syarahan terakhir itu ada disebutkan 2 orang anak Syeikh tersebut yang ada hadir tatkala bapanya hendak meninggal dunia iaitu Abdul Razak (3) dan Abdul Aziz. Pekerjaan biasa Seperti yang kita ketahui wali Allah ini memberi syarahan kepada orang ramai 3 kali seminggu. Disamping itu, tiap-tiap hari, pagi dan petang beliau mengajar tafsir, hadith dan hukum-hukum agama dan perkara-perkara yang bersangkutan. Selepas sembahyang Zuhur, beliau menyampaikan fatwa tentang soal-soal hokum yang dikemukan kepada beliau dari seluruh dunia. Tiap-tiap petang sebelum Maghrib beliau membahagi-bahagikan roti kepada orang-orang miskin. Selepas sembahyang 'Asar, beliau duduk menanti waktu makan buka puasa kerana kebiasaannya berpuasa siang hari sepanjang tahun.Sebelum makan beliau memanggil orang-orang berjiran siapa yang hendak makan bersama dengan beliau. Selepas sembahyang 'Isya beliau pun pergi ke kamarnya dan menggunakan sebahagian besarnya pada malam itu dengan ibadat kepada Allah seperti yang dikehendaki oleh Al-Qur'an. Oleh itu, sebagaimana pengikut Nabi yang sebenarnya beliau berkhidmat kepada kemanusiaan sepanjang hari dan kepada Allah sebahagian besar dari malam hari. Kembali ke rahmatullah Beliau meninggal dunia dalam tahun 561 Hijriah (1166 Masihi) tatkala berumur 91 tahun. Hari itu ialah 11 haribulan Rabi’ul Akhir tarikh ini dikenangi oleh peminat-peminatnya sehingga hari ini dan dikenali sebagai Jayarurin Syarif di India dan Pakistan. Pusaka beliau Setelah wafat wali Allah ini, maka anak-anaknya dan murid-muridnya menubuhkan satu organisasi yang tujuannya menanam ruh keIslaman yang 12   



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 



tulin dan membetulkan pengajaran Islam di kalangan manusia. Ini dinamai Thariqah Qadariah yang terkenal dengan teguhnya memegang syariat Islam hingga hari ini. Ini telah memberi jasa yang besar dalam Islam dan ilmu kebatinan dalam Islam. Antara pengajaran dan nasihat beliau yang masyhur itu, ada tiga di seluruh dunia. Yang paling agung dari yang tiga itu adalah Futuhul Ghaib. Yang kedua masyhur ialah Futuhul Rabbani, sekumpulan 68 buah syarahan dalam tahun 6-545 Hijriah. Yang ketiga ialah Qasidah atau puisi yang menceritakan peranan dam pangkat auliya' Allah dalam bahasa kesufian. Ini digelar “Qasidah AlGhutsiah”. Seperti juga di lain-lain thariqah agama,Thariqah Qadariah pada masa sekarang nampaknya lebih cenderung kepada Qasidah Al-Ghutsiah daripada yang lain-lain itu kerana yang lain-lain itu adalah mengandungi nasihat dan pengajaran untuk membaiki diri dan menyampaikan perutusan dari 'alam ghaib sahaja. Pengaruh Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar dalam sejarah Islam dan peribadinya bersinar terang seperti intan yang bergemerlapan pada ruh Islam hari ini dan begitu juga sebelumnya.



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani  



13



LAPAN PULUH SYARAHAN-SYARAHAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAlLANI



BAB 1: SYARAHAN PERTAMA Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ini ialah:(1) Melakukan segala perintah Allah. (2) Menjauhkan diri dari segala yang haram. (3) Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah. Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu, si mukmin hendaklah memikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggotanya melakukan perkara-perkara ini. BAB 2: SYARAHAN KEDUA Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempuh oleh Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan janganlah mengubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah dan RasulNya, dan jangan sekalikali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan mensekutuinya. Allah itu Maha Suci dan tidak sekali-kali mempunyai sifat-sifat yang cela dan kekurangan. Janganlah syak wasangka tentang kebenaran Allah. Bersabarlah dan perpegang teguh kepadanya. Bermohonlah kepadanya dan tunggu dengan sabar. Bersatu padulah dalam mentaati Allah dan jangan berpecah belah. Cintalah antara satu dengan lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauh diri daripada segala noda dan dosa. Perendahkanlah dirimu dengan tata kepada Allah. Janganlah jauhkan diri dari Allah dan janganlah lupa kepadanya. Janganlah lengah-lengah lagi untuk bertaubat kepadaNya. Dan kembali kepadaNya. 14   



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 



Janganlah jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan kamu dirahmatiNya dan dilindungiNya dari mara bahaya dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam syurga dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dari Allah. Kamu akan menikmati kebahagiaan dan kesentosaan yang abadi di syurga beserta dengan Nabi-Nabi, orang-orang shodiq, orang-orang syahid dan orang-orang soleh. Berkekalanlah kamu di syurga itu untuk selamalamanya. BAB 3: SYARAHAN KETIGA Apabila seorang hamba Allah itu diuji oleh Allah, maka mula-mulanya dia akan cuba melepaskandirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika ia tidak berjaya, ia akan meminta pertolongan dari orang lain seperti raja-raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia, orang-orang hartawan, dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan doktor atau bomoh. Jika ini pun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan wajahnya kepada Allah Subhanahu wa Ta' ala dan memohon sambil merayu kepadanya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan meminta pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan meminta pertolongan Allah. Jika dia tidak dapat pertolongan Allah, maka berterusanlah ia merayu, sembahyang, berdo'a dan menyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan cemas terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, Allah tidak akan menerima rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah dia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuaan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal keduniaan. Tinggallah padanya ruh sahaja. Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah dan tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid (keEsaan Allah). Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak ada baik dan tidak ada jahat, tiada ada rugi dan tiada ada untung, dan tidak ada faedah dan tiada ada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam tangan Allah. Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani  



15



Hamba Allah itupun seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang mendiamkan atau seperti bola di kaki pemain bola, melambung, bergolek ke atas ke tepi dan ke tengah, sentiasa berubah tempat dan kedudukan. Dia tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluar dari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah semata-mata. Si hamba Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatannya. Tidak ada didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah. Beliau akan diperhias dan dipermuliakan. Redhalah ia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia dengan Tuhannya. Bertambahlah cintanya kepada Allah. Bertambahlah seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah ia “di dalam Allah”. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Beliau mendengar dan mengingat hanya dari Allah Yang Maha Tinggi . Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang di hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala. BAB 4: SYARAHAN KEEMPAT Apabila kamu “mati” terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu "moga-moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu badaniah. Apabila kamu. telah “mati” terhadap nafsu badaniah, maka akan dikatakan kepada kamu, "moga-moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu" , maka Allah akan mematikan kamu terhadap kehendakkehendak dan nafsu. Apabila kamu telah “mati” terhadap kehendak dan nafsu, maka akan dikatakan kepada kamu, "mogamoga Allah melimpahi rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan menghidupkan kamu kepada satu “hidup” yang baru. Selepas itu kamu akan diberi “hidup” yang tidak ada mati lagi. Kamu akan dikayakan dengan tidak ada papa lagi. Kamu akan diberi kurniaan yang tidak akan rosak dan habis. Kamu akan diberi kebahagiaan yang tidak ada lagi kesusahan dan kesedihan. Kamu akan diberkati dan tidak akan 16   



Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani 



dimurkai. Kamu akan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi kesentosaan dan tidak lagi ketakutan. Kamu akan maju dan tidak lagi mundur. Nasib kamu akan baik dan tidak lagi buruk. Kamu akan dipermuliakan dan tidak lagi diperhinakan. Kamu akan dihampiri oleh Allah dan tidak jauh lagi. Martabat kamu akan bertambah tinggi dan tidak rendah-rendah lagi. Kamu akan dibersihkan dan tidak lagi merasai kotor. Pendek kata jadilah kamu seorang yang tinggi dan mempunyai peribadi yang tersendiri. Bolehlah dikatakan kamu telah menjadi 'Superman' atau manusia luar biasa. Jadilah kamu warisan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, dan orang-orang shodiq. Kamu akan jadi titik akhir bagi segala kewalian dan wali-wali yang masih hidup akan datang mengunjungi kamu: Melalui kamu segala kesulitan dapat diselesaikan dan melalui sembahyang kamu dapat memewahkan tanamtanaman, menurunkan hujan, menghindarkan mala petaka yang hendak menimpa umat manusia dari segala pangkat dan kedudukan. Bolehlah dikatakan kamu menjadi sebagai pegawai polis untuk kota dan rakyat. Orang akan datang mengunjungi kamu dari tempat yang dekat dan jauh dengan membawa hadiahhadiah dan buah tangan dan memberi khidmat mereka kepada kamu. Semua ini dengan izin Allah Yang Maha Perkasa dan Kuasa Jua. Lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji kamu. Tidak ada dua orang yang beriman yang bertelingkah mengenai kamu. Wahai! mereka yang baik-baik yang tinggal di tempattempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaan Allah dan Allah mempunyai kuasa yang tidak ada batasan. BAB 5: SYARAHAN KELlMA Apabila kamu melihat dunia dalam tangan orang-orang ahli dunia dengan hiasan dan kekosongannya, penipuan dan perangkapnya, dan dengan racunnya yang membunuh yang di luarnya lembut dan di dalamnya mencederakan dan cepat pula merosak dan membunuh sesiapa yang memegangnya dan menipu mereka dan menyebabkan mereka lalai dalam dosa dan maksiat. Apabila kamu lihat semua ini, maka hendaklah kamu bertindak selaku seorang yang melihat seorang lain membuang air besar yang membuka anggotanya yang sulit dan mengeluarkan bau yang busuk. Pembukaan Kepada Yang Ghaib - Seikh Abdul Qadir AlJailani  



17



Dalam keadaan itu kamu hendaklah menghindarkan pandangan terhadap ketelanjangannya itu dan menutup hidungmu supaya tidak terbau yang busuk. Begitulah kamu bertindak terhadap dunia. Apabila kamu melihatnya hindarkan pandangan dari pakaiannya dan tutup hidung kamu dari membau keseronokkannya yang tidak kekal, mudahmudahan kamu terselamat darinya dan cubaan-cubaannya. Apa yang telah ditetapkan Allah untuk kamu tentu kamu akan merasainya. Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam: ä−ø—Í‘uρ 4 ÏμŠÏù ôΜåκs]ÏGøuΖÏ9 $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠptø:$# nοt÷δy— öΝåκ÷]ÏiΒ %[`≡uρø—&r ÿ⎯ÏμÎ/ $uΖ÷è−GtΒ $tΒ 4’n