Hubungi Andalusia [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Hubungi Kami Alamat : No.9 Jalan Belangkas Off Jln Kg Pandan Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur Tel: 03-9283 1588 Faks: 03-9283 7566



Cawangan Andalusia Travel & Tours Cawangan



Maklumat



Johor



CAWANGAN JOHOR BHARU No. 50-01 & 50-02, Jln Padi Emas 4/1, usat Bandar Tampoi, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bharu, Johor 07-2325633 / 07-2325624



Proses Tempahan 1 Bagaimana Membuat Tempahan 1 LANGKAH 1 - PROSES MEMBUAT TEMPAHAN Pendaftaran Secara Online Terlebih dahulu anda perlu memilih tarikh yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa dan harga pakej. Sekiranya belum pasti, sila lihat pilihan pakej yang disediakan. Setelah anda pasti jenis pakej dan tarikh yang dikehendaki, anda boleh terus membuat pendaftaran (sila klik tarikh berlepas) dan seterusnya membuat bayaran bagi memastikan tempat anda untuk tarikh yang telah dipilih. Oleh yang demikian, bayaran deposit seawal mungkin akan menjamin tempat anda. Pengesahan pendaftaran melalui email akan anda terima selepas membuat pendaftaran dan bayaran.



BAGAIMANA MEMBUAT BAYARAN 1. Melalui Kaunter Bank, Mesin Deposit Maybank atau Secara Online Banking. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD (107273-P) NO PENDAFTARAN KEM. PELANCONGAN - KKKP:1050



NAMA PEMEGANG AKAUN



ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD



BANK



MAYBANK



NO AKAUN



5644-8110-2597



PENDAHULUAN PER ORANG



RM300.00 1



atau 2. Datang Sendiri Ke Pejabat Kami Sekiranya anda lebih selesa untuk datang ke pejabat kami. Sila daftar dan buat temujanji.



Bagaimana caranya untuk mendapatkan screenshot bayaran melalui Maybank2u(m2u)?







Setelah pembayaran berjaya/transfer successful, sila klik Print untuk membuka window seperti di bawah. Klik Cancel jika sistem memberi arahan Print.







Tekan kekunci Alt dan Print Screen di keyboard untuk mendapatkan/copy paparan Window yang aktif. Anda juga boleh ambil screenshot transaksi berjaya yang asal.







Tekan Logo Windows dan R, kemudian taipkan mspaint, tekan Enter. Microsoft Paint akan dibuka. Anda juga boleh pastekan ke Microsoft Word atau mana-mana image editor yang ada dalam komputer anda. Jika tiada, downloadIrfanview.







Sila simpan fail dalam format jpg(imej-saiz fail adalah lebih kecil) atau doc(dokumen Microsoft Word - tidak digalakkan).







Tekan Ctrl dan V untuk paste. Gambar screenshot akan dipaparkan.







Tekan Ctrl dan S untuk menyimpan fail, simpan di tempat yang mudah ingat seperti My Documents atau Desktop, elok buatkan folder khas untuk rekod bayaran dll.







Jika anda mahu mendapatkan semula transaksi yang lepas, sila login dan klik pada Account & Banking, klik akaun anda, klik M2U History, pilih rekod dan klik Reprint.



PENGESAHAN BAYARAN Setelah bayaran dibuat, sila tuliskan nama peserta dan tarikh pakej di slip deposit bank. Seterusnya faxkan atau emailkan ke : 03-6207 1663



[email protected]



Untuk pengesahan penerimaan fax dan email, anda boleh menghubungi talian 013-678-7825 atau email [email protected] .



LANGKAH 2 (Proses berikut ini hanya perlu dilakukan setelah anda menyelesaikan proses di Langkah 1)



2



PERHATIAN 



Kursus percuma setiap hari SABTU atau AHAD 9:00 pagi - 1:00 tengahari sehingga akhir bulan Sya'ban.







Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.







Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.







Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.



Aturcara 12 Hari UMRAH, PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI ATURCARA PERJALANAN 12 HARI 10 MALAM HARI 01 : KUALA LUMPUR - MADINAH Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah untuk bertolak ke Madinah. Setibanya di Jeddah/Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah/Makkah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan. HARI 02 : MADINAH (ZIARAH DALAM) Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w : “Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram” HARI 03 : MADINAH (ZIARAH LUAR) Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat. ZIARAH PILIHAN DI MADINAH A. Penemuan baru - Bayaran tambahan SR20, Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet. HARI 04 : MADINAH - MAKKAH Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.



HARI 05 : MAKKAH Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Selepas sarapan jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis, tapak rumah Abu Bakar, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Siti Khatijah ( Isteri Nabi ), Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi ), Perkuburan Ma’ala (tempat Siti Khatijah dikebumikan) dan Pasar zink untuk melihat kawasan membeli belah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat. Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya’ di dewan makan hotel. HARI 06 : MAKKAH Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta



3



berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat. HARI 07 : MAKKAH Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran. HARI 08 - 10 : MAKKAH Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah” ZIARAH PILIHAN JEMAAH A. Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu ka’abah) sebelum balik ke Masjidil Haram. Insya’Allah…. (lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang) B. Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera’ tempat Nabi menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isha’. (perbelanjaan tambahan SR15 seorang. Jemaah mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki) HARI 11 - 12 : MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa kelapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan. SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH. NOTA PENTING 1) Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah. 2) Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah. 3) Dinasihatkan jemaah membawa sepersalinan pakaian di dalam hand luggage. WAKTU MAKAN 1. Sarapan pagi selepas subuh. 2. Makan tengahari selepas Zohor 3. Makan petang selepas Asar (di Makkah sahaja) 4. Makan malam selepas Isya’ 5. Minum panas/sejuk/roti 24 jam (di Makkah sahaja) Makluman : Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza kecuali tempat mendarat (Jeddah atau Madinah), masa dan jumlah hari.



4



saudi air umrah biasa 2014MAKLUMAT AM - ANDALUSIA TRAVEL & TOURS 1. Keterangan Harga Pakej 2. Perlindungan Insurans / Takaful 3. Permohonan Visa Umrah Ziarah 4. Penempahan 5. Ziarah Pilihan, Perkhidmatan Lain, Kursus 6. Pembatalan Pakej 7. Maklumat Hotel 8. Elaun Bagasi 9. Panduan Pakaian/Keperluan Untuk dibawa ke Tanah Suci KETERANGAN HARGA PAKEJ Harga Pakej Termasuk: 



Tiket penerbangan kelas ekonomi.







Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.







Membantu permohonan Visa Umrah (Tertakluk kepada kelulusan)







Penginapan, Makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara.







Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)







Umrah 3 kali bersama mutawwif.







Beg pakaian besar & kecil, beg sandang, beg hamper & buku panduan umrah (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)







Insuran Berkelompok ( Bagi jemaah berumur 18 - 65 tahun sahaja pada hari penerbangan) Manfaat kematian/kecacatan kekal RM 10,000. Notis: Perlindungan takaful ini tidak melindungi diri daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan.







Selaras dengan Jadual Akta ke-4, Akta Industri Pelancongan, Jemaah /anggota pelancongan dinasihatkan membeli perlindungan insuran perjalanan.



PAKEJ INI TIDAK TERMASUK 



Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.







Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan (Notis: Jemaah perlu menjaga beg masing-masing semasa di dalam perjalanan)







Bayaran lebihan timbangan bagasi.







Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.







Tambahan visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.







Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan



CENDERAMATA 



Beg pakaian besar & kecil, beg sandang, beg kain solat & buku panduan umrah dan air zam-zam 10 liter.



PERLINDUNGAN INSURANS / TAKAFUL Pelindungan Pelan Takaful Bekelompok



5



(Termasuk di dalam semua pakej umrah Andalusia) Bagi jemaah yang berumur 1 - 17 tahun pada hari penerbangan



Bagi jemaah yang berumur 18 - 65 tahun pada hari penerbangan Bagi jemaah yang berumur 65- 75 tahun pada hari penerbangan



 



Perlindungan untuk kanak-kanak Perbelanjaan pengkebumian (FE) RM 3000



    



Kematian Kemalangan (AD) RM 10,000 Kematian Biasa (D) RM 10,000 Keilatan Kekal Seluruh Tubuh Badan (TPD) RM 10,000 Manfaat Wad Hospital Akibat Sakit / Kemalangan (HB) RM 50 sehari Perbelanjaan pengkebumian (FE) RM 3000



  



Kematian Kemalangan (AD) RM 10,000 Kematian Biasa (D) RM 10,000 Perbelanjaan pengkebumian (FE) RM 3000



Tertakluk kepada kelulusan tawaran dan syarat-syarat Takaful Malaysia. Perlindungan adalah terhad kepada maksima 40 hari dari tarikh penerbangan. Notis: Pelan takaful ini tidak melindungi jemaah daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan. Insurans Perjalanan Tambahan (Tidak termasuk di dalam semua pakej Andalusia) Semua anggota pelancongan digalakkan untuk membeli insurans perjalanan tambahan untuk mendapatkan perlindungan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. Individu



Keluarga



Premium Dari RM 112.00



Premium Dari RM 280.00



1. Semua warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap, Pemegang Pas Kerja / Permit Kerja dan Tanggungan layak unutk memohon polisi ini. 2. Untuk pelan Individu, pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 79 tahun. Manakala untuk pelan keluarga, anak-anak mestilah berusia di antara 30 hari hingga 18 tahun (pada hari penerbangan) atau sehingga 23 tahun (pada hari penerbangan) jika di belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. 3. Tempoh perlindungan maksimum ialah 190 hari. Di antara manfaat yang ditawarkan oleh insurans perjalanan individu AXA: 1. Kemalangan diri 2. Perubatan 3. Elaun Hospital 4. Kelewatan bagasi 5. Kehilangan bagasi 6. Kelewatan perjalanan *Manfaat di atas adalah tertakluk kepada had perbelanjaan untuk



6



perubatan, hospital dan lain-lain untuk setiap polisi dipilih.



PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH Para jemaah perlu menyediakan: Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan 1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong. 2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok / Wanita: Bertudung) 3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135. Dokumen Tambahan Dokumen tambahan bagi - Isteri mengikut suami - Salinan Surat Nikah Dokumen tambahan bagi - Anak Lelaki kurang dari 18 tahun/Semua Anak Perempuan - Salinan Surat Kelahiran Sendiri Dokumen tambahan bagi - Ibu mengikuti anak lelaki/Menantu - Salinan Surat Lahir Anak Lelaki Yang Diikuti/Anak Perempuan Nota: Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat Andalusia 30 hari sebelum hari penerbangan. (Bagi pakej bulan Ramadhan 30 hari sebelum 1 Ramadhan) * Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur melebihi 18 tahun. Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen yang diperlukan: JEMAAH MAHRAM



DOKUMEN DIPERLUKAN



NOTA 







 1 Isteri



Suami







Salinan sijil nikah



Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia) Pastikan salinan Sijil Nikah tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan suami-isteri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.



* Jemaah yang pergi dengan datuk / bapa saudara / bapa tiri: 



Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.







Letter of Concent dari bapa kandung/suami untuk tumpang mahram dengan Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri depan pesuruhjaya sumpah berdekatan.







Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.







Download: Klik kanan dan Save.



7



Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll). Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen. Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia: http://sspi2.imi.gov.my/



Semakan Status Kawalan Imigresen Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara. PENEMPAHAN 1. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM300 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam masa 30 hari sebelum penerbangan. 2. Sila bayar terus ke dalam akaun Maybank:Nama: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd No. akaun: 5644-8110-2597. 3. Fax slip bayaran ke 03-6207 1663 atau email ke [email protected] 4. Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan cukai insurans dan visa (lebih kurang RM1,500). 5. Kanak-kanak berumur 2 tahun hingga kurang 12 tahun dikenakan bayaran 80% daripada harga pakej dewasa. Pesawat SAUDI(Hotel Hilton) kanak-kanak diskaun RM 700 dari harga pakej dewasa. PENERBANGAN TANPA HARGA KANAK—KANAK: 



PESAWAT SAUDI: Pakej Cuti sekolah







PESAWAT SAUDI(SEWA KHAS): SEMUA pakej







PESAWAT RO-JORDAN: SEMUA pakej



6. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.



ZIARAH PILIHAN, PERKIDMATAN LAIN, KURSUS 



Ziarah di Hudaibiyah, ladang unta, perigi Saidina Othman, muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjid Haram) dan kiswah (kilang kelambu ka'abah)- Bayaran tambahan SR30.



8







Mendaki Jabal Nur (selepas Isyak) melihat Gua Hera' tempat Nabi menerima wahyu yang pertama - Bayaran tambahanSR15.



ZIARAH PILIHAN DI MADINAH







Penemuan baru - Masjid Tikar, Gua Uhud - Bayaran tambahan SR20



PERKHIDMATAN LAIN YANG DITAWARKAN 



Badal (upah) haji dan umrah







Dam, korban dan aqiqah



KURSUS BUKAN WAJIB ( Sabtu atau Ahad kecuali Ramadhan)







Dibimbing oleh Dato' Ust Hj Md Daud Che Ngah







Setiap Hari Sabtu dan Ahad







Jam 9.00 pagi - 1.00 t/hari







Lokasi - Lihat disini







Anda dinasihatkan hadir kursus 30 hari sebelum berangkat ke tanah suci



atau dapatkan VCD "Inilah Umrah Yang Tepat" oleh Dato' Ust Hj Md Daud Che Ngah, hubungi [email protected] . PENERBANGAN TERUS KE JEDDAH/ *MADINAH SV/MAS 



*masa tertentu sahaja







kira-kira 8 jam 30 minit sampai ke destinasi.







Jadual Penerbangan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa



PEMBATALAN / SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ Permohonan pembatalan tertakluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut: Perkara 3.2.1: Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan. Perkara 3.2.2: 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas



pelucutan deposit pelancongan



15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas



35% daripada tambang pelancongan



08-04hari bekerja sebelum tarikh berlepas



50% daripada tambang pelancongan



03-07hari bekerja sebelum tarikh berlepas



75% daripada tambang pelancongan



02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas



100% daripada tambang pelancongan



Caj tambahan jika perlu:



9



1. Bayaran visa penuh, sekiranya bayaran visa telah dibuat. 2. Bayaran RM200 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna. MAKLUMAT HOTEL/PENGINAPAN MADINAH : HOTEL MUBARAK SILVER @ SETARAF (200m) MEKAH : HOTEL ROYAL SULTAN / HERAA’ PALACE / MALAK AJYAD / NADA AL KHALIL@ SETARAF (400-690m)



ELAUN BAGASI BERKUMPULAN *Penerbangan - Tiket Ekonomi



Penerbangan



Elaun Bagasi (Pergi Balik)



Air Zam-zam (Balik)



Surcaj Lebihan Bagasi



Saudi Airlines (SV)



1 beg sahaja (Max 23kg/beg)



10 Liter



USD 100/beg



Malaysia Airlines (MH)



Max 20kg



10 Liter



RM 110/kg



Egypt Air (MS)



2 beg sahaja (Max 23 kg/beg)



10 Liter



USD 250/beg atau USD 125/kg



Turkish Airlines (TK)



Max 30kg



10 Liter



SGD 40/kg



Fireflyz (FY)



Max 20kg/30kg (balik)



10 Liter



RM 40/kg



Royal Jordanian (RJ)



Max 20kg



10 Liter



RM 110/kg



Oman Airways (WY)



Max 30kg



10 Liter



RM 95/kg



Etihad Airways (EY)



Max 40kg



10 Liter



USD 20/kg



Ethiopian Airlines (ET)



Max 30kg



10 Liter



TBA



AirAsia X



Max 20kg/30kg (balik)



10 kg



TBA



*Nota: Maklumat ini diperoleh dari syarikat penerbangan dan tertakluk kepada perubahan.



Umrah Ibadah Umrah Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.



10



1. Beriham Dari Miqat Miqat Zamani: Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram. Tanda Sempadan Tanah Haram: : Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah. Tan'im : Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km. Wadi Nakhlah : Di sebelah timur sejauh 16 km. Ja'ranah : Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km. Adhah Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari : Mekah. Hudaibiyah Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut. Miqat Makani: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut. Juhfah: Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya. Abyar Ali (Zul Hulaifah): Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah. Qarnul Manazil: Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya. Zaatu Irqin: Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.



11



Yalamlam: Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman. 2. Tawaf Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya. 3. Saie Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa. Doa Bersaie:



. Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Bukit Safa: Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:



. Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarbenarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah



12



dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.



Bukit Marwah: Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah: Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:



. Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarbenarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. 4. Bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting Setelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala. Dengan demikian, selesailah palaksanaan ibadah Umrah, dan bukalah pakaian ihram anda lalu gantilah dengan pakaian biasa.



Mekah Kelebihan-kelebihan Mekah Mukarramah: Allah Taala menamakannya Ummul Qura berpandukan firman Nya, yang bermaksud: Supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk Ummul Qura (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya. Ia juga dinamakan dengan al-Baladul Amin (negeri yang aman) di dalam firman Allah s.w.t, yang bermaksud: Demi buah tin dan zaitun dan bukit Tur Sina serta negeri (Mekah) yang aman ini. Juga firman Allah Taala, yang bermaksud: Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas). Di antara namanya juga ialah Baitul Atiq dimana Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman, yang bermaksud: Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. Firman Nya juga, yang bermaksud: Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan



13



manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal kehidupan). Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah berdoa untuknya (Kaabah) dengan ucapannya, yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (a.s.) berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali. Allah Taala berfirman: yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidil Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orangorang yang bertawaf, orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk serta sujud". Allah berfirman melalui kata-kata Nabi Ibrahim a.s, yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya). Ketika kaum Quraisy mengusir Rasulullah s.a.w, baginda telah berdiri di atas sebuah bukit sambil memandang ke arah Kota Mekah serta perkampungan-perkampungannya lalu berkata: Sesungguhnya aku mengetahui bahawa engkau adalah negeri yang aku amat kasihi dan engkau juga adalah tanah yang Allah amat kasihi. Sekiranya bukan kerana orang-orang musyrikin mengusir aku darimu tentu aku tidak akan keluar. Terdapat riwayat di dalam dua kitab sahih: Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan negeri ini (Kota Mekah) sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi, Allah mengharamkannya berterusan hingga ke hari Kiamat. Rasulullah s.a.w juga telah berdiri di Jamrah Aqabah pada tahun pembukaan Kota Mekah lalu bersabda: Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Allah dan engkau juga adalah bumi Allah yang paling aku kasihi, sekiranya aku tidak diusir tentu aku tidak keluar, sesungguhnya dalam Kota Mekah tidak dihalalkan kepada sesiapapun sebelum aku, juga tidak dihalalkan kepada sesiapa selepasku dan aku sendiri hanya dihalalkan seketika sahaja pada waktu siang hari, kemudian ia diharamkan, pokok yang ada padanya tidak boleh ditebang atau mencabut tumbuhan kecil, barang yang hilang atau binatang yang sesat tidak boleh diambil kecuali orang yang ingin mengumumkannya. Mekah adalah merupakan Tanah Haram Allah dan Tanah Haram Rasulullah s.a.w di mana di situ ada tandatanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim.



14



Masjidilharam Kelebihan Masjidilharam: Allah Taala juga menamakan Masjidilharam atau Kaabah dengan Baitul Atiq kerana Dia telah membebaskannya dari bala tentera (bergajah), oleh itu bala tersebut tidak menimpa Kaabah. Allah telah menghantar burung Ababil ke atas Abrahah dan tenteranya ketika cuba membinasakan Kaabah. (Dinamakan dengan Baitul Atiq juga) kerana Allah membebaskan pengunjung-pengunjungnya dari api (Neraka) apabila kematian mereka ketika berada dalam mentauhidkan Allah serta mengikut NabiNya (Islam). Kaabah dibina oleh bapa sekalian nabi-nabi iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dengan petunjuk daripada Allah s.w.t berpandukan firmanNya: Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dengan ini bapa sekalian nabi-nabi telah membina masjid yang paling mulia di kawasan yang paling mulia. Allah Taala mengkhususkan Masjidilharam dengan tidak boleh bersusuh payah untuk bermusafir melainkan kepadanya (Masjidilharam), Masjid Nabi dan Masjidilaqsa, sebagaimana (dikhususkan juga) dengan digandakan pahala sembahyang di dalamnya dimana sembahyang di Masjidilharam (digandakan) dengan seribu sembahyang. Yang bermaksud: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan rupaNya yang Maha Mulia, kekuasaan yang azali dari Syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah, dengan nama Allah wahai Tuhanku selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w). Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku kesemua pintu rahmatMu. Adab-adab memasuki Kaabah: Mandi, suci dari hadas kecil dan besar, tidak menolak-nolak, hati mestilah khusyuk serta merasa rendah diri, mengeluarkan air mata sekiranya Allah s.w.t menghendakinya demikian, jangan meninggikan pandangan ke arah atap Kaabah, tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala dan hendaklah sentiasa mengingati Allah s.w.t. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya (yang bermaksud): "Menjadi suatu kepelikan kepada seseorang Muslim ketika dia mengangkat pandangannya ke arah atap Kaabah apabila memasuki Kaabah. Tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala". Ketika Rasulullah s.a.w memasuki Kaabah, baginda tidak mengalih pandangannya dari tempat sujudnya sehinggalah baginda keluar. Nabi s.a.w memasuki Kaabah empat kali selepas berhijrah. Pertama: Di hari pembukaan Kota Mekah. Kedua: Pembukaan Kota Mekah yang kedua. Ketiga: Ketika mengerjakan Umrah qadha. Keempat: Ketika mengerjakan Haji Wida'. Pahala memasuki Kaabah: Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): "Sesiapa yang memasuki Kaabah lalu mengerjakan sembahyang di dalamnya, bererti dia masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan dalam keadaan dia



15



diberikan keampunan". Pada lafaz yang lain: "Dia keluar dalam keadaan diampunkan dosanya". Ibnu Umar r.a telah berkata tentang memasuki Kaabah: "Masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan". Ata' berkata: "Sesungguhnya aku lebih suka mengerjakan sembahyang di dalam Kaabah sebanyak dua rakaat dari mendirikan sembahyang empat rakaat di Masjidilharam". Diriwayatkan daripada Yahya bin Ju'dah bin Hubairah tentang firman Allah: Yang bermaksud: Sesiapa yang memasuki Kaabah akan mendapat keamanan. Katanya: "Keamanam dari api Neraka". Al-Hafiz Abu Tahir As-Salafi Rahmatullah mendendangkan nasyid kepada dirinya sendiri ketika memasuki Kaabah: Yang bermaksud: Adakah selepas memasuki Kaabah Allah akan menjamin Adakah akan tertinggal dosa-dosa dan kesalahan yang tersembunyi. Maka maha sucilah setiap perkara tadi, bahkan akan dimaafi segala-galanya dan akan kembali seseorang itu dalam keadaan beriman dan gembira. Kelebihan Melihat Kaabah: Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat". Mujahid berkata: "Memerhatikan Kaabah merupakan ibadat". Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah segala kesalahan dan dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan".



Hajarulaswad Kelebihan Hajarulaswad: Berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata, Rasulullah s.a.w telah mengucup Hajarulaswad. Selepas baginda mengucupnya para sahabat serta seluruh umat Islam terus mengucupnya hingga ke hari Kiamat kerana mengikuti 1. Rasulullah s.a.w dalam perkara ini. Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah memberi peringatan kepada seluruh umat Islam dari beriktikad bahawa terdapat sesuatu yang boleh memberi manfaat dan kemudaratan selain daripada Allah s.w.t. Terdapat riwayat di dalam kitab Sahih bahawa Saidina Umar bin Al-Khattab r.a pernah berkata: Demi Allah! Sesungguhnya aku telah menyedari bahawa kamu hanyalah batu, tidak boleh memberi manfaat dan kemudaratan. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah s.a.w 2. mengucupmu, tentu aku tidak akan mengucupmu. Terdapat riwayat sahih bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari Kiamat dengan mempunyai dua mata yang dapat melihat dan lidah yang dapat berkata-kata. Ia akan menjadi saksi kepada sesiapa yang mengucupnya dengan keadaan yang sebenar. Imam Tirmizi mensahihkan hadis Rasulullah s.a.w dimana baginda bersabda: Hajarulaswad diturunkan dari Syurga dalam keadaan lebih putih daripada susu tetapi telah dihitamkan dengan kesalahan dan dosa anak-anak Adam. Di dalam lafaz yang lain: Sehinggalah telah dihitamkan oleh kesalahan dan 3. dosa golongan syirik (yang menyekutukan Allah). Maqam Nabi Ibrahim a.s:



16



Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud): Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat. Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Jika kedua-duanya tidak dihapuskan oleh kesalahan dan dosa anak-anak Adam, tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat. Air Zamzam: Rasulullah s.a.w bersabda (mengenai air Zamzam): "Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit". Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Air Zamzam merupakan penawar yang 1. menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya". Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan 2. penyakit." Ketika Muawiah bin Abu Sufian r.a mengerjakan ibadat Haji, beliau telah meminum air Zamzam dan berkata: "Air 3. Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya". Ibnu Abbas r.a berkata: "Kami menamakannya (iaitu air Zamzam) sebagai pengenyang. Air Zamzam itu boleh memberi 4. nikmat yang menolong anak-anak kecil". 5. Katanya lagi: "Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu air Zamzam". Katanya lagi: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w meraikan seseorang lelaki, baginda akan meraikannya dengan 6. memberi minum air Zamzam.



Doa Di Multazam Doa Di Multazam: ‫ع‬



‫ع‬



‫ئ‬



Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, untukMu segala puji yang menyamai nikmatMu dan menandingi kelebihanMu, aku memuji Engkau dengan segala puji yang aku ketahui, dengan apa yang aku tidak ketahui terhadap segala nikmat Engkau yang aku ketahui dan yang aku tidak ketahui serta terhadap segala rupa keadaan. ‫ح‬



‫آ‬



‫ء‬



Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, sanjungkanlah Muhammad dan sejahterakanlah baginda serta keluarganya. Wahai Tuhanku! Lindungilah aku dari syaitan yang terkutuk, lindungilah aku dari segala kejahatan dan jadikanlah diriku merasa puas terhadap apa yang telah Engkau rezekikan serta kurniakanlah keberkatan untukku.



Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dari orang yang paling mulia yang datang kepadaMu dan kekalkanlah aku dalam jalan istiqamah sehingga aku berjumpaMu wahai Tuhan sekalian alam.



17



Maqam Nabi Ibrahim a.s Nabi Ibrahim a.s: Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud): Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat. Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Jika kedua-duanya tidak dihapuskan oleh kesalahan dan dosa anak-anak Adam, tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat. Zikir dan Doa : Disunatkan membaca firman Allah Taala: ( ) 1. Yang bermaksud: Dan kamu jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat sembahyang. Disunatkan menunaikan sembahyang dua rakaat dengan membaca al-Fatihah dan surah al-Kafirun pada rakaat pertama 2. manakala pada rakaat kedua membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas. Seterusnya berdoa dengan menyebut: ‫ وأعوبل س ي ئت وهذا ه قبم ال عبئ ذ ب ل هن ال نبر ف بغ فز ل ي إن ل أن ت ال غ فىر‬،‫ أت ي تل ب ذن ىة م ب يزة‬،‫ال لهن أن ب ع بدك واب ن ع بدك‬ ‫ال زح ين‬ Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku hambaMu dan anak hambaMu, aku datang kepadaMu dengan dosa-dosa yang besar dan pekerjaan yang buruk dan inilah tempat perlindungan denganMu dari Neraka, oleh itu ampunilah aku kerana 3. sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Air Zamzam Air Zamzam: Rasulullah s.a.w bersabda (mengenai air Zamzam): "Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit". Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Air Zamzam merupakan penawar yang 1. menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya". Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh 2. menyembuhkan penyakit." Ketika Muawiah bin Abu Sufian r.a mengerjakan ibadat Haji, beliau telah meminum air Zamzam dan berkata: "Air 3. Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya". Ibnu Abbas r.a berkata: "Kami menamakannya (iaitu air Zamzam) sebagai pengenyang. Air Zamzam itu boleh memberi 4. nikmat yang menolong anak-anak kecil". 5. Katanya lagi: "Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu air Zamzam". Katanya lagi: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w meraikan seseorang lelaki, baginda akan meraikannya dengan 6. memberi minum air Zamzam.



18



Madinah Ziarah Madinah Pengharaman Kota Madinah dan Sempadan Haramnya Rasulullah s.a.w mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah mengharamkan Kota Mekah al-Mukarramah. Rasulullah s.a.w bersabda: (Madinah) Kawasan yang berada di antara dua batu hitam merupakan kawasan haram. Sempadan Haram Kota Madinah Munawwarah: Kawasan yang terletak di antara dua batu hitam: Dua batu hitam ialah: Dua gurun yang panas di timur dan suatu ketika dahulu dikenali dengan gurun Waqim manakala gurun di baratnya pula dikenali dengan gurun 1. Wabrah. Pengharaman kawasan yang terletak di antara dua gurun dan ketiga-tiga perlembahannya iaitu Jama' Tadaru', Jama' Ummu Khalid dan Jama' Aqil atau Aqir iaitu bukit-bukit kecil yang memanjang ke 2. perlembahan Aqiq dari sebelah barat telaga Urwah (berhampiran Universiti Islam). 3. Pengharaman kawasan antara Thur dan 'Ier. Thur ialah bukit kecil di belakang bukit Uhud. Ia berwarna merah. Kini di sebelah belakangnya terdapat jalan * menuju ke lapangan terbang. 'Ier ialah bukit hitam besar yang terletak di sebelah barat daya Zul Hulaifah (kini dikenali dengan Abar Ali). * Terdapat lebuhraya di lereng sebelah baratnya. Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda. Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Di pintupintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan 1. Hadis-hadis. Ia adalah Haram Allah dan RasulNya s.a.w (Haramain). Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah s.w.t akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai Kota Madinah 2. sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu.



Masjid Nabi Kelebihan Masjid Nabi Masjid Nabi s.a.w merupakan masjid kedua di dalam Islam yang mempunyai kelebihan serta kedudukan di sisi Allah Azza Wajalla dan yang mempunyai ganjaran pahala berlipat ganda terhadap seseorang yang menunaikan sembahyang di dalamnya serta orang yang bertujuan menziarahinya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa" 19



Telah ditetapkan bahawa kepada sesiapa yang mendirikan sembahyang di masjid Nabi s.a.w akan memperolehi ganjaran yang sangat besar. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram." Raudhah Al-Musyarrafah Adab-adab Menziarahi Rasulullah s.a.w: 1. Merendahkan suara ketika menziarahi Rasulullah s.a.w merupakan adab ketika bersama Rasulullah s.a.w dan mentaati firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara percakapan kamu melebihi suara percakapan Nabi s.a.w dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan percakapan kepadanya sebagaimana sesetengah kamu menyaringkan suaranya semasa menghadapkan percakapan kepada sesetengah yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amalanamalan kamu tidak terhapus pahalanya sedang kamu tidak menyedari". Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya (semasa mereka berada) di sisi Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t tidak akan menghapuskan amalan-amalannya 2. Sesungguhnya ayat ini telah diturunkan kepada Thabit bin Qais r.a kerana beliau telah meninggikan suara kerana terlalu takut kepada Allah. Beliau duduk di rumah sambil menangis lalu berkata: Suara akulah yang paling tinggi di kalangan para sahabat ketika berada di sisi Rasulullah s.a.w. Ayat ini tentu telah ditujukan kepadaku. Apabila Rasulullah s.a.w menyedari kehilangannya, baginda mengutuskan supaya mencarinya. Apabila utusan tesebut sampai di rumah keluarganya, mereka berkata: Itu dia, di dalam rumahnya. Air matanya masih berlinangan semenjak beberapa hari. Apabila mereka masuk menemuinya, beliau berkata bahawa ayat tersebut telah ditujukan kepadanya. Kemudian beliau telah dibawa menemui Rasulullah s.a.w. Baginda menenangkannya dan memberitahu kepada beliau berita gembira tentang Syurga (yang dijanjikan untuknya). 3. Diriwayatkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah berkata: Tidak sepatutnya meninggikan suara di sisi Nabi s.a.w samada ketika baginda masih hidup ataupun telah wafat. 4. Apabila Saidatina Aisyah r.a mendengar suara memacak atau seseorang sedang memaku di rumah yang berhampiran, beliau akan memberitahu penghuninya dengan berkata: Janganlah kamu menyakiti Rasulullah s.a.w. 5. Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah melihat dua orang lelaki sedang bermaki hamun di dalam Masjid Nabi s.a.w. Beliau mengutuskan salam kepada mereka berdua agar menemuinya. Ketika mereka datang menghampirinya, beliau bertanya: Dari manakah kamu berdua? Mereka menjawab: Dari Taif. Saidina Umar r.a berkata: Sekiranya kamu berdua berasal dari penduduk Madinah nescaya aku akan memukul kamu berdua kerana sesungguhnya masjid kita ini tidak boleh ditinggikan suara. Masjid Quba' Masjid pertama di Madinah Munawwarah. Allah s.w.t memuji masjid ini dan orang yang mendirikan sembahyang di dalamnya dari kalangan penduduk Quba' dengan FirmanNya yang bermaksud: Kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). Nabi s.a.w telah bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah telah memperelokkan kamu dengan pujiannya? 1. Mereka berkata: Kami telah menghimpunkan di antara batu dan air untuk bersuci. 20



Telah diceritakan bahawa Nabi s.a.w menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. Sabda Nabi s.a.w lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan 2. sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam 3. masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.



PAKAIAN LELAKI



PAKAIAN WANITA



Tuala Ihram



2



Telekong Solat



2



Tali pinggang



1



Mini Telekong



2



Baju Biasa



2



Baju Kurung



3



Baju Melayu



2



Baju Maxi



2



Singlet Berlengan



4



Baju Tidur & Seluar Panjang



2



Seluar Panjang



2



Stokin



3



Kain Pelikat



3



Sarung Tangan



1



Tuala Mandi



2



Tuala Mandi



2



Tuala Kecil



1



Tuala Kecil



1



Stokin



2



Selipar Getah



1



Selipar Getah



1



Kasut Biasa



1



kasut Biasa



1



LAIN-LAIN Buku Doa (kecil)



1



Penyangkut Baju



5



Beg Pakaian(Besar)-Berkunci



1



Gunting Kecil



1



Beg Sejadah



1



Lencana Nama



1



Beg Bimbit Sederhana



1



Ubat Gigi



1



Berus Gigi



1



Sabun Mandi



1



Uncang Besar



1



21