Impak Program Kemasyarakatan [PDF]

  • Author / Uploaded
  • ehsan
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

8.0 IMPAK PROGRAM



8.1 Semangat berkerjasama Melalui program ini, semangat berkerjasama dalam kalangan ahli dapat dibentuk terutamanya semasa menjalakan aktiviti. Segala keperluan seperti peralatan dan makanan sepanjang majlis telah disusun dan diagih oleh ahli secara sukarela tanpa perlu menanti arahan. Sikap ringan tulang ini banyak membantu dalam menjayakan majlis tersebut. semangat seperti ini merupakan contoh yang seharusnya diterapkan kepada masyarakat dalam memupuk kesepaduan dan saling bantu membantu dalam kehidupan seharian.



8.2 Menimba pengalaman Perjalanan dalam menjayakan majlis tersebut telah banyak memberi pengalaman kepada setiap ahli untuk menguruskan program seumpamanya khususnya program yang melibatkan masyarakat. Bermula daripada kertas kerja kepada peringkat perlaksanaan program, ahli kumpulan bukan sahaja dapat menimba pengalaman dalam menguruskan sesuatu majlis, malah, ilmu pengetahuan yang telah diperolehi akan membolehkan semua ahli untuk mengasah bakat dalam mengendalikan majlis misalnya berkaitan komunikasi yang berkualiti.



8.3 Memupuk sifat kepimpinan Proses membentuk kepimpinan dalam diri pelajar akan dapat dilaksanakan melalui program ini, pembahagian kumpulan yang dibentuk memerlukan kepimpinan individu bagi melancarkan proses perlaksanaan dan pengagihan tugas. Kerja yang tersusun sekali gus memperlihatkan tahap kepimpinan individu yang membuahkan hasil. Penerapan unsur kepimpinan ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pelajar terhadap asas menjadi seorang pemimpin serta proses pengendalian sesuatu aktiviti sebagai seorang ketua.



8.4 Pembangunan rohani dan jasmani Program ini dibentuk untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani dan jasmani. Pelajar dapat menginsafkan diri dengan menghayati kehidupan insan lain yang kurang bernasib baik dengan merasai sendiri perasaan tersebut. hal ini dapat menanam sifat ihsan di dalam diri pelajar untuk menghargai kehidupan yang diberikan dan membantu insan yang memerlukan. Situasi ini dapat memghasilkan modal insan pelajar yang seimbang berteraskan sifat kasih sayang terhadap masyarakat.