Institutional Order Flow Trading V3 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ISI KANDUNGAN



Biodata Penulis



-



III



Penghargaan



-



V



Penafian



-



VI



Pengenalan Supply & Demand



-



1



Syarat asas Supply & Demand



-



2



Pengenalan Institutional Order Flow Trading (IOFT)



-



7



Imbalance asas IOFT



-



9



-



12



Pengenalan zon



-



20



Gap adalah zon



-



21



Proven Zone



-



26



Shadow is Zone



-



32



Qualified zone



-



36







Kriteria imbalance







Zone break Zone



-



37







Zone break Momentum Trendline



-



43







Inherited Zone



-



54



Authentic & Associate Zone



-



58



Analisis multitimeframe



-



64



Sudut Teknikal



-



69



II



BIODATA PENULIS



Penulis telah terlibat dalam forex trading sejak tahun 2007 sehingga sekarang.



Penulis



adalah



forex



trader sepenuh masa. Penulis juga merupakan



salah



seorang



pengajar dan admin bagi group telegram Akademi White Rabbit dibawah



kendalian



Saudara



Muhammad Muzzammil. Minat yang mendalam dalam perkongsian ilmu forex meyebabkan penulis mengambil inisiatif dengan mewujudkan sebuah laman web



analisis



pasaran



dan



perkongsian ilmu forex. Sehingga kini laman web www.bptrader.com telah mendapat



sambutan



yang



menggalakkan dari komuniti forex di Malaysia. Tidak cukup dengan itu, penulis



juga



telah



mewujudkan



program pembelajaran forex secara atas



talian



menerusi



aplikasi



telegram. Program yang diberi nama BPTrader IOFT sehingga kini telah mengumpulkan trader



forex



lebih



dari



100



pelbagai



orang latar



belakang. Penulis juga pernah terlibat dalam



penganjuran



kelas



forex.



Penulis pernah menjadi penceramah bagi kelas Supply & Demand yang



III



dianjurkan di Batu Pahat, Johor dan juga penceramah Supply & Demand – Institutional Order Flow Trading di XM Education Center, Johor Bharu dan XM Center di Ara Damansara.



IV



PENGHARGAAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada komuniti forex di Malaysia. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah dan kurniaNya dapat saya siapkan ebook yang bertajuk Institutional Order Flow Trading (IOFT) ini. Sesungguhnya IOFT telah merubah kehidupan saya, dengan izinNya. Segalanya bermula melalui perkongsian dari mentor saya, Abe Mat. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan ilmu IOFT. Bermula dari situ, saya mula mengkaji ilmu ini dan ternyata ianya ilmu yang sangat berharga. Dan kerana itu, ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat mentor saya ini. Tidak sekadar itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada beliau kerana tidak pernah jemu memberi ilmu dan mendidik saya untuk menjadi seorang forex trader yang berjaya. Keluarga saya adalah tunjang kekuatan saya. Pada waktu saya menghadapi kesulitan, keluarga adalah tempat untuk saya bertahan. Terima kasih buat isteri saya, Nurul Farhaini binti Razali, kerana tidak pernah jemu memberi sokongan kepada saya. Jatuh bangun saya, isteri tetap disisi menemani saya. Isteri dan anak-anak saya menjadi motivasi untuk saya menjadi seorang forex trader yang lebih baik, dan insan yang lebih baik juga. Buat rakan-rakan, dan juga pengkritik saya, anda merupakan sebahagian dari kehidupan saya. Tanpa anda semua, dunia ini tiada keindahannya. Terima kasih kerana mempercayai saya untuk terus menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anda semua.



Syazwan V



PENAFIAN



Institutional Order Flow Trading diasaskan oleh Michael AKT dari United Kingdom. Penulis tidak mengambil sebarang kredit dari hasil penulisan ini. Ianya sekadar perkongsian ilmu agar semua memperoleh manfaat. Institutional Order Flow Trading bukanlah sebuah teknik. Ianya adalah kefahaman terhadap aktiviti market yang sedang berlaku. Pengguna perlu bijak dalam membuat analisa melalui cara ini dan perlu menguasai asas trading terlebih dahulu. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan harta dan modal hasil dari penulisan ini. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hasil trading yang dilakukan. Sekali lagi diingatkan, pengguna perlu bijak dalam melakukan analisa dan sangat digalakkan menguasai segala asas trading terlebih dahulu.



VI



PENGENALAN SUPPLY & DEMAND



Supply & Demand (SND) adalah asas ekonomi. Kehidupan seharian kita dikelilingi dengan SND. Kenaikan harga minyak, penurunan harga ikan di pasaran merupakan SND yang sentiasa berlaku. Kenapa harga minyak naik? Kita telah mempunyai jawapan melalui media massa yang melaporkan berita. Bagaimana pula harga ikan boleh naik? Segala-galanya mampu dijawab oleh kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kita telah melalui fasa menganalisa SND sebelum kita menceburi bidang forex lagi. Kaedah analisa teknikal SND mula diperkenalkan oleh Sam Seidin. Sejak daripada itu, SND telah berkembang dan menjadi antara analisa teknikal yang paling popular di kalangan trader di seluruh dunia, tidak hanya trader forex, turut melibatkan Options, Futures, dan Stock. Seiring dengan peredaran masa, SND juga telah berkembang dan berevolusi. Analisa teknikal SND juga berkembang dengan pelbagai teknik khas oleh trader-trader yang berbeza. Kepelbagaian teknik SND ini menjadikannya unik dan menarik untuk dikaji.



1



SYARAT ASAS SUPPLY & DEMAND



Walaupun terdapat pelbagai versi SND sejak ianya mula diperkenalkan. Tetapi syarat asas kepada SND masih lagi kekal sehingga ke hari ini. Sebagai seorang trader yang menggunakan kaedah SND untuk analisa teknikal, syarat asas SND ini wajib difahami. Syarat asas SND terbahagi kepada tiga (3) :-



SELL AT SUPPLY



•Hanya sell di zon supply •Take profit di zon demand



BUY AT DEMAND



•Hanya buy di zon demand •Take profit di zon supply



ALWAYS LOOK TO THE LEFT



•Tiada data disebelah kanan chart •Banyak past data disebelah kiri chart



Dengan kata lain, market bergerak dari zon ke zon. Dari zon demand ke zon supply. Dari zon supply ke zon demand. Oleh itu, kefahaman tentang kewujudan zon amatlah penting di dalam SND.



2



SYARAT ASAS SUPPLY & DEMAND



Chart 1 : Sell at supply



Hanya meletakkan posisi sell dibahagian supply :



Mengurangkan risiko stop loss







Memaksimakan potensi take profit



3



SYARAT ASAS SUPPLY & DEMAND



Chart 2 : Buy at Demand



Hanya meletakkan posisi buy dibahagian demand :



Mengurangkan risiko stop loss







Memaksimakan potensi take profit



4



SYARAT ASAS SUPPLY & DEMAND



Chart 3 : Always look to the left



Sentiasa melihat ke sebelah kiri chart. Ini kerana disebelah kiri tersebut terdapat banyak past data yang boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat analisa.



“ Market has memory “



5



Bersandarkan kepada kenyataan itu, trader teknikal percaya market berputar pada corak yang sama atau berulang. Dengan itu, past data disebelah kiri dapat memberikan maklumat berharga untuk menjangka arah pasaran seterusnya.



6



PENGENALAN INSTITUTIONAL ORDER FLOW TRADING (IOFT)



Institutional Order Flow Trading (IOFT) merujuk kepada institution trader yang meletakkan saiz order ke dalam market seterusnya menggerakkan market. Persepsi trader yang menyatakan market digerakkan oleh big trader adalah kurang tepat. Ianya adalah subjektif bagaimana untuk menggelarkan trader sebagai big trader. Adakah market digerakkan oleh individu (big trader) atau lebih dari seorang (big traders)? Bagaimana untuk mengukur istilah big? Istilah yang lebih tepat adalah market digerakkan oleh institution trader. Institution trader tidak merujuk kepada individu, ianya lebih merujuk kepada sekumpulan pro trader. Pro trader ini seringkali memiliki portfolio dan sumber kewangan yang besar. Apabila institution trader ini masuk ke dalam market, market akan bergerak dengan sangat aktif dari kebiasaannya.



TIP



:



Yang menggerakkan market adalah institution trader. Bukan retail



trader.



Seperkara yang kita perlu faham adalah, institution trader tidak hanya menguasai market forex, tetapi turut menggerakkan market option, future dan stock. Jadi amatlah penting untuk kita memahami apa yang selalu dilakukan oleh institution trader ini.



“ Institution trader menyebabkan imbalance berlaku “



7



IOFT memfokuskan kepada kewujudan zon. Prinsipal IOFT adalah, zon tidak layak untuk berada di dalam chart jika zon tersebut tidak melakukan sesuatu atau membuktikan sesuatu. Terdapat beberapa jenis zon yang perlu difahami :1. GAP zone 2. Proven Zone 3. Shadow is Zone 4. Qualified Zone 5. Inherited Zone 6. Authentic Zone 7. Associate Zone Kesemua zon ini akan dibincangkan dan diterangkan secara lengkap pada bab yang seterusnya.



8



IMBALANCE ASAS IOFT



Apa yang kita cari di dalam market adalah imbalance. Imbalance bermaksud ketidakseimbangan berlaku di dalam market. Imbalance ini diwakili dengan pergerakan market dalam range yang besar atau berturut-turut. Ianya berlaku dengan momentum yang kuat.



Bagaimana imbalance ini boleh berlaku? Ianya disebabkan oleh institution trader yang meletakkan saiz order besar ke dalam market. Saiz order ini yang akhirnya menggerakkan market.



Mengapa kita mencari imbalance? Retail trader perlu mencari imbalance. Sifat imbalance ini adalah tergesa-gesa. Apabila berlaku imbalance, seringkali terdapat baki order yang tertinggal. Baki order ini akan dicari (pullback atau retracement) sebelum pergerakan market diteruskan. Contohnya begini. Apabila kita keluar rumah secara tergesa-gesa, pasti akan ada barang yang tertinggal. Dan kita perlu balik semula untuk mengambil barang yang tertinggal itu sebelum kita meneruskan perjalanan.



9



Chart 4 : Imbalance asas IOFT



Kefahaman



imbalance



adalah



penting.



Kerana



dipermulaan



berlaku



imbalance ini wujudnya zon SND. Hanya pergerakan imbalance mampu untuk break sesuatu zon SND.



Imbalance bearish (turun dari atas ke bawah) mewujudkan zon supply. Imbalance bullish (naik dari bawah ke atas) mewujudkan zon demand.



10



Chart 5 : Contoh imbalance yang berlaku di dalam market



Persoalan berikutnya.



“ Bagaimana untuk mengenalpasti imbalance? “



11



KRITERIA IMBALANCE



Persoalan yang sering timbul adalah, bagaimana untuk mengenalpasti imbalance. Ini kerana kurangnya panduan dalam mengenalpasti imbalance. Secara asasnya terdapat dua (2) cara mudah dalam mengenalpasti imbalance.



2 cara mudah untuk mengenalpasti imbalance :1. Candlestick (CS) warna sama secara berturutan dalam range yang besar 2. CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart



12



Candlestick (CS) warna sama secara berturutan dalam range yang besar



Chart 6 : Contoh imbalance candlestick warna sama secara berturutan dalam range yang besar



13



Candlestick (CS) warna sama secara berturutan dalam range yang besar



Chart 7 : Contoh imbalance candlestick warna sama secara berturutan dalam range yang besar



14



CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart



Chart 8 : Contoh imbalance CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart



15



CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart



Chart 9 : Contoh imbalance CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart



16



Dari imbalance ini, wujudlah zon supply dan demand. Di permulaan berlakunya imbalance, disitulah zon SND yang perlu ditanda.



Chart 10 : Imbalance mewujudkan zon SND



17



Chart 11 : Imbalance bearish mewujudkan supply



Apabila imbalance bearish terjadi, ia akan mewujudkan zon supply. Apabila keadaan sebegini berlaku, kita akan meletakkan entry SELL di zon supply yang terbentuk itu.



18



Chart 12 : Imbalance bullish mewujudkan demand



Apabila imbalance bullish terjadi, ia akan mewujudkan zon demand. Apabila keadaan sebegini berlaku, kita akan meletakkan entry BUY di zon demand yang terbentuk itu.



19



PENGENALAN ZON



Zon adalah nadi penting bagi trader SND. Kerana zon mewakili kawasan untuk trader melakukan entry. Tanpa zon, semestinya tiada entry untuk dilakukan. Di dalam IOFT, zon perlu “bekerja” untuk wujud. Sesuatu zon itu perlu melakukan sesuatu atau bersebab untuk layak dilukis di dalam chart. Sekiranya sesuatu zon itu tidak melakukan apa-apa, ianya tidak layak untuk berada di dalam chart. Contoh zon yang “bekerja” adalah qualified zone. Qualified zone terbahagi kepada dua (2), iaitu zone break zone dan zon break momentum trendline. Zon sebegini melakukan “kerja” di dalam market dan layak untuk dilukis di dalam chart. Satu lagi zon yang layak berada di dalam chart adalah proven zone. Asalnya proven zone ini tidak layak berada di dalam chart. Tetapi zon sebegini berlaku reaksi market yang akhirnya membuktikan ia juga layak berada dalam chart. Selain itu, terdapat juga inherited zone, authentic zone dan juga associate zone. Zon-zon ini melengkapkan silibus IOFT.



TIP



:



GAP disebabkan berita adalah normal. GAP tanpa sebab dan



kerap, salah satu tanda broker boleh diragui. Broker yang tidak mematuhi asas CS boleh dipertikaikan.



20



GAP ADALAH ZON



Asas candlestick (CS) secara mudahnya adalah, dimana berlakunya close, disitu akan berlakunya open.



Chart 13 : Asas CS pada open dan close



21



TIP



:



GAP disebabkan berita adalah normal. GAP tanpa sebab dan



kerap, salah satu tanda broker boleh diragui. Broker yang tidak mematuhi asas CS boleh dipertikaikan.



GAP berlaku apabila terdapat jurang di antara open dan close CS. Kebiasaannya GAP ini berlaku disebabkan oleh berita-berita ekonomi berimpak tinggi. Apabila GAP yang disebabkan berita ekonomi berlaku, ianya akan mewujudkan imbalance. GAP yang disusuli imbalance ini mewujukan sebuah zon. Syarat GAP menjadi zon ;1. Selepas GAP, berlaku imbalance 2. Selepas GAP, tiada shadow menutup GAP.



22



Chart 14 : GAP menjadi zon apabila memenuhi syarat ditetapkan



23



Chart 15 : GAP tidak wujud selepas shadow menutup GAP



Apabila shadow atau body CS tutup melebihi GAP, tiada lagi baki order yang tertinggal. Dengan kata lain, zon tidak lagi wujud.



24



Chart 16 : GAP tidak wujud jika imbalance tidak berlaku



GAP tanpa imbalance bermaksud tiada zon yang wujud. Keadaan ini sering berlaku apabila GAP berlaku terlalu hampir dengan zon SND.



25



PROVEN ZONE



Proven zone bukanlah zon yang layak berada di dalam chart pada asalnya. Zon ini tidak perlu dilukis di dalam chart. Tetapi berlaku reaksi market (shadow test atau market reversal) yang membuktikan zon perlu dilukis di dalam chart.



Chart 17 : Zon tidak layak berada dalam chart



26



Zon pada Chart 17 asalnya tidak perlu lukis di dalam chart kerana zon tersebut tidak melakukan apa-apa untuk kekal berada dalam chart.



Chart 18 : Rejection kali pertama di kawasan tersebut membuktikan zon wujud dan perlu berada di dalam chart



Apabila terdapat rejection atau reversal pada zon yang tidak layak ini, zon itu secara automatik akan menjadi proven zone. Zon perlu di tanda di dalam chart kerana telah berlaku reaksi market pada kawasan tersebut.



27



Chart 19 : Apabila market kembali semula ke dalam zon, reaksi market boleh berlaku



28



Chart 20 : Reaksi market berlaku pada proven zone



29



Chart 21 : Reaksi market berlaku pada proven zone



30



Chart 22 : Reversal bukti zon wujud



31



SHADOW IS ZONE



Syarat ketiga SND adalah sentiasa melihat ke kiri (always look to the left). Ini kerana di sebelah kiri chart mempunyai past data yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam menganalisa market. Shadow merupakan satu komponen di dalam pembentukan CS. Shadow yang panjang dan ketara adalah sangat penting kerana ia mempunyai seribu satu cerita yang tersembunyi. Shadow yang panjang dan ketara ini tidak wujud dengan saja-saja, terutama bila ianya berlaku di timeframe yang besar. Shadow boleh menjadi bukti kepada zon wujud (proven zone). Shadow juga boleh menjadi zon apabila disebelah kiri chart tidak mempunyai zon. Syaratnya adalah shadow tersebut bersifat panjang dan sangat ketara.



32



Chart 23 : Shadow menjadi zon



33



Chart 24 : Shadow menjadi zon



34



Shadow panjang tidak wujud dengan saja-saja. Market sentiasa mempunyai niat yang terselindung melalui shadow. Sentiasa berwaspada dengan shadow sebegini.



Chart 25 : Shadow sentiasa mempunyai niat



35



QUALIFIED ZONE



Ini adalah zon yang wajib berada di dalam chart. Zon yang wajib dicari. Zon ini adalah zon yang paling utama. Qualified zone merupakan watak penting di dalam IOFT. Qualified zone adalah zon yang melakukan sesuatu kerja di dalam chart. Kerja-kerja yang dilakukan itu membuktikan zon ini adalah zon yang kuat. Qualified zone terbahagi kepada 2 kategori :1. Zone break zone. Zon ini adalah zon yang berjaya break zon yang bertentangan dengannya. Maksudnya adalah, zon supply berjaya break zon demand, zon demand berjaya break zon supply. 2. Zone break Momentum Trendline (MT) MT digunakan untuk mengukur kekuatan momentum. Bila masa CS berjaya break MT ini, bermaksud momentum market sudah melemah.



36



Zone break zone



Apabila berlaku break sesuatu zon, kita akan mencari punca break itu datang. Dari mana CS yang break zon itu datang. Permulaan wujudnya CS punca break itu akan menjadi qualified zone.



Chart 26 : Turutan kepada zone break zone



Satu (1) perkara yang sangat berkesan dan efektif apabila menanda zon adalah dengan bermonolog pada diri sendiri. “Ini adalah zon, adakah ianya imbalance? Adakah ianya break zon bertentangan dengannya? Dimana zon yang dia break itu? Dimana CS yang menjadi punca break itu?”



37



Sangat penting untuk kita faham kenapa zon itu wujud. Apabila kita gagal untuk memahami kewujudan zon, kita akan cenderung melukis zon yang salah.



Chart 27 : Contoh penandaan zon yang salah



Chart 27 memperlihatkan bagaimana penandaan zon yang salah berlaku. Zonzon itu ditanda dan kemudiannya menyukarkan kita untuk meletakkan entry. Adakah kesemua zon itu layak berada dalam chart?



“ Kenapa zon ini wujud? “



38



Chart 28 : Sentiasa bertanya perihal kewujudan zon



Chart 29 : Zone break zone adalah qualified zone



39



Chart 30 : Analisis EURJPY pada 3 Januari 2017 melalui zone break zone



Buat perbandingan analisis di atas dengan market semasa. Menerusi analisis ini, kita menjangkakan EURJPY akan turun.



40



Chart 31 : Analisis USDOLLAR pada 18 Januari 2017 melalui zone break zone



Dari analisis Chart 31 ini, kita akan menjangkakan USDOLLAR akan kembali kepada qualified supply. Apabila market menghampiri zon qualified supply tersebut, posisi SELL akan diambil dan menjangkakan market akan turun bermula dari zon qualified supply tersebut.



41



Chart 32 : Zon demand (merah) tidak layak berada dalam chart



Chart 33 : Bertanya dan bertanya pada kewujudan zon



42



Zone break Momentum Trendline (MT)



Momentum Trendline adalah sebuah trendline. Tetapi tidak seperti trendline yang digunakan secara meluas untuk melihat trend, Momentum Trendline digunakan untuk melihat kekuatan momentum pergerakan market. Sesuatu market itu ditafsirkan momentum lemah atau hilang momentum apabila Momentum Trendline berlaku break. Untuk



menggunakan



momentum



trendline adalah mudah. Kenalpasti P1 dan P2, dan pastikan P2 break L1 dan



seterusnya.



Itu



sudah



membentuk momentum trendline. Kemudian



apa



yang



kita



perlu



perhatikan adalah, CS mula break momentum trendline. Dari situ kita akan mencari punca zon CS itu break momentum trendline.



43



Chart 34 : Labelkan formula L1-P1-L2 atau P1-L1-L2 untuk membentuk MT



Konsepnya adalah sama dengan konsep HL – LL – LH -HH. Tetapi kita kekalkan formula asal bagi menjaga originaliti IOFT itu sendiri. Momentum trendline boleh terbentuk melalui 2 keadaan :1. Kombinasi 3 CS 3 CS pertama telah membentuk L1-P1-L2 atau P1-L1-P2 2. Melalui wave market Market bergerak secara wave. Kenalpasti tempat berlaku reverse.



44



Chart 35 : MT terbentuk dari kombinasi 3 CS



Chart 36 : MT terbentuk melalui wave market



45



Apa yang paling penting adalah untuk melihat CS yang break MT. Apabila CS close dan break MT, cari punca CS break itu datang. Dari punca CS itu datang, akan membentuk zon qualified yang break MT.



Chart 37 : Perhatikan apabila CS break MT



46



Chart 38 : Contoh-contoh MT



Tip : Apabila melibatkan pembentukan zon, sentiasa bermonolog dengan diri sendiri. Kenapa zon ini wujud? Adakah imbalance di zon ini? Adakah zon ini qualified? Adakah zon ini break zon berlawanan atau zon ini break momentum trendline?



47



Satu perkara tentang MT ialah kecerunan. Momentum kuat membentuk kecerunan tajam. Asalkan wujud formula L1-P1-L2 atau P1-L1-P2, boleh untuk kita tarik satu MT.



Chart 39 : Kecerunan tiada masalah untuk membentuk MT



48



Momentum trendline juga mempunyai fungsi tambahan iaitu untuk membantu dalam hold position atau close position.



Chart 40 : Entry hold selagi tidak break MT



49



Momentum trendline juga membantu kita dalam membuat keputusan entry dengan berkesan.



Chart 40 : Tiada MT break menandakan momentum masih kuat



50



Chart 41 : Gagal break MT dan market terus break zon



51



Chart 42 : Selagi MT tiada break, entry adalah berisiko



Situasi Chart 41 ketika itu berada di zon daily demand. Tetapi apabila kita lihat di timeframe H4, ada MT yang masih belum break. Selagi MT tidak break, sebarang entry adalah berisiko.



52



Chart 43 : Seperti dijangka, market terus turun



“ MT is a powerful tool, use it. Be smart “



53



Inherited zone



Inherited zone adalah sebuah zon yang hanya wujud dalam momentum trendline sahaja. Inherited zone tidak melakukan apa-apa kerja, Tetapi menjadi zon atas ihsan zon yang memecahkan momentum trendline. Umpama suami bekerja keras untuk mendapat gelaran Dato. Isteri senang lenang terus dapat gelaran Datin. Apabila wujudnya inherited zone, ia mewujudkan double zone. Di kawasan tersebut akan menjadi zon yang kuat dan susah untuk ditembusi.



Chart 44 : Inherited zone wujud di atas zon yang menjadi punca kepada break momentum trendline



54



Chart 45 : Inherited zone wujud di bawah zon yang menjadi punca kepada break momentum trendline



55



Chart 45 : Market dilihat menuju ke atas untuk menguji inherited zone



56



Chart 46 : Double zone sukar untuk ditembusi



Tip : Apabila wujudnya double zone, iaitu qualified dan inherited zone, entry boleh diletakkan di bahagian qualified dan inherited zone atau di antara kedua-dua zon tersebut.



57



AUTHENTIC & ASSOCIATE ZONE



Syarat ketiga SND adalah sentiasa melihat ke kiri chart. Ini ada kaitan dalam menentukan sama ada sesuatu zon itu bersifat authentic atau associate. Authentic zone disifatkan sebagai zon yang tulen. Zon ini terbentuk dengan sendirinya tanpa ada refleksi dari sebelah kiri chart. Authentic zone adalah zon yang terbaik untuk meletakkan entry. Associate zone adalah zon yang terbentuk hasil dari refleksi pada zon disebelah kiri chart. Associate zone bersifat bertindih dan membentuk banyak zon di dalam satu zon utama.



Chart 47 : Perbezaan authentic zone dan associate zone



58



Jadi, apa yang kita cari sebenarnya dalam zon authentic dan associate ini? Ada 4 keadaan zon yang berlaku :















Fresh Authentic Zone -



Fresh Authentic Qualified Zone



-



Fresh Authentic Proven Zone



Unfresh Authentic Zone -



Unfresh Authentic Qualified Zone



-



Unfresh Authentic Proven Zone



Fresh Associate Zone -



Fresh Associate Qualified Zone



-



Fresh Associate Proven Zone



Unfresh Associate Zone -



Unfresh Associate Qualified Zone



-



Unfresh Associate Proven Zone



Hierarki kekuatan sesuatu zon adalah seperti contoh di atas. Fresh Authentic Qualified Zone adalah zon yang terbaik untuk meletakkan entry, manakala Unfresh Associate Proven Zone adalah zon paling lemah untuk meletakkan entry.



59



Fresh Authentic Zone adalah zon yang terbaik untuk melakukan entry. Ini kerana zon tersebut terbentuk dengan sendirinya tanpa ada reaction dari zon yang terdahulu. Fresh Associate Zone adalah zon yang terbentuk hasil dari reaction market terdahulu, digunakan untuk menjangka arah pergerakan reaksi market (samada rejection pada zon atau break zon tersebut), boleh juga digunakan untuk melakukan entry. Unfresh Associate Zone adalah zon yang perlu dielakkan. Ianya bukanlah true zone kerana zone ini terbentuk dari market terdahulu, dan mempunyai sejarah sudah disentuh sebelum ini. Zon seperti ini selalunya mudah break kerana tiada lagi tinggalan order pada zon tersebut.



Chart 48 : Kenalpasti perbezaan authentic dan associate zone



60



Chart 49 : Reaksi market pada fresh authentic qualified zone



61



Chart 50 : Reaksi market pada authentic qualified zone dan associate proven zone



62



Chart 51 : Reaksi market pada fresh zone dan unfresh zone



63



MULTITIMEFRAME ANALYSIS



Multitimeframe analysis merujuk kepada analisis teknikal market merentasi pelbagai timeframe bagi mendapatkan pandangan market yang lebih menyeluruh berbanding memfokuskan kepada 1 timeframe sahaja. Timeframe secara tidak langsung mewakili profail trader. Mengenali profail trader diri sendiri amat penting dalam menentukan strategi trade masingmasing. M1



M15



M30



H1



H4



D1



W1



MN



Scalper Intraday Swing



Profail trader dan penggunaan timeframe adalah berbeza. Contoh di atas adalah penggunaan timeframe yang sering digunakan oleh profail trader yang berbeza. IOFT menganjurkan penggunaan 3 timeframe dalam analisis multitimeframe ini. Seorang swing trader akan memulakan analisis teknikal dari timeframe monthly sehingga timeframe daily. Penggunaan 3 timeframe dapat memberikan analisis yang berkualiti dalam melihat arah market dengan lebih berkesan.



64



Chart 52 : Reaksi market pada fresh zone dan unfresh zone



Rujuk pada Chart 52, market telah masuk ke dalam daily demand (biru), apabila dilihat di timeframe H4, kelihatan wujudnya sebuah MT (hijau). Selagi tiada break pada MT di timeframe H4 tersebut, ianya bukan masa yang sesuai untuk entry BUY.



65



Chart 53 : Gagal break MT dan terus turun



Apa yang jadi selepas itu adalah, market gagal melepasi MT H4 tersebut dan terus turun.



66



Chart 54 : Demand daily (biru) berhampiran supply monthly (merah)



Chart 54 memperlihatkan demand daily terbentuk berhampiran supply monthly. Dalam situasi sebegini, pilihan terbaik adalah dengan menunggu peluang sell sahaja, sama ada sell limit di zon supply monthly atau sell stop selepas daily demand. Tindakan buy adalah kurang matang dan berisiko.



67



Chart 55 : Market break daily demand



Maksudnya disini adalah semakin besar timeframe, semakin berkualiti zon yang terhasil itu. Analisis multitimeframe memberikan pandangan market dengan lebih terperinci dan sangat membantu dalam membuat keputusan trade.



68



SUDUT TEKNIKAL



Sudut teknikal bukanlah sebahagian daripada silibus IOFT. Ianya adalah topik yang subjektif. Ini kerana setiap trader mempunyai pandangan berbeza dalam sudut teknikal seperti entry, stop loss (SL), take profit (TP), money management dan sebagainya. Setiap penerangan di dalam sudut teknikal ini adalah dari pandangan dan pemahaman penulis semata-mata. Pembaca adalah bebas untuk menerima idea dari penulis ini atau tidak.



69



SUDUT TEKNIKAL - ENTRY, STOP LOSS (SL) & TAKE PROFIT (TP)



Chart 56 : Situasi entry pada zon supply



Chart 57 : Situasi entry pada zon demand



70



Chart 56 dan 57 adalah contoh meletakkan order di zon supply dan demand. Contoh yang sering dilakukan oleh kebanyakan trader SND. Entry selalunya diletakkan di permulaan zon manakala stop loss (SL) di letakkan sedikit atas atau bawah dari zon.



Apabila zon untuk entry adalah besar, ianya menjadi masalah Ini yang selalu terjadi untuk trader SND sebelum melakukan entry. Zon SND terlalu besar. Jika di timeframe besar, range zon selalu melebihi 100 pip. Zon yang besar menyebabkan trader berkira-kira untuk melakukan entry.



Formula lompat 2 timeframe Salah satu cara yang digunakan oleh penulis untuk melakukan entry adalah dengan mencari entry di timeframe yang rendah.



Timeframe sebenar zon



Timeframe entry



Monthly



Daily



Weekly



H4



Daily



H1



H4



M30



H1



M15



71



Chart 58 : Zon qualified supply daily



Chart 58 memperlihatkan sebuah zon qualified supply di timeframe daily. Zon tersebut kira-kira 70 pip. Jika di ambil kira SL, mungkin risk akan meningkat sehingga 80-90 pip. Perkara ini menyebabkan ramai trader takut untuk meletakkan entry di timeframe besar, sedangkan timeframe besar lebih berkualiti zon yang terbentuk.



72



Chart 59 : Formula lompat 2 timeframe untuk entry risk lebih kecil



Dari timeframe daily, gunakan formula lompat 2 timeframe. Apa yang kita cari di timeframe kecil ini adalah permulaan CS mula keluar atau break zon dan membentuk imbalance. Disitulah akan menjadi zon untuk entry. Entry di timeframe kecil memberikan risiko SL yang kecil juga.



73



Chart 60 : CADCHF di timeframe M30



Risiko pada Chart 60 ada 30 poin. Risiko ini adalah sangat kecil memandangkan timeframe yang digunakan juga kecil, iaitu M30. Tetapi bolehkah jika mahukan zon yang lebih kecil dengan menggunakan formula lompat 2 timeframe? Jawapannya BOLEH!



74



Chart 61 : CADCHF di timeframe M5



Risk di timeframe M5 menjadi 23 poin. Tetapi harus diingat, jangan terlalu mencari zon yang kecil. Spread perlu di ambil kira. Dikhuatiri zon yang kecil menyebabkan entry tidak diaktifkan.



75



Tetapi meletakkan entry bukanlah perkara pertama yang perlu difikirkan. Maklumat pertama yang trader miliki sebelum meletakkan entry adalah zon SL. Sebelum entry dilakukan, trader masih mempunyai kawalan terhadap modal dan market. Selepas entry dilakukan, trader tidak mampu berbuat apa lagi. Market akan menentukan samada trader untung atau rugi dari entry yang dilakukan itu. Sebab itu SL ini penting. Dari SL inilah, trader mula merancang risiko rugi dan potensi untung. Trader boleh rancang berapa risiko SL yang sanggup ditanggung, tetapi tidak boleh menjangka berapa potensi untung yang boleh diperolehi. Setelah SL ditetapkan, perkara kedua adalah menjangka potensi keuntungan. Bagaimana untuk meletakkan TP. Cara tradisional sedia ada adalah melalui risk to reward ratio (RRR). Maksudnya disini adalah, jumlah pip SL digandakan untuk memaksimakan TP. Sebagai contoh jika SL diletakkan 30 pip, dengan RRR 1:2, TP akan diletakkan kepada 60 pip.



Risk Reward Ratio



Stop Loss (pip)



Take Profit (pip)



1:2



30



60



1:3



30



90



1:5



30



150



1:10



30



300



Berikut adalah cadangan pemilihan risk reward ratio yang boleh dilakukan. Trader yang bijak, melakukan perancangan dengan bijak di dalam atau di luar trade.



76



Tidak mahu meletakkan TP? Tiada masalah. Gunakan MT sepertimana diterangkan di mukasurat 49.



Profit range Satu lagi keadaan untuk meletakkan target profit adalah dengan melihat kepada profit range. Profit range adalah satu (1) situasi atau keadaan market dijangka naik atau turun dengan mudah tanpa ada halangan atau penampan. Ianya berbalik semula kepada syarat SND ketiga, always look to the left.



Chart 62 : Profit range yang cantik



77



Profit range ini turut dikenali sebagai zon gap. Keadaan ini selalunya berlaku disebabkan oleh imbalance. Sebab itulah sangat penting bagi trader memahami imbalance.



Chart 63 : Market memenuhi zon gap



Masih ingat tragedi black swan? Salah satu profit range yang cantik. Memberikan keuntungan yang sangat besar.



78



Chart 64 : Profit range black swan yang besar



79



Contoh profit range atau zon gap yang tidak cantik adalah seperti chart dibawah ini.



Chart 65 : Profit range yang tidak menarik



Seperti yang diterangkan sebelum ini, kewujudan shadow sentiasa bersebab. Jika profit range membentuk shadow yang panjang dan ketara, ianya boleh menyebabkan profit range terganggu dan tidak sempurna. Tetapi ada juga keadaan profit range terbentuk dengan cantik, solid body cs tanpa shadow panjang, tetapi profit range atau zon gap tidak dipenuhi.



80



Chart 66 : Profit range cantik tetapi tidak dipenuhi



Jika dilihat pada Chart 66, profit range yang terbentuk adalah cantik. Tetapi market tidak memenuhinya seperti selalu dilakukan market. Tidak bermakna ianya gagal, tetapi ada sebab kenapa ianya berlaku sedemikian rupa.



81



Chart 67 : Market tidak memenuhi profit range kerana wujudnya qualified zone di timeframe kecil



Setiap pergerakan market tidak berlaku dengan sia-sia. Ianya sentiasa bersebab. Pastinya ada sesuatu berlaku. Sentiasa bermonolog. Kenapa ianya berlaku? Cari sebab kenapa ianya berlaku. Dari situ belajarlah menjadi trader yang berilmu.



82



SUDUT TEKNIKAL - MONEY MANAGEMENT



Perkara yang sering diulang berkali-kali. Tetapi masih ramai yang tidak mengamalkannya dengan konsisten. Salah satu sebab mengabaikan money management adalah sifat tamak! Bila sebut pasal money management, ada beberapa perkara yang sering diulang-ulang :



Berapa risiko yang perlu ditetapkan untuk setiap entry?







Bila perlu entry dan exit?







Pair apa yang perlu pilih?







Bagaimana mahu kawal modal dengan berkesan?







Adakah single entry atau layer entry?



Setiap persoalan tersebut harus dijawab sebelum melakukan entry. Amat penting untuk merancang entry order agar jangka hayat modal dapat bertahan lama dan tidak terkena margin call. Pengawalan risiko amat penting dalam forex trading memandangkan ianya cabang pelaburan paling berisiko. Trader harus faham berapa peratusan risiko yang sanggup hadapi dari keseluruhan trade dan modal. Perbezaannya sangat besar di antara merisikokan 2% dan 10% di dalam trade. Tetapi tidak juga dinafikan, di dalam forex trading, risiko besar turut memberikan pulangan besar.



83



Chart 62 : Perbezaan risiko 2% dan 10%



Merujuk kepada Chart 62, bermodalkan USD100.00 dengan merisikokan 2% bagi setiap trade. Jika terkena Stop Loss 30 kali berturut-turut sekalipun, baki modal masih ada USD55.66.



84



Berbeza pula jika meletakkan risiko 10% terhadap situasi yang sama. Baki modal yang tinggal hanyalah USD4.71 sahaja. Keputusan melakukan trade itu terletak pada tangan trader itu sendiri. Samada mengejar konsistensi, atau keuntungan segera. Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan trader.



85



Leverage penyelamat akaun!



Trader pasti sedar setiap broker menawarkan pelbagai pilihan leverage sebagai kemudahan kepada trader. Dari leverage serendah 1:50 sehingga kepada setinggi 1:1000, penggunaan leverage yang sesuai boleh membantu survival akaun trade. Penggunaan leverage kecil seperti 1:50 dan 1:100, menyebabkan margin used yang dicagarkan kepada broker tinggi walaupun menggunakan lot kecil, ini menyebabkan layer entry sukar dilakukan jika modal adalah kecil. Tetapi dari segi survival akaun, ianya lebih bertahan lama daripada margin call. Manakala penggunaan leverage besar seperti 1:500 sehingga 1:1000 hanya memerlukan margin used yang kecil walaupun meletakan saiz lot yang besar, entry layer juga boleh dilakukan dengan mudah walaupun bermodal kecil. Tetapi dari segi risiko untuk margin call adalah tinggi kerana dikhuatiri overtrade berlaku.



Kesimpulannya, money management adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan trader itu sendiri. Dari pemilihan pair, risk reward ratio, saiz lot, saiz leverage, entry layer atau single entry, keputusan dari trader akan menentukan nasib survival akaun trade. Oleh itu, lakukanlah perancangan yang bijak sebelum sesuatu trade itu dilakukan.



86



SUDUT TEKNIKAL - LAYER ENTRY



Tidak salah sebenarnya untuk melakukan layer entry. Tidak ada syarat yang melarang para trader dari melakukan layer entry. Tetapi trader itu perlu berilmu dan bijak dalam melakukan layer entry. Faktor margin used perlu diambil kira sebelum melakukan layer entry. Satu perkara yang boleh dilakukan oleh trader untuk melakukan layer entry adalah dengan memilih pair murah. Benar sekali, terdapat pair murah dan mahal. Ini adalah perkara yang jarang sekali diketahui oleh ramai trader. Setiap pair, margin used adalah berbeza. Pair yang murah seperti pair AUDUSD hanya memerlukan USD0.76 sebagai cagaran bagi setiap lot saiz 0.01. berbeza dengan pair GBPUSD yang memerlukan USD1.33 sebagai cagaran bagi jumlah lot saiz yang sama. Tetapi nilai bagi setiap pip adalah sama bagi kedua-dua pair tersebut, iaitu USD0.10 bagi setiap satu pip. Berdasarkan situasi di atas, 10 layer entry bagi pair AUDUSD hanya memerlukan USD7.60 sedangkan GBPUSD menelan kos sehingga USD13.30. perbezaan sangat ketara bukan?



Chart 63 : Margin used berbeza setiap pair



87



Chart 63 adalah sebahagian pair dengan nilai margin used yang berbeza. Trader yang bijak, dengan modal yang kecil, tetapi jika mahu melakukan layer entry, pastikan pemilihan pair bersesuaian dengan strategi trade supaya margin used terkawal.



Tip : Sila gunakan trader’s kalkulator yang disediakan oleh pihak broker seperti di https://www.fortfs.com untuk memastikan berapa margin used yang diperlukan untuk setiap entry yang akan dilakukan.



88



Layer dengan menggunakan MT!



MT benar-benar berkuasa. Selain mewujudkan qualified zone, MT boleh digunakan untuk hold order atau close entry. Pada masa sama, MT juga boleh digunakan untuk mendapatkan layer entry.



89



90