Isu Pelanggaran Etika Keguruan (Autorecovered) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ISU PELANGGARAN ETIKA KEGURUAN Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada semua guru-guru yang turut serta dalam syarahan kita pada hari ini yang bertajuk Etika Profesionalisme Keguruan. Sebelum saya meneruskan syarahan saya pada hari ini, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas jemputan pihak sekolah, SK Bandar Baru Sri Damansara 2 untuk menyampaikan syarahan pada hari ini. Pendidikan mementingkan aspek kualiti dan kecemerlangan seseorang individu. Kewujudan pendidikan yang berkualiti akan mengangkat martabat individu seseorang. Dalam mencapai usaha untuk memnuhi pendidikan berkualiti, kualiti seorang guru itu harus dititikberatkan. Perkembangan dalam dunia memberi cabaran yang hebat kepada guru dalam membentuk peribadi diri dan murid agar menjadi seorang insan yang berguna. Sama ada sedar atau tidak sedar, seorang guru itu memikul satu tanggungjawab yang besar dalam melahirkan seorang insan yang dapat membantu negara menjadi lebih baik. ‘Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin’. (Falsafah Pendidikan Guru) Jadi matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan guru berkualiti dari segi peribadi, professional sosial dan amalan tingkah laku yang baik. Guru juga diharapkan boleh menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan. Malah harapan yang tinggi berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke 21. Oleh itu guru seharusnya memiliki sahsiah yang sewajarnya. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.



Banyak isu pelanggaran etika keguruan dan perundangan dalam Pendidikan telah terjadi. Isu yang cuba saya ketengahkan ialah isu kepedulian guru. Tingkah laku guru memberi kesan terhadap pencapaian akademik serta sikap mereka terhadap persekitaran pembelajaran. Amanah seorang guru adalah untuk mendidik pelajar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Guru juga bertindak sebagai pelindung dalam menjaga maruah serta keselamatan pelajar mereka. Perbuatan guru yang menyalahi etika seperti mencabul kehormatan pelajar, berkhalwat serta berperangai sumbang seharusnya dijauhi. Seperti contoh di keratan akhbar berikut, Guru telah meraba kemaluan murid. Guru tersebut telah melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam makmal sekolah. Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebat 18 kali. Tertuduh merayu agar hukumannya diringankan atas alasan sudah insaf dan mempunyai isteri dan 5 orang anak untuk ditanggung. Punca berlakunya perlanggaran etika keguruan tersebut disebabkan pelbagai faktor antaranya ialah guru tersebut tinggal berjauhan dengan anak dan isteri dan dia merasa kesunyian dan alami tekanan yang menyebabkan guru tersebut berbuat demikian. Selain itu, nafsu guru yang telah dipengaruhi oleh hasutan syaitan juga menyebkan perkara ini terjadi. Guru seharusnya peduli akan murid dan memelihara maruah murid tersebut. Ibu bapa mempercayai guru untuk mendidik anak-anak mereka bukannya harapkan pagar, pagar makan padi. Isu ini boleh dibendung dengan usaha kerajaan serta pihak sekolah dalam memupuk keperibadian guru yang unggul. Pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru – guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk melakukan tingkah laku negatif akan berkurangan kerana guru mengetahui bahawa persekitarannya sedang dipantau. Pihak pentadbir boleh mengenakan tindakan tegas seperti tindakan tatatertib kepada guru yang terbabit dengan kesalahan tingkah laku ini. Selain itu, pihak pentadbir juga boleh memberi khidmat nasihat kepada guru tersebut melalui sesi kaunseling. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan – rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam tingkah laku negatif ini dapat berubah menjadi guru yang lebih baik. Sokongan orang sekeliling adalah sangat penting sebagai pemangkin semangat guru untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Isu yang kedua berkatian isu etika kesantunan guru, Ibu bapa amat bergantung harap sepenuhnya kepada para guru supaya dapat membentuk dan mendidik anak-anak mereka



menjadi insan yang berguna. Namun, berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman yang dikenakan guru terhadap murid secara melampau sering kali dilaporkan. Hal ini memberikan gambaran bahawa penerapan nilai kesantunan tingkah laku dalam diri segelintir guru semakin terhakis. Jika merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula, kesantunan atau perihal santun bermaksud kesopanan dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Kehalusan budi bahasa atau budi pekerti pula merujuk kepada seseorang yang mempunyai perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan dan watak yang baik. Berdasarkan rujukan kamus dan pendapat tokoh-tokoh akademik dapatlah diringkaskan bahawa seseorang yang santun bukan sahaja perlu menjaga tutur kata malah tingkah lakunya juga perlu dijaga. Oleh itu, nilai kesantunan tingkah laku ini perlu ada dalam diri setiap guru kerana guru merupakan ‘role model’ yang menjadi contoh dan teladan kepada murid-murid. Selain menjadi rol model kepada murid, keperluan mempunyai nilai kesantunan tingkah laku dalam diri seorang guru juga adalah supaya tidak berlakunya pelanggaran kod etika keguruan. Merujuk kepada prinsip kesetiaan dalam kod etika keguruan, seorang guru tidak harus mengamalkan tingkah laku yang tidak sopan terhadap murid yang boleh menyebabkan jatuhnya martabat profesion keguruan (Foo, 2005). Oleh itu, apabila berlakunya kes guru pukul murid, guru dera murid, guru mencederakan murid dan sebagainya, guru tersebut boleh dikatakan sebagai guru yang tidak mempunyai ciri kesantunan tingkah laku dan telah melanggar kod etika keguruan yang telah digariskan. Sebuah artikel daripada sumber akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Julai 2014 bertajuk “Cikgu Naik Angin Baling Kasut” yang dikarang oleh Nurulatiq Ahmad Bandi membuktikan bahawa seorang guru telah melakukan perbuatan yang menyalahi etika perguruan. Seorang guru dikatakan ‘naik angin’ lalu membaling kasut setelah mendapati seorang murid perempuan ingkar arahannya supaya tidak bermain di dalam kelas. Seorang guru lelaki di sebuah sekolah kebangsaan di Port Dickson telah didakwa kerana membaling kasut kepada seorang murid perempuan tahun dua sehingga menyebabkan kecederaan di dahi dan menerima tiga jahitan. Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada tindakan murid tersebut yang bermain di belakang kelas bersama dua rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Bukan setakat itu sahaja, guru tersebut juga langsung tidak menghiraukan kecederaan yang dialami mangsa setelah berlaku insiden tersebut.



Keadaan ini jelas



menunjukkan bahawa guru tersebut telah bertindak mengikut emosi tanpa menghiraukan keselamatan murid berkenaan.



Berdasarkan isu yang dilaporkan ini, guru tersebut jelas telah melanggar kod etika keguruan kerana melakukan perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada muridnya. Merujuk kod etika perguruan di Malaysia, guru perlu menjalankan tanggungjawabnya kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara (Foo, 2005). Keadaan ini jelas menunjukkan perbuatan guru tersebut bertentangan dengan akauntabiliti keguruannya terhadap murid. Jika diamati, kes yang dilaporkan ini termasuk dalam isu kesantunan tingkah laku guru. Dalam kes ini, guru tersebut seharusnya bertindak secara matang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa bertindak mengikut emosi. Apabila melihat kepada kes yang berlaku ini, boleh dikatakan bahawa guru ini tidak mempunyai sifat santun kepada anak muridnya.



Guru seharusnya menegur perbuatan



muridnya dengan lebih berhemah. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam artikel tersebut, guru yang berkenaan mengajar subjek Pendidikan Moral.



Dimanakah letaknya nilai moral



seseorang guru jika menegur murid dengan menggunakan kekerasan? Kelas pendidikan moral sepatutnya mengajar murid-murid tentang budi bahasa dan nilai-nilai moral, namun sebaliknya pula yang berlaku. Antara punca-punca berlakunya isu ini adalah tekanan yang dihadapi oleh guru adalah berpunca daripada ketidakmampuan guru mengawal disiplin di dalam bilik darjah dan sekolah. Oleh itu, masalah disiplin murid boleh dijadikan sebagai punca seseorang guru ‘naik angin’ terhadap murid dan melakukan sesuatu diluar kawalan emosinya. Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaan guru. Guru sering kali dikejutkan dengan tindakan murid diluar jangkaan seperti tidak mematuhi arahan, melanggar disiplin sekolah dan sebagainya. Oleh itu, sekiranya masalah disiplin murid tidak dapat ditangani dengan baik, guru cenderung untuk melakukan tindakan yang tidak profesional sebagai penyelesaian kepada permasalahan tingkah laku murid yang kurang disenangi. Selain itu, tekanan kerja guru juga merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan seseorang guru ‘naik angin’ terhadap murid.



Mengikut Kyriacou & Sutcliffe



(1978) dalam Kamaruzaman (2007) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai guru.



Oleh itu, tidak hairan jika



tekanan kerja yang dialami oleh guru menyebabkan segelintir guru hilang pertimbangan semasa mengenakan hukuman terhadap murid.



Bersangkutan dengan isu tekanan kerja guru, bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah mendedahkan bahawa beban kerja para guru pada masa kini adalah terlalu berat. Selain tugas-tugas hakiki selaku pendidik, isu longkang sumbat, isu siling bocor juga antara bebanan yang terpaksa dipikul guru.



Pengharapan untuk



menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah turut meningkatkan bebanan kerja para guru selain tanggungjawab remeh-temeh yang terpaksa digalas mereka (Utusan Online, Januari 2008). Gangguan emosi guru juga boleh dikatakan sebagai punca guru ‘naik angin’ terhadap murid. Menurut Goleman (1998) dalam Mok Soon Sang (2010), kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku.



Kecerdasan emosi juga merupakan tindakan dan



kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan. Emosi yang tidak stabil akan boleh mengakibatkan berlakunya sesuatu perbuatan di luar kewarasan akal. Emosi yang tidak stabil ini boleh terhasil apabila guru tidak mencapai keperluan peribadi. Misalnya, seorang guru mempunyai sasaran terhadap tingkah laku murid agar tidak bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila telah berulang kali tingkah laku yang sama dilakukan, guru akan merasa kecewa, rasa putus asa dan akhirnya menyebabkan guru bertindak diluar kawalan kerana berasa tercabar apabila murid ingkar arahannya. Cadangan pertama bagi mengatasi masalah guru ‘naik angin’ terhadap murid ini ialah peranan pihak pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar. Hal ini kerana menurut Sapora Sipon (2010), program pengurusan tekanan mampu membantu individu mengurus punca-punca tekanan selain diberikan input-input tentang cara untuk menterjemahkan perasaan dengan cara yang betul tanpa menggangu prestasi kerja.



Cadangan kedua pula ialah para guru disarankan untuk melaksanakan peraturan berkaitan dengan sifar masalah disiplin di dalam kelas.



Menurut Noriati et.al (2009),



penguatkuasaan peraturan di dalam kelas ini merujuk kepada Model Disiplin Asertif yang telah diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter setelah mendapati majoriti guru tidak mampu mengawal tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik darjah. Cadangan ini juga releven



setelah mendapati masalah disiplin murid merupakan salah satu punca guru bertindak diluar kawalan emosinya. Dengan adanya peraturan kelas sebegini, murid akan dikenakan tindakan berdasarkan hukuman yang telah dipersetujui secara bersama sahaja.



Oleh itu, masalah



disiplin di dalam kelas berjaya dikurangnya sekali gus dapat mengelakkan kejadian guru bertindak secara keterlaluan bagi tujuan menghukum murid yang melanggar disiplin. Cadangan ketiga ialah para guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan ke dalam diri setiap guru. Nilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada melakukan tindakan yang bertentangan dengan norma hidup masyarakat. Dengan kata lain, para guru perlu melibatkan diri secara produktif dalam setiap proses perubahan yang mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka Isu etika keguruan seterusnya ialah isu pengurusan masa guru. Banyak isu yang diketenahkan mengenai pengurusan masa guru antaranya adalaha isu guru ponteng kerja. guru ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugas sampingan seperti hadir mesyuarat, melaksanakan program dan sebagainya. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri. Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengansebab yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang sering diguna oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah dengan pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik. Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin



sekolah,



berbual



atau



bersembang



kosong



dengan



rakan,



melayari facebook dansebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah.



Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti yang memungkinkan guru-guru mengambil jalan mudah untuk ponteng. Hal ini merangkumi aspek dalaman dan luaran yang mana masingmasing memberi impak kepada pembangunan sahsiah seorang guru. Kurang motivasi dari dalaman guru. Guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman. Selain itu, Gangguan emosi. Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh menyebabkan seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat. Selain itu, Jarak sekolah dan keadaan persekitaraan. Keadaan ini biasanya merujuk kepada di mana guru itu mengajar. Bagi guru yang mengajar di luar bandar, dan di pulau-pulau guru lebih terdedah untuk ponteng sekolah memandangkan kurangnya lawatan dari pihak atasan dan nazir. Guru mengambil cuti lebih awal dari masayang ditetapkan untuk tujuan tertentu seperti pulang untuk sambutan perayaan dan cuti persekolahan. Selain itu, Pengaruh rakan-rakan sejawat. Pengaruh rakan sejawat dan rakan sekeliling juga mempengaruhi isu ponteng guru. Ini kerana guru baru contohnya akan mudah terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas, membuat kerja sambil lewa dan sering ponteng. Besar kemungkinan ponteng telah menjadi kebiasaan kepada guru-guru di sekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebihlebih lagi jika pihak pentadbir sekolah tersebut tidak menangani isu ponteng ini dengan tegas. Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi mengelakkan masalah ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-guru lain. Pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru yang sering ponteng.



Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka di sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagi mengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti ini tidak akan berulang dikemudian hari. Langkah perbincangan ini bersesuaian dengan teori kepimpinan humanistik di mana guru tersebut diberikan ruang kebebasan untuk menceritakan masalah sebenar yang berlaku dan punca masalah ini berlaku. Di samping pihak pentadbir juga boleh mendekatkan diri lagi kepada guru yang bermasalah ponteng kerja ini supaya hubungan lebih akrab dan harmonis di mana persetujuan dan pemuafakatan lebih mudah dicapai oleh kedua- dua pihak. Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut. Namun demikin jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalahtersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III. Selain itu, fenomena ponteng dalam kalangan guru juga boleh diatasi dengan cara aplikasi teori kepimpinan transformasi. Pemimpin transformasi adalah seorang yang suka melakukan perubahan dan pembaharuan. Ini jelas melalui visi dan misi yang dibentuknya. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin, mereka harus mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan visi dan misi sehingga difahami, diterima dan dihayati oleh semua pengikutnya. Seorang pemimpin transformasi juga adalah seorang yang mempunyai kasih sayang dan dapat memahami subordinatnya. Beliau mesti sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan mereka yang sentiasa berubah. Oleh itu, pentadbir bijak mengendalikan keperluan persekitarannya iaitu budaya sekolah agar semua mereka yang terlibat di bawah organisasinya berasa puas dan selamat serta mendorong melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Pemimpin transformasi juga adalah orang yang sanggup menerima pandangan orang lain jika pandangan tersebut boleh mendatangkan manfaat kepada semua ahli dalam organisasi. Dengan cara ini, masalah ini yang berfaktor dalaman guru seperti kurang motivasi dan gangguan emosi boleh diatasi dengan jayanya.



Isu etika keguruan yang seterusnya adalah isu mengenai guru berniaga. Sepertiyang terdapat di keratan akhbar berikut, guru yang berniaga termasuk menjual makanan kepada murid dan pelajar di sekolah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja sekiranya didapati bersalah. Ia tertakluk dalam perintah am perjawatan yang melarang mereka menjalankan perniagaan sewaktu sedang bekerja. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock, berkata guru sekolah tidak boleh menjalankan perniagaan dalam waktu persekolahan. Katanya, perbuatan menjual makanan untuk dibekalkan kepada murid tidak sepatutnya berlaku dan perlu ditangani kerana ia bukan kerja hakiki seorang guru. tindakan guru yang menjual makanan kepada pelajar dengan alasan permintaan ibu-bapa atau sebagai bekalan bernutrisi tetap dianggap melakukan kesalahan kerana ia di luar tugasan rasminya. Berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang dinyatakan dalam Peraturan 5: Pekerjaan Luar, Ketua Jabatan boleh meluluskan permohonan dengan syarat, ia tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa dikehendaki menjalankan tugas rasminya, tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai penjawat awam serta tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan. Jika kita telili dengan lebih lanjut apakah punca-punca guru berniaga semasa di sekolah. Guru melakukan urusan perniagaan kerana merekaa ingin mencari duit lebih. Adakah gaji guru tidak mencukupi sehingga terpaksa berniaga di sekolah? Seperti yang kita sedia maklum, Kerjaya guru merupakan salah satu kerjaya di Malaysia mendapat gaji yang rendah dalam sektor perkhidmatan awam. Masyarakat menilai sesuatu pekerjaan melalui duit yang diterima bukan apa yang dilakukan. Kemungkinan masalah kekurangan guru seperti doktor yang lebih cenderung ke sektor swasta. Guru yang terlibat dalam perniagaan mereka sanggup untuk mula beralih arah dan melepaskan tanggungjawab dan hilang daya tumpuan dalam mengajar khususnya yang terlibat dalam MLM, berjaga malam, Merebak disekolah dan ia menyalahi etika kerja tugas sebenar dianggap sampingan tidak menghargai amanah yang diberikan kepada mereka. Guru sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dalam biilik darjah dan bukannya menjalankan perniagaan di sekolah. Guru yg berniaga di sekolah melanggar etika perkhidmatan awam dan guru terikat dgn Perintah Am yg bertujuan mengawal tingkah laku dan etika pekerja dlm perkhidmatan awam..Guru yang ghairah berniaga di sekolah sehingga mengabaikan tangunggjawab mereka perlu diberi teguran oleh pihak pentadbir dan mengambil tindakan sewajarnya agar tidak



menjejaskan profesion perguruan. Pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang berniaga di sekolah dan jika guru mahu berniaga perlu berniaga di luar waktu sekolah dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu menjaga etika sebagai seorang guru kerana guru dianggap sebagai rol model kepada anak bangsa dan menjadi tanggungjawab seorang guru itu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dan penjawat awam.