Kaedah Kajian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kaedah Kajian Data primer akan dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam kajiannya melalui sesi soal selidik dengan responden rawak. 1. Lawatan Lawatan merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kajian yang dijalani. Semasa cuti Tahun Baru Cina, kami mengambil kesempatan menyinggah di satu-satunya gedung IKEA di Malaysia yang bertempat di Damansara. Kami telah melihat perabot-perabot yang dipamerkan. Data sekunder merupakan data yang diperoleh dari penelitian orang lain atau sumber yang dipublikasikan sehinnga data tersebut telah disediakan. Dalam kajian ini, kami banyak menggunakan data sekunder dalam pengumpulan maklumat yang diperlukan. 1. Internet Internet



bermaksud



rangkaian



komputer



antarabangsa



yang



membolehkan



pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Dengan adanya kemudahan internet kami dapat mencari maklumat tentang syarikat dan peta-peta syarikat yang dikaji. Kami telah melawat portal rasmi syarikat IKEA untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Kami juga telah menggunakan profil syarikat untuk tujuan mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan dan latar belakang syarikat IKEA dari peringkat awal hingga peringkat globalisasi dengan lebih tepat. 2. Majalah Majalah merupakan bahan bacaan yang meliputi artikel-artikel dari pelbagai penulis dan seterusya diterbit oleh sesebuah media publikasi secara berskala dalam tempoh yang ditentukan. Berdasarkan Majalah Niaga yang diterbit pada 16 February 2011 yang ditulis oleh Mazlan Mohamad, pengkaji dapat tahu cara-cara tersendiri syarikat IKEA untuk meletakkan harga terhadap produknya pada harga yang berpatutan. Nathijahnya, kaedah yang telah dipilih adalah kaedah yang memudahkan kami memperoleh maklumat serta membuat analisis dengan lebih tepat dan lancar tanpa sebarang kesamaran pada maklumat yang diperoleh.