Karangan Cinta Akan Negara [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Untuk pengetahuan umum, tahap cinta akan negara dalam sesebuah negara merupakan suatu unsure yang amat mempengaruhi pembangunan negara. Oleh sedemikian, sikap yang positif haruslah ditanam pada setiap individu supaya dapat membuat sesuatu dengan berdasarkan cinta akan Negara.



Pertama, pengembangan negara yang pesat seperti Amerika Syarikat dipengaruhi oleh rakyat-rakyat yang sudi berkorban untuk negara. Sikap ini dianggap sebagai sikap patriotisme yang tidak boleh diabaikan. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah sudi mengorbankan masa lapang kita untuk mereka atau mencipta sesuatu benda yang berkualiti atau mempunyai fungsi yang luar biasa. Di samping itu, kita juga perlu mengikuti semangat cinta akan negara yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh sejarah seperti Hang Tuah, Tunku Abdul Rahman dan lainlain lagi. Tokoh- tokoh tersebut berani menentangkan segala kuasa luar yang ingin menguasai tanah air kita pada zaman dahulu. Jika setiap rakyat dapat berbuat sedemikian, keamanan dan kesentosaan negara akan terjamin selama-lamanya. Perasaan patriotime juga amat penting terhadap kestabilan ekonomi sesebuah Negara. Sebagai contoh, rakyat Jepun amat percaya akan bahan buatan negara, ini dapat menjamin ekonomi yang begitu stabil walaupun luas permukaan tanah Jepun amat kecil. Dengan menyokong dan hanya membeli bahan buatan Malaysia, di samping



mengurangkan penggunaan barang import, ia dapat meningkatkan nilai wang negara dapat menjamin kedudukan negara kita di seluruh dunia. Menjaga kebersihan dan mengindahkan persekitaran juga merupakan sikap cinta akan negara. Ini kerana keadaan yang indah dapat menarik hati pelancong supaya membelanjakan wang negara mereka di Malaysia. Rakyat Malaysia patutlah cinta akan segala kita yang dapat di negara kita dan menjadikannya sesuatu tempat perlancongan yang terkenal. Kegiatan lain seperti persiaran tentang keistimewaan negara kita melalui laman sesawang seperti “facebook” mencerminkan bahawa kita amat menghargai apaapa yang berada di tanah air kita. Bahasa jiwa bangsa, musnah bahasa punahlah bangsa, orang yang tidak cinta akan bahasa negara sendiri dianggap sebagai orang yang tidak cinta akan negara. Rakyat patutlah memupuk minat setiap generasi dalam mempelajari bahasa negara kita. Selain itu, mendidik kanak-kanak hormat kepada lagu Negaraku dan Jalur Gemilang supaya mereka cinta akan negara dan sanggup membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada negara kita. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Jangan asyik berharap berhijrah ke negara lain, bersama-samalah kita berusaha sedaya upaya untuk memajukan negara kita, cintalah akan negara kita, kita akan mendapati bahawa Malaysia sahajalah negara yang kita paling sukai.