Karangan Tentang Obesiti [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

9



Masalah Obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi yang berlaku pada seseorang individu. Kadar obesiti dalam rakyat Malaysia dikatakan semakin meningkat. Seseorang dikatakan obesity jika beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina, dan umurnya. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di Negara ini adalah yang tertinggi di Asia. Musuh terburuk kesihatan hari ini adalah lebihan lemak. Obetisi aggravates kemerosotan kardiovaskular, kencing manis, penyakit biliary dan ginjil, arthritis dan banyak penyakit lain, dan meningkatkan pembedahan proneness risiko dan kemalangan. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat. Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah hujah yang sering dikatakan mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis akan menyebabkan masalah kegemukan yang menjejak kesihatan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi satu penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Pengumpulan lemak ini, lama-lama akan menyebabkan kenaikan berat badan dan membawa pelbagai masalah kesihatan antara yang popular ialah sakit jantung yang disebabkan oleh kesumbatan lemak di salur darah. Selain itu, masyarakat hari ini kebanyakkan kurang melakukan aktiviti beriadah untuk kesihatan mereka sendiri. Masyarakat pada masa kini lebih suka menghabiskan masa lapang dengan menonton televisyen, main computer atau smart phone. Dalam masa yang sama mereka mengambil makanan segera dan keadaan ini mendorong mereka mengalami masalah obesiti. Sikap malas membuat senaman juga menjadi punca berlaku obesiti. Lemak akan terkumpul dalam badan, apabila memanjakan badan kita dengan tidak melakukan sebarang senaman dan aktiviti. Akhirnya badan kecil akan menjadi tembam, gempal dan gemuk. Ini akan memberi ruang kepada lemak untuk mengumpul dalam badan kita. Masalah obesiti akan menyebebkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung,dan tekanan darah tinggi, kencing manis, tekanan emosi dan masalah pegerakan. Daripada ini, masalah yang paling tinngi ialah masalah sakit jantung, Hal ini kerana, lemak yang terkumpul itu akan menyumbat di salur-salur darah dan ini turut menyumbang kepada tekanan darah tinggi. Tambahan pula, seseorang yang obesiti akan juga menhadapi masalah emosi apabila menghadapi orang lain kerana mereka rendah disebabkan struktur badan yang gemuk.



pandang



9



Oleh itu, beberapa cara boleh dilakukan untuk mencegah masalah obesiti. Antaranya, kita hendaklah memperbanyakkan makan makanan sayur, buah-buahan, dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita hendaklah juga mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan dan memasak dengan cara mengukus, membakar dan merebus. Kita perlu mengkurangkan pengambilan makanan segera dan makanan dari seperti KFC, Mcdonald, dan Pizza Hut. Pengambilan diet yang seimbang akan memastikan badan menerima khasiat yang diperlukan. Tambahan pula, kita harus aktif dalam kehidupan kita dengan menjalankan aktiviti riadah atau membuat senaman bagi mengelak daripada obesiti. Kita juga perlu menjalani pemeriksaan doktor setahun sekali bagi mengesan sesuatu penyakit lebih awal. Kesimpulanya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Jelaslah bahawa cara hidup dan pemakanan banyak mempengaruhi berlakunya obesiti dalam kalangan rakyat hari ini. Seseorang perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit.