Kata Mutiara Tokoh Islam [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KATA MUTIARA TOKOH ISLAM Luqman al-Hakim; Kisahnya Diabadikan Dalam Kitabullah Surah Luqman “Tidak ada sesuatu pun yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila ia digunakan dengan baik. Dan, tidak ada yang lebih buruk daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan cara yang tidak baik.” Hasan Al-Basri; Ulama Tabi’in “Wahai anak Adam, (masa) siangmu adalah tamumu, maka berbuat baiklah terhadapnya. Kerana sungguh, jika engkau berbuat baik kepadanya, nescaya dia akan pergi dengan memujimu. Dan, apabila engkau berbuat buruk terhadapnya maka dia akan pergi dengan mencercamu, begitu pula dengan malammu.”



Umar bin Abdul Aziz; Khalifah Zaman Umaiyah “Perbaikilah batin kalian, nescaya Allah akan memperbaiki lahiriah kalian. Perbanyakkanlah mengingat kematian dan bersiapsiaplah sebelum ia datang, kerana kedatangannya merupakan penghapus setiap kenikmatan.” “Saudara sekalian, siapa yang taat kepada Allah, maka ia wajib ditaati dan siapa yang bermaksiat kepada-Nya, maka tidak ada ketaatan baginya. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah, namun jika aku bermaksiat maka janganlah kalian mentaatiku!”



Imam Abu Hanifah; Imam Mazhab Hanafi “Tunjukkanlah kasih sayang sesama manusia seluruhnya dan ucapkan salam kepada semua orang walaupun orang yang kurang baik budi pekertinya.”



Hasan bin Shalih; Perawi Hadis “Berbuat baik akan menimbulkan kekuatan badan, cahaya dalam hati dan mencerahkan penglihatan. Sedang berbuat jahat menjadikan badan lemah, menggelapkan hati dan membutakan penglihatan.” “Kamu tidak akan memahami agama ini sehingga kamu bersikap tidak peduli tentang dunia ada di tangan siapa.”



Abdullah bin Mubarak (Ibnul Mubarak); Ulama dan Ahli Hadis Terkenal



“Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.” Rabi’ Ibnu Khutsaim; Ulama Tabi’in dan Murid Kesayangan Abdullah bin Mas’ud; Sahabat Rasulullah SAW “Apa-apa yang kamu ucapkan di sini (dunia), maka akan ditulis dan dibacakan semuanya nanti di sana (akhirat).”



Imam Syafie; Imam Mazhab Syafie “Jika engkau ingin hidup tanpa kehinaan, agama dan kehormatanmu sentiasa terjaga. Maka, janganlah terucap darimu keburukan seseorang… Ini kerana setiap yang ada padamu adalah



aib, sedangkan orang lain juga memiliki lisan. Jika matamu menampakkan padamu aib-aib orang lain, maka tinggalkanlah dan katakan padanya mereka juga punyai mata…”



Khalifah Harun al-Rasyid; Khalifah Kelima Bani Abbasiyah “Aku tidak berbangga dengan kejayaan yang aku tidak rencanakan seperti aku tidak akan menyesal atas kegagalan yang terjadi di hujung usaha.”



Ibnu Hajar al-Asqalani; Ulama, Ahli Hadis dan Ahli Sufi Dalam Kalangan Mazhab Syafie “Belajar sesuatu ilmu hendaklah dilakukan dengan bertahap. Ini kerana jika sesuatu permulaannya mudah, ia akan menarik bagi orang-orang yang mempelajarinya. Jika hal itu terjadi, maka pelajaran pun akan diterima dengan mudah. Akhirnya, sedikit demi sedikit ilmunya akan bertambah.”



Sultan Muhammad al-Fateh; Pembuka Kota Konstantinople “Jangan sampai engkau sekali-kali melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana sesungguhnya agama itulah tujuan kita, hidayah Allah adalah manhaj hidup kita dan oleh sebab itulah kita dimenangkan.”



Imam Badi’uzzaman Said al-Nursi; Ulama Yang Memperjuangkan Islam Pada Masa Pemerintahan Kamal Ataturk “Musuh kita adalah kejahilan, keperluan dan perselisihan. Kita akan memerangi ketiga-tiga musuh ini dengan senjata kemajuan, pengetahuan dan penyatuan. Permusuhan dan perseteruan adalah kebinasaan. Kita sebenarnya tidak mempunyai waktu untuk bermusuhan (sesama sendiri)…”



Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah; Ulama Hadis Yang Bernasab dengan Khalid al-Walid; Sahabat Rasulullah SAW “Buku itu tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya melainkan setelah dibaca habis kesemuanya.”



Abu Qudamah asy-Syami; Pahlawan Islam “Ketahuilah bahawa segala yang dicari oleh setiap orang adalah nikmat. Akan tetapi, kenikmatan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat kelak dan segala nikmat selainnya akan lenyap. Sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat seperti ilmu dan akhlak yang baik, inilah kenikmatan yang hakiki. Adapun, sesuatu yang memudaratkan di dunia dan akhirat pula merupakan bala (kerugian) yang hakiki.