Kekuatan Dan Kelemahan Taksonomi Bloom [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

pasenglitukfhm



TAKSONOMI BLOOM, TAKSONOMI SOLO serta KEKUATAN dan KELEMAHAN TAKSONOMI BLOOM



Taksonomi Bloom



Kamus Dewan edisi ke-4: kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Taksonomi Bloom telah diperkenalkan oleh Benjamin Bloom (1956) dalam bukunya iaitu Taxonomy of Educational Objectives dan dibuat untuk menganalisa bidang- bidang berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang (domain) seperti:







bidang kognitif - satu rangka tugas untuk menentukan peringkat atau taraf perlakuan akhir yang hendak dicapai dan dibahagikan kepada 6 peringkat kemahiran iaitu :



Rajah 1: Aras Kognitif







bidang afektif – berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap dan mengandungi dua aras iaitu aras tinggi dan aras rendah yang merangkumi beberapa aspek di dalamnya seperti aras penerimaan, aras gerak balas, aras menilai, aras organisasi dan aras perwatakan.











berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap mengandungi beberapa aras:



aras tinggi aras penerimaan perwatakan ialah tentang kemahuan murid memberi perhatian dan Rajah 2 : Bidang Afektif



a. b. c.



d. e.







menerima pengajaran guru, aras gerak balas pula murid melibatkan diri secara aktif dan mendapat kepuasan daripadanya, aras menilai ialah perlakuan didasarkan kepada konsep dan prinsip yang telah dimurnikan dari segi penerimaan, kecenderungan dan penglibatan pada sesuatu nilai, aras organisasi pula membentuk penanggapan dan oeganisasi berdasarkan suatu sistem nilai, dan aras perwatakan pula ialah murid bertindak secara konsisten sesuai dengan nilai-nilai yang telah dimurnikan



organisasi



menilai



gerak balas rendah bidang aras psikomotor - bidang ini



penerimaan



lebih kepada kemahiran atau kebolehan membuat sesuatu dalam pengajaran bahasa; melibatkan kebolehan otak menerima dan memproses bahasa yang dipelajari dan melibatkan tujuh langkah iaitu persepsi set gerakan terbimbing mekanisme gerak balas nyata yang kompleks penyesuaian penciptaan:a. Persepsi – tahu atau sedar tentang objek, kualiti dan hubungan melalui alat-alat deria b. Set – kesediaan untuk sesuatu tindakan meliputi mental, fizikal dan emosional c. Gerakan terbimbing – tindakan murid di bawah bimbingan guru sama ada melalui peniruan atau cuba dan ralat. d. Mekanisme – murid mendapat keyakinan melakukan tindakan sendiri e. Gerak balas nyata yang kompleks – murid melakukan tindakan motor yang kompleks



f. Penyesuaian - kemahiran yang sudah berkembang sehingga dapat disesuaikan dalam berbagai situasi g. Penciptaan - membuat pola gerakan baru yang disesuaikan dengan situasi atau permasalahan tertentu.



Kekuatan Taksonomi Bloom adalah berdasarkan beberapa prinsip yang terdapat di dalamnya, antaranya ialah :      



berdasarkan sistem klasifikasi pendidikan lojik dan psikologikal memberi kepentingan dan pertimbangan-pertimbangan pendidikan satu klasifikasi yang lojik dan tiap-tiap istilah hendaklah didefinisikan dengan tepat dan digunakan secara tekal sesuai dengan prinsip-prinsip dan teori-teori psikologi yang berkaitan dan telah diterima dalam p&p bahasa, pemeringkatan kemahiran-kemahiran telah didasarkan kepada model taksonomi ini. bertujuan supaya guru dapat mengelolakan pengajaran bahasa dengan baik dan dapat memilih BSPP yang bersesuaian



Kekuatan dan Kelemahan Taksonomi Bloom Versi Baru



Taksonomi Bloom versi baru mempunyai beberapa kekuatan. Ia memperbaiki beberapa kelemahan dalam Taksonomi Bloom versi lama. Antaranya ialah Taksonomi Bloom versi baru membezakan antara "tahu tentang sesuatu (knowing what), isi dari pemikirannya itu sendiri, dan "tahu tentang bagaimana melakukannya" (knowing how), sebagaimana prosedur yang digunakan dalam menyelesaikan masalah. Menurut taksonomi tersebut dimensi pengetahuan adalah "tahu tentang sesuatu", yang memiliki empat kategori, iaitu: faktual, konseptual, prosedural dan metakognitif.  Pengetahuan yang bersifat faktual melibatkan bahagian-bahagian terkecil yang terpisah-pisah dari informasi, sebagaimana definisi kosakata dan pengetahuan tentang hal-hal khusus yang terperinci.  Pengetahuan yang bersifat konseptual pula terdiri dari berbagai sistem informasi, seperti bermacam-macam klasifikasi dan kategori.  Pengetahuan yang bersifat prosedural pula termasuk algoritma, heuristics atau aturan baku, teknik dan metode, sebagaimana pengetahuan tentang bagaimana kita harus menggunakan berbagai prosedur tersebut.



 Pengetahuan yang bersifat metakognitif pula menggerakkan kepada pengetahuan atas proses-proses berfikir dan informasi tentang bagaimana memanipulasi proses-proses tersebut secara efektif. Dalam Taksonom Bloom versi baru, Dimensi Proses Kognitif yang telah diperbaiki daripada Taksonomi Bloom versi lama mempunyai enam proses iaitu dari yang paling sederhana hingga yang paling rumit iaitu Mengingat, Memahami, Menerapkan, Menganalisis, Mengevaluasi dan Menciptakan.  Proses mengingat (remembering) adalah mengingati kembali (recall) informasi yang sesuai dari ingatan jangka panjang.  Proses memahami (understanding) pula adalah kemampuan untuk memahami secara mendalam dari bahan pendidikan, seperti bahan bacaan dan penjelasan guru. Kecekapan turunan (subskill) dari proses ini melibatkan kemahiran memahami, mencontohkan, membuat klasfikasi, meringkas, menyimpulkan, membandingkan, dan menjelaskan.  Proses ketiga iaitu menerapkan (applying), melibatkan kepada penggunaan sebuah prosedur yang telah dipelajari baik dalam situasi yang telah dikenal mahupun pada situasi yang baru.  Proses berikutnya adalah menganalisis (analyzing), terdiri dari memecah pengetahuan menjadi bahagian-bahagian kecil dan memikirkan bagaimana bahagian-bahagian tersebut berhubungan dengan struktur keseluruhan. Menciptakan ialah proses yang tidak terdapat dalam Taksonomi Bloom versi lama. Proses ini adalah komponen tertinggi dalam Taksonomi Bloom versi baru ini. Kecekapan ini melibatkan usaha untuk meletakkan berbagai perkara secara bersama untuk menghasilkan suatu pengetahuan baru.



Sesuai dengan taksonomi ini, setiap tingkat dari pengetahuan dapat berhubungan dengan setiap tingkat dari proses kognitif sehingga seorang pelajar dapat mengingat pengetahuan yang bersifat faktual atau prosedural, memahami pengetahuan yang bersifat konseptual atau metakognitif, atau menganalisis pengetahuan metakognitif atau faktual. Kesimpulannya, jelas di sini bahawa Taksonomi Bloom versi baru wujud kerana keinginan untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang terdapat dalam Taksonomi Bloom versi lama. Tiada kelemahan yang dapat dilihat dalam Taksonomi Bloom versi baru ini untuk dikritik berbanding dengan Taksonomi Bloom versi lama kerana kewujudannya juga adalah kerana ingin memperbaiki kelemahan dalam Taksonomi



Bloom versi lama. Taksonomi Bloom versi baru tersebut wujud sejajar dengan transformasi yang berlaku dalam pendidikan abad ke-21 ini. Taksonomi SOLO Taksonomi Solo ini telah diperkenalkan oleh Biggs and Collis (1982), dan dimurnikan dan diperkukuhkan lagi oleh Biggs (1999). Teori ini menerangkan tentang tahap peningkatan pelajar dalam pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran menerusi lima langkah dan sesuai diaplikasi dalam mana- mana mata pelajaran.



Taksonomi SOLO adalah singkatan daripada    



Structure of ( struktur kepada) Observed (pemerhatian) Learning (pembelajaran) Outcomes (hasil)



Seperti juga enam peringkat kemahiran yang terdapat dalam Taksonomi Bloom, Taksonomi SOLO juga mempunyai peringkat tertentu yang terdiri daripada lima peringkat utama di mana setiap peringkat meliputi setiap peringkat sebelumnya, iaitu: Pra- struktur (prestructure) - Pelajar akan memperoleh maklumat yang tidak saling berkaitan (pada asalnya) dan tiada penyusunan maklumat (maklumat tiada maksud yang jelas kepada pelajar).  Uni-Struktur (unistructure) - Pelajar berupaya membuat pertalian (hubung kait) yang mudah antara maklumat dengan maklumat yang lain tetapi belum memahami kepentingan maklumat tadi (jawapan mengandungi hanya satu maklumat yang berkaitan).  Struktur Pelbagai (multistructure) - Pelbagai pertalian (hubung kait) dibuat



oleh pelajar, tetapi pelajar kurang memahami kepentingan maklumat secara keseluruhannya (jawapan yang mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan).  Membuat



perhubungan (relational) - Pelajar berupaya menghayati kepentingan bahagian-bahagian maklumat tadi kepada makna keseluruhan (jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan).



 Peringkat Pemanjangan Abstrak (extended abstract) - Pelajar akan membuat hubungan bukan sahaja berdasarkan apa yang diberikan secara lahiriah, tetapi lebih daripada itu (di luar kotak/maklumat tambahan). Pelajar mampu membuat kesimpulan dan memindahkan prinsip- prinsip dan idea tersebut menggunakan contoh yang lebih spesifik.