Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Definisi Pengajaran Berasaskan Projek . Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan. Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999). Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini, pelajar mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema dipilih sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan cara ini, projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar. Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini, pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan menjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di



samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai. Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan hal yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, muridmurid dapat menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan. Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuktajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai pembimbing.



Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.



Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ini mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru dengan pelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan. Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna. Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan dipupuk. Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar. Murid-murid



juga,



dapat



belajar



mengumpul



maklumat



dan



menganalisis.



Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat sumber, media massa dan internet. Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar. Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang



mereka lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain. Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai. Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti yang dijalankan bermakna dan berilmiah. Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isuisu komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu. Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang berfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun lagi. Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan projek, namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua



hingga tiga minggu untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini. Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam tugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam kumpulan. Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus mengeluarkan perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan seperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak lagi. Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh dan menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu projek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak diiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap pembelajaran mereka pada masa hadapan. Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi ini lebih menekankan kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka



suasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding menggunakan cara pengajaran seperti biasa.