Kepentingan Akidah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Topik







4



Pengajian Akidah



HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.



Menjelaskan hubungan antara akidah, iman dan tauhid;



2.



Menghuraikan hubungan akidah dan kerohanian;



3.



Merumuskan asas dan ciri akidah;



4.



Menyimpulkan kepentingan akidah Islam dan peranannya dalam menyelesaikan krisis moral; dan



5.



Menghuraikan peranan akidah dalam pembentukan modal insan dan hubungannya dengan akhlak.



 PENGENALAN Topik keempat ini meneruskan pembelajaran kita tentang akidah secara lebih mendalam. Kita telah mempelajari bahawa akidah yang benar ialah akidah yang berasaskan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmaÂ. Akidah menjadi asas pegangan mukmin kerana akidah merupakan tunjang utama dalam kehidupan manusia. Berdasarkan akidah yang sahih, individu yang benar-benar menghayati akidah dalam kehidupan mereka mampu diwujudkan. Ini bersesuaian dengan sifat akidah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti sosial, politik, ekonomi, perundangan, akhlak, muamalah dan sebagainya. Perbincangan dalam topik ini dimulakan dengan penjelasan mendalam tentang akidah, iman dan tauhid. Ini diikuti dengan penjelasan tentang hubungan akidah dan kerohanian. Seterusnya perbincangan tentang asas dan ciri akidah akan diketengahkan disusuli dengan kepentingan dan peranan akidah Islam. Akhir sekali, topik ini akan mengetengahkan penjelasan tentang akidah dalam pembentukan modal insan dan hubungannya dengan akhlak.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH







61



Diharapkan pada akhir topik ini, anda dapat mengukuhkan lagi pegangan akidah dan mempraktikannya dalam kehidupan seharian anda.



4.1



AKIDAH, IMAN DAN TAUHID



Anda telah mempelajari secara ringkas maksud akidah dari sudut bahasa dalam topik tiga. Masihkah anda ingat? Seterusnya, mari kita pelajari dengan lebih lanjut lagi maksud akidah secara hissi, maÊnawi dan istilah dalam topik baharu ini. Jika dilihat secara hissi, akidah merupakan pecahan perkataan Âaqada, yaÂqidu, Âaqdan yang bererti simpulan seperti yang dikatakan Âaqada al-hablaÊ (menyimpul tali) dalam firman Allah SWT mengenai Nabi Musa a.s. yang membuat permohonan kepada Allah SWT agar dihuraikan ÞsimpulanÞ ikatan lidahnya untuk memberi kefasihan kepadanya. Firman tersebut adalah dalam surah Taha ayat 25-28:



⎯ÏiΒ Zοy‰ø)ãã ö≅è=ôm$#uρ ∩⊄∉∪ “ÌøΒr& þ’Í< ÷Åc£o„uρ ∩⊄∈∪ “Í‘ô‰|¹ ’Í< ÷yuõ°$# Éb>u‘ tΑ$s% ∩⊄∇∪ ’ÍuŸÑ y#ø‹x. ts? öΝs9r& 3 $yγÎn/u‘ ÈβøŒÎ*Î/ ¤⎦⎫Ïm ¨≅ä. $yγn=à2é& þ’ÎA÷σè?



∩⊄⊆∪ Ï™!$yϑ¡¡9$# ’Îû $yγããösùuρ



∩⊄∈∪ šχρã2x‹tGtƒ óΟßγ¯=yè9s Ĩ$¨Ψ=Ï9 tΑ$sWøΒF{$# ª!$# ÛUÎôØo„uρ Maksudnya:



Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya manusia supaya mereka selalu ingat. (b)



Akidah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadinya yang akan mencorak dan mewarnakan suluk amali atau gerak laku amalan dan perbuatannya sama ada dalam lingkungan individu mahupun dalam lingkungan kemasyarakatan, seterusnya dalam lingkungan yang lebih luas lagi demi melaksanakan tugas sebagai khalifatullah di muka bumi ă Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH







69



Apabila manusia sedar tanggungjawabnya, manusia tidak akan melakukan perbuatan yang sia-sia kerana akidah yang mantap telah menghasilkan natijah yang positif dalam pelakuannya. Orang yang beriman dengan kewujudan Allah akan sentiasa menyedari perbuatan dan perilaku hidupnya tidak terlepas daripada nilaian dan kiraan-Nya. Seterusnya, sifat ini akan membentuk satu kesedaran jiwa dalam dirinya. Dengan ini dia akan sentiasa mempertingkatkan pencapaian akhlak tinggi dan mulia. Ini adalah berbeza sekali dengan dasar kepercayaan dan nilai yang bersifat sementara. Ia tidak dapat mendorong mereka melakukan amal soleh selaras dengan nilai akhlak yang mulia, sebaliknya mendorong kepada perlakuan yang sesuai dengan keinginan nafsu, yang semakin menambahkan rasa kepentingan diri sendiri. (c)



Akidah juga melahirkan manusia yang berfikiran terbuka, berpandangan jauh dan optimis dalam kehidupan ă Kepercayaan Muslim tentang wujudnya Tuhan dan alam lain (alam barzakh) yang bakal ditempuhinya kelak selepas meninggalkan dunia ini akan menjadikannya sebagai manusia yang berpandangan jauh. Ini bermakna, individu akan melakukan amalan berbentuk keduniaan dan akhirat secara seimbang dan menerima ketentuan semasa hidup tanpa prasangka buruk terhadap Tuhan. Setiap tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan keyakinan diri terhadap prinsip akidah yang menjadi pegangannya. Individu tersebut akan menjadi manusia yang tabah dan cukup berkeyakinan dalam hidup dan tidak akan menyalahkan qadak dan qadar yang berlaku dalam hidupnya.



(d)



Akidah boleh melahirkan masyarakat yang harmonis dan hidup dalam keadaan aman dan sentosa ă Akidah yang menjadi pegangan setiap individu mendorong mereka menghargai hak orang lain seperti hak jiran, tetamu dan hak bagi semua orang termasuk hak setiap ahli keluarganya. Rasulullah SAW bersabda:



‫ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻗﺘﻴﺒﺔ ﺑﻦ ﺳﻌﻴﺪ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ ﺍﻷﺣﻮﺹ ﻋﻦ ﺃﰊ ﺣﺼﲔ ﻋﻦ ﺃﰊ ﺻﺎﱀ‬ ‫ ”ﻣﻦ ﻛﺎﻥ‬: ‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬: ‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻗﺎﻝ‬ ‫ ﻭ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻳﺆﻣﻦ ﺑﺎﷲ ﻭ ﺍﻟﻴﻮﻡ‬،‫ﻳﺆﻣﻦ ﺑﺎﷲ ﻭ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻵﺧﺮ ﻓﻼ ﻳﺆﺫ ﺟﺎﺭﻩ‬ ‫ ﻭ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻳﺆﻣﻦ ﺑﺎﷲ ﻭ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻵﺧﺮ ﻓﻠﻴﻘﻞ ﺧﲑﺍ ﺃﻭ‬،‫ﺍﻵﺧﺮ ﻓﻠﻴﻜﺮﻡ ﺿﻴﻔﻪ‬ .“‫ﻟﻴﺼﻤﺖ‬ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



70 



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH



Maksudnya:



Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah memuliakan jirannya dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka ia hendaklah berkata-kata dengan sesuatu perkataan yang baik atau berdiam diri. Selain daripada menghargai hak orang lain, akidah juga mendidik manusia saling hormat menghormati, sayang menyayangi sesama makhluk, tidak menzalimi saudaranya dan yang seumpama dengannya. (e)



Akidah juga dapat menyumbangkan bibit-bibit cahaya kepada hati individu Muslim ă Ini dijelaskan dalam ungkapan Sayidina Ali bin Abi Talib r.a.:



‫ﺍﻥ ﺍﻻﳝﺎﻥ ﻟﻴﺒﺪﻭ ﰲ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻧﻜﺘﺔ ﺑﻴﻀﺎﺀ ﻛﻠﻤﺎ ﺍﺯﺩﺍﺩ ﺍﻻﳝﺎﻥ ﺍﺯﺩﺍﺩ ﺫﻟﻚ‬ ‫ﺍﻟﺒﻴﺎﺽ ﻓﺎﺫﺍ ﺍﺳﺘﻜﻤﻞ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﺍﻻﳝﺎﻥ ﺍﺑﻴﺾ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻛﻠﻪ ﻭﺍﻥ ﺍﻟﻨﻔﺎﻕ ﻟﻴﺒﺪﻭ ﰲ‬ ‫ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻧﻜﺘﺔ ﺳﻮﺩﺍﺀ ﻛﻠﻤﺎ ﺍﺯﺩﺍﺩ ﺍﻟﻨﻔﺎﻕ ﺍﺯﺩﺍﺩ ﺫﻟﻚ ﺍﻟﺴﻮﺍﺩ ﻓﺎﺫﺍ ﺍﺳﺘﻜﻤﻞ‬ ‫ﺍﻟﻨﻔﺎﻕ ﺍﺳﻮﺩ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻛﻠﻪ‬ Maksudnya:



Keimanan itu di dalam hati nampak berupa titik-titik putih; setiap kali bertambah keimanan, maka titik-titik putih akan bertambah putih. Apabila seorang hamba telah dapat menyempurnakan keimanannya, maka seluruh hatinya menjadi sangat putih. Sesungguhnya munafik itu nampak dalam hati berupa titik-titik hitam, setiap kali bertambah sifat munafik itu, maka titik-titik hitam pun bertambah pula. Apabila seseorang hamba itu menjadi sempurna sifat munafiknya, maka seluruh hati menjadi sangat hitam. Keputihan hati itulah menerbitkan cahaya yang akan menyumbangkan ke arah keyakinan seseorang individu terhadap kebenaran akidah yang dipegang. Secara tidak langsung, individu tersebut tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akidahnya dan seterusnya tiadalah krisis akhlak daripada individu itu. (f)



Akidah juga dapat melahirkan masyarakat cintakan ilmu dan menghindari budaya hedonisme ă Kepentingan ilmu merupakan perkara pertama yang Allah tekankan berdasarkan surah al-ÂAlaq. Begitu juga terdapat suruhan Rasulullah SAW yang amat menekankan usaha penguasaan ilmu Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH







71



pengetahuan. Ilmulah yang akan melahirkan masyarakat bertamadun dan unggul dari segi rohaniah dan jasmaniah. Dengan ilmu yang mencukupi, manusia dapat menghindari perkara yang tidak bermoral dan dapat berfikir sebelum mengeluarkan pendapat. Dalam konteks ini, al-Ghazali menjelaskan dalam IhyaÊ ÂUlum al-Din yang bermaksud:



Adapun kekuatan ilmu, maka kebaikan dan kesesuaian (kewajaran)nya berada pada keadaan di mana dengan kekuatan ilmu tersebut memudahkan (pemiliknya) faham serta boleh membuat perbezaan antara kebenaran dan kedustaan dalam kata-kata, (membuat perbezaan) antara alhaq dan al-batil dalam akidah, (membuat perbezaan) antara baik dan buruk dalam laku perbuatan. Apabila baik (sejahtera) daya kekuatan ilmu ini, ia akan menghasilkan hikmah, dan hikmah itu pula merupakan pangkal utama kepada pelakuan akhlak yang baik. Dan hikmah seumpama inilah yang terungkap dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud: „Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut aturan yang ditentukan oleh-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat kebijaksanaan itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.‰ (g)



Akidah jitu mampu menghindarkan diri daripada krisis ketagihan akhlak dan budaya zina yang cukup serius berlaku kini ă Penulis percaya hanya akidah yang mantap sahaja mampu menghindarkan seseorang daripada krisis ini. Cuba kita hayati hadis berikut yang menerangkan bagaimana akidah yang mantap dapat menghindarkan diri daripada zina kerana terlalu takutkan Allah:



‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺳْﺒ َﻌ ﹲﺔ ُﻳ ِﻈﻠﱡ ُﻬ ْﻢ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ ﻓِﻲ ِﻇﱢﻠ ِﻪ َﻳ ْﻮ َﻡ ﻻ ِﻇﻞﱠ ﺇﹺﻻ ِﻇﻠﱡ ُﻪ‬ َ ‫َﻋ ْﻦ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱢﻲ‬ ‫ﺸﹶﺄ ﻓِﻲ ِﻋﺒَﺎ َﺩ ِﺓ َﺭﱢﺑ ِﻪ َﻭ َﺭﺟُ ﹲﻞ ﹶﻗ ﹾﻠﺒُﻪُ ﻣُ َﻌﻠﱠ ٌﻖ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟ َﻤﺴَﺎ ﹺﺟ ِﺪ َﻭ َﺭﺟُﻼ ِﻥ‬ َ ‫ﺍ ِﻹﻣَﺎ ُﻡ ﺍﻟﹾﻌَﺎ ِﺩﻝﹸ ﻭَﺷَﺎﺏﱞ َﻧ‬ ‫ﺐ َﻭ َﺟﻤَﺎ ﹴﻝ‬ ‫ﺼ ﹴ‬ ِ ‫ﺕ َﻣْﻨ‬ ُ ‫َﺗﺤَﺎﺑﱠﺎ ﻓِﻲ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺍ ْﺟَﺘ َﻤﻌَﺎ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭَﺗ ﹶﻔ ﱠﺮﻗﹶﺎ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺭﺟُ ﹲﻞ ﹶﻃﹶﻠَﺒﺘْﻪُ ﺍ ْﻣ َﺮﹶﺃ ﹲﺓ ﺫﹶﺍ‬ ‫ﻕ ﹶﺃ ْﺧﻔﹶﻰ َﺣﺘﱠﻰ ﻻ َﺗ ْﻌﹶﻠ َﻢ ِﺷﻤَﺎﹸﻟ ُﻪ ﻣَﺎ ﺗُْﻨ ِﻔﻖُ َﻳﻤِﻴُﻨ ُﻪ‬ َ ‫ﻑ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ َﻭ َﺭﺟُ ﹲﻞ َﺗ‬ ُ ‫ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ ﺇﹺﻧﱢﻲ ﹶﺃﺧَﺎ‬ َ ‫ﺼ ﱠﺪ‬ ‫ﺖ َﻋْﻴﻨَﺎ ُﻩ‬ ْ ‫ﺿ‬ َ ‫َﻭ َﺭﺟُ ﹲﻞ ﹶﺫ ﹶﻛ َﺮ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ ﺧَﺎِﻟﻴًﺎ ﹶﻓﻔﹶﺎ‬ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



72 



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH



Maksudnya:



Dari Abu Hurairah R.A daripada Nabi Muhammad SAW beliau bersabda, „Ada tujuh orang yang dinaungi Allah dengan naungan-Nya iaitu pemimpin yang adil, seorang pemuda yang tumbuh membesar dalam beribadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya terpaut di masjid-masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul kerana-Nya dan berpisah pun kerana-Nya pula, dan seorang lelaki yang diminta berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik, tetapi mengatakan, „Sesungguhnya aku takut kepada Allah, seseorang bersedekah secara tersembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, lalu matanya menitiskan air mata.‰ (Sahih Bukhari) Hadis di atas membuktikan bagaimana akidah berperanan membentengi diri daripada zina. Inilah bukti Muslim yang benar-benar Mukmin sehingga Allah mengangkat martabatnya. Sementara itu, kekuatan akidah untuk menjauhi daripada khamar pula dinyatakan seperti berikut:



‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ‬ َ ‫ﻱ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺳ ِﻤ ْﻌﺖُ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬ ‫ﺨ ْﺪ ﹺﺭ ﱢ‬ ُ ‫َﻋ ْﻦ ﹶﺃﺑﹺﻲ َﺳﻌِﻴ ٍﺪ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﺨ ْﻤ ﹺﺮ َﻭﹶﻟ َﻌﻞﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ‬ َ ‫ﺽ ﺑﹺﺎﹾﻟ‬ ُ ‫ﺱ ﹺﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ َﺗﻌَﺎﻟﹶﻰ ُﻳ َﻌﺮﱢ‬ ُ ‫ﺨﻄﹸﺐُ ﺑﹺﺎﹾﻟ َﻤﺪِﻳَﻨ ِﺔ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻳَﺎ ﺃﹶﻳﱡﻬَﺎ ﺍﻟﻨﱠﺎ‬ ْ ‫َﻳ‬ ‫َﺳﻴُﻨْ ﹺﺰﻝﹸ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺃﹶﻣْﺮًﺍ ﹶﻓ َﻤ ْﻦ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ِﻋْﻨ َﺪ ُﻩ ﻣِﻨْﻬَﺎ َﺷ ْﻲ ٌﺀ ﹶﻓﻠﹾَﻴﹺﺒﻌْﻪُ َﻭﹾﻟَﻴْﻨَﺘ ِﻔ ْﻊ ﹺﺑ ِﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻓﹶﻤَﺎ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﹺﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ َﺗﻌَﺎﻟﹶﻰ َﺣ ﱠﺮ َﻡ‬ َ ‫ﹶﻟﹺﺒﹾﺜﻨَﺎ ﺇﹺﻻ ﻳَﺴِﲑًﺍ َﺣﺘﱠﻰ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱡﻲ‬ ‫ﺏ ﻭَﻻ َﻳﹺﺒ ْﻊ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬ ْ ‫ﺸ َﺮ‬ ْ ‫ﺨ ْﻤ َﺮ ﹶﻓ َﻤ ْﻦ ﹶﺃﺩْ َﺭ ﹶﻛﺘْﻪُ َﻫ ِﺬ ِﻩ ﺍﻵَﻳﺔﹸ َﻭ ِﻋﻨْ َﺪﻩُ ﻣِﻨْﻬَﺎ َﺷ ْﻲ ٌﺀ ﻓﹶﻼ َﻳ‬ َ ‫ﺍﹾﻟ‬ ‫ﺴ ﹶﻔﻜﹸﻮﻫَﺎ‬ َ ‫ﺱ ﹺﺑﻤَﺎ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ِﻋْﻨ َﺪﻩُ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﻓِﻲ ﹶﻃﺮﹺﻳ ﹺﻖ ﺍﹾﻟ َﻤﺪِﻳَﻨ ِﺔ ﹶﻓ‬ ُ ‫ﻓﹶﺎ ْﺳَﺘ ﹾﻘَﺒ ﹶﻞ ﺍﻟﻨﱠﺎ‬



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH







73



Maksudnya:



Sesungguhnya Allah membenci minuman keras dan mudah-mudahan akan segera menurunkan larangan tegas tentang itu. Sebab itu siapa yang masih mempunyai sedikit hendaklah dijualnya atau dimanfaatkannya. Ini kata Abu Said sebelum datangnya larangan yang tegas. Tidak lama kemudian, Nabi bersabda: „Sesungguhnya Allah telah melarang minuman keras. Sebab itu siapa yang sampai kepadanya ayat ini (yang berisi larangan minuman keras dan tegas), dan dia masih ada minuman itu, maka tidak boleh lagi diminumnya dan tidak boleh dijualnya‰. Kata Abu Said: „Lalu ramai orang menumpahkan minuman keras masing-masing di jalan-jalan kota Madinah‰. (Sahih Bukhari) Terbukti di sini peranan akidah/iman yang berjaya mengalahkan nafsu, menundukkan kemahuan dan melawan keinginan. Sekiranya generasi kini pegang teguh seperti akidah yang dinyatakan tadi, pastinya krisis moral tidak akan berlaku.



SEMAK KENDIRI 4.2 1.



Jelaskan peranan akidah Islam dalam menyelesaikan krisis moral.



2.



Apakah yang akan berlaku sekiranya individu tidak mempunyai akidah yang mantap?



4.6



AKIDAH DALAM PEMBENTUKAN MODAL INSAN



Sedarkah anda bahawa modal insan ialah aset utama bagi negara untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai? Ini kerana kesejahteraan negara banyak bergantung pada kualiti atau mutu penduduknya. Oleh itu, sekiranya setiap rakyat memiliki keimanan yang teguh dan berakhlak mulia, ia akan memudahkan proses menjana kecemerlangan dalam segala bidang kehidupan. Menyedari kepentingan modal insan inilah, maka tumpuan yang sewajarnya harus diberikan pada proses pembinaan dan pembangunan modal insan. Sebagai Muslim, pastinya usaha untuk membina dan membangunkan modal insan adalah berteraskan Islam. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



74 



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH



Allah SWT berjanji bahawa pintu rahmat dan keberkatan akan dibuka kepada penduduk sesebuah negeri yang beriman dan bertakwa sebagaimana yang dinyatakan oleh-Nya dalam surah al-AÊraaf 7, ayat 96 yang bermaksud:



Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentukah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Akidah dalam pembentukan modal insan boleh dilihat dari sudut: (a)



Hubungan antara Akidah dan Modal Insan Akidah amat berkait rapat dengan pembentukan modal insan. Maksud modal insan dalam Islam tidak serupa dengan modal insan di Barat yang lebih kepada sumber modal manusia yang mahir dan bijak tanpa penekanan kepada aspek rohani. Kefahaman tentang maksud sebenar modal insan dalam Islam ini perlu bagi menyedarkan kita agar kembali ke landasan yang betul. Ramai ahli masyarakat kita hari ini telah mempelajari akidah, syariat dan ibadat sejak alam persekolahan lagi. Namun jika ditinjau kepada senario persekitaran hari ini, didapati seolah-olah ada permasalahan kepercayaan dalam kalangan masyarakat. Malah, kadangkala terdapat segelintir yang sanggup mempermainkan aspek akidah, lantaran kurangnya asas akidah mereka. Secara langsung, inilah faktor keruntuhan akhlak yang berleluasa pada hari ini, meskipun pelbagai kempen dan agenda memantapkan nilai moral dalam kalangan masyarakat dipergiatkan dari semasa ke semasa. Akidah bukan sahaja suatu kepentingan dalam Islam, bahkan ia juga merupakan perkara yang amat mustahak dalam hidup dan kehidupan manusia sehari-hari. Mereka yang hidup di dunia ini tanpa akidah atau jahil dalam akidah adalah seumpama orang buta yang tidak kenal keadaan dan bentuk diri mereka sendiri. Seseorang yang hidup tanpa akidah tidak tahu dan tidak dapat memahami pelbagai perkara, antaranya: (i)



Siapakah yang menjadikannya?



(ii)



Kenapakah dia dijadikan?



(iii) Apakah hikmah atau rahsia dan falsafah hidup manusia di atas muka bumi ini? (iv) Bagaimanakah permulaan dan kesudahan hidupnya di dunia ini?



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



(v)



PENGAJIAN AKIDAH







75



Ke manakah dia akan pergi selepas mati?



(vi) Adakah dia akan dihidupkan semula selepas mati? Mereka yang tidak memahami perkara tersebut akan hidup dalam kekufuran dan hidup mereka hanya untuk makan dan minum sahaja seperti haiwan. Maka, tempat mereka pada hari akhirat kelak adalah di dalam neraka seperti firman Allah SWT dalam surah Muhammad, ayat 12:



⎯ÏΒ “ÌøgrB ;M≈¨Ζy_ ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=ÏΗxåuρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# ã≅Åzô‰ãƒ ©!$# ¨βÎ) ãΝ≈yè÷ΡF{$# ã≅ä.ù's? $yϑx. tβθè=ä.ù'tƒuρ tβθãè−FyϑtFtƒ (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$#uρ ( ã≈pκ÷ΞF{$# $pκÉJøtrB ∩⊇⊄∪ öΝçλ°; “Yθ÷WtΒ â‘$¨Ψ9$#uρ Maksudnya:



Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedangkan nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (b)



Kaedah Dakwah Rasulullah SAW: Pemantapan Akidah Umat Sekiranya ditinjau dari sudut sejarah, kita dapati kaedah dakwah Rasulullah SAW dimulakan dan difokuskan dengan elemen akidah. Sepanjang era Mekah, kita dapati kebanyakan ayat yang diturunkan adalah berunsurkan pemantapan akidah. Ayat ini diturunkan sehinggalah dada para sahabat diisi dengan akidah yang kukuh. Kemudiannya barulah diturunkan ayat yang berbentuk ibadat dan akhlak ataupun hal ehwal kehidupan. Para sahabat Rasulullah SAW seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman bin Auf dan Khalid Al-Walid merupakan tokoh besar yang terkenal dengan kecemerlangan diri dan peribadi unggul mereka. Kaedah Rasulullah SAW mengutamakan pendidikan penerapan akidah ke dalam dada para sahabat sehingga menjadikan mereka insan yang cemerlang.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



76 



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH



Selain itu, akidahlah yang menjadikan khalifah ar-Rasyidin sebagai pemimpin yang adil, menjadikan Abdul Rahman bin Auf ahli korporat yang kaya, menjadikan Khalid al-Walid seorang panglima yang tangkas dan berjaya dan lain-lain contoh lagi. Malahan, kaum wanita pada zaman Rasulullah SAW tidak kurang hebatnya dengan kejayaan penerapan akidah yang berkesan. Akidahlah yang menjadikan masyarakat era Rasulullah dan sahabat sebagai era terbaik sepanjang zaman. Sebaliknya, akidah yang lemah menjadikan kita umat yang ketinggalan dan merosot. Kesimpulannya, dengan penerapan akidah, pembentukan peribadi insan yang cemerlang adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah yang hanya menekankan soal peraturan. Sekiranya kita menelusuri kaedah Rasulullah SAW ini, banyak pengajaran yang akan kita peroleh untuk membina modal insan yang terbaik.



SEMAK KENDIRI 4.3 1.



Rumuskan kaitan antara akidah dengan pembentukan modal insan.



2.



Siapakah orang yang jahil? Apakah ciri orang yang jahil?



3.



Nyatakan cara Rasulullah SAW berdakwah untuk memantapkan akidah pengikutnya.



4.7



AKIDAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN AKHLAK



Sebagai penutup, mari kita pelajari tentang akidah dan hubungannya dengan akhlak. Anda tentu sedar bahawa kemelut moral masyarakat pada hari ini adalah berpunca daripada krisis pegangan akidah. Orang yang mengalami krisis pegangan akidah tidak takut dengan ancaman siksa hidup di akhirat dan tidak pula tertarik dengan tawaran hidup di syurga. Dalam setengah keadaan, jenayah agama dilakukan secara sewenang-wenangnya oleh masyarakat Muslim; seolaholah malaikat Raqib dan ÂAtid sudah „bersara‰ daripada tugas mereka. Kesemua ini berlaku kerana akidah tidak dijadikan tunjang dalam kehidupan.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH







77



Sebagai Muslim, kita mengetahui bahawa iman dan akhlak merupakan dua perkara penting yang perlu difahami oleh setiap Muslim. Kedua-duanya merupakan gabungan yang bersifat fitrah daripada Islam itu sendiri. Kepentingan memahami kedua-duanya bukan sahaja dari sudut agama, malah dari segi usaha manusia yang mahu mencapai kehidupan yang aman dan bahagia iaitu menjadi matlamat semua manusia. Ini dinyatakan oleh firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 97:



( Zπt6ÍhŠsÛ Zο4θu‹ym …çμ¨ΖtÍ‹ósãΖn=sù Ö⎯ÏΒ÷σãΒ uθèδuρ 4©s\Ρé& ÷ρr& @Ÿ2sŒ ⎯ÏiΒ $[sÎ=≈|¹ Ÿ≅Ïϑtã ô⎯tΒ ∩®∠∪ tβθè=yϑ÷ètƒ (#θçΡ$Ÿ2 $tΒ Ç⎯|¡ômr'Î/ Νèδtô_r& óΟßγ¨ΨtƒÌ“ôfuΖs9uρ Maksudnya:



Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan... Kita telah pelajari Islam ialah agama yang terdiri daripada akidah dan syariah. Dengan kata lain, akidah maknanya keimanan dan syariah ialah amal perbuatan (akhlak). Ini dibuktikan dengan hadis berikut:



‫ﹺﺇﻥﱠ ﺍ ِﻹﳝَﺎ ﹶﻥ ﻫُ َﻮ ﺍﹾﻟ َﻌ َﻤﻞﹸ‬ Maksudnya:



Sesungguhnya iman itu ialah amal. (Sahih Bukhari) Berdasarkan hadis tersebut, kita rumuskan bahawa hubungan antara iman dan amal adalah sangat erat dan tidak mungkin dipisahkan. Amal ataupun akhlak dimanifestasi daripada keimanan seorang Muslim. Oleh sebab itu, perkataan iman dan amal sentiasa disebut secara bergandingan di dalam al-Quran. Menurut ahli tafsir, iman dan amal (akhlak) disebut bersama sebanyak 730 kali (Toriq Muiz Muhammad, 2001).



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



78 



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH



Secara umum, iman dari sudut istilah diertikan sebagai membenarkan sesuatu dengan hati, berikrar dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. Di sini, pengertian iman tidak hanya terbatas kepada pegangan atau kepercayaan hati kepada sesuatu seperti yang difahami oleh sebahagian besar umat Islam, tetapi merangkumi anggota lahir seperti lidah dan seluruh anggota. Contohnya apabila disebut seorang itu beriman kepada sesuatu pegangan, maka pada dirinya tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan tidak jemu mengerjakan amal soleh seperti firman Allah dalam surah al-Tin ayat 4-6:



∩∈∪ t⎦,Î#Ï≈y™ Ÿ≅xó™r& çμ≈tΡ÷ŠyŠu‘ ¢ΟèO ∩⊆∪ 5ΟƒÈθø)s? Ç⎯|¡ômr& þ’Îû z⎯≈|¡ΣM}$# $uΖø)n=y{ ô‰s)s9 ∩∉∪ 5βθãΨøÿxΕ çöxî íô_r& óΟßγn=sù ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=ÏΗxåuρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# ωÎ) Maksudnya:



Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka di sini wujudnya satu hubungan yang erat antara hati dengan anggota badan yang mana semua anggota rohaniah atau jasmaniah bersepadu membentuk keimanan yang diyakini oleh seseorang. Hubungan erat ini dapat dilihat daripada hadis Rasulullah SAW:



‫ﺍﻛﻤﻞ ﺍﳌﺆﻣﻨﲔ ﺍﳝﺎﻥ ﺍﺣﺴﻨﻬﻢ ﺧﻠﻘﺎ‬ Maksudnya:



Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya⁄ (Sahih Bukhari) Keimanan yang sebenarnya bukanlah semata-mata berada di fikiran atau percaya dalam hati, tetapi iman merupakan kepercayaan, kerja dan keikhlasan. Akhlak tidak dapat dipisahkan daripada keimanan yang sempurna. Walaupun iman bersifat ghaybiyyah, namun iman tidak terpisah dari realiti kehidupan. Oleh kerana hakikat iman secara tabi´inya berkait rapat dengan realiti kehidupan, maka iman merupakan sifat yang akan menjelma dalam setiap lapangan. Hubungan antara iman dan akhlak ini juga terkandung dalam hadis Rasulullah SAW:



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH







79



‫ ﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﺑﻦ ﺻﺎﱀ‬،‫ ﻭ ﳏﻤﺪ ﺑﻦ ﺇﲰﺎﻋﻴﻞ ﻗﺎﻻ‬،‫ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺳﻬﻞ ﺑﻦ ﺃﰊ ﺳﻬﻞ‬ ،‫ ﻋﻦ ﺟﻌﻔﺮ ﺑﻦ ﳏﻤﺪ‬،‫ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ‬،‫ ﺛﻨﺎ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﻣﻮﺳﻰ ﺍﻟﺮﺿﺎ‬،‫ﺃﺑﻮ ﺍﻟﺼﻠﺖ ﺍﳍﺮﻭﻱ‬ ‫ ﻗﺎﻝ ﺭ‬: ‫ ﻗﺎﻝ‬،‫ ﻋﻦ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺃﰊ ﻃﺎﻟﺐ‬،‫ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ‬،‫ ﻋﻦ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺍﳊﺴﲔ‬،‫ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ‬ : ‫ﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬ ( ‫) ﺍﻹﳝﺎﻥ ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺑﺎﻟﻘﻠﺐ ﻭ ﻗﻮﻝ ﺑﺎﻟﻠﺴﺎﻥ ﻭ ﻋﻤﻞ ﺑﺎﻷﺭﻛﺎﻥ‬ Maksudnya:



Daripada Ali bin Abi Talib katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ialah pengakuan dengan hati, pengucapan dengan lidah dan pengamalan dengan anggota.‰ (Riwayat Ibn Majah) Iman adalah satu hakikat yang telah terukir dalam diri seseorang dan sudah pastinya iman akan mencorakkan gerak laku seseorang dalam kehidupan. Ini jelas terbukti melalui hadis ini:



ْ ‫صلَ َح ْال َج َس ُد ُكلﱡهُ َوإِ َذا فَ َس َد‬ ْ ‫صلَ َح‬ ‫ت فَ َس َد‬ َ ‫ت‬ َ ‫َوإِ ﱠن فِي ْال َج َس ِد ُمضْ َغةً إِ َذا‬ ُ‫ْال َج َس ُد ُكلﱡهُ أَال َو ِھ َي ْالقَ ْلب‬ Maksudnya:



Ketahuilah bahawa dalam badan ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruhnya dan apabila rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah itulah dinamakan hati. (Sahih Bukhari) Iman itu bermula daripada hati yang menerima pegangan ataupun tidak. Oleh sebab itulah hadis tersebut memberi penekanan fungsi hati dalam jasad manusia. Hati yang akan membentuk tingkah laku atau budi pekerti. Selaras dengan itu, al-Quran telah memperjelaskan kegiatan amal dalam kehidupan individu dari pelbagai aspek mampu menggambarkan kekuatan iman seseorang. Iman dan amal kedua-duanya merupakan dua jentera atau mekanisme yang mesti digerakkan untuk memproses kesempurnaan dan ketinggian peribadi umat manusia dan masyarakat umumnya.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



80 



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH



Kesimpulannya, iman dan akhlak saling menyempurnakan antara satu sama lain. Pengasingan dua bidang tersebut merupakan satu „jenayah besar‰ kepada hakikat Islam sebagai agama Allah. Oleh itu, setiap individu mestilah memiliki iman yang sejati kepada Allah SWT kerana imanlah yang mencorakkan amal perbuatan manusia (akhlak). Iman yang jitu akan menghindarkan diri kita daripada perbuatan yang dilarang sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis ini:



‫ﲔ ﻳَﺰْﻧﹺﻲ َﻭﻫُ َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ ﻭَﻻ‬ َ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﻻ ﻳَ ْﺰﻧﹺﻲ ﺍﻟﺰﱠﺍﻧﹺﻲ ِﺣ‬ َ ‫ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱡﻲ‬ ‫ﺴ ﹺﺮﻕُ َﻭﻫُ َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ ﻭَﻻ‬ ْ ‫ﲔ َﻳ‬ َ ‫ﺴ ﹺﺮﻕُ ِﺣ‬ ْ ‫ﺸ َﺮﺏُ َﻭﻫُ َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ ﻭَﻻ َﻳ‬ ْ ‫ﲔ َﻳ‬ َ ‫ﺨ ْﻤ َﺮ ِﺣ‬ َ ‫ﺸ َﺮﺏُ ﺍﹾﻟ‬ ْ ‫َﻳ‬ ‫ﲔ َﻳْﻨَﺘ ﹺﻬُﺒﻬَﺎ َﻭﻫُ َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ‬ َ ‫ﺱ ﹺﺇﹶﻟْﻴ ِﻪ ِﻓﻴﻬَﺎ ﹶﺃْﺑﺼَﺎ َﺭ ُﻫ ْﻢ ِﺣ‬ ُ ‫َﻳﻨَْﺘ ﹺﻬﺐُ ﻧُ ْﻬَﺒ ﹰﺔ َﻳ ْﺮﹶﻓﻊُ ﺍﻟﻨﱠﺎ‬ Maksudnya:



Nabi Muhammad SAW bersabda : „Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina semasa ia berkeadaan sempurna imannya, seseorang yang hendak minum arak, tidak akan meminum arak semasa ia berkeadaan sempurna imannya, seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan mencuri semasa ia berkeadaan sempurna imannya, dan seseorang yang hendak mengambil harta yang telah diamanahkan kepadanya, tidak akan melakukan perbuatan tersebut semasa ia berada dalam keadaan sempurna imannya.‰ (Sahih Bukhari) Jelas di sini kekuatan iman kepada Allah akan membuahkan akhlak yang baik sejajar dengan tuntutan Rasululah SAW dalam merealisasikan insan kamil berlandaskan konsep masyarakat rabbani.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH







81







Akidah dan keimanan itu merupakan dua istilah yang mempunyai konotasi makna yang sama, kedua-duanya boleh digunakan dan membawa maksud yang sama.







Tauhid merujuk kepada perbuatan mengesakan sesuatu serta menafikan berbilang-bilang.







Hubungan akidah dan kerohanian tidak jauh bezanya antara iman dan akidah. Kerohanian bermakna „intisari manusia dan ciri-ciri peribadinya‰. Kerohanian ialah akal dan hati, fikiran dan iman.







Asas akidah Islam berbeza dengan agama lain. Antara asas akidah yang perlu diketahui oleh individu Muslim ialah mengetahui fardu ain bagi setiap mukallaf, memahami dengan mendalam maksud Islam, iman dan ihsan, dan percaya dan beriman kepada perkara-perkara yang ghaib/samiÊiyyat.







Antara ciri akidah ialah ilmu diperoleh daripada sumber wahyu Ilahi, tidak menerima sebarang bentuk keraguan, mempraktikkan segala hukum atau suruhan dengan rela dan bersungguh-sungguh melaksanakan amalan dan suruhan yang terkandung dalam akidah.







Akidah adalah sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia menjadi asas yang membolehkan semua amal kebaikan yang telah dilakukan mendapat keredhaan Allah SWT.







Akidah mempunyai peranan tersendiri untuk menyelesaikan krisis moral pada hari ini. Antara peranannya ialah boleh merangsang dan memotivasikan seseorang Muslim untuk melakukan amalan baik dan mulia dalam kehidupannya.







Modal insan ialah aset utama bagi negara untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai. Sebagai Muslim, pastinya usaha untuk membina dan membangunkan modal insan adalah berteraskan Islam. Allah SWT berjanji bahawa pintu rahmat dan keberkatan akan dibuka kepada penduduk sesebuah negeri yang beriman dan bertakwa.







Kemelut moral masyarakat pada hari ini berpunca daripada krisis pegangan akidah. Kesemua ini berlaku kerana akidah tidak dijadikan tunjang dalam kehidupan.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



82 



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH







Islam ialah agama yang terdiri daripada akidah dan syariah. Dengan kata lain, akidah maknanya keimanan dan syariah pula amal perbuatan (akhlak). Kesimpulannya, iman dan akhlak saling menyempurnakan antara satu sama lain.







Kekuatan iman kepada Allah akan membuahkan akhlak yang baik sejajar dengan tuntutan Rasululah SAW dalam merealisasikan insan kamil berlandaskan konsep masyarakat rabbani.



Akidah



Pembentukan modal insan



Iman



Peranan akidah



Kerohanian



Tauhid



´Abd Karim al-ÂAql. (t. t.). Mabahith fi Âakidah Ahl al-Sunnah wa al-JamaÂah (cet. 1). Saudi Arabia: Dar al-Watan. Abd Latif Muda, & Rosmawati Ali. (1998). Pengantar ilmu tauhid (teks komprehensif Pengajian Islam). Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam. Al-Sayyid Sabiq. (t. t.). Al-ÂaqaiÊdu al-Islamiyyah. Beirut, Lebanon: Dar al-Kitab al-ÂArabi. Al-Asykur, Sulayman. (1984). ÂAkidah fi Allah (cet. 5). Kuwait: Maktabah al-Falah. Hasan al-MasÂud. (1996). Al-muÂjam al-Âarabi al-maysir. Tunis, Tunisia: Alesco. Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1983). Al-fawa´id (cet. 4). Beirut, Lebanon: Dar al-NafaiÊs. Imam Ghazali. (1977). Kejaiban hati (cet. 1) (Nurhickmah, Terj.). Singapura: Pustaka Nasional.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



PENGAJIAN AKIDAH







83



K. H. M. Taib Thahir Abdul MuÊin. (1986). Ilmu kalam. Jakarta, Indonesia: Penerbit Widjaya. Lane, E. W. (1968). Arabic English lexicon (vol. 1). New York, NY: Federick Ungar Publishing. Mohd Fauzi Hamat. (2002). Peranan akidah dalam perancangan pembangunan ummah: Satu analisis dalam konteks masyarakat kini. Jurnal Usuluddin, 16, 13-34. Mohd Sulaiman Yasin. (1988). Pengantar aqidah. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Zaidi Abdullah. (2000). Pegangan sejati Ahli Sunnah Wal-Jamaah: Suatu keluhuran dan kemurnian pegangan hidup. Kuala Lumpur, Malaysia: Syathariyah Niagajaya. Muhammad Sulaiman Yasin. (1998). Pengantar tasawuf. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Uthman El-Muhammady. (1996). Sejarah dan konsep Ahli Êas-Sunnah WaÊl-JamaÊah. Kuala Lumpur, Malaysia: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Said Ibrahim. (1996). Aqidah Ahli Sunnah WaljamaÊah. Gombak, Malaysia: Darul MaÊrifah. Sayed Sabiq. (2005). Akidah Islam menurut al-Quran dan hadis. Kuala Terengganu, Malaysia: Rangkaian Berkat. Syaikh Muhammad Abu Zahrah. (t. t.). Aqidah Islamiah (bahagian pertama) (Sayuti Farid, Terj.). Surabaya, Indonesia: Penerbit al-Ikhlas. Toriq Muiz Muhammad. (2001). Hubungan hakikat diri dan dua kalimah syahadah (cet. 1). Kuala Lumpur, Malaysia: Usnie.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)