Kepentingan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Negara [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

GEOGRAFI Kerja Masa Cuti Pertengahan Tahun 2015 Arahan ; Jawab semua soalan berikut. 1. Apakah kepentingan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara Malaysia? -



Menyediakan peluang pekerjaan yang luas Meningkatkan taraf hidup penduduk Menjana pendapatan negara Memajukan infrastruktur Mengurangkan pergantungan terhadap barang import Mempengaruhi perkembangan sesuatu petempatan



2. Huraikan dengan contoh bagaimana kepentingan kegiatan ekonomi membantu pembangunan negara Malaysia. Kepentingan kegiatan ekonomi  Menyediakan peluang pekerjaan yang luas



Huraian dan contoh -



-







Meningkatkan taraf hidup penduduk



-



-







Menjana pendapatan negara



Perkembangan kegiatan ekonomi menyediakan peluang pekerjaaan yang luas kepada penduduk dan menyebabkan kadar pengangguran rendah. Contoh;  Sektor perkhidmatan – kerani, guru  Sektor perkilangan – pengurus  Sektor perniagaan – jurujual, pekedai  Sektor pertanian – petani, peladang  Sektor perikanan – nelayan  Sektor perhutanan – pembalak  Sektor perlombongan – pelombong  Sektor pembinaan – arkitek, jurutera  Sektor pelancongan – pemandu pelancong Peluang pekerjaan yang luas meningkatkan pendapatan penduduk dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk kerana mereka mempunyai kuasa beli untuk mendapatkan keperluan hidup ynag lebih baik. Contoh;  Makanan seimbang  Tempat tinggal  Rawatan  Pendidikan



- Kegiatan ekonomi menyumbang kepada pendapatan negara melalui hasil cukai, tukaran wang asing dan



keuntungan perniagaan. - Contoh;  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan antara agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengutip cukai. 



Memajukan infrastruktur







- Kemajuan ekonomi negara mengurangkan pergantungan Mengurangkan terhadap barang import kerana negara berupaya pergantungan terhadap menghasilkan produk sendiri. barang import - Contoh;  Pengeluar kenderaan tempatan seperti Proton, Perodua dan DRB-Hicom telah berjaya menguasai 70% pasaran kenderaan dalam negara.







- Kegiatan ekonomi mempengaruhi perkembangan Mempengaruhi sesuatu petempatan menjadi pusat pengumpulan hasil perkembangan sesuatu pertanian, pusat perlombongan pusat perkilangan dan petempatan pusat perniagaan. - Contoh;  Pusat pengumpulan pertanian – Alor Setar, Kota Bharu  Pusat pengumpulan petroleum dan gas asli – Kerteh, Miri, Bintulu  Pusat pengumpulan perindustrian – Bayan Lepas, Prai dan Mak Mandin, Petaling Jaya dan Shah Alam



- Pendapatan negara yang tinggi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur. - Contoh;  Jalan raya – Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)  Kereta api – Landasan berkembar Kuala Lumpur – Ipoh  Pelabuhan – Tanjung Pelepas  Lapangan terbang – KLIA  Perhubungan – Measat 1, Measat 2



3. Jelaskan dengan contoh 5 kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia.







Kesan Negatif Kepupusan Sumber



Contoh - Kepupusan hutan, flora dan fauna  Kegiatan pembalakan hutan hujan tropika menyebabkan kepupusan spesies hutan.  Penebangan hutan memusnahkan spesies tumbuh-tumbuhan seperti orkid.  Penerokaan hutan untuk membuka lading, petempatan, tapak industri dan sebagainya turut memusnahkan habitat haiwan.







Pencemaran



- Pencemaran air, udara dan tanih  Pembuangan sisa toksik oleh kilang ke dalam sungai, kolam dan tasik memusnahkan hidupan akuatik.  Pembebasan asap kilang dan pembakaran bahan api mencemarkan udara dan meningkatkan Indeks Pencemaran Udara (API)  Pembuangan sisa pepejal dan sisa toksik mencemarkan tanih dengan bahan kimia dan mengurangkan kadar kesuburan tanih.







Perubahan Pandang Darat (Landscape)



- Pandang darat tasik dan kolam, ladang dan kawasan  Kegiatan perlombongan bijih timah mewujudkan tasik dan kolam seperti di Ipoh, Gopeng dll.  Pembukaan tanah rancangan mewujudkan pandang darat kawasan tanaman kelapa sawit dan getah yang luas seperti di Jengka, Pahang.







Kesan Rumah Hijau



- ‘Rumah Hijau’ merujuk kepada komposisi gas di atmosfera yang mengawal kadar kepanasan bumi.  Pembakaran bahan api, pembakaran terbuka, pembebasan asap kilang dan asap kenderaan telah meningkatkan komposisi gas rumah hijau di atmosfera menyebabkan suhu global meningkat.







Penipisan Lapisan Ozon



- Lapisan ozon ialah lapisan di stratosfera yang berada antara 20 km hingga 50 km dari permukaan bumi.  Kegiatan manusia yang membebaskan CFC telah menyebabkan gas klorin dalam CFC untuk bertindak balas dengan ozon lalu bertukar kepada oksigen dan seterusnya mengakibatkan lapisan



ozon semakin menipis.



4. Cadangkan 5 langkah yang anda fikir dapat mengurangkan kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia. -



Penghutanan semula Kitar semula Pendidikan alam sekitar Kempen Penguatkuasaan undang-undang