Kerja Kursus Pengajian Am by Hny [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 PENGENALAN Secara umumnya, definisi semangat menurut kamus dewan edisi keempat adalah kemahuan untuk melakukan sesuatu .Menurut kamus pelajar pula, semangat bermaksud perkara yang berkaitan dengan perasaan hati dan jiwa .Manakala maksud kejiranan menurut kamus dewan edisi keempat pula ialah orang yang tinggal berdekatan dengan Kawasan perumahan kita . Menurut keratan akhbar Berita Harian pula, Semangat kejiranan merujuk kepada aspek kesefahaman dan hubungan erat sesama jiran. Sebagai anggota masayarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama, banyak perbezaan dari segi kefahaman dan budaya. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing”



Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Hal ini perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ia dapat mengukuhkan hubungan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat kejiranan inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Sementara itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan



mendirikan khema untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama.



Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamatan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat. Justeru,pengetahuan mengenai maksud semangat kejiranan amat penting agar masyarakat dapat mendalami dan mengaplikasinya dalam kehidupan.Tambahan pula, banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan.Dalam kajian ini,peranan media sosial untuk meningkatkan semangat kejiranan di Kampung Padang Luas,Jerteh,Besut,Terengganu telah dikaji , dikenalpasti dan dikaji oleh pengkaji. Sementara itu,masyarakat juga menjadikan media sosial sebagai medium untuk mengeratkan hubungan sesama sendiri dengan orang terdekat seperti ahli keluarga,rakan sekolah dan jiran tetangga dengan cara kekal berhubung melalui media sosial dan saling berkongsi cerita dengan selesa walaupun sibuk dengan kerja harian masing masing.Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak bergaul dengan orang di sekelilingnya kerana sibuk dengan jadual harian masing masing terutamanya kepada orang yang sudah berkerja dan berkeluarga kerana sibuk menjaga anak mereka.Sudah terang lagi bersuluh media sosial juga mempunyai peranan yang penting untuk mengekalkan hubungan persaudaraan dan meningkatkan semangat kejiranan berhubung dimana jua mereka berada.



kerana masyarakat tetap boleh



Menurut kamus dewan pelajar edisi keempat ,media bermaksud alat atau perantara komunikasi seperti radio,televisyen dan akhbar. Manakala sosial pula membawa maksud segala perkara yang melibatkan masyarakat seperti aktiviti – aktiviti yang melibatkan pergaulan,persahabatan dan perjumpaan keramaian .Pada era globalisasi ini, media sosial merupakan antara medium komunikasi paling hangat sehingga penggunaannya sudah menjadi kebiasaan ,keutamaan hidup dan menjadi trend kehidupan .Hal ini demikian kerana,media sosial dapat mempercepatkan proses penyampaian maklumat kepada semua orang termasuk orang yang jauh mahupun orang yang berada di luar negara sekaligus memudahkan urusan kehidupan masyarakat.Selain itu,media sosial mempunyai sifat yang lebih interaktif berbanding bentuk media tradisional seperti radio dan televisyen.Sebagai contoh,penggunaan media sosial seperti blog,Facebook,Youtube dan Twitter tidak sekadar menjadi ruangan sembang kosong atau hanya untuk meluangkan masa lapang.Ia kini menjadi rangkaian komunikasi yang meluas kepada segenap lapisan masyarakat tidak kira golongan remaja,dewasa mahu pun orang tua.Saluran komunikasi dalam talian ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas,berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan pelbagai jenis multimedia yang terdiri daripada teks , gambar,video dan audio.Malahan,media sosial ini juga boleh dijadikan sebagai medium untuk mencari rakan lama yang terpisah dan kembali berhubung semula dengan mereka serta mengikat ukhuwah sesama insan.



Rasional kajian ini dilakukan kerana pengkaji ingin melihat sejauhmana peranan media sosial untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam penduduk komuniti di Kampung Padanag Luas,Jerteh,Besut,Terengganu.Selain itu,pengkaji ingin mengetahu sejauhmana keberkesanan media sosial untuk meningkatkan semangat kejiranan di Kampung ini.Seterusnya,pengkaji juga ingin mengetahui tentang penggunaan media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi dalam kalangan komuniti dikampung ini. Hal ini demikian kerana media sosial menjadi trend dan digunakan oleh semua golongan dalam komuniti Kampung Padang Luas.Oleh yang demikian,pengkaji lebih mudah untuk melakukan kajian dan mereka tidak seperti “katak di bawah tempurung” kerana mereka sudah biasa dengan penggunaan media sosial.Dengan itu,kajian ini lebih senang untuk dikendalikan dan dijalanakan.



Akhir sekali,pengkaji dapat menambah ilmu pengetahuan tentang peranan media sosial untuk meningkatkan semangat kejirana.Secara tidak langsung,kajian ini dapat meluaskan pandangan pengkaji terhadap kebaikan penggunaan media sosial .



2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan perlu berfokus supaya mencapai sesuatu dapatan yang mampu menghuraikan persoalan atau isu – isu yang dibangkitkan. Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini akan menjalankan kajian berdasarkan 2 objektif sebagaimana berikut: 1. Mengenal pasti faktor penggunaan media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi dalam kalangan komuniti 2. Mengkaji peranan media sosial untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan komuniti



3.0 LOKASI KAJIAN



Peta 1 : Peta Negeri Terengganu https://www.malaxi.com/terengganu/terengganu_map.html



Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terengganu juga merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam yang amat menarik. Oleh kerana demikian, Terengganu menjadi antara negeri tumpuan pelancong. Selain itu, negeri ini juga terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadanan dengan Kelanta manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadanan dengan Pahang. Keluasan Negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar atau 1.295,512.1 hektar. Jumlah penduduk di Negeri Terengganu pada tahun 2020 ialah seramai 1.26 juta penduduk di negeri ini.Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 Kilometer dari utara (Besut) ke selatan (kemaman). Di Negeri Terengganu terdapat Sembilan daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.



https://maps.app.goo.gl/N7TPjB2bUhYynJFs9?g_st=ic Daerah Besut ialah sebuah daerah di Utara Terengganu, Malaysia. la bersempadan dengan negeri Kelantan di Utara, daerah Hulu Terengganu di Selatan, daerah Setiu dan Laut China Seatan di Timur. Ibu daerah Besut ialah Jerteh sementara pusat pentadbbiran ialah di Kampung Raja. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar dan penduduk seramai 118,058 penduduk di daerah ini pada tahun 1991. Terdapat 15 mukim dalam pentadbiran Besut iaitu Keluang, Kuala Besut, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk Kawah, Pasir Akar, Tembila,Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban dan Bukit Kenak. Di Kawasan daerah besut juga terdapat tempat perkelahan yang menarik seperti Lata Tembakah, Lata Kolam,Lata Belantan, La Hot Spring, Gunung Tebu, Bukit Keluang, Pantai BentingLintang,Pantai Dendong dan terdapat beberapa lokasi lain yang sedang di majukan



Kampung



Padang



Luas merupakan



sebuah kampung yang



terletak



di Jerteh, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia,



dan



yang



bersempadan



dengan Kelantan di



utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.



4.0 Metadologi Kajian



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metadologi membawa maksud system yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu



kegiatan



atau



disiplin.Maksud



lain



metologi



ialah



kaedah,jalan,teknik,gaya,ragam,rentak,corak dan system.Metadologi juga bermkasud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.Antara perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendaptkan responden,cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik memproses dan mempersembahkan data.



4.1 2