Kerta Cadangan Kelab Robotik [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB ROBOTIK SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN SENALING, JALAN TAMPIN-KUALA PILAH, 06000, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.



DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABU KASSIM SK. SENALING, KUALA PILAH



1



KANDUNGAN TAJUK 1. PENGENALAN i. ii. iii. iv. v. vi. vii.



LATAR BELAKANG RASIONAL MATLAMAT OBJEKTIF VISI MISI PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN



viii.



JAWATANKUASA PENAJA



2. PERLEMBAGAAN i.



NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR



ii.



MATLAMAT



iii.



OBJEKTIF



iv.



IKRAR AHLI ROBOTIK



v.



LOGO DAN PENGERTIAN



vi.



BENDERA DAN PENGERTIAN



vii.



KEAHLIAN



viii.



PAKAIAN RASMI



ix.



GURU PENASIHAT



x.



AHLI JAWATANKUASA



xi.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA



xii.



KEWANGAN



xiii.



KEHADIRAN



xiv.



PERATURAN-PERATURAN



xv.



TINDAKAN DISIPLIN



xvi.



PINDAAN PERLEMBAGAAN



xvii.



PEMBUBARAN



xviii.



HAL-HAL LAIN



3.



PERANCANGAN PROGRAM TAHUNAN



4.



PENUTUP



LAMPIRAN TAJUK 2



Kelab Robotik 1. LATAR BELAKANG Pada zaman teknologi canggih ini, kemahiran adalah salah satu aset yang sangat penting kepada setiap individu. Kemahiran ini bukan sahaja boleh menjadi nilai tambah kepada murid, tetapi juga sebagai bekalan pada masa hadapan. Penubuhan Kelab Robotik SK Senaling ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu murid mengisi masa lapang mereka di samping menjadi salah satu medium pembelajaran interaktif untuk membina kemahiran murid dari sudut teknologi. Selain itu, Penubuhan ini juga sebagai satu langkah untuk menyokong Dasar Sains dan Teknologi kerajaan dalam usaha untuk membangun ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat serta melindungi kedaulatan negara yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara. 2. RASIONAL 2.1



Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang memerlukan kepakaran dari sudut teknologi. Kemahiran rekacipta ini sepatutnya dipupuk dan diperkembangkan sejak seusia persekolahan lagi. Pada tahap ini, kognitif mereka berada pada tahap optimum untuk menyerap ilmu pengetahuan yang dicurahkan. Mereka juga mempunyai pelbagai kemahirandan idea yang boleh digarapkan dan diaplikasikan dalam bidang teknologi robotik negara.



2.2



Kelab Robotik ini juga diharapkan dapat memupuk budaya berdaya saing dalam diri murid kerana Malaysia kini berada hampir ke kemuncak bidang inovasi dan rekaciptanya. Murid, ahli akademik serta badan-badan persendirian sedang berlumba dalam meneroka dengan lebih mendalam bidang ini. Oleh itu, bidang robotik menyediakan satu platform yang baik untuk murid mengutip pengalaman melalui pertandingan-pertandingan dan ekspo-ekspo yang akan disertai.



2.3



Elemen akademik juga dapat diterapkan secara langsung dalam aktiviti kelab ini. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan akan melebihkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan matematik. Ilmu-ilmu seperti daya graviti, pengumpulan maklumat saintifik, pengurusan data dan permodelan matematik dapat dipelajari dengan lebih mendalam dan diaplikasikan secara langsung dalam diri murid. 3



2.4



Kelab ini juga akan menekankan elemen alam sekitar atau green society dalam pelaksanaannya. Hal ini penting, dalam memupuk rasa sayang dan memelihara alam ciptaan walaupun dunia di anjung kemajuan suatu hari nanti.



3. MATLAMAT 3.1



Memupuk kreativiti dan inovasi murid dalam bidang robotik.



4. OBJEKTIF 4.1



Mendedahkan murid-murid kepada pennguasaan kemahiran membina robot.



4.2



Menerapkan kepentingan teknologi kepada diri, masyarakat dan negara.



4.3



Mengasah pemikiran kreatif dan inovatif murid serta melahirkan generasi yang celik teknologi.



4.4



Melatih murid untuk berfikiran jauh dan kritikal serta menambahkan ilmu pengetahuan kendiri para murid.



4.5



Melahirkan minat dalam bidang robotik dan penciptaan dalam kalangan murid.



4.6



Memupuk keharmonian antara murid tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang dalam menimba ilmu.



4.7



Memupuk rasa cinta akan alam sekitar seiring dengan kemajuan yang ingin dicapai.



5. VISI 5.1



Mencambahkan pengetahuan pelajar dalam



rekaan, fungsi dan



penghasilan robot serta pengaplikasiannya kepada kegunaan masa hadapan. 6. MISI 6.1



Membina, memprogramkan dan mempamerkan dapatan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan negara.



7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN



4



7.1



Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Persatuan Malaysia.



7.2



Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.



7.3



Objektif kelab robotik akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar serta kursus-kursus teknikal memprogramkan robot.



7.4



Tumpuan aktiviti adalah kepada pertandingan-pertandingan robotik peringkat kebangsaan di mana ahli-ahli akan: i.



Membina model robot mereka sendiri



ii.



Memprogramkan robot menggunakan perisian yang bakal dipelajari.



iii.



Menyelesaikan masalah harian menggunakan model yang dicipta.



iv.



Mempertandingkan model yang telah dibina di peringkat kebangsaan.



8. JAWATANKUASA PENAJA KELAB ROBOTIK Jawatankuasa Kelab Robotik akan terdiri daripada: Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari



: Muhammad Hafizuddin Bin Abu Kassim : Syukran Bin Rosli : Nur Hudaina Binti Pilus : Nur Kia Satina Binti Fisal : Faris Asyraf Bin Redzuan : Muadz Bin Zaidi : Ahmad Faris Bin Fadel



Ketua Kumpulan



: 1) Siti Khadijah Binti Juhari 2) Nur Anis Azlin Binti Hamzah 3) Arif Shafiq Bin Nor Hisyam 4) Izzat Bin Mazlan 5) Amir Aqil Bin Azeman



KELAB ROBOTIK SEKOLAH KEBANGSAAN AMBANGAN HEIGHTS NO. PENDAFTARAN 18/2018/SKAH PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB



5



PERATURAN SATU: NAMA DAN ALAMAT a. Nama Kelab Kelab ini akan dikenali dengan nama Kelab Robotik atau ringkasnya KB yang selepas ini akan disebut sebagai Kelab sahaja. b. Alamat SEKOLAH KEBANGSAAN SENALING, 72000, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN. PERATURAN DUA: MATLAMAT Membuka peluang untuk murid yang ingin meneroka kemahiran dalam pemodelan, penciptaan dan memprogramkan robot. PERATURAN TIGA: OBJEKTIF Tujuan Kelab Robotik ini dicipta ialah: a.



Mewujudkan satu platform untuk pelajar menimba ilmu dalam bidang teknologi penghasilan robot.



b.



Membina jati diri pelajar yang mencintai dan menghargai alam sekitar melalui penerapan nilai hijau (green environment) dalam penghasilan projek.



c.



Membina



generasi yang mampu berpemikiran jauh dan inovatif dalam



menjana idea-idea yang kreatif lagi kritis. d.



Memenuhi masa murid dengan aktiviiti yang berfaedah dan sekali gus menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti merokok, penyalah gunaan dadah dan seks bebas.



e.



Melengkapkan diri murid dengan skil dan kemahiran yang boleh menjadi nilai tambah atau added value kepada mereka di masa hadapan.



f



Mencipta satu platform pendedahan untuk murid menimba pengalaman di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui konvensyen, pameran dan pertandingan robotik.



PERATURAN EMPAT: IKRAR ROBOTIK a



Mencipta model robot yang dapat memberikan manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. 6



b



Tidak



menyalahgunakan



pengetahuan



untuk



kepentingan



diri



atau



membahayakan pihak lain. c



Mampu Bersaing secara positif dan menunjukkan tauladan yang baik.



d



Sentiasa berusaha ke arah meningkatkan ilmu pengetahuan teknologi terkini.



PERATURAN KELIMA: LOGO DAN PENGERTIAN a



Logo Kelab Robotik



c. Pengertian Logo i.



Robot melambangkan identiti kelab sebagai kelab robotik.



ii.



Bunga dan rumput melambangkan pemeliharaan alam sekitar seiring dengan kemajuan yang ingin dicapai.



iii.



Bulatan melambangkan kebersatuan dalam kehidupan.



iv.



Warna oren mewakili semangat yang sentiasa sukakan cabaran.



v.



Warna hijau melambangkan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.



vi.



Warna kelabu melambangkan kesungguhan.



vii.



Warna putih mewakili keikhlasan serta kesucian.



viii.



Warna biru melambangkan ketenangan.



ix.



Warna ungu mewakili kecekalan.



x.



Warna hitam melambangkan kesungguhan



PERATURAN KEENAM: BENDERA DAN PENGERTIAN a. Bendera Kelab Robotik



7



.



b. Pengertian Bendera i.



Warna putih bendera melambangkan kesucian



ii.



Robot melambangkan identiti kelab sebagai kelab robotik.



iii.



Bunga dan rumput melambangkan pemeliharaan alam sekitar seiring dengan kemajuan yang ingin dicapai.



iv.



Bulatan melambangkan kebersatuan dalam kehidupan.



v.



Warna oren mewakili semangat yang sentiasa sukakan cabaran.



vi.



Warna hijau melambangkan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.



vii.



Warna kelabu melambangkan kesungguhan.



viii.



Warna biru melambangkan ketenangan.



ix.



Warna ungu mewakili kecekalan.



x.



Warna hitam melambangkan kesungguhan



8



PERATURAN KETUJUH: KEAHLIAN a. Keahlian i.



Keahlian terbuka kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Senaling.



ii.



Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Borang PMA) dan dikemukakan kepada Setiausaha tidak lewat daripada 31 Januari setiap tahun.



iii.



Kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa menerima atau menolak sesuatu permohonan adalah muktamad.



iv.



Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.



b.



Hak Ahli Seseorang murid yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:i.



Mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab dan menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatan Kuasa kelab.



ii.



Menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab.



iii.



Menggunakan peralatan, prasarana dan kemudahan-kemudahan kelab.



iv.



Mengemukakan cadangan, aduan, idea dan pendapat kepada persatuan mengenai isu-isu berbangkit.



c. Kewajipan Ahli Seseorang murid yang telah disahkan menjadi ahli kelab bertanggungjawab untuk:i.



Menghormati,



mendukung



dan



mematuhi



Perlembagaan



dan



Peraturan-peraturan Kelab ini sepanjang masa dan dalam semua keadaan. ii.



Menghormati, mematuhi dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kelab.



iii.



Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab.



iv.



Memelihara dan menjaga harta benda kelab.



v.



Tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia kelab dan tidak mengkhianati sebarang usaha dan program yang dianjurkan oleh kelab. 9



d. Pemberhentian dan Pemecatan Ahli i.



Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu kepada Setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat guru penasihat.



ii.



Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturanperaturan kelab atau bertindak dengan cara mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat guru penasihat.



iii.



Sebelum Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberikan peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.



PERATURAN KELAPAN: PAKAIAN a. Sesi perjumpaan mingguan - Pakaian seragam sekolah b. Sesi aktiviti kelab - Baju T berkolar dan seluar trek sukan - Kasut dan berstokin PERATURAN KESEMBILAN: GURU PENASIHAT a. Guru penasihat adalah terdiri daripada kumpulan guru sekolah ini. b. Guru penasihat hendaklah memberikan nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. c. Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan. PERATURAN KESEPULUH: AHLI JAWATANKUASA a. Dilantik semasa mesyuarat agung. b. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak hadir boleh menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. c. Pemilihan Ahli Jawatankuasa secara undian.



10



d. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa sebarang mesyuarat. e. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan harus menyerahkan Surat Perletakan Jawatan kepada guru penasihat. f.



Ahli Jawatankuasa kelab hendaklah terdiri daripada: i.



Pengerusi



ii.



Naib Pengerusi



iii.



Setiausaha



iv.



Penolong Setiausaha



v.



Bendahari



vi.



Penolong Bendahari



vii.



Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)



viii.



Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)



PERATURAN KESEBELAS: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA a. Pengerusi i.



Mempengerusikan



semua



mesyuarat



dan



bertanggungjawab



atas



kesempurnaan semua mesyuarat. ii.



Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.



iii.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.



b. Naib Pengerusi i.



Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab



ii.



yang diberi.



iii.



Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.



iv.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.



c. Setiausaha i.



Menguruskan hal-hal surat menyurat.



ii.



Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.



iii.



Mencatat kehadiran ahli dan menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.



iv.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa. 11



d. Penolong Setiausaha i.



Membantu



setiausaha



dalam



menjalankan



segala



tugas



dan



tanggungjawabnya. ii.



Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.



iii.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.



e. Bendahari i.



Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan



ii.



Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.



iii.



Menyediakan



Penyata



Kira-Kira



bulanan



dan



tahunan



serta



menandatanganinya. iv.



Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.



v.



Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.



vi.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.



f.



Penolong Bendahari i.



Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.



ii.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.



g. Ahli Jawatankuasa i.



Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.



ii.



Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.



iii.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.



h. Pemeriksa Kira-Kira i.



Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab ke atasnya.



ii.



Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.



12



PERATURAN KEDUA BELAS: KEWANGAN a. Sumber utama kewangan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agong dan telah diputuskan sebanyak RM5.00 seorang sebulan. b. Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti. c. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas untuk membiayai aktiviti tersebut. PERATURAN KETIGA BELAS: KEHADIRAN/PENYERTAAN a. Ahli kelab dikehendaki untuk menghadiri kesemua aktiviti kelab sepanjang tahun. b. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki untuk menulis surat tunjuk sebab. Tindakan pemotongan markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. PERATURAN KEEMPAT BELAS: PERATURAN-PERATURAN a. Peraturan sekolah sebagai peraturan asas. b. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh kesemua ahli. c. Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin. PERATURAN KELIMA BELAS: TINDAKAN DISIPLIN a. Tindakan disiplin akan diambil kepada ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. b. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :i.



Amaran lisan



ii.



Amaran bertulis



c. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad. PERATURAN KEENAM BELAS: PINDAAN PERLEMBAGAAN a. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. b. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. c. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. d. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/guru besar. 13



PERATURAN KETUJUH BELAS: PEMBUBARAN a. Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan secara bertulis. b. Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya bdidapati menyeleweng daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah. PERATURAN KELAPAN BELAS: HAL-HAL LAIN a. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. b. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. 3. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l.



Full Speed Ahead The Wheels and Distance Investigation The Right Face The Measured Turns Investigation The Clap On, Clap Off The Frequency and Amplitude Exploration Obstacle Detection Field Trip to National Robotic Centre The Get in Gear Field of View Investigation Gears and Speed investigation Faster Line Tracking Investigation



4. PENUTUP Kesimpulannya, penubuhan kelab robotik ini akan menjadi satu platform yang sangat menarik untuk murid menimba ilmu dan menunjukkan bakat mereka. Di samping itu, mampu membawa nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan agar kertas kerja ini mendapat kelulusan daripada pihak sekolah. Pertimbangan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.



Disediakan oleh, 14



......................................................................... (MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABU KASSIM) Guru Penasihat Kelab Robotik Sek.Keb. Senaling Tarikh:.............................



Disemak oleh,



Disahkan oleh,



....................................



...............................................



(ASYRAF BIN AZMI) GPK Kokurikulum Sek.Keb. Senaling. Tarikh:…..............................



(FAROUK AZNAN BIN ZOLKARNAIN) Guru Besar Sek.Keb. Senaling Tarikh:.............................



15