Kertas Kerja Individu Internship [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG. KERTAS CADANGAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN PERMAINAN BAHASA (BIJAK MENGEJA) BERTEMPAT DEWAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG CHEROH, RAUB, PAHANG.



PADA 09 OGOS 2017 (RABU) MASA 2.00 PETANG - 3.00 PETANG ANJURAN NAGAMMA A/P SINNATHAMBY PISMP PENGAJIAN MELAYU (SJKT) SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2014 IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. Dengan Kerjasama WARGA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG CHEROH, RAUB PAHANG



1.0



NAMA PROJEK Pertandingan Bijak Mengeja



2.0



PENGENALAN Pertandingan Bijak Mengeja ini adalah salah satu projek Internship yang dijalankan bagi memenuhi program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Melalui pengendalian projek ini, mahasiswa



pendidik



dikehendaki



merancang,



melaksana



dan



menilai



projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktivti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.



3.0



MATLAMAT Projek Pertandingan Bijak Mengeja ini berfokus kepada memberi kefahaman menyeluruh kepada mahasiswa pendidik IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan berkaitan dengan tanggungjawab dan komitmen individu sebagai seorang guru supaya dapat melahirkan generasi yang boleh menguasai 3M terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai khususnya aspek tatabahasa bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba pengetahuan. Pada masa yang sama projek ini juga dapat menarik minat murid untuk mendalami ilmu bahasa. Di samping itu, mahasiswa juga dapat melatih diri dalam pengurusan dan pentadbiran program/projek.



4.0 OBJEKTIF Projek ini dilaksanakan supaya mahasiswa pendidik dapat: 1. Meningkatkan keyakinan murid-murid dengan kebolehan mengeja dan menyebut perkataan dengan tepat. 2. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. 3. Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah. 4. Menggalakkan persaingan sihat antara murid-murid tahap 2. 5. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi. 5.0



KUMPULAN SASARAN Murid-murid Tahap 2 (tahun 4 dan 5).



6.0



PENGANJUR Nagamma A/P Sinnathamby PISMP Pengajian Melayu Semester 8 IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan



7.0



TARIKH 09 Ogos 2017



8.0



TEMPAT Dewan SJK (T) Ladang Cheroh



9.0



ANGGARAN BELANJAWAN *Rujuk Lampiran 1



10.0



TEMPOH PELAKSANAAN Projek Pertandingan Bijak Mengeja ini akan dijalankan selama sejam (masa kokurikulum) dari jam 2 petang hingga 3 petang.



10.1



TENTATIF PROGRAM *Rujuk Lampiran 1



11.0



PENUTUP Semoga projek ini akan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan projek ini akan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak sama ada bagi pihak institut, mahasiswa pendidik, sekolah dan murid-murid kelas sasaran.Diharap kertas cadangan ini mendapat sokongan dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan.



Disediakan oleh,



Disemak oleh,



__________________________



____________________________



(NAGAMMA A/P SINNATHAMBY)



( MALARVILIRATNA A/P RATANAM )



Mahasiswa Pendidik,



Mentor,



PISMP Semester 8 Ambilan JAN 2014,



Internship Semester 8,



Unit Pengajian Melayu,



SJK Tamil Ladang Cheroh,



IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.



Raub, Pahang.



. .



Diluluskan oleh, _________________________________ (KARUNNANITHY A/L LETCHUMANAN) Guru Besar, SJK Tamil Ladang Cheroh, Raub, Pahang.



LAMPIRAN 1



TENTATIF PROGRAM Masa



Aktiviti Taklimat awal berkenaan pertandingan



2.30 PM



-



Syarat dan peraturan



2.40PM



Pertandingan bermula



3.00 PM



Penilaian dan semakan



3.05 PM



Penyampaian hadiah



3.15 PM



Bersurai



.



ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA Anggaran Perbelanjaan Bil 1 2 3



Perkara Kertas A4 Cenderamata & hadiah (set alat tulis) Kos cetakan



Kuantiti 10 keping x RM0.10



Kos RM 1.00



6 Set 10 keping x RM0.10 JUMLAH



RM 20.00 RM 1.00 RM 22.00