Kertas Kerja Kelab Media Dan Fotografi [PDF]

  • Author / Uploaded
  • mark
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB MEDIA DAN FOTOGRAFI SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU,BINTULU



Tajuk :



Penubuhan Kelab Media dan Fotografi Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu



1.0



PENGENALAN



Penubuhan Kelab Media dan Fotografi Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu merupakan suatu program ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum, tetapi juga dengan kokurikulum. Ia juga selari dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan murid yang sihat dari segi intelek dan juga rohani. Di samping itu juga penubuhan kelab ini adalah kerana ingin melahirkan murid yang berpengalaman serta kreatif dalam penghasilan sesuatu fotografi serta kemahiran dalam membuat penyuntingan bahan media elektronik. Program ini melibatkan semua ahli Kelab Media Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu dan juga terbuka kepada semua warga sekolah yang berminat.



2.0



NAMA PERSATUAN KELAB MEDIA DAN FOTOGRAFI



3.0



LOGO KELAB



4.0



MOTO KELAB “Menangkap Ingatan yang Bahagia”



5.0



Visi Melahirkan murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni fotografi dan pengeditan video.



6.0



MISI Kelab ini adalah untuk melatih murid menjadi golongan yang mempunyai kemahiran dan kelayakan di kalangan ahli kelab dalam bidang seni fotografi dan pengeditan video.



7.0



MATLAMAT Penubuhan Kelab Media dan Fotografi Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu ini diharapkan dapat melahirkan golongan murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni fotografi dan video terutamanya dalam bidang penghasilan dan penyuntingan. Kelab ini juga akan mengambil gambar setiap aktiviti yang berlaku di sekolah dan bila diperlukan dari masa ke semasa.



8.0



RASIONAL Penubuhan Kelab ini lebih menekankan kepada kemahiran, latihan dan pengetahuan mengenai bidang seni fotografi, audio dan video secara seimbang dan menyeluruh dengan potensi diri dalam aspek jasmani, emosi rohani dan intelek di dalam diri setiap ahli. Di samping itu, program ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap pentingnya pengetahuan dan penglibatan dalam kokurikulum. Oleh itu, harapan kami agar penubuhan Kelab Media dan Fotografi ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.



9.0 OBJEKTIF Adalah diharapkan di akhir penubuhan Kelab Media dan Fotografi Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu ini, ahli Kelab akan dapat: 4.1 Mengenai perihal seni fotografi dan video serta audio yang sebenar. 4.2 Memberi pengetahuan yang mendalam kepada semua ahli Persatuan mengenai teknik-teknik seni fotografi dan video serta audio dan dapat diaplikasikan di sekolah kelak. 4.3 Melatih semua ahli Kelab mampu menjadi seorang penyunting yang baik dan berkaliber. 4.4 Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba ilmu fotogarfi & video 4.5 Memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. 4.6 Membantu guru-guru dalam tugasan mengambil gambar dan video untuk semua aktiviti yang berlaku di sekolah.



10.0 JUSTIFIKASI Program ini perlu dilaksanakan untuk : Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua murid dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.



11.0 MAKLUMAT AKTIVITI 11.1



Latihan Kemahiran dan Teknik Fotografi dan Audio Visual



11.2



Pengenalan Seni Fotografi dan Audio Visual



11.3



Asas Fotografi



11.4



Suntingan Video dan Audio



11.5



Membantu dalam mendokumentasikan segala program yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu.



12.0 PEARTURAN PERSATUAN 12.1



Perjumpaan wajib dihadiri pada setiap hari Khamis.



12.2



Semua ahli dikehendaki tiba ke perjumpaan tepat masa.



12.3



Semua ahli dikehendaki menjaga keselamatan semasa aktiviti dijalankan.



12.4



Semua ahli dikehendaki menggunakan pakaian seragam sekolah semasa perjumpaan.



13.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM



Penaung



: Encik Togang Sedin (Guru Besar)



Penasihat 1



: Encik Mohd Amir Firdaus (Penolong Kanan Kokurikulum)



Pengerusi



: Puan Audrey Diak Anak Gaweng



Timb. Pengerusi



: Encik Charles Davies



Setiausaha



: Cik Allysa Anak Ima



AJK



: Leong Poh Tan : Wong Mei Ti : Look Choon Wen : Yii Ann Hui : Kelly Tan : Tor Lu Yen



14.0 PENUTUP Diharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan penubuhan Kelab Media dan Fotografi Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu ini. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Disediakan oleh :



................................................................. (AUDREY DIAK ANAK GAWENG)



Disemak oleh :



……………………………….….…... (MOHD AMIR FIRDAUS) Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu. .



Diluluskan Oleh :



……………………………………………… (TOGANG SEDIN) Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu