11 0 210 KB
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
TARIKH : 8,9 dan 10 Mei 2014
TEMPAT : KEM SRI BANAI, IPG KAMPUS DARULAMAN
ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM DAN KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA (KRS) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
1.
PENDAHULUAN
Perkhemahan Unit Beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah „bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat‟. 2.
LATAR BELAKANG Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan
semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti
yang
telah
dirancang.
Pada
tahun
2012,
Perkhemahan Unit Beruniform TKRS pernah dijalankan di Kem Sri Banai, IPG Kampus Darulaman dan sejumlah 250 orang peserta telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform TKRS ini.
3.
RASIONAL
Antara rasional program ini ialah seperti berikut i)
Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih
ii)
Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari.
iii)
Membina keyakinan diri pelajar dan berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan situasi sebenar.
iv)
Menanam rasa syukur terhadap kurniaan Allah S.W.T dan melahirkan generasi yang tahu menghargai masa.
v)
Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
vi)
Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.
4.
OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat: 4.1 Melahirkan ahli kadet yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. 4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh. 4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta. 4.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.
5.
PENGISIAN PROGRAM
5.1 Amali AKTIVITI Kawad kaki asas
Statik
Dinamik
Istiadat
Simpulan
10 jenis
Bantu mula
Anduh
5.2 Senarai Aktiviti Pertandingan AKTIVITI Kawad kaki Simpulan Bantu mula Masakan rimba Persembahan kebudayaan Larian komando 5.3 Senarai Aktiviti Rekreasi AKTIVITI Night walk Blind trail Sukaneka Treasure hunt
5. 3 Tentatif program seperti dalam lampiran 1.
6.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 6.1
Tarikh yang dirancang ialah 8,9 dan 10 Mei 2014 iaitu pada hari Khamis, Jumaat
dan Sabtu. 6.2
Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam.
6.3
Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
6.4
Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1.
7.0 TEMPAT Perkhemahan akan dijalankan sepenuhnya di Kem Sri Banai, IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman.
8.0 PENYERTAAN Perkhemahan ini akan disertai oleh pelajar TKRS daripada sekolah-sekolah di dalam daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Baling, dan juga Sik (Senarai nama sekolah dan peserta adalah seperti Lampiran 2) BILANGAN PESERTA PERKHEMAHAN JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN
TAHUN 4
34
25
TAHUN 5
47
35
TAHUN 6
30
29
JUMLAH
111
89
TAHUN
JUMLAH KESELURUHAN
200
9.0
SENARAI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TKRS
9.1 JAWATANKUASA INDUK
Penaung
: Tn. Hj. Mohd Mustaffa Bin Ahmad (Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman)
Penasihat
: Tn. Hj. Hashim Bin Asman ( Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman)
Pengerusi
: Pn. Noorasyikin Bt Ismail ( Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Darulaman)
Setiausaha
: En. Mohd Nashri Bin Yaakub ( Timbalan Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Darulaman)
Penolong Setiausaha
: Tn. Hj. Wan Aziz Bin Wan Muhammad
( Ketua Pensyarah Penasihat KRS) Jurulatih
: 1) Mohd Azman Bin Basirun 2) Yusri Bin Yusof 3) Mohd Khairul Nuzul Bin Hasan
9.2 JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi
: Wan Abdul Qayyim Bin Wan Jaafar
Naib Pengerusi
: Nur Haziqah Binti Ahmad
Komandan Kem
: Adil Bin Mohd Kadri
Ketua Jurulatih
: Naqiuddin Bin Nazli
Pen. Ketua Jurulatih
: Nurul Anis Syuhada Binti Adnan
Setiausaha
: Nur Atiqah Binti Abd. Hamid
Pen. Setiausaha
: Michelle Anak Terence Janting
Bendahari
: Sonia Jeane Anak Usup
Qm Makanan
: Mohd Dzulfikha Bin Zulkanain (Ketua) Noorhidayu Binti Shoib Zaitarul Akma Binti Zakaria Mohamad Furqhan Bin Muhammad Zulparmi Abdul Muiz Bin Mohd Sidik Muhammad Kamal Bin Mohd Zapor
Qm Logistik
: Syukriah Soleha Binti Jaafar (Ketua) Muhammad Hilmi Bin Hasan Muhammad Aizat Bin Md. Rahim Abu Husomah Bin Ismail Lau Jen Shan
Ahmad Syazwan Bin Abd. Rashid Qm Keselamatan Dan Kebajikan : Muhamad Azim Bin Othman (Ketua) Alis Hafizi Bin Zunkipeli Yu Lei Tao Wan Muhammad Saddam Bin Wan Zulkifli Azeeman Bin Mazali Ajk Dokumentasi
: Zawawi Bin Gendot (Ketua) Michelle Anak Terence Janting Faroyner Fabian
Ajk Aktiviti
: Mohd Suffian Bin Hamdan (Ketua) Wan Abdul Qayyim Bin Wan Jaafar Hafiez Azizan Bin Osman Nur Atiqah Binti Abd. Hamid
Ajk Perasmian/Protokol/Juraacara: Siti Azira Binti Jose (Ketua) Mohd Amirul Hairin Bin Mohd Hanafi Muhammad Faris Bin Che Jalil Ajk Hadiah/Pendaftaran
: Nur Haziqah Binti Ahmad (Ketua) Mohamad Faris Izham Bin Ab Rashid Muhammad Shazwan Bin Sukri Lim Peng Ang
Ajk Kerohanian/Moral
: Ishak Bin Mohd Zainol (Ketua) Sonia Jeane Anak Usup
Ajk Helwani
: Nurliyana Binti Muhammad (Ketua) Uma Ramadas
Ajk Tugas-Tugas Khas
: Mohammad Qairul Naim Bin Mohammad Isa (Ketua) Nurul Najwa Binti Mohd Zuki Muhammad Faiz Bin Baharin @ Mujirin Fikrizulhizan Bin Armat Asraf Bin Mohd. Rahmat Muhammad Safwan Bin Mohd Safarudin Zakki
10.0 PENGANGKUTAN
Perjalanan Pergi-Balik peserta disediakan oleh sekolah masing-masing.
11.0 MAKAN MINUM
Pihak penganjur akan menyediakan makan dan minum sepanjang program berlansung. Menu makanan disediakan oleh Jawatankuasa Makanan. (Lampiran 3)
12.0 PETI BANTU MULA
Setiap sekolah mesti membawa minimum dua peti bantu mula / pertolongan cemas
13.0
SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN
Setiap sekolah perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk kebenaran menyertai kem seperti dalam LAMPIRAN. Setiap sekolah perlu memastikan setiap pegawai dan peserta mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik
14. 0
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
14.1 SEKOLAH 14.1.1 Bendera Sekolah 14.1.2 Peti pertolongan cemas 14.1.3 Borang pendaftaran yang lengkap (softcopy dan hardcopy) 14.1.4 Surat Kebenaran Waris
14.2 PESERTA 14.2.1 Pakaian unit uniform TKRS 14.2.2 Seluar dan T.Shirt secukupnya 14.2.3 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut 14.2.4 Pakaian Ibadah 14.2.5 Peralatan peribadi 14.2.6 Ubatan Peribadi 14.2.7 Pinggan, gelas, camca (bukan kaca) 14.2.8 Tali paracut dan kain anduh
15.0
PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN
15.1 ARAHAN UMUM 15.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan 15.1.2
Arahan yang dikeluarkan oleh Komandan Kem / Timbalan Komandan Kem /
Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan
15.1.3
Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan 15.1.4
Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan
selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas 15.1.5
Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-
masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urusetia 15.1.6
Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa
berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian 15.1.7
Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan
hormat diutamakan 15.1.8
Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
15.1.9
Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang
perkhemahan “LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”
15.2
KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI
15.2.1 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar diputuskan. 15.2.2
Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya
dibenarkan selepas mengisi borang yang disediakan
15.2.3 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone‟ semasa perkhemahan 15.3
KESELAMATAN: “UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA”
15.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak. 15.3.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan 15.3.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan. 15.4 15.4.1
KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti
yang telah ditetapkan 15.4.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda 15.4.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang 15.4.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem 15.4.5
Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12
tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang kecemasan atau diringi oleh pegawai
15.5
PAKAIAN / NAME TAG:
Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan -
Semasa Pertandingan
-
Semasa Sukan dan Riadah
-
Semasa Aktiviti Kerohanian
-
Semasa Majlis Perasmian Penutup
15.6 PERATURAN PERBARISAN: (tepati masa)
15.6.1 3 Bentuk Perbarisan : a.
Perbarisan Keseluruhan Anggota Perkhemahan
- Tindakan Kem Komandan
b.
Perbarisan Platun
- Tindakan Ketua Platun
i.
Berbaris mengikut aktiviti yang telah ditetapkan
ii.
Perbarisan pagi/ Sebarang aktiviti utama dikelolakan oleh Kem
Komandan mengikut kaedah : -
Doa
-
Lagu Negaraku
-
Lagu NegerI Kedah
-
Melapor (Ketua Platun melaporkan kekuatan anggota kepada Pegawai Bertugas) 15.10.2
Jurulatih mengambil tempat dan seterusnya menjalankan tugas
15.7 PERATURAN KEBERSIHAN :
Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan perkhemahan atau sekitarnya
Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur sebelum solat bermula
Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk kegunaan ramai dan bersama.
Bagi kaum wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum dibuang ditempat yang sepatutnya.
15.8 PERATURAN KELUAR MASUK 15.8.1
Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen /
dicatatkan dalam buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia 15.8.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan kem. 15.8.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen dan tujuan yang sah dari ketua platun masing-masing
16.0. 16.1
UJIAN KENAIKAN PANGKAT SIJIL Pihak penganjur akan menawarkan pangkat Lans Koperal kepada pelajar-
pelajar yang berjaya dalam ujian yang ditetapkan.
16.2
Pihak penganjur akan menyediakan sijil bagi semua peserta yang menyertai
perkhemahan.
17.0
PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN
17.1 Yuran kursus Setiap peserta yang mengikuti kem perlu membayar sebanyak RM 40 untuk yuran kem. Butiran Makanan Pengangkutan (solat jumaat)
Perbelanjaaan RM 40 X 200 peserta = RM 8000 -
Catatan Disediakan oleh peserta Disediakan institut RM 8000
oleh
pihak
Jumlah 17.2 PERBELANJAAN Makanan
RM 10 X 3 hari X 200 peserta = RM6000
Alatan (Anduh/ tali/ banner/ dll)
RM 10 x 200 peserta = RM2000
Jumlah
18.0
RM 8000
PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform TKRS Kali ke-2 ini dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
Disediakan oleh,
..............................……………………………….... ( WAN ABDUL QAYYIM BIN WAN JAAFAR) Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perkhemahan TKRS, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
DIsemak oleh,
………………………………………………………. ( MOHD NASHRI BIN YAAKUB) Timbalan Ketua Unit, Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.