KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 Baru [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SELANGOR _______________________________



PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2022



2.0 PENGENALAN Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan formal di Tahun 1 Sekolah Rendah. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari latar belakang yang berbeza akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran formal. Seramai 33 orang murid tahun 1 telah mendaftar pada sesi 2022 / 2023.



3.0 OBJEKTIF 1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di tahun 1. 2. Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka dalam pembelajaran seterusnya. 3. Memberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. 4. Membina hubungan antara murid, rakan sebaya dan guru. 5. Membantu murid mengurus diri sendiri. 6. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya.



4.0 KUMPULAN SASAR Semua murid Tahun 1 seramai 33 orang.



5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PTTS 2.0 PTTS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu. PTTS 2.0 mengandungi 2 fasa iaitu : 1) FASA PENYESUAIAN i. Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang ditetapkan. ii. Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran perbualan awal dan rehat. iii. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A)



2) FASA KESEDIAAN i. Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu tahun satu. ii. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item Senarai Semak Kesediaan Murid. iii. Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid. iv. Merujuk tema seperti dalam Kit PTTS 2.0. pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.



KIT PROGRAM TRANSISI 2022 Kit Program Transisi telah disediakan oleh pihak BPK sebagai panduan para pihak sekolah dan guru tahun 1. Sehubungan dengan itu, penyelaras telah menyusun 1 modul bagi merancang semua aktiviti . Untuk melancarkan lagi perjalanan aktiviti, penyelaras transisi telah merangka modul murid yang mengandungi lembaran kerja yang akan digunakan sepanjang PdP. Kami telah bercadang untuk menggunakan 3 modul utama pada fasa penyesuaian dan 10 modul untuk fada kesediaan dimana murid bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran asan tetapi murid diberikan banyak latihan berbentuk aktiviti hands on yang mampu meningkaatkan kemahiran motor halus murid sebagai salah persediaan awal sebelum melangkah ke dunia persekolahan sebenar telah lama bercuti.



6.0 JAWATANKUASA KERJA



AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 ( 2022 / 2023 )



PENGERUSI EN. ASMAN BIN MD NOR GURU BESAR



NAIB PENGERUSI 1 PN. RASIDAH BINTI ISMAIL GPK PENTADBIRAN NAIB PENGERUSI 2 PN. ROSSENAH BINTI LAGIMAN GPK HAL EHWAL MURID NAIB PENGERUSI 3 EN. MOHD ALI BIN ZAKARIA GPK KOKURIKULUM SETIAUSAHA PN. FADHILAH BINTI RIDUAN PENYELARAS TAHUN 1 PN. FADHILAH BINTI RIDUAN Taklimat disiplin EN. MOHMAD FAUZI BIN MOHMAD Taklimat Pusat Sumber Sekolah PN. SITI ROHANI BINTI MOHAMED TAIB Taklimat Bimbingan dan Kaunseling PN. NOOR HASLINDA BINTI HASSAN



Taklimat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT ) PN. NORASYIKIN BINTI JAMHARI Taklimat Makmal Komputer EN. ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN JURU GAMBAR EN. ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN Disiplin murid En. Mohmad Fauzi bin Mohmad



Mengawal disiplin murid di Dewan Terbuka, kantin dan semasa aktiviti luar dijalankan (mengikut masa guru matapelajaran mengajar di tahun 1)



Tiang label kelas dan tag nama murid Pn. Fadhilah binti Riduan



-Menampal label kelas di pintu kelas dan papan kenyataan di dewan. -Meletakkan tiang label di tapak perhimpunan setiap pagi mengikut kelas - Membuat tag nama kelas mengikut warna



Juruacara majlis penutup program Pn. Fadhilah binti Riduan



Mengemudi majlis penutup program transisi tahun 1



Hadiah Pn. Noor Haslinda binti Hassan



Menguruskan hadiah aktiviti yang dijalankan



Penyediaan bahan Pn. Fadhilah binti Riduan



Menyediakan bahan dan alatan diperlukan sepanjang minggu transisi



yang



7.0 IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 SUMBER KEWANGAN Unit Bimbingan Kaunseling SKPS 7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN Berikut merupakan kiraan belanjawan yang akan digunakan sepanjang minggu Program Transisi Tahun Satu 2022. PERKARA HARGA Hadiah RM 7 Banner RM40 Jumlah Keseluruhan



UNIT 33 1



JUMLAH RM231 RM40 RM271



8.0 PENUTUP Disediakan oleh:



Disemak oleh :



(FADHILAH BINTI RIDUAN) PENYELARAS TRANSISI TAHUN 1 SK PARIT SELANGOR TARIKH :



(RASIDAH BINTI ISMAIL) GPK PENTADBIRAN 1 SK PARIT SELANGOR TARIKH :