Kertas Kerja Untuk Program Agroprenour Muda [PDF]

  • Author / Uploaded
  • sha
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview





4`2 R



SYARIKAT ARIF FARM. SDN.BHD BUKIT NANING, MUKIM JORAK 84000, MUAR JOHOR DARUL TAKZIM



KERTAS KERJA PERMOHONAN GERAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA UNTUK PEMBIAKAN LEMBU



TARIKH:



10 JANUARI 2019



DISEDIAKAN:



MOHAMED HANIF BIN ABD MALEK



1



PERMOHONAN GERAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA UNTUK PEMBIAKAN LEMBU



TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk memohon dana dari Program Agroprenour Muda 2019. Kertas kerja ini merangkumi:



1.0 Latar belakang projek/ perniagaan. 2.0 Rancangan pengurusan. 3.0 Rancangan permasaran. 4.0 Rancangan operasi 5.0 Rancangan kewangan 6.0 Gambar



1.0 LATAR BELAKANG PROJEK 1.1 Pengenalan



Ladang Arif Farm telah dibuka pada tahun 2008 dengan projek penternakan lembu sebanyak 30 ekor pada awalnya. Ladang ini berkeluasan hampir 40 ekar yang ditanam dengan pokok sawit mampu menampung kelangsungan ternakan yang kini berjumlah 250 ekor lembu. Peningkatan dari segi jumlah ternakan dan kadar kematian 3 peratus menunjukkan ladang Arif Farm berpontensi menjadi satu platform untuk membiakkan baka – baka lembu yang berkualiti tinggi dengan penjagaan yang rapi dengan kos yang rendah.



2



1.1



Operasi Syarikat: 1. Menternak lembu intergrasi dan feedlot secara komersial 2. Pemasaran tertumpu kepada jualan daging untuk permintaan harian, korban, aqiqah dan kenduri. 3. Penjualan tinja ternakan asli kepada pengiat tanaman sayur – sayuran yang berskala besar. 4. Penjualan rumput napier yang berkualiti tinggi dan mampu dijadikan sebagai bekalan makanan ruji kepada lembu milik syarikat.



1.2



Perancangan Masa Depan Syarikat  Menjual daging segar terus dari ladang ke pasar tani, pasar malam dan peruncit yang mampu dibeli dengan harga berpatutan.  Menjadi ladang pengeluar baka lembu pedaging yang berkualiti seperti Droughtmaster cross, charole cross dan sebagainya.  Menjadi ladang ternakan yang mengeluarkan baja organic dari tinja ternakan



1.3 Trend pasaran semasa



Bekalan daging tempatan semakin hari semakin mencabar apabila berlaku kenaikan harga daging yang mendadak. Rekod KDNK menunjukan harga lantai sekilo daging lembu tempatan mencecah RM 39.00. Kajian ini menunjukkan bahawa kenaikan harga ini menjelaskan situasi sebenar bekalan lembu tempatan di Malaysia.



1.4



Analisis SWOT



Kekuatan : . 1. Permintaan yang tinggi akan daging tempatan.



3



2. Pelanggan semakin mempunyai kesedaran tentang kualiti daging segar 3. Perusahan penternakan semakin kurang mendapat sambutan di kalangan orang muda. 4. Pengusaha merupakan golongan belia yang telah mengusahakan 250 ekor lembu. Berpengalaman luas dalam pengurusan makanan ternakan, ubat- ubatan dan pembiakan lembu dalam ladang kelapa sawit.



Kelemahan 1. Kekurangan kawasan untuk meneruskan dan mengembangkan projek. 2. Memerlukan 1 dana pusingan yang besar dalam menternak lembu betina untuk pembiakan besar – besaran. Peluang 1. Mendapat tunjuk ajar dan bimbingan penuh dari Jabatan Veterinar Malaysia Ancaman 1. Kecurian dan kematian akibat wabak.



4



PROFIL SYARIKAT



NAMA SYARIKAT :



ARIF FARM SDN BHD



ALAMAT PEJABAT:



BUKIT ATOM, MUKIM JORAK PAGOH MUAR JOHOR



BENTUK



PENTERNAKAN LEMBU SECARA INTEGRASI



PERNIAGAAN TARIKH SYARIKAT



11 JANUARI 2008



DIDAFTARKAN TARIKH MULA



11 JANUARI 2008



OPERASI PELABUR UTAMA



DR ABD MALEK BIN SAMSURI



MODAL PERMULAAN RM 200 000



5



LATAR BELAKANG PENGUSAHA



LATAR BELAKANG PENGUSAHA



MOHAMED HANIF BIN ABD MALEK



NO KAD



900701015453



PENGENALAN NO TELEFON



010 5663234



ALAMAT



Bukit Atom, Mukim Jorak Pagoh Muar Johor



KELULUSAN



1. ijazah sarjana perguruan dengan kepujian. 2. melanjutkan master dalam bidang teknologi pendidikan



PENGALAMAN



menternak dan bergiat usaha dalam menternak dan membiakkan lembu dari 30 ekor sehingga mencecah 250 ekor dalam masa 8 tahun.



BADAN



1.ahli biasa group transformasi ruminan



PERTUBUHAN



6



2.0 RANCANGAN PENGURUSAN



Program ini tidak lain tidak bukan untuk mewujudkan kerjasama di antara syarikat Arif Farm dan Jabatan Veterinar Muar dalam meningkatkan kualiti industri ternakan dalam negara. Kami mempunyai 250 ekor lembu yang telah direkodkan kesihatan



dan



memerlukan



kelangsungan



makanan



yang



berterusan.



Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon Program Agroprenour Muda Sebagai modal menanam pokok napier yang berkualiti tinggi dalam usaha membekalkan makanan berkualiti tinggi.



2.1 OBJEKTIF



Objektif program ini adalah : 



Meningkatkan pengeluaran makanan lembu yang berkualiti.







Meningkatkan pendapatan penternak dengan jualan benih napier.







Mengurangkan kos ternakan lembu.







Membiakkan lembu – lembu yang berkualiti untuk kelangsungan ”food security” dalam daerah Muar.



7



2.2 RANCANGAN PENTADBIRAN



PENGARAH URUSAN ( DR ABD MALEK BIN SAMSURI)



PENGURUS PENTADBIRAN



PENGURUS JUALAN



( MOHAMED ARIF BIN ABD MALEK)



(MOHAMED HANIF BIN ABD MALEK)



PEKERJA LADANG



PEKERJA JUALAN



(5 ORANG)



(1 ORANG)



CARTA ORGANISASI ARIF FARM SDN BHD



8



3.0 RANCANGAN OPERASI



KENAL PASTI LOKASI



PENYEDIAAN DOKUMEN



PEMBINAAN BANGUNAN



MEMULAKAN OPERASI



1. Kenal pasti lokasi -



Ladang Arif Farm Muar Johor



2. Penyediaan dokumen -



Penyediaan aliran fizikal tunai,penyata untung rugi dan lembaran imbangan.



3. Pembinaan bangunan -



Melantik kakitangan sokongan dan memulakan kerja menanam napier.



-



Menyediakan infrastruktur dan prasana mengikut rancangan perniagaan.



4. Memulakan operasi -



Memulakan operasi menanam daun napier.



9



-



Menyediakan perlatan perubatan.



-



Ternakan dibawa masuk untuk memulakan operasi.



3.1 PEMILIHAN BAKA LEMBU Pemilihan baka lembu dilakukan menerusi ciri – ciri lembu dan sasaran pasaran. Baka Droughtmaster dipilih sebagai pembaka utama dengan menekan ciri –ciri seperti: -



Kualiti daging yang berkualiti tinggi



-



Tahan lasak dan mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi



-



Mempunyai ciri ciri pembiak efektif



-



Merupakan pasaran baka yang berkualiti tinggi dan mendapat permintaan ramai.



Gambar Lembu Pembaka Droughtmaster



10



3.2 PELAN LOKASI LADANG (sila rujuk lampiran)



Lampiran yang disertakan menunjukkan ladang yang strategik



Lokasi dipilih kerana - sistem perhubungan jalan yang baik - mempunyai sistem pengairan yang efektif - Jauh dari penempatan awam.



3.2 SUSUN ATUR LADANG (sila rujuk lampiran)



Syarikat bertanggungjawab menyediakan -



Kemudahan pekerja menguruskan ternakan



-



Kemudahan Keselesaan pelanggan



-



Kemudahan Kebajikan ternakan



Gambar Proses Rawatan Lembu di Ladang Arif Farm 11



3.3 SUMBER TENAGA BURUH



Di Ladang Arif Farm, kami telah memberi latihan dan pengalaman kepada pekerja untuk menyelia dan menguruskan ternakan. Ini termasuk memberi makanan ternakan,membersihkan kandang, menanam daun napier dan memproses baja untuk tanaman sayuran.



Gambar Proses memberi makanan kepada ternakan.



3.4 KHIDMAT NASIHAT DAN PERKHIDMATAN VETERINAR Selama 8 tahun beroperasi, syarikat telah menjalin hubungan kerjasama yang baik dengan jabatan perkhidmatan veterinar daerah dan negeri. Melalui kerjasama ini, syarikat mendapat manfaat:  khidmat nasihat,bimbingan dan rawatan  perkhidmatan kawalan penyakit  perkhidmatan rawatan dan kesihatan 12



Gambar Proses rawatan kesihatan dari wakil JPV daerah Muar .



3.5 SISTEM PEMELIHARAAN TERNAKAN



Carta aliran proses



TERNAKAN DI KANDANG



TERNAKAN MASUK/ LAHIR



TENAKAN DIMASUKKAN MENGIKUT BERAT, JANTINA DAN BAKA



TERNAKAN DI TAG PENGENALAN DAN DIREKOD BERATNYA



TERNAKAN DIBERI MAKAN SECARA INTERGRASI, MAKAN MALAM DI KANDANG DAN LEPAS PADA WAKTU SIANG



PEMERIKSAAN VISUAL DIBUAT UNTUK MEMANTAU JIKA TERDAPAT KECEDERAAN PADA HAWAN



13



1. Berdasarkan rajah di atas, lembu akan diternak secara integrasi, di mana tenakan akan diberi makan di kandang pada waktu malam, dan dilepaskan pada pukul 11 pagi hingga 6 petang untuk meragut di padang. 2. Kajian mendapati, sistem ternakan ini membantu pembiakan lembu meninggkat sebanyak 40 peratus di Ladang Arif Farm 3. Selain itu, sistem ternakan ini membantu syarikat menjimatkan kos makanan ternakan sebanyak 70 peratus sejak tahun 2010. 4. Hanya pembaka yang berkualiti dibenarkan untuk bercampur dengan kelompok induk bagi menghasilkan baka – baka lembu yang berkualiti. 3.6 Sistem pemakanan lembu -



Pemakanan anak



Anak – anak lembu akan diberi susu lembu sehingga berumur 3 bulan. Selepas itu, anak tersebut akan diberi dedak dan diasingkan dari ibu mereka. Tujuan proses ini supaya proses mengawan dalam kalangan induk menjadi lebih efektif -



Pemakanan lembu



Lembu dewasa diberi makan 3% bahan kering dari berat badan.Contohnya, hampas padi, dedak padi, sekam padi, kulit nenas,. Selain itu, lembu juga turut diberikan makanan basah seperti oil cater, hampas soya dan sagu.



Salah satu proses memberi makanan oil cater kepada ternakan



14



3.7 SISTEM PENGURUSAN KESIHATAN LEMBU



1. Pengurusan kesihatan harian -



Kesihatan ternakan haiwan merupakan salah satu elemen yang sangat dititikberatkan dalam memastikan ternakan kekal sihat dan mudah dipasarkan.



-



Sehubungan dengan itu, syarikat Arif Farm telah melaksanakan rutin rawatan ternakan 2 kali setahun untuk 250 ternakan lembu.



-



Antara ubat dan vitamin yang diguna pakai: o Terramycin o Ivomac o Vitamin b complex



-



Selain itu, kami juga menjalankan ujian darah bagi mengenalpasti sebarang penyakit yang merbahaya seperti Kuku dan Mulut dan brucella.



3.8Pelan pembangunan ladang o Kandang lembu Kandang yang dibina haruslah mempunyai ciri – ciri keselamatan yang mengutamakan kebajikan ternakan. Selain itu kandang juga perlulah dititikberatkan dari segi keselamatan kepada pengusaha dan pekerja.



Setiap kandang perlulah mempunyai patisyen untuk proses pemindahan untuk -



Aqiqah, korban,



-



Induk



-



Pembaka



-



bibit



15



o Stor



Stor makanan lembu perlulah dibina bagi melindungi sumber makanan dari tercemar kerana factor kelembapan.



Stor perlatan juga diwujudkan bagi memudahkan pekerja Menyimpan segala peralatan yang digunakan bagi menguruskan kebajian ternakan.



16



4.0 CONTOH REKOD YANG DIGUNAKAN DALAM PENGURUSAN TERNAKAN  REKOD STATIK TERNAKAN Bulan



Anak lahir (< 1tahun) Jantan Betina



Anak 12 - 30 bulan Jantan Betina



Pejantan



Bibit Kosong Bunting



Tahun 2005 Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis Purata/jumlah Bil. Kematian /tahun Kadar kematian



 REKOD PEMBELIAN TERNAKAN



REKOD PEMBELIAN TERNAKAN Bil 1 2



Tarikh 04/03/2015 05/04/2015



Urusniaga Pembelian bibit gantian Pembelian anak lembu betina



Yunit ekor ekor



Kuantiti Harga 1 2500 2 350



RM 2500 700



 REKOD HASIL



17



 REKOD KOS BERUBAH –UBAH



18



CARTA ALIRAN FIZIKAL LEMBU YANG DIGUNAKAN DALAM AMALAN TERNAKAN ARIF FARM



19



5.0 Rancangan Pemasaran  Pengiklanan offline -



Menyebarkan dan menampal risalah iklan jualan lembu untuk tujuan korban dan aqiqah dari masjid dan surau sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.



-



Mewujudkan kad bisnes sebagai identiti dan lambang perniagaan syarikat.



 Pengiklanan online -



Mendaftarkan diri di atas talian laman sosial seperti Facebook, Tweeter, Instagram dan sebagainya menggunakan Arif Farm Sdn.Bhd



-



Mengiklankan perniagaan syarikat menggunakan Facebook Advertisement untuk pencarian pelanggan secara tepat dan pantas.



20



6.0 PENYERTAAN / SASARAN 



Syarikat Arif Farm







Jabatan Veterinar Muar



7.0 TEMPAT / LOKASI 



Tanah bergeran hak milik persendirian Dr Abd Malek Bin Samsuri berkeluasan 5 ekar. Hanya 300 meter dari kandang utama Arif Farm







Belum diusahakan dan masih kosong dari apa apa tanaman.



8.0 MODAL PUSINGAN 



RM 20,000.00



9.0 PELAKSANAAN PROJEK



9.1 Infrastruktur syarikat



Ladang Arif Farm telah mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam mengendalikan projek perternakan di ladang kami Selain itu, kami mempunyai , ladang kami mempunyai jentera – jentera berat dalam mengendalikan projek tanaman napier berskala besar. (rujuk lampiran 2)



21



9.2 Pengalaman Dan Pengetahuan dalam menternak lembu dan Penanaman Daun Napier . 1. Mempunyai pengalaman 8 tahun dalam menguruskan ternakan lembu 2. Mempunyai siji pengendalian ternakan lembu pedaging fasa 1 dan sijil rawatan kesihatan ternakan di bawah Insititut Veterinar Malaysia (Rujuk lampiran 2) 3. Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan tanaman napier bersaiz lima ekar. 4. Penternak merupakan generasi muda yang mempunyai minat yang mendalam tentang bidang usaha ternakan dan makanan ternakan.



9.3 Pengurusan projek tanaman



Bulan pertama  Pembelian benih – benih napier yang bermutu tinggi dari ladang tanaman napier yang berdaftar dgn Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  Tapak projek akan diracun dan dibersihkan untuk proses tanaman.  Proses penambahbaikan jalan ke tapak projek akan dijalankan.



Bulan kedua  Projek membina parit dan kolam untuk proses pengairan.  Pemasangan pagar elektrik di kawasan tanaman napier untuk mengelakkan sebarang gangguan ruminan lain.  Tapak projek tanaman daun napier akan dipulau dengan baja organik yang berkapasiti 10 tan dan disiram dengan EM1.



Bulan ketiga  Pemasangan paip sprinkler , paip utama dan enjin menyedut air untuk proses penyiraman tanaman.  Penyelian dan penuaian dijalankan mengikut tempoh matang tanaman. 22



 Proses kemasukan 30 ekor induk lembu dari Syarikat Arif Farm untuk pembiakan efektif



9.4 Tenaga Pekerja



1.Ladang Arif menggunakan tenaga pekerja dari keluarga sendiri dan juga pekerja asing



Bil



Bilangan Pekerja



Gaji



Pengalaman



1



5 orang



RM1000.00



3 Tahun



2



Keluarga (tiga Orang)



4 Tahun



9.6 Kemudahan Yang Terdapat Di Ladang Arif



Kemudahan



Bilangan/



Kegunaan



keluasan Lori



3 buah



Mengangkut benih napier, baja dan hasil tanaman untuk proses keluar masuk ladang



Jengkaut mini



1buah



Menggemburkan tanah, membuat parit dan saliran



Enjin air berkapasiti



1 buah



5000 hos Polywire



Untuk kegunaan proses penyiraman tanaman napier.



10 buah



Memastikan keselamatan tanaman dari ruminan luar.



Kabota mini



1 buah



Untuk proses membajak dan mengaulkan tanah dengan baja.



Mesin choper



1 buah



Mengisar daun sawit dan rumput napier untuk makanan ternakan.



23



10.0 ALIRAN KELUAR MASUK PROJEK TERNAKAN LEMBU LADANG TERNAKAN ARIF FARM UNTUK 5 TAHUN (2013 – 2018) Bil 1 2. 3. 4.



Pendapatan Jualan lembu korban Jualan anak lembu Jualan induk Jualan baja organic



Harga RM RM 4000.00 RM 2500.00 Rm 3000.00 Rm 250.00 Per tan



Unit 100 EKOR 60 EKOR 50 ekor 200 tan



JUMLAH KASAR



Jumlah (rm) RM 400,000.00 RM 150,000.00 Rm 150,000.00 Rm 50, 000 RM 750,00.00



KOS OPERASI (5 TAHUN) Bil 1 2.



KOS OPERASI GAJI PEKERJA KOS MINYAK



Harga RM RM 1200.00 RM 400 .00



3.



MAKANAN TERNAKAN LEMBU RAWATAN TERNAKAN KOS PENAMBAH BAIK KANDANG BAIK PULIH DAN PENJAGAAN JENTERA BERAT JUMLAH KASAR



4. 5. 6



Jumlah (rm) RM 144,000.00 RM 24,000.00



RM 12, 000.00



Unit 2 ORANG TEMPOH SEBULAN SETAHUN



RM 1000.OO RM 60,00.00



SETAHUN -



RM 5000.00 RM 60,000.00



RM 500



SEBULAN



RM 30,000.00



RM 60,000. 000



RM 323, 00.00



NETI INCOME 5 TAHUN PERTAMA ARIF FARM PENDAPATAAN – KOS OPERASI = RM 750, 000.00 – RM 323,000.00 = RM 427,000.00



24



10.1 Rancangan Pembelanjaan menggunakan Dana Program Agroprenour Muda. Bil Perkara 1 Benih daun napier 2 gaji pekerja 3 4 5 6 7 8



Kuantiti 10 tan 2 orang



Pam air 1 buah Pembersihan tanah 10 ekar / 4 hari Jengkaut mini untuk membuat 1 buah parit Pembelian mesin chopper 1 buah Pulau tanah 10 ekar Pemasangan paip sprinkler 1000 batang JUMLAH BESAR



Harga 1 tan rm 200 Rm 1200.00 sebulan Rm 5000.000 Rm 400 sehari Sendiri



jumlah Rm 2000.00 Rm 2400.00



Rm 3000 Rm 400 sehari Rm 3 sebatang



Rm 3000.00 Rm 1600.0 Rm 3000.00 Rm 18, 300



Rm 5000.00 Rm 1600.00 -



11.0 penutup Semoga pemohonan kami ini mendapat perhatian pihak tuan. Segala jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.



Yang benar



.................................................... (MOHAMED HANIF BIN ABD MALEK)



25



LAMPIRAN GAMBAR JENTERA BERAT YANG DIMILIKI ARIF FARM



MINI KOBE UNTUK MENGGEBUR TANAH, MENGGALI PARIT DAN PEMUDAHCARA UNTUK PROSES TANAMAN RUMPUT NAPIER



SEBUAH LORI 5 TAN UNTUK PROSES MENGAGIHKAN MAKANAN KEPADA TERNAKAN 26



DUA BUAH LORI 3 TAN UNTUK PROSES PEMINDAHAN LEMBU, PENGURUSAN MAKANAN DAN SEBAGAINYA.



DUA BUAH MESIN UNTUK MENGISAR RUMPUT MENJADI MAKANAN TERNAKAN



27



SUASANA KANDANG DI ARIF FARM



28



SUASANA MENGAGIHKAN MAKANAN KEPADA TERNAKAN



29



PENGAGIHAN ANAK ANAK LEPAS SUSU UNTUK JUALAN



JUALAN TERNAKAN UNTUK BAKA, RAYA HAJI DAN KEPERLUAN DAGING



30