Keselamatan Di Bengkel [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF



KESELAMATAN DI BENGKEL Langkah keselamatan di dalam bengkel perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku tanpa disedari. Kemalangan yang sering terjadi di dalam atau di luar bengkel boleh mengakibatkan :a. Luka sementara dan kekal b. Kehilangan nyawa c. Kerugian atau kerosakan pada alatan dan mesin Terdapat dua faktor atau punca kemalangan boleh terjadi di bengkel iaitu :1.



Faktor kemanusiaan



2.



Faktor keadaan bengkel dan mesin yang telah rosak atau alatan



yang telah di bawah taraf. 1. FAKTOR KEMANUSIAAN Hampir 70% kemalangan yang terjadi di kawasan luar dan dalam bengkel disebabkan oleh faktor kemanusiaan. Antara faktor kemanusian yang memungkinkan kemalangan terjadi di bengkel adalah seperti berikut :



Terlalu yakin







Cuai atau gopoh dalam melakukan sebarang kerja yang diberikan







Segan untuk bertanya walaupun tidak tahu







Sikap yang kurang berminat







Tiada tumpuan sewaktu menjalankan kerja amali / tidak sihat







Tidak mahu mematuhi peraturan-peraturan bengkel atau undang-undang keselamatan bengkel







Pakaian yang tidak sesuai



2. FAKTOR KEADAAN BENGKEL / MESIN ATAU ALATAN YANG ROSAK DAN DI BAWAH TARAF 



Lantai bengkel berminyak atau bersepah







Kawasan dalaman bengkel yang kurang cahaya atau gelap







Peredaran udara yang tidak baik







Meja kerja atau bangku yang tidak tetap







Suis elektrik rosak atau rosak







Alatan tangan tumpul atau rosak / Alat elektrik yang rosak



Riezal Publisher



KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF Berikut merupakan peraturan asas sewaktu berada di Bengkel Automotif yang perlu dipatuhi serta difahami :A. LANGKAH KESELAMATAN DIRI •



Bekerja dalam keadaan sihat







Berdisiplin semasa bekerja atau menjalankan amali







Jangan bergurau atau bermain semasa berada di bengkel atau melakukan kerja amali







Pakai pakaian yang sesuai. Barang perhiasan seperti cincin, rantai atau jam tidak boleh dipakai sewaktu melakukan kerja amali.







Jangan membawa alatan tangan yang tajam di dalam saku.







Jauhkan tangan atau anggota lain ketika bekerja dengan enjin atau mesin yang bergerak







Rambut hendaklah sentiasa pendek







Gogal perlu dipakai semasa menjalankan atau melakukan kerja pada mesin canai atau gerudi serta mengimpal







Jangan menggunakan sebarang alatan atau mesin yang telah rosak atau cacat.



B. LANGKAH KESELAMATAN ALATAN SERTA MESIN Sebelum menggunakan sebarang alatan atau mesin elektrik, pasti meminta kebenaran daripada guru. Alatan atau mesin yang ingin digunakan perlu berada di dalam keadaan baik serta faham bagaimana untuk mengendalikannya. i. MESIN •



Sebelum menggunakan atau menjalankan mesin anda hendaklah faham serta tahu bagaimana untuk mengendalikan mesin tersebut.







Pastikan selepas mesin yang digunakan, ianya perlu dibersihkan.







Jangan menggunakan alatan elektrik mudah alih di tempat sempit atau mudah terbakar.







Gunakan gogal atau pelindung mata sem asa menggunakan mesin canai, gerudi atau pengimpal







Pastikan kabel atau sambungan pendawaian alatan elektrik tidak longgar atau cacat.







Alatan elektrik mudah alih perlu berada di dalam keadaan sentiasa bersih dan disimpan ditempat yang selamat serta kering.



Riezal Publisher



KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF



ii. ALATAN TANGAN DAN MEJA KERJA •



Pastikan alatan tangan yang digunakan berada di dalam keadaan baik dan tidak menggunakan alat tangan yang telah rosak atau tumpul.







Elakkan menggunakan pahat yang telah berkepala cendawan.







Alat tangan pengetuk seperti tukul, pastikan pemegangnya teguh terpasang pada kepala.







Spana atau alat tangan yang digunakan perlu sesuai dengan kerja yang dijalankan.



iii. ALAT PENJULANG •



Sebelum menggunakan penjulang, pastikan kenderaan yang perlu diangkat perlu diletakkan di kawasan yang rata.







Pasangkan sangga keselamatan di bawah kenderaan selepas kenderaan dijulang iaitu sebelum melakukan sebarang pekerjaan di bawah kenderaan







Pastikan sebelum menurunkan kenderaan, tiada orang berada di bawah kenderaan



Riezal Publisher



KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF



Jenis kemalangan yang mungkin terjadi di dalam Bengkel Automotif 1. Melecur - Jangan membuka penutup pengalir haba semasa enjin dalam keadaan panas. - Melecur juga boleh terjadi sekiranya tersentuh bahagian-bahagian kenderaan yang panas, contohnya; tersentuh atau terpegang sistem pancarongga keluar atau brek gelendung atau ceper selepas ianya beroperasi 2. Terhempap - Sebelum sebarang kerja dijalankan pada bahagian bawah kenderaan yang telah dijulang . pastikan sangga keselamatan diletakkan



Riezal Publisher