Keunikan Hikayat Misa Melayu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KEUNIKAN HIKAYAT MISA MELAYU Oleh Nurul Afida Kamar (ipgk Perempuan Melayu Melaka) Keunikan Pembinaan jati diri islam



Jati Diri Bangsa Berketurunan Jawa



Teks Asal Maka ada jamnya yang dipakai oleh kerajaan kepada zaman itu jam gelas yang berisi serbuk kaca yang halus. Maka dimulainya daripada masuk matahari. Maka dirempuhnya sekali turun dan sekali naik sampai tiga rempuh turun naik. Maka dipukulnya gong besar tiga kali dan luchin tiga kali. Demikianlah ikut rempuhnya pukul lima dan pukul tujuh dan pukul sembilan sampai kepada kelima kalinya hendak dipukulnya cukup rempuhnya. Maka dipukulnya pula gong besar tiga kali bersambutan dengan bunyi gendang Nobat Subuh. Maka hari pun sianglah. Kepada tiap-tiap dipukulnya gong besar itu maka diikutnya dengan luchinnya tiga-tiga kali.



Huraian Bukti pembinaan jati diri islam berdasarkan beberapa peristiwa seperti berikut: 







Diceritakan istana Negeri Perak ketika itu memiliki sebuah jam besar berloceng yang diperbuat daripada kaca dan raksa serta dikawal secara rasmi oleh pengawalpengawal istana. Antara lain, jam digunakan sebagai penanda waktu bagi membunyikan semboyan (tembakan meriam adat istiadat) sempena menyambut bulan Ramadhan, perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji serta acaraacara rasmi istana yang lain.







Pembinaan masjid semasa menjelangnya hari Raya Korban di Pulau Indera Sakti. Menurut Muhammad Yusof Hashim (1992), telah dilakukan pembinaan masjid-masjid di negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar di samping pembinaan sebuah mahligai tujuh tingkat yang tidak dikatakan belum pernah dibina pada zaman sultan-sultan terdahulu.







Di samping itu, penulisan Raja Chulan juga banyak mengandungi ciri pensejarahan Islam, antaranya ialah memulakan penulisannya dengan lafaz "Bismi'llahi rahmani'r-rahim" dan juga memasukkan kata-kata seperti "dengan izin Allah", "dibuka Allah ta'ala kepada hati baginda"



Menurut Muhammad Yusof (1994), dalam Misa melayu Raja Chulan juga telah memaparkan kisah hidup masyarakat yang berketurunan Jawa di Perak semasa penulisan karya tersebut. Raja Chualan sendiri juga merupakan keturunan Jawa yan tinggal di Perak ketika itu. Selain itu, menurut W.E Maxwell dan R.O Winstedt nama judul karya tersebut, iaitu “Misa” juga merupakan pengaruh daripada masyarakat Jawa. Dalam bahasa Jawa



“Misa” bermaksud kerbau. Pengaruh Jawa dalam penghasilan karya tersebut juga ialah beberapa nama mengikut nama dan watak yang terdapat dalam kesusteraan Jawa seperti Raja Daha, Raja Raden, Raja Su, Raja Inu dan Raja Galuh. Oleh sebab itu, tidak ragu lagi apabila mengatakan pada masa ketika itu juga mempunyai jati diri yang berketurunan Jawa. Jati Diri Bangsa yang Mengamalkan Adat Istiadat



Di samping itu, jati diri bangsa Perak yang diperihalkan di dalam Hikayat Misa Melayu juga ialah bangsa yang berpegang kepada amalan adat istiadat. Menurut Jelani harun (2013), penulisan yang berlebihan terhadap amalan adat istiadat memang sengaja dilakukan oleh Raja Chulan bagi menanamkan amanat tentang kepentingan adat istiadat sebagai lambang kemuliaan raja-raja. Hal ini demikian kerana, telah digambarkan oleh Raja Chulan dalam karyanya iaitu sekiranya hilang adat, maka hilanglah kebesaran dan kedaulatan raja-raja Melayu. Hazman (2013) telah merihalkan terdapat lima adat istiadat yang dikaitkan dengan masyarakat.



a) Adat Istiadat Perkahwinan Diraja Perak Menurut Muhammad Yusof Hashim (1992), perihal berkenaan adat istiadat dalam perkahwinan merupakan salah satu kisah yang melengkapi pembinaan riwayat Misa Melayu. Dalam Misa Melayu, adat isitadat perkahwinan Diraja Perak telah digambarkan melalui kisah perkahwinan Raja Muda Perak iaitu Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul, iaitu puteri kepada Sultan Muzaffar Syah yang juga merupakan salah seorang yang pernah menjadi sultan Perak. Berdasarkan latar belakang keturunan, Muhammad Yusaof Ibrahim (1992) telah mengatakan bahawa Raja Iskandar dan Raja Budak Rasul sebenarnya mempunyai ikatan persaudaraan sebagai sepupu. Sebelum perkahwinan Diraja berlangsung, Hazman Azhar (2013), telah menyatakan bahawa antara istiadat yang diamalkan sebelum perkahwinan antara mereka adalah adat merisik dan meminang telah dilakukan oleh Raja Alauddin dan Raja Chulan atas perintah Sultan Muzaffar Syah. Mereka juga turut membawa emas sekati



sebagai hantaran. Manakala, semasa perkahwinan berlangsung pula telah dilakukan istiadat perkahwinan yang dimulakan dengan upacara pernikahan. Semasa upacara pernikahan, Raja Iskandar telah membawa 100 tahil emas, 10 pasang hamba iaitu orang Jawa dan 1000 keping timah. Selain itu, amalan yang turut dilakukan semasa istiadat perkahwinan Diraja tersebut ialah penyampaian khutbah nikah semasa bermulanya akad nikah. Menurut Hazman (2013) juga, semasa perkahwinan berlangsung pengantin turut bersanding dan juga menjalankan upacara bersiram.



b) Adat Istiadat Pertabalan Sultan di Perak Semasa Raja Iskandar Syah, Raja Muda Perak ditabalkan sebagai waris yang memegang tampuk pemerintahan selepas kemangkatan Sultan muzaffar Syah, Raja Iskandar telah diberi pakai segala alat kebesaran kerajaan. Menurut Hazman (2013), sepanjang upacara pertabalan dilaksanakan upacara tersebut telah disertai dengan paluan gendang nobat Ibrahim Khalil atau disebut sebagai “bermahalail”. Namun begitu, dalam tradisi pertabalan sultan di Perak upacara pertabalan sultan telah dilaksanakan sebelum jenazah almarhum Sultan Muzaffar Syah dikebumikan. Selain itu, setelah selasai istiadat pertabalan, Raja Iskandar telah diberi gelaran Paduka Seri Sultan Zulkarnain Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillulahi Fil Alam. c) Adat Melenggang Perut Dalam Hikayat Misa Melayu telah menceritakan bahawa semasa permaisuri kepada Sultan Iskandar Syah sarat mengandung tujuh bulan, satu temasya melanggang perut telah diadakan di Balai Panca Persada selama 40 hari 40 malam. Telah diperihalkan juga semasa berlangsungnya temasya tersebut, seluruh masyarakat Perak termasuk Cina, India dan Belanda datang mempersembahkan hadiah kepada sultan. Sepanjang berlangsungnya temasya melenggang perut, persembahan Menora dari Kedah pimpinan Seri Indera dan Nakhoda Jumaat turut dipersembahkan dalam istiadat tersebut.



d) Istiadat Membayar Kaul Raja Chulan telah menceritakan ketika Sultan Iskandar telah jatuh gering di Pulau Indera Sakti, pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah bertilik nasib, menurun jin, titk dan perdikiran. Selain itu, Sultan Iskandar juga telah dimandikan dan diarak dari Rantau Panjang ke Pulau Indera Sakti dengan perahu. Oleh sebab itu, Raja muda dan rakyat jelata telah bernazar agar baginda sembuh. Peristiwa tersebut telah mengambarkan masyarakat pada masa itu telah bernazar dan membayar kaul.