Kitab Pati Rahsia [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kitab Pati Rahsia Kitab Pati Rahsia dihiasi didalamnya nama Allah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi, kelebihan Bismillahi Rahmani Rahim, Fatihah, ayat2, hizib2 dan lain2nya. Susunan Nik Mahmod bin Ismail (Dato' Pedana Menteri Paduka Raja) Kitab Pati Rahsia (Versi Bahasa Melayu Rumi) Di dalam kitab " Pati Rahsia " karangan Allahyarham Datuk Paduka Perdana Menteri (Gelaran Menteri Besar)Kelantan dalam tahun 1930an, ada menerangkan khadam-khadam ayat ini yang merupakan makhluk atau tenaga yang menjaga ayat-ayat ini. Pengarangnya seperti tercatit diatas adalah salah seorang ulama besar di negeri Kelantan dan seangkatan dengan Tok Kenali dan kawan karibnya. Kandungan Kitab Pati Rahsia : -



Prakata Nama Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Tinggi Fadilat Fatihah Fadilat "Qul huallahhu ahad" Kelebihan Surah Al-Ikhlas & An-Nas Fadilat Ayat Al-Kursi Ketika Yang Mustajab Berdoa Syarat-Syarat Dan Adab Berdoa "Ayat Lima" Kaifiat Bagi Mendapat Mimpi Hizbul Bahr Fadilat Dua Ayat Surah Baraah Fadilat Selawat Fadilat Surah "Inna Anzalna" Jalan Ilmu Nafas Ayat Tujuh Fadilat Surah "Inna A`taina Kalkausar" Fadilat Surah Wadhuha Fadilat Surah Alam Nashrah Fadilat Kalimah At-Tauhid Fadilat Yaasin Fadilat Surah Al-Waqiah Fadilat Surah Al-Mulk



- Hizbun Nasr atau Hizbul Qahr - Nama-Nama Allah: Al-Mungni, Ar-Razzaq, Al-Fattah - Kerana Orang-Orang Zalim - Al-Haq - Al-Latif - Mahabbah "Bagi Mendatangkan Orang Yang Dikehendaki" - Doa Nabi Isa Menghidupkan Orang Yang Mati - Riadah Ayat Al-Kursi - Bersahabat Dengan Jin Mukmim - Riadah Surah Al-Jin - Doa Membukakan Hati Seseorang Supaya Kasih Kepada Kita - Riadah "Qul Huallah Hu Ahad" - Riadah Ya Kariim Ya Rahim - Khalwat Amalan Huruf Jim - Kelebihan Doa Burhatiah - Peringatan Mengamalkannya - Ayat Lima Belas - Hizbul Birri - Hizbun Nawawi - Kaifiat Memberi Salam Kepada Qutbul Aqtab - Kaifiat Memberi Salam Kepada Rijajul Ghaib - Pihak Ada Padanya Rijajul Ghaib (Masa Peredaran Mereka Dari Satu Pihak Yang Lain) - Faedah - Faedah Yang Amat Mustajab - Al-Malikul Quddus - Syabshah Abu Riyah - Hari Ahad - Hari Isnin - Hari Selasa - Hari Rabu - Hari Khamis - Hari Jumaat - Hari Sabtu - Hitungan Mengetahui Tabiat Seseorang Dengan Jalan Buruj Dan BintangBintang - Bilangan Huruf-Huruf Alif, Ta Hingga Akhir - Pasa Mengetahui Rahsia-Rahsia Segala Huruf, Khadam-Khadam Dan Khalwatnya. - Rahsia Huruf Alif - Rahsia Huruf Ba - Rahsia Huruf Jim - Rahsia Huruf Dal - Rahsia Huruf Ha



- Rahsia Huruf Wau - Rahsia Huruf Zai - Rahsia Huruf Ho - Rahsia Huruf Tho - Rahsia Huruf Ya - Rahsia Huruf Kaf - Rahsia Huruf Lam - Rahsia Huruf Mim - Rahsia Huruf Nun - Rahsia Huruf Sin - Rahsia Huruf `Ain - Rahsia Huruf Fa - Rahsia Huruf Shad - Rahsia Huruf Qaf - Rahsia Huruf Ra' - Rahsia Huruf Syin - Rahsia Huruf Ta - Rahsia Huruf Tsa - Rahsia Huruf Kha - Rahsia Huruf Dzal - Rahsia Huruf Dhad - Rahsia Huruf Dzha - Rahsia Huruf Ghain - Pengenalan Khadam Hari-Hari Yang Tujuh - Kaifiat Berjumpa Dengan Jin-Jin Dan Mendengar Suara Mereka Itu. - Pada Mengetahui Huruf-Huruf Ramal Tetapi Tidak Dinyatakan GarisanGarisan Rajahnya - Faedah Yang Amat Besar Bagi Menyenangkan Hati - Kaifiat Doa Zalzalah - Faedah Bagi Memajukan Berjual Beli Dan Meluaskan Rezeki. - Peraturan Mendapatkan Khadam-Khadam - Bagi Menghapuskan Cinta Berahi Kepada Siapa-Siapa Pun. - Khasiat Burung Belatuk Cerang - Penyudahan *Syarahan atau karangan kitab ini ditulis dalam tulisan rumi manakala ayatayat quran tidak diubah atau diterjemah.. kitab ini dijual terlalu mahal dan tidak setanding dengan ilmunya...



(NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI ) Sanya Allah s.w.t. ada mempunyai – 3000 (Tiga Ribu) nama iaitu : (1) Sebanyak – 1000 (Seribu) nama – Allah taala memberi ketahui kepadamalaikat-malaikat sahaja. (2)Sebanyak – 1000 (Seribu) nama –Allah taala memberi ketahui kepada Nabi-nabi sahaja (3)Sebanyak –300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Taurat. (4)Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Injil. (5)Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Az-Zabur. (6)Sebanyak –99 (Sembilan Puluh Sembilan) nama ada teresebut didalam AlQur’an. Dan -1- (Satu) khas tersimpan dalam pengetahuan Allah s.w.t.



Sekalian makna nama-nama Allah taala yang – 3000 (Tiga Ribu) itu ada terkandung didalam ayat ( ‫ ) بسم الله الرحمن الرحيم‬dan jika siapa-siapa membaca ‘‫ ’بسم الله الرحمن الرحيم‬nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurniakan kepada orang yang membaca sekalian nama Allah s.w.t. yang 3000 (tiga ribu) itu. Siapa-siapa banyak membaca : ‘‫ ’بسم الله الرحمن الرحيم‬pada mana-mana perkara yang diahajati istimewa pula pada mendapatkan rezeki. Nescaya memudah Allah taala kepadanya dan mengurnia Allah taala hebat pada hati mereka-mereka yang memandang kepadanya. Siapa-siapa membaca: ‘ 21–’ ‫( بسم الله الرحمن الرحيم‬Dua Puluh Satu)- kali ketika hendak tidur terpeliharalah pada malam itu daripada Syaitan dan daripada kejahatan Manusia dan Jin dan daripada Kecurian dan Kebakaran, dan selamat daripada Mati Terkejut, dan terjauh daripada Bala’ dan Penyakit. Jika dibaca : ‘ 100-’ ‫( بسم الله الرحمن الرحيم‬Seratus) – kali selama (7) tujuh hari berturut-turut pada mana-mana Penyakit ataupun pada orang yang kena Sihir nescaya sembuh orang itu daripada Sihir dan Penyakitnya. Siapa-siapa banyak membaca : ‘ 113–’ ‫( بسم الله الرحمن الرحيم‬Seratus tiga Belas) – kali pada Jumaat ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa’



bersama khatib, dan memohon daripada Allah Taala akan apa-apa hajat nescaya mengurnia Allah Taala apa-apa yang dipohonkan itu. Siapa-siapa banyak membaca : ‘ 313–’ ‫( بسم الله الرحمن الرحيم‬Tiga ratus Tiga Belas) Kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan mengadap Qiblat nescaya Mengurnia Allah Taala kepadanya rezeki yang tiada terhingga banyaknya. Siapa-siapa banyak membaca : ‘ 787 – ’ ‫( بسم الله الرحمن الرحيم‬Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh) kali dengan hati yang suci pada suatu perkara yang diredhai akan dia oleh Allah Taala atau pada mencapai sesuatu hajat, atau hendak menjauhkan apa-apa bala’ nescaya dapat dan berhasil apa-apa yang dipohonkannya. Dan yang terlebih elok dibaca : ‘ ‫–’ بسم الله الرحمن الرحيم‬sebanyak 787 (Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh) kali itu ialah dibaca ketika berpuasa ditempat yang suci (berkhalwat) selama (7) Tujuh Hari berturut-turut, kerana kaifiat yang seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang dihajati. Siapa-siapa membaca : ‘ 2500 –’ ‫( بسم الله الرحمن الرحيم‬Dua Ribu Lima Ratus) kali tiap-tiap lepas sembahyang Subuh, selama (40)empat puluh hari berturut-turut sertaingat kepada fadhilat-fadhilat (kelebihannya) nescaya dibuka Allah Taala akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu. Siapa-siapa sentiasa membaca : ‘ 1500 –’ ‫( بسم الله الرحمن الرحيم‬Seribu Lima Ratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dijadikan semua manusia bersetuju dengannya. Siapa-siapa sentiasa membaca: ‘ 1000-’ ‫(بسم الله الرحمن الرحيم‬Seribu) kali pada tiap-tiap hari, mudahlah memperoleh apa-apa yang dikehendakinya. Siapa-siapa membaca: ‘ 1000-’ ‫(بسم الله الرحمن الرحيم‬Seribu) kali pada tiap-tiap hari dan malam, terlepaslah daripada Bala’ dan Kesusahan. Jika dibaca : ‘ 1000-’ ‫(بسم الله الرحمن الرحيم‬Seribu) pada suatu mangkuk air hujan, kemudian diberi minum kepada orang yang bodoh ketika terbit matahariberturut-turut tujuh pagi, teranglah hatinya dan mudah ingat apaapa yang dipelajarinya. Siapa-siapa yang mengekali membaca : ‘ ‫’ بسم الله الرحمن الرحيم‬ketika memulai sesuatu pekerjaan atau ketika duduk, bangun, hendak berjalan, tidur, makan, mengambil wudu’, menulis, membaca dan lain-lainnya lagi, nescaya mempermudah Allah Taalabaginya keluar nyawa ketika hendak mati dengan tidak merasai apa-apa kesakitan, dan fasih lidahnya menjawab apaapa pertanyaan Munkar dan Nakir dan memperluas Allah Taala akan kuburnya dengan keadaan cahaya yang gilang gemilang, dan pada hari



kiamat keluar dari kuburnya putih kulitnya dan bercahaya-cahaya dan dapatlah kebahagiaan dan kesenangandan melalui titian dengan cepat seolah-olah seperti kilat lakunya masuk ke dalam syurga. Siapa-siapa puasa 3 hari berturut-turut mulai hari Rabu, Khamis, Jumaat, sertapergi ke masjid pada hari Jumaat dengan keadaan yang bersih dan bersedekah sekadar yang boleh, kemudian apabila selesai sembahyang Jumaat, berdoa dgn doa : " ‫اللهم انى اسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم الذي ل اله ال هو عالم الغيب والشهادة هو‬ ‫ل اله ال هو الحي القيوم ل تأخذه سنة‬,‫الرحمن الرحيمواسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫ول نوم الذيملتءت عظمته السموات والضرض واسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم الذي ل اله‬ ‫ ذضرفت‬,‫ال هوعنت له الوجوه وخضعت له الرقاب وخشعت له البصاضر – ووجلتالقلوب من خشيته‬ ‫ ان‬,‫(" منه العيون‬sebut apa yang dihajati) ‫تصلي على محمد وعلى ال محمد وان تعطينى‬ ‫حاجتي‬... Nescaya dimakbulkan akan hajatnya oleh Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:“ Allah Taala tiada menolak permintaan orang yang berdoa’ yang dimulai dengan ‫“ بسم الله الرحمن الرحيم‬. Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya : siapa-siapadaripada kamu hendak menulis jadikanlah ‘ ‫ ’ بسم الله الرحمن الرحيم‬pada awal tulisan kamu. Dan lagi sabdanya : siapa-siapamenulis ‘ ‫’ بسم الله الرحمن الرحيم‬dengan tiada dihapus nescaya mengurnia Allah Taala kepada 1000 (seribu) kebajikan dan menghapuskan 1000 (seribu) kejahatan “. Siapa menulis ‘ ‫’ بسم الله الرحمن الرحيم‬dengan tulisan yang elok kerana memuliakan Allah Taala, nescaya mengampun Allah Taala akan dosanya. Siapa mengutip kertas yang ada padanya ‘ ‫ ’ بسم الله الرحمن الرحيم‬kerana takut terkena pijak, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya masuk kumpulan al-Siddiqin. Dan setengah daripada tanda-tanda kelebihan ‘ ‫ ’ بسم الله الرحمن الرحيم‬itu ialah surah-surah dalam Al-Qur’an dimulai dengannya. Jika ditulis‘21 – ’‫(بسم الله الرحمن الرحيم‬Dua Puluh Satu) kali pada suatu kertas, kemudian diberi pakai kepada budak-budak kecil yang selalu terkejut ketika tidur, nescaya hilang penyakitnya itu. Siapa- siapa menulis‘35 – ’‫( بسم الله الرحمن الرحيم‬Tiga Puluh Lima) kali pada suatu kertas, kemudian digantungkan dalam rumah, terpeliharalah rumah itu daripada Syaitan, Jin dan diberi kepadanya berkat yang banyak, dan memelihara oleh Allah akan hartanya dan usahanya serta terjauh daripada kesusahan.



Siapa- siapa menulis‘101 – ’‫( بسم الله الرحمن الرحيم‬Seratus satu) kali pada kertas putih, kemudian tanamkan dalam kebun, nescaya subur tumbuhtumbuhannya dan terpelihara daripada musuh-musuhnya.