Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kem pendidikan INTAN 2006



LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 1) Ice Breaking Aktiviti 1 Nama Alatan Masa



: Ikatan Sang Labah- labah : Benang : 40 minit



Objektif • • •



Membina ukhuwah di kalangan ahli dalam kumpulan dan fasilitator. Memberi peluang kepada peserta untuk mendapat kenalan baru. Membina rasa kepercayaan sesama ahli kumpulan.







Benang



Peralatan



Perlaksanaan 1. Fasilitator memulakan majlis dengan Ummul Kitab. 2. Semua peserta diminta menutup mata dan duduk di dalam bulatan. 3. Fasi akan meminta peserta untuk membayangkan bahawa mereka pergi ke sebuah kedai dan mengambil satu barang dan di masukkan ke dalam poket. 4. Fasilitator akan mengikat hujung benang pada jari sambil memperkenalkan diri. Kemudian fasilitator akan melontarkan benang tersebut kepada peserta. 5. Peserta tersebut akan melakukan perkara yang sama dengan fasilitator tetapi sebelum itu, peserta hendaklah memperkenalkan peserta sebelumnya. 6. Semasa peserta memperkenalkan diri mereka, ayat terakhir yang perlu disebut “ saya menggosok gigi menggunakan …….”(barang yang telah dimasukkan ke dalam poket tadi) Analisis •



Satu sarang labah- labah akan dibentuk.







Untuk menunjukkan satu ikatan yang akan terbina apabila sudah ada perkenalan dan untuk menunjukkan rapport.



Rasional



Kem pendidikan INTAN 2006



Kesimpulan : Pada mulanya kita saling tidak mengenali dan tidak ada ikatan diantara kita. Namun apabila sudah ada perkenalan maka wujud satu iktan yang pada zahirnya tidak nampak dan dengan ini ikatan tersebut dapat menutup kelemahan masing – masing.



Aktiviti 2 Nama



: Tag Nama



Bahan- bahan • Kad Manila • Gunting • Tali Masa



: 30 minit



Langkah- langkah • Peserta dikehendaki membuat name tag untuk ahli- ahli kumpulan masingmasing menggunakan kertas manila yang diberi. • Name tag tersebut mestilah seragam bentuknya dan direka mengikut kreativiti masing- masing.



Aktiviti 3 Tajuk



:



Bukalah mulut !



Alatan



:



kertas mahjong/ pen marker



Masa



:



20 minit



Kaedah: 1.



Peserta diminta mereka ‘cheer’ untuk kumpulan mereka.



2.



Selain itu, mereka juga harus mereka moto kumpulan mereka.



Kem pendidikan INTAN 2006



Aktiviti 4



Tajuk LDK Alatan Masa



: Jurnal Wajah : Kertas A4 dan pensil : 20 minit



Objektif



: • •



Perlaksanaan



Supaya peserta dapat mengenali ahli kumpulan dengan lebih rapat Bagi membina ukhuwah di kalangan ahli dalam kumpulan dan fasilitator :



1. Fasi akan mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta. 2. Fasi akan mengarahkan peserta melukis gambar muka sendiri di dalam kertas A4 tersebut. 3. Fasi akan mengutip dan mengumpil semula kertas A4 yang telah siap dilukis oleh peserta itu tadi. 4. Fasi akan mengedarkan kertas-kertas tadi kepada setiap peserta dengan memastikan setiap peserta tidak mendapat gambar muka mereka sendiri. 5. Setiap peserta diminta mencari muka orang yang terdapat pada gambar tersebut dan mendapatkan maklumat mengenai dirinya. Analisis



: •



Rasional



Pastikan para peserta melukis gambar muka mereka sendiri dengan jelas supaya memudahkan kerja peserta lain. :



• • • Kesimpulan



Bagi mengenali seseorang itu bukan sahaja dari paras rupanya. Untuk mengenali seseorang itu kita juga perlu berusaha dan memberanikan diri dengan berkomunikasi. :



Pada mulanya kita tidak mengenali antara satu sama lain. Namun apabila sudah ada perkenalan maka wujud satu ikatan yang dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli dan sekaligus bersama fasi.



Kem pendidikan INTAN 2006



LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 2) Motivasi diri Aktiviti 1 Nama Alatan Masa



: Cari Kawan : Penutup mata, kertas klu : 20 minit



Objektif • •



Menunjukkan cara komunikasi yang berkesan menggunakan bunyi suara dan pendengaran tanpa menggunakan mata. Menggalakkan kepada peserta untuk melatih menggunakan teknik- teknik pendengaran yang tertentu khususnya untuk pembelajaran mereka seharian.



Kaedah 1. Setiap kumpulan menghantar seorang sukarelawan untuk mencabut undi bagi memilih kertas klu, setiap kertas klu mempunyai nama- nama binatang seperti, ayam, itik, burung, dan lain- lain. 2. Undian adalah rahsia, para sukarelawan tidak dibenarkan memberitahu nama binatang yang diperolehi kepada yang lain. 3. Setiap sukarelawan dikehendaki menutup mata dengan kain penutup. 4. Ahli kumpulan yang lain diasingkan dan dijarakkan diantara satu sama lain 5. Apabila permainan dimulakan setiap pelajar akan buat bunyi binatang mengikut arahan fasi. 6. Sukarelawan tersebut akan mencari bunyi binatang yang sama dengan kertas klu yang dipilih. 7. Masa diberikan selama 2 minit. Rasional • • • •



Mengetahui bahawa manusia adalah makhluk yang bijak, kita boleh meniru suara haiwan tersebut. Tetapi sebaliknya, haiwan tidak boleh meniru suara kita. Keupayaan manusia terletak pada akalnya. Manusia akan berbuat apa sahaja untuk mencapai cita- cita mereka, oleh itu jadikan agama sebagai asas untuk mengejar cita- cita. Bahawasanya manusia hidup memerlukan bantuan daripada orang lain.



‘Hiduplah dalam masyarakat, bukan masyarakat hidup dalam diri kita.’



Kem pendidikan INTAN 2006



Aktiviti 2 Nama Alatan Masa



: Bahtera Si Tanggang : sebesen air, kertas A4/ surat khabar, 50 biji batu. : 20 minit



Objektif • • • •



Mengajar mereka tentang persediaan yang perlu di dalam mengatasi masalah. Mengajak semua ahli kumpulan bersatu dalam menyumbangkan idea untuk membina sebuah kapal. Mengembangkan idea mereka dalam menggunakan sumber- sumber alam yang ada disekeliling mereka. Meyakinkan mereka tentang keupayaan kapal tersebut dalam menampung batu- batu kerikil yang sedang terapung di atas air.



Kaedah 1. Setiap kumpulan akan diberikan sehelai surat khabar untuk membina sebuah kapal bagi menampung 50 biji batu kerikil. 2. Setiap kumpulan diberi masa selama 5 minit untuk menyiapkannya. 3. Semua kumpulan akan diuji pembinaan kapal mereka dengan meletakkan kapal mereka di atas air yang disediakan di dalam besen. 4. Semua ahli kumpulan hendaklah meletakkan batu- batu kerikil yang diberikan oleh fasilitator di atas kapal mereka, sehingga kapal mereka tidak dapat menampung batu tersebut. 5. Sekiranya kesemua batu tersebut habis, kumpulan tersebut berjaya mencipta sebuah kapal yang kukuh. Rasional Semua orang akan mengalami masalah masing- masing dan mereka berupaya untuk mengatasi masalah itu. Kapal dianggap sebagai diri kita, manakala batu- batu kerikil pula dianggap sebagai masalah. Kapal yang dibina menunjukkan keteguhan diri kita dalam menangani masalah. Jadilah seperti air, apabila disentuh, ia akan kembali tenang. Jangan jadi seperti laut, walaupun nampak tenang, tetapi ia sentiasa bergelora.



Kem pendidikan INTAN 2006



Aktiviti 3 Nama Alatan Masa



: Hati ke Hati : Tali rafia dan sehelai kertas : 20 minit



Objektif Memberi gambaran kepada peserta bahawa mereka boleh melakukan perkara yang dianggap susah Kaedah 1. Fasi mengarahkan peserta membentuk bulatan dan menghulurkan tangan ke hadapan. 2. Fasi meminta seorang daripada peserta untuk mengikat tangan dengan rakan yang lain menggunakan tali. 3. Tangan diikat mengikut tangan kanan peserta pertama dengan tangan kiri peserta kedua sehinggalah bila tiba giliran peserta yang mengikat, fasi akan mengikat tangannya dengan peserta terakhir. Bentuk yang terbentuk ialah bulatan yang tidak terputus. 4. Setiap peserta diberikan sehelai kertas dan mereka akan membuat apa jua bentuk yang diarahkan oleh fasi menggunakan kertas tersebut. 5. Sessi pertama, fasi meminta peserta membuat bentuk segitiga daripada kertas tadi. 6. Untuk seterusnya, fasi boleh meminta peserta untuk membuat bentuk yang lebih sukar seperti bentuk papal terbang dan sebagainya. Rasional 1. Mereka boleh melakukan sesuatu yang dianggap sukar pada mulanya. 2. Perlu memberi komitmen yang sepenuhnya dalam melaksanakan sesuatu. 3. Membina keyakinan diri mereka, bahawa mereka boleh melakukankannya dan berjaya. 4. Memupuk disiplin dalam diri peserta. 5. Kepentingan sabar dan kelembutan yang diselitkan dengan ketegasan dalam memberi arahan kepada orang lain. 6. Melatih komunikasi berkesan dalam diri dan mengawal keadaan. ALLAH TAALA berfirman : “Bertanyalah kepada ahli zikr (ilmu) jika sekiranya kamu tidak mengetahui” Al-Nahl:43



Kem pendidikan INTAN 2006



LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 3)



Aktiviti 1 Nama :Jadual guruku Alatan :pen, kertas Masa :30 minit Kaedah : 1. Peserta diminta menutup mata serta membayangkan diri mereka adalah seorang guru. 2. Dengan arahan fasilitator, peserta diminta menyenaraikan jadual pelajar cemerlang menurut fahaman mereka. 3. Fasilitator bersama-sama peserta akan membincangkan berkenaan jadual belajar pelajar cemerlang serta mengupas sejauh mana pelaksanaan jadual pelajar cemerlang dalam diri mereka. Nota: Fasilitator boleh menceritakan pengalaman belajar mereka bagi memberi dorongan positif kepada diri peserta.



Aktiviti 2 Nama Alatan Masa



: Yakin Boleh : Tayangan Flash : 20 minit



Kaedah Pelajar diminta mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang diberikan (tayangan flash). Aktiviti 3 Nama Alatan Masa Kaedah • •



: Cawan Ajaib : Cawan Ajaib : 10 minit



Letakan secawan air Kemudian fasi bertanya kepada peserta bagaimana hendak mengosongkan cawan



Rasional Apabila kita hendakkan sesuatu hendaklah berusaha dan buktikannya dengan kata lain, tidak sekadar kata sahaja. Bagitu juga jira kita hendak berubah maka, kita mestilah berusaha ke arah itu walaupun terpaksa menempuh dugaan.



Kem pendidikan INTAN 2006



Memo: Selepas buat aktiviti ini, silat lihat jadual perancangan yang dilampirkan di dalam fail



NAMA



HALANGAN YANG DIHADAPI a)



CITA - CITA



LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA a) b)



b) c) d) c)



Kem pendidikan INTAN 2006



APAKAH YANG AKAN ANDA DILAKUKAN SELEPAS INI JUN



JULAI



OGOS



SEPTEMBER



OKTOBER



Jadual Pencapaian



TAHUN MATA PELAJARAN



JUN



JULAI



OGOS



SEPT



OKT



NOV



DEC



Kem pendidikan INTAN 2006