Lagu-Rakyat [PDF]

  • Author / Uploaded
  • Aizee
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up

Lagu-Rakyat [PDF]

1 Penghayatan Puisi Tradisional : Lagu Rakyat (Mohd. Fauzi bin Abdullah, IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Kuala L

27 0 77 KB

Report DMCA / Copyright

DOWNLOAD FILE

File loading please wait...
Citation preview

1 Penghayatan Puisi Tradisional : Lagu Rakyat (Mohd. Fauzi bin Abdullah, IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Kuala Lumpur) (a)



Definisi dan konsep lagu @ nyanyian rakyat Lagu rakyat adalah salah satu bentuk puisi yang sangat digemari oleh



masyarakat tradisional untuk menghiburkan hati. Lagu rakyat (puisi lirik) ialah ‘puisi pendek yang tidak bercorak naratif yang dinyanyikan secara berlagu. Puisi seperti ini bercorak universal yang lahir dalam berbagai kebudayaan’(Ismail Hamid, 1986: 81). Lagu rakyat adalah



sejenis puisi lisan yang lahir dan berkembang



dalam



masyarakat illiterate iaitu masyarakat yang tidak tahu membaca dan menulis. Ia tersebar melalui pertuturan lisan dan disampaikan dari mulut ke mulut. Hasil lisan ini diwarisi dalam bentuk ingatan dari satu generasi ke generasi. Ia adalah paparan pengalaman dan perasaan manusia terhadap alam dan kemanusiaan yang digunakan untuk tujuan hiburan dan pendidikan secara tidak langsung oleh ahli masayarakat. Tradisi ini termasuk di dalam tradisi folklore/ folk-life/ oral tradition/ traditional culture/ volkskunde iaitu ‘istilah yang merujuk kepada tradisi yang terdapat dalam satu budaya yang dipersambungkan melalui jalan lisan, baik dari segi masa iaitu dari satu generasi kepada generasi yang lebih muda ataupun dari segi ruang iaitu dari seorang anggota masyarakat kepada anggota masyarakat lain dalam bidang yang sama’(Taib Osman, 1976: 4). Lagu rakyat ini terus hidup hingga ke hari ini walaupun ___________________________________________________________________



( Dibentangkan dalam Bengkel Penghayatan Lagu Rakyat, IPGM Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur, pada 25 April 2010 )



2 masyarakat sudah menguasai sistem tulisan (baca-tulis). Jan Harold Brunvand (1968) menyatakan bahawa lagu / nyanyian rakyat adalah ‘satu genre atau bentuk folklore yang terdiri dari kata-kata dan lagu yang beredar secara lisan di antara anggota



kolektif



tertentu,



berbentuk



tradisional



serta



banyak



mempunyai



variasi’(James Danadjaja, 1984: 141). Lagu rakyat digubah berdasarkan berbagai sumber dan masih terus dinyanyi serta disesuaikan dengan peredaran masa, contohnya lagu rakyat Inggeris ‘Twinkle Twinkle Little Star’ dan ‘Baa Baa Black Sheep’. Lagu rakyat harus wujud dalam bentuk lirik (puisi) dan kod lagunya. Namun teks yang sama kadang-kala mempunyai variasi lagu yang berbeza. Lagu rakyat mempunyai ruang lingkup peredaran yang lebih luas berbeza dengan nyanyian pop masa kini yang konsep penciptaan dan penyebarannya lebih berasaskan ekonomi dan perdagangan. Lagu rakyat beredar di antara masyarakat kolektif yang buta/ separuh buta huruf dan masyarakat celik huruf. Usia lagu rakyat juga cukup tua dan sukar ditentukan tarikh penciptaannya. Bentuk dan irama nyanyiannya juga beraneka ragam dari yang paling sederhana ke corak yang cukup rumit bergantung kepada tujuan lagu rakyat dinyanyikan. Menurut Brunvand lagi, lagu rakyat tidak bersifat abadi (satatik), malah lagulagu pop semasa yang baik mungkin menjadi lagu rakyat (klasik) yang akhirnya tersebar secara lisan. Sukar menentukan lagu ‘Naik-Naik Ke Puncak Gunung’ (Indonesia), ‘Tepuk Amai-Amai’ (Malaysia), ‘Smoke Gets In Your Eyes’ (Inggeris) dan ‘The Wedding March’ (Jerman) adalah lagu pop atau lagu rakyat (James Danadjaja, 1984: 144-145). (b)



Jenis @ golongan lagu rakyat Brunvand menjeniskan lagu rakyat kepada dua jenis iaitu proto folksong



(worldless folksong) dan near folksongs. Worldless folksongs ialah satu bentuk lagu



3 di mana muzik nyanyian lebih dipentingkan dari lirik / puisi lagu tersebut. Lagu ini bisanya hanya digunakan untuk mengiringi tarian rakyat. Misalnya nyanyian yang mengiringi ‘tarian Kecak’ (Bali - Indonesia) di mana penggunaan suara hanya digunakan untuk meniru bunyi gamelan sahaja. Lagu rakyat jenis near folksongs ialah lagu di mana lirik (puisi) lebih dipentingkan dari muziknya. Alatan muzik yang digunakan adalah ringkas dan asas seperti rebana, serunai, gendang, biola atau



gamelan sahaja. Contohnya di



Indonesia , lagu rakyat yang dinyanyikan dalam ‘tembang’ Jawa menggunakan muzik gamelan. Lagu rakyat yang disertai oleh lirik puisi dan muzik digolongkan oleh Brundvand ke dalam tiga jenis iaitu , lagu rakyat berfungsi (fungsional songs) , lagu rakyat berlirik (lyrical folksongs) dan lagu rakyat bercerita (narrative folksongs). Lagu rakyat berfungsi ialah lirik puisi yang berfungsi untuk hiburan dan pendidikan dan lagunya yang menghiburkan. Antara fungsinya ialah untuk hiburan (ketenangan) seperti lagu ‘Nina Bobok’ (Indonesia) dan ‘Tepuk Amai-Amai’ (Malaysia).Ia juga berfungsi untuk menaikkan semangat bekerja seperti ‘Rembate Rata’ (Sulawesi) . Selain itu ia juga berfungsi untuk melahirkan suasana kegembiraan dan kelucuan biasanya mengiringi sesuatu permainan kanak-kanak (play songs) seperti lagu ‘Baris Cerek Tempe’ (Jawa) dan ‘Enjit-Enjit Semut’ (Malaysia). Lagu rakyat berlirik ialah ‘lagu rakyat yang teksnya bersifat lirik (puisi) yang merupakan cetusan rasa sedih pengarangnya, tanpa menceritakan kisah yang bersambung’(James Danadjaja, 1984: 147). Jenis ini dibahagikan pula kepada lagu rakyat lirik yang sesungguhnya dan lagu rakyat lirik yang bukan sesungguhnya. Lagu rakyat lirik yang bukan sesungguhnya terbahagi pula kepada :



4 1. Lagu rakyat kerohanian / keagamaan (spiritual and religious songs) 2. Lagu rakyat pemberi nasihat berbuat baik (homeletic songs) 3. Lagu rakyat berkasihan dan perkahwinan (folksongs of courtship and marriage) 4. Lagu kanak-kanak (nursery and children songs) 5. Lagu bertimbun banyak (cumulative tale) 6. Lagu daerah dan pekerjaan (regional and accupational folksongs) 7. Lagu jenaka (humorous songs) - lagu dialek (dialect songs), lagu bukan-bukan (nonsense songs) dan lagu ejekan (parody songs). Lagu rakyat bercerita ialah nyayian rakyat yang menceritakan suatu kisah. Kisah yang diceritakan mungkin berbentuk balada (ballad) - kisah sentimental / romantik / cinta ataupun epos (epic) - kisah kewiraan / kepahlawanan. (c)



Fungsi lagu rakyat Lagu rakyat mempunyai fungsi yang tersendiri dalam masyarakat Melayu



tradisional. Sesuai dengan liriknya sebagai sejenis puisi lama , ia sememangnya merupakan pancaran masyarakat lama. Sutan Takdir Alisjahbana (1971 : 5) menegaskan ‘puisi lama ialah ‘sebahagian daripada kebudayaan lama yang dipancarkan oleh masyarakat lama. Jadi, kalau kita hendak mengenali puisi lama itu, maka pertama sekali mestilah kita mengenali kebudayaan dan masyarakat lama itu.’ Dalam tradisi kolektif masyarakat lisan , lagu rakyat mempunyai peranan sebagai alat hiburan - ‘escapisme’ diri dari kemelut hidup dan persekitaran yang merungsingkan fikiran agar mendapat kedamaian jiwa , contohnya lagu-lagu jenaka dan lagu-lagu permainan. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan semangat bekerja dalam suasana yang lebih ceria dan bertanggungjawab. Di Jawa, lagu rakyat juga digunakan untuk menceritakan salasilah keluarga atau keturunan. Ia juga berperanan sebagai wahana protes sosial dan protes ketidakadilan dalam



5 masyarakat. Selain itu lagu rakyat juga berperanan sebagai alat untuk pendidikan dan pengajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung - pendidikan moral / akhlak dan tauhid / iman.



Sekian, wassalam. Terima Kasih. Putra Tropika Bandar Seri Putra, Bangi. 12.30 mlm; 10 April 2010