Laporan Analisis Swot [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LAPORAN ANALISIS SWOT Berdasarkan pakej pembelajaran multimedia interaktif yang telah saya hasilkan, saya dapati pakej ini sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Pakej pembelajaran multimedia interaktif yang saya hasilkan ini sesuai untuk digunakan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk membincangkan lebih mendalam lagi mengenai pakej ini saya menggunakan analisis SWOT untuk menerangkan lagi pakej yang saya hasilkan. SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktorfaktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Selain itu, SWOT juga digunakan untuk mempertimbangkan sesuatu kerja yang kita hasilkan. Sehubungan dengan itu, berdasarkan analisis SWOT, kekuatan yang ada pada pakej pembelajaran multimedia interaktif yang saya hasilkan ialah dapat mempercepatkan pembelajaran murid. Hal ini kerana, murid tidak hanya perlu tertumpu kepada buku teks semata-mata. Melalu pakej pembelajaran multimedia interaktif ini murid akan lebih cepat menerima pembelajaran yang guru sampaikan. Selain itu, kekuatan yang ada pada pakej pembelajaran ini ialah menyeronokkan kerana pakej ini dihasilkan dengan memasukkan animasi, grafik dan teks yang dapat menarik minat murid. Tumpuan murid juga lebih terarah kepada pembelajaran yang guru sampaikan. Seterusnya, kekuatan yang ada pada pakej pembelajaran ini ialah dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai sesuatu pembelajaran. Murid menjadi lebih mahir terhadap subjek yang guru ajar, misalnya dalam pendidikan seni visual, murid mahir dalam menghasilkan corak melalui teknik ikat dan celup. Kelemahan yang terdapat pada pakej pembelajaran multimedia interaktif yang dihasilkan ialah apabila pakej pembelajaran ini digunakan pada komputer yang berlainan kadangkala ianya tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini kerana, mungkin faktor penyimpanan tidak sempurna menyebabkan ianya tidak dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, kelemahan yang ada pada pakej pembelajaran ini ialah, pakej ini perlu dipasang menggunakan komputer. Sekiranya ketiadaan komputer atau elektrik, ianya tidak dapat digunakan. Sehubungan dengan itu, antara kelemahan yang lainnya ialah ia memakan masa kerana guru perlu memasang komputer dahulu sebelum memasangnya dan memerlukan



pemancar untuk dipancarkan di skrin putih supaya murid-murid dapat mengikutinya. Justeru, masa pembelajaran yang singkat menjadi lebih singkat. Antara peluang yang ada pada pakej pembelajaran multimedia interaktif yang dihasilkan ialah pakej pembelajaran ini mempunyai nilai komersial. Hal ini kerana, pakej pembelajaran boleh dikomersialkan. Justeru, pakej ini memberi pulangan yang baik jika dipasarkan kepada guru-guru dan boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Selain itu, peluang yang ada pada pakej pembelajaran ini ialah boleh disyorkan kepada ibu bapa untuk diberikan kepada anak mereka. Ibu bapa boleh menggunakannya bagi membantu anak mereka belajar dirumah tanpa bantuan guru. Bentuk ancaman yang ada pada pakej pembelajaran multimedia interaktif ini ialah, penghasilannya perlukan kesabaran dan ketelitian. Hal ini kerana, dalam menghasilkannya pelbagai elemen perlu dimasukkan seperti video, audio, teks, grafik, animasi dan sebagainya. Selain itu, ancaman semasa menghasilkan pakej pembelajaran ini ialah masa yang terhad serta terlibat dengan pelbagai program menyebabkan pakej pembelajaran hanya dapat dihasilkan dengan ringkas sahaja. Tuntasnya, dalam menghasilkan pakej pembelajaran multimedia interaktif ini merupakan satu pengalaman yang baru dan menjadi satu pembelajaran baru buat diri saya. Ilmu yang pensyarah berikan digunakan sehabis baik dalam menyiapkan tugasan projek kali ini. Hal ini kerana, pendedahan baru tentang power point yang selama ini tidak diketahui dan juga tidak dipelajari dengan baik. Melalui ilmu baru yang diperoleh dapat diaplikasikan di sekolah nanti apabila menjadi guru kelak.