Laporan Keusahawanan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LAPORAN HARI KEUSAHAWANAN PPKI SK TAMAN TASIK JAYA



NAMA SEKOLAH



: SK TAMAN TASIK JAYA



NAMAPROGRAM



: HARI KEUSAHAWANAN PPKI



TARIKH PELAKSANAAN



: 22 OGOS 2019



1.0 Pengenalan Hari Keusahawanan PPKI dijalankan pada 22 Ogos 2019 berjalan dengan lancar dan jayanya. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Tasik Jaya, Puan Salmiah Binti Mohd Isa. Program ini melibatkan semua warga sekolah dimana warga PPKI membuka gerai makanan dan gerai kraftangan dan jualan tersebut terbuka kepada semua warga sekolah. Program ini dilihat memberi kesan positif kepada murid PPKI dimana murid diberi pendedahan tentang keusahawanan di samping menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh. Aktiviti yang telah dijalankan seperti membuat sandwich, membuat jus tembikai serta kraftangan dapat memberi pengalaman serta peluang keseronokan kepada semua murid. Malahan, penglibatan murid juga dapat memantapkan kemahiran serta pengalaman murid untuk hidup berdikari pada masa hadapan.



2.0 Objektif Program Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan mata pelajaran Matematik, Kemahiran Hidup dan Pengurusan Diri yang telah dipelajari oleh murid semasa pengajaran dan pemudahcara (PdPc) ke dalam kedihupan seharian. Selain itu, program ini dapat memupuk minat murid untuk berniaga dalam usaha menyiapkan diri murid untuk berdikari pada masa hadapan. Tambahan pula, program sebegini dilihat berpotensi sebagai salah satu usaha untuk mendedahkan murid kepada keusahawanan.



3.0 Laporan Pelaksanaan Projek Pada 1 Julai 2019, satu mensyuarat telah dijalankan dan dipengerusikan oleh guru penyelaras PPKI, Cik Norizan Binti Azis bagi taklimat kepada guru-guru PPKI berkenaan dengan pengurusan PPKI seperti RPI dan program PPKI. Semasa mesyuarat dijalankan, program hari keusahawanan telah diusulkan sebagai salah satu program yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Program ini dirancang dijalankan selepas Cuti Raya Haji iaitu pada 22 Ogos 2019. Persediaan program ini telah dimulakan daripada 19 Ogos 2019 sehingga 21 Ogos 2019. Persediaan yang dijalankan termasuklah membuat kraftangan, tempahan bunting, pembelian bahan-bahan jualan dan pembuatan jejari coklat yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan PPKI. Pada 22 Ogos 2019, program dimulakan dengan aktiviti membuat sandwich seawal jam 7.50 pagi. Tujuan aktiviti membuat sandwich dipilih adalah untuk melatih fokus murid dalam membuat sesuatu pekerjaan serta mengasah bakat murid dalam bidang masakan. Selain itu, dengan adanya aktiviti jualan ini ia dapat mengabungjalinkan beberapa mata pelajaran seperti Matematik, Kemahiran Hidup dan Pengurusan Diri. Aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat mendekatkan diri murid PPKI dengan murid di aliran perdana. Pada Jam 10.10 pagi, aktiviti jual beli berlangsung kerana waktu tersebut merupakan waktu rehat bagi murid tahap satu. Pada waktu itu juga, perasmian hari keusahawanan PPKI dijalankan. Hari keusahawanan ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Tasik Jaya, Puan Salmiah Binti Mohd Isa. Jualan ini berlangsung sehingga tamat waktu rehat bagi murid tahap dua. Jualan kami mendapat sambutan yang luar biasa daripada pihak guru serta dari murid-murid sekolah. Kemudian, murid dan guru menjalankan aktiviti pembersihan dan mengemas dapur dan peralatan yang digunakan. Jualan kami mendapat sambutan yang luar biasa daripada pihak guru serta dari murid-murid sekolah serta program ini berjalan dengan jayanya.