Laporan Watikah Pelantikan JPP [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LAPORAN WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU.



1.0



BUTIRAN PROGRAM



a) Nama Program



: MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN JPP 2017/2018



b) Tarikh



: 16 FEBRUARI 2016



c) Jumlah peserta



: 27 Orang JPP



2.0 SEBELUM PROGRAM Seminggu sebelum Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, semua ahli JPP telah mengadakan bermesyuarat di bilik C1. Tujuan diadakan untuk menerangkan agenda yang akan dilangsungkan pada 16 Februari 2017. Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh pelajar C6 yang turut sama terlibat bagi menjayakan Majlis Watikah JPP pada tahun ini. Pelajar C6 telah bersetuju untuk melicinkan program watikah pelantikan ini. Justeru, semua ahli JPP dan pelajar C6 telah mempunyai tugas yang harus dilaksanakan. Sehari sebelum majlis bermula, “rehearsal” telah dijalankan dengan penuh jaya, walaupun masa agak singkat serta beberapa masalah teknikal yang melanda. Namun, segala masalah berjaya diatasi dengan jayanya. 3.0



SEMASA PROGRAM



Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan JPP sesi 2017/2018 telah berjaya dilaksanakan pada hari Khamis bersamaan 16 Februari 2017. Majlis berlangsung di Dewan Utama Aminuddin Baki IPGKBM pada jam 9.30 pagi. Perarakan masuk Pengarah IPGKBM, Dr. Hajah Maridah Bt. Alias, para pensyarah dan ahli JPP berjalan dengan lancar. Seperti biasa, di Dewan Utama Aminuddin Baki majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, oleh saudara Kenneth. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan



Guru Malaysia yang sudah semestinya menjadi acara wajib setiap kali perhimpunan. Majlis dimulakan secara rasminya dengan bacaan doa oleh saudara Fazrul bertujuan memberkati lagi majlis watikah perlantikan ini. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan agenda utama iaitu Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2017/2018. Ahli JPP menerima Watikah Pelantikan JPP daripada Pengarah IPGKBM diiringi oleh Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Seterusnya, ahli JPP mengangkat sumpah janji ikrar yang diketuai oleh Yang Di Pertua JPP saudara Shaqil Azri bin Sarafuddin. Sesudah ikrar, YDP JPP menyampaikan ucapan beliau dengan lancar dan penuh makna. Selesai ucapan YDP semua ahli JPP turun dari pentas dan megambil tempat ke tempat duduk masing-masing. Pengarah dijemput untuk menyampaikan ucapan beliau. Ucapan yang disampaikan beliau amat bermakna dan telah menyatakan hasrat yang tinggi untuk memegang amanah yang akan dipikul. Tidak lupa juga acara penyampaian cenderamata kepada Pengarah sebagai tanda penghargaan.



Tibalah acara kemuncak bagi majlis watikah ini dengan tayangan video perkenalan ahli JPP. Video ini telah disediakan oleh Biro Multimedia JPP oleh saudara Farizuan dan Danial. Video yang dihasilkan amat berkualiti tinggi dan mendapat pandangan yang positif daripada pelbagai pihak terutamanya para pelajar. Namun, terdapat segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan penyampaian video ini, kerana kelihatan terlalu seram dan mampu menimbulkan suasana yang tidak sepatutnya. Namun, kejelesan video tidak jelas kerana pihak pengurusan tidak memadamkan lampu hadapan. Oleh itu, pihak pengurusan harus lebih peka akan perkara ini. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kenaikan pangkat kepada 3 pensyarah IPGKBM dan tiga staf IPGKBM. Kenaikan pangkat ini diadakan secara ringkas dan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pensyarah dan staf yang telah menunjukkan



prestasi yang baik sepanjang perkhidmatan mereka di IPGKBM. Majlis diteruskan dengan ceramah mengenai Keselamatan Sistem yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Perdana Menteri. Ceramah lebih kepada sistem pengursan keselamatan fail dan dokumen-dokumen kerahsiaaan kerajaan. Beliau juga memberi tips-tips penjagaan dokumen di atas talian serta mengingatkan penjawat awam agar sentiasa beahati-hati menggunakan komputer dan media sosial. Media sosial kita sentiasa dipantau oleh kerajaan. Oleh itu, beliau mengingatkan kita agar sentiasa berwaspada ketika hendak mengeluarkan status, “like” mahupun share agar tidak menyentuh perkara sensitivi kerajaan. Maka selesai ceramah, ahli dewan diminta berdiri bagi menyanyikan tiga buah rangkaian lagu. Para ahli dewan menyanyikan dengan penuh semangat. Maka berakhirlah majlis pada hari itu. Majlis menjemput pengarah untuk mengambil gambar bersama Pengarah, Timbalan Pengarah , Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pensyarah Penasihat JPP. Selesai sesi fotografi maka berakhirlah majlis pada hari tersebut.



4.0 SELEPAS PROGRAM Selesai majlis, para pelajar terus beransur ke kelas masing-masing. Ahli JPP tanpa membuang masa, terus mengemas dewan agar kembali ke keadaan asal. Ahli jawatankuasa yang terlibat berkumpul mendengar ucapan daripada YDP dan menerima ucapan penghargaan daripada beliau. Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar dengan sedikit masalah yang timbul. 5.0 KEKURANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Hasil pemerhatian penulis, majlis berjalan dengan lancar dan licin. Namun terdapat beberapa kekurangan, kelebihan dan penambahbaikan yang boleh diberi perhatian. Kekurangan majlis ini dapat dilihat melalui ketepatan masa. Masa yang diletakkan dalam aturcara majlis dilihat tersasar daripada yang sepatutnya. Contohnya, ceramah tentang Keselamatan Sistem. Ramai juga pelajar, pensyarah yang tidak dimaklumkan akan perkara ini. Oleh itu, pihak pengurusan harus memberitahu perkara ini lebih awal kepada JPP. Seterusnya, kehadiran pensyarah yang dilihat agak kurang memberangsangkan. Hal ini kerana, mungkin mereka kurang maklum dan laambat menerima kad jemputan daripada pihak JPP. Oleh itu, pihak JPP perlu



mengambil perhatian akan perkara ini agar masalah ini tidak berulang lagi. Kelebihan yang saya dapat lihat daripada majlis ini ialah, pengerusi majlis yang berkaliber serta pengurusan pentas yang cekap oleh saudara Nicholas. Seterusnya, para JPP yang begitu setia memberikan khidmat menabur bakti menjalankan tugas. Semoga majlis yang akan datang lebih teratur, licin dan berjaya.



Sekian, terima kasih.



Disediakan oleh : _______________________________ (MUHAMMAD IKRAM BIN MOHAMAD) Naib Pengerusi Biro Kolej Kediaman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu



Disemak oleh :



__________________________________ (MOHD SYAQIL AZRI BIN SARIFUDDIN) Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu



Disahkan oleh :



_______________________________ (EN. ABD. RAZAK BIN MOHD AMIN)



Pensyarah Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu