Latihan Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LATIHAN CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH LATIHAN 1 Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya. 1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti. 2. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis. 3. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Fatimah. 4. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi. 5. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar. 6. “Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelak,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah. 7. “Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan,” kata gadis itu. 8. “Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan awak di sekolah esok,” kata emak. 9. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,” kata jurujual itu kepada Tauke Lim 10. “Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim. Adakah dia ada di rumah?” kata pemuda itu. Jawapan Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya. 1.



Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa dan bertanyakan khabar kepadanya 2. Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.



3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang. Fatimah mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenag sambil meminta orang ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya. 4. Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana ketika itu kes ragut berlaku satu demi satu 5. Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan tidak membuat latihan dan jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka. 6. Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga pendekar yang bukan alang-alang dan Hang Tuah tidak patut menyangka bahawa dia akan tunduk kepada kerisnya. Hang Jebat juga mencabar Hang Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki dengan lelaki. 7. Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar mengampuni dosanya dan memberinya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan. 8. Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah Abu. Emak memesan Abu supaya Abu memasak gulai sayur yang disediakan di dapur selepas itu sebagai lauk malam itu dan bekalan Abu di sekolah keesokan hari. 9. Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon. 10. Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di rumah dan menyatakan bahawa dia hendak mencari Kassim sama ada Kassim ada di rumah. LATIHAN 2 “ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani. “ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.



JAWAPAN Salleh bertanyakan tentang rancangan mendaki gunung yang diceritakan oleh Ani pada tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu hadapan. Salleh memuji dan menyokong rancangan tersebut. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.